"Saya telah buat pertama kalinya membentangkan Bajet 2009 untuk kerajaan Pakatan Rakyat di Dewan Undangan Negeri Perak DR. Bajet 2009 yg bertemakan "Usaha Menzahirkan Negeri Berkebajikan" itu telah mengambil masa satu setengah jam untuk dibentangkan.
"Saya telah mulakan bajet tersebut dengan petikan ayat al-Quran surah at-Thalaq ayat 2-3. Selepas muqadimah saya telah menyelitkan ayat dari surah Al-Insaan ayat 1-3 sebagai mengenangkan asal kejadian manusia. Ayat surah An-Nahl ayat 90 juga disebut bagi mengukuhkan hujah untuk satu kerajaan yang adil, saksama dan berkebajikan. Petikan surah Al-Hashr ayat 7 juga memberi penekanan agar kekayaan negeri tidak berkisar di sekitar segelintir orang kaya sahaja.
Bajet ini adalah pelengkap pada usaha kerajaan negeri Pakatan Rakyat kearah memenuhi janji dan manifesto pilihanraya ke 12 lepas, katanya semasa membentangkan bajet pada persidangan Dewan Undangan Negeri Perak.
Sambil berkata walaupun bajet negeri masih mengalami defisit bagi tahun kelima berturut-turut, defisitnya berkurangan hampir RM 15 juta daripada tahun sebelumnya.
Bajet 2009 mengalami defisit RM25 juta, berasaskan anggaran pendapatan berjumlah RM712 juta, sedangkan perbelanjaan berjumlah RM737 juta. Mengikut fakta, Perak mengalami desifit selama empat tahun berturut-turut sebelum ini bermula 2005 (RM16 juta), 2006 (RM34 juta), 2007 (RM35 juta) dan 2008 (RM40 juta).
Nizar berkata kerajaan negeri yakin akan dapat mengatasi dan memperbaiki prestasi dari tahun ke tahun untuk mengurangkan defisit itu dan menjangka akan mencapai tahap bajet seimbang pada 2010.
Bajet 2009 menggariskan 4 perkara berikut:
Anggaran hasil dan terimaan pembangunan berjumlah RM711.84juta
Anggaran perbelanjaan mengurus dibawah maksud tanggungan dan bekalan berjumlah RM561.00 juta
Anggaran Perbelanjaan Pembangunan berjumlah RM175.84juta
Defisit berjumlah RM25.00juta
Diantara lain bajet ini memberi banyak peluang dan kemudahan pada rakyat negeri Perak dalam sosio keagamaan, pendidikan, keselamatan dan juga kemudahan.
Berikut adalah antara yang dicadangkan untuk perlaksanaan:
- Sekolah agama rakyat dibela dgn bantuan perkapita RM70.00 setahun bagi pelajar sekolah menengah dan RM60.00 setahun bagi pelajar sekolah rendah. Yuran asrama RM440.00 setahun bagi setiap pelajar berasrama.
- Penyelia dan guru KAFA naik elaun RM75.00 sebulan
Sekolah SUWA Cina dan Sek Agama Rakyat masing-masing dianugerahkan pajakan 1000hektar untuk diusahakan. - Setiap warga mas yang meninggal dunia 65 tahun ke atas dapat imbuhan RM1000.00 untuk bantuan pengkebumian.
- Setiap pelajar Perak yang dapat masuk ke IPTA peringkat ijazah pertama dapat RM1000.00 bantuan derma. Diperuntukan RM6.00juta
- Setiap keluarga yang berpendapatan kurang dari RM700.00 dapat air percuma bagi 20 meter padu pertama . Ini melibatkan sejumlah hampir 20,000 penduduak atau keluarga.
- Pemberian hak milik tanah secara pegangan bebas kepada 140,000 penghuni Kpg. Adat Tradisional & Kpg.Baru. Kerajaan dapat jana RM300.00juta.
- Konsesi balak ditender secara terbuka sebahagiannya.
- Peruntukan setiap DUN yang PR kalah akan disediakan peruntukan RM75,000.00 bagi setahun bagi menangani projek kecil.
Teks penuh format pdf lihat: http://www.perak.gov.my/images/pdf/teks%20ucapan%20bajet%202009.pdf
Bursa
ReplyDeleteMersin
izmir
Rize
Antep
WVN
Van
ReplyDeleteizmir
Artvin
Tunceli
Eskişehir
U88
ankara parça eşya taşıma
ReplyDeletetakipçi satın al
antalya rent a car
antalya rent a car
ankara parça eşya taşıma
O3O
05026
ReplyDeleteKonya Evden Eve Nakliyat
Giresun Lojistik
Mersin Parça Eşya Taşıma
Kayseri Parça Eşya Taşıma
Diyarbakır Parça Eşya Taşıma
C1913
ReplyDeleteDiyarbakır Parça Eşya Taşıma
Van Lojistik
Mardin Lojistik
Bitexen Güvenilir mi
Bilecik Evden Eve Nakliyat
Kütahya Lojistik
Pursaklar Fayans Ustası
İzmir Parça Eşya Taşıma
Çerkezköy Oto Lastik
شركة تنظيف افران H69MFcrpI3
ReplyDeleteشركة مكافحة حشرات بالجبيل 7MoTDqL3Mp
ReplyDelete