Monday, October 31, 2011

Karpal dangkal mengenai hudud

Pengerusi kebangsaan DAP Karpal Singh menolak cadangan kerajaan negeri Kelantan bahawa undang-undang sivil harus setegas seperti undang-undang hudud .

Karpal, seorang peguam yang berpengalaman luas, berkata bahawa ia tanggapan salah untuk mentafsirkan bahawa hukum hudud atau undang-undang yang tegas seperti hukuman mati boleh menghalang seseorang daripada membuat kesalahan.

Katanya, penyokong hukum akan berhujah, tidak seperti undang-undang jenayah, standard pembuktian adalah sangat tinggi bagi kes-kes jenayah.

Walaupun standard pembuktian bagi undang-undang jenayah adalah "tanpa sebarang keraguan yang munasabah", undang-undang hudud adalah berdasarkan "kepastian", katanya.

"Sebagai contoh, empat orang saksi Islam cukup syarat diperlukan untuk membuktikan kes-kes zina mengikut undang-undang hudud. Ini adalah mustahil dan tidak sesuai untuk negara ini," kata Karpal, pada sidang akhbar di Pulau Pinang, semalam.

"Ia akan menjadi mustahil untuk membuat dakwaan. Penjenayah akan bebas kerana adalah mustahil bagi pihak pendakwa membuktikan kes kerana mememerlukan empat saksi beragama Islam yang cukup syaratnya.

"Malah, akan berlaku lebih banyak jenayah di negara ini apabila penjenayah tahu betapa sukarnya untuk membuktikan kes dan menghukum mereka. Perkara ini perlu dijelaskan kepada semua orang," kata Karpal lagi. -mk

Karpal menulas demikian ketika diminta komen tentang kenyataan Exco Kelantan Nik Amar Nik Abdullah yang dilaporkan memberi cadangan supaya kerajaan negeri untuk meminda undang-undang sivil supaya hukuman jenayah diganti dengan hukum hudud yang termaktub dari undang syariah. Nik Amar beralasan adalah lebih adil  hukuman jenayah antara orang islam dan bukan islam dapat dilaksana sama rata.

Apa yang kita lihat kenyataan Pengerusi DAP mengenai hudud di atas tidak bersandarkan kepada fakta tetapi hanya satu alasan dari pemikiran yang dangkal bagi menyembunyikan kebencian terhadap hukum Islam.

Fakta yang jelas ialah jenayah berkurangan dan amat rendah di negara yang mengamalkan hukum hudud. Sila lihat jadual di bawah.Bandingkan angka-angka jenayah rogol di negara yang tidak mengamalkan hudud dengan negara yang mengamalkannya.

Kajian di atas memaparkan pada tahun 2002, di Kanada yang jumlah penduduknya 33.5 juta terdapat 24,350 kes rogol dicatatkan. Di Amerika dengan jumlah penduduk 306 juta, 95,136 kes rogol berlaku. Di Malaysia sendiri yang jumlah penduduknya 28 juta terdapat 1,431 kes rogol.

TETAPI di negara Arab Saudi yang mengamalkan hukum hudud, daripada jumlah penduduknya yang seramai hampir 25 juta, cuma menghadapi 59 kes rogol.

Jadi dimanakah justifikasi kenyataan Karpal Singh yang menuduh hukum hudud hanya akan menambah bilangan kes jenayah dan bukan mengurangkannya?

Monday, October 17, 2011

Himpunan Sejuta Umat bimbang beri gambaran salah tentang Islam

Isu ugama dikalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia dimainkan kepada isu sentimen dan sentiviti umat Islam yang sediada lemah dan ketinggalan banyak bidang. Lantaran dari isu JAIS buat pemeriksaan dalam gereja lalu, mempercayai kristianisasi berlaku ke atas umat Islam. 

Api pertembungan dicetuskan dan dibesarkan samada untuk cari titik pertemuan atau memporak-prandakan kesepakatan bangsa yang sedia terjalin. Para cendikiawan dan ulama diheret menyatakan tentang kebimbangan umat dan diseru kembali kepada keutuhan bangsa melayu. Kemuncaknya titah raja minta dijunjung agar peraturan dan perundangan Islam terpelihara dari anasir pembaharuan rakyat.

Kemuncaknya penganjur terdiri dari NGO pertubuan Melayu dan islam termasuk Perkasa merancang adakan Himpunan Sejuta Umat (Himpun) di Stadium Shah Alam, Sabtu 22 Oktober ini. Umat Islam dan diseru menyertainya mengira latar belakang politik demi "memperkukuh ukhwah dan kesatuan Islam."

Saturday, October 15, 2011

HUKUM ISLAM: seribu daya atau seribu dalih

Muka depan akhbar-akhbar tempatan Brunei sehari-dua ini bertungkus-lumus "menyelamatkan" aqidah dan memberi pemahaman & penerangan kepada rakyat Brunei akan betapa indahnya undang-undang Islam dan betapa baiknya ia kepada Negara sekiranya ianya diamalkan.

Sultan Brunei juga secara jelas pelaksanaan undang-undang Islam disegerakan & mempersoalkan "siapa kita untuk berkata nanti" untuk melaksanakan undang-undang Islam di Brunei.

Malu aku jadi warganegara Malaysia yang dikhabarkan sebagai sebuah "Negara Islam" termaju di Rantau Asia sedangkan pemimpin tertinggi Negara Malaysia tanpa segan silu & tegas menyatakan bahawa undang-undang Islam tidak akan dilaksanakan di Malaysia.

Wednesday, October 12, 2011

Pemain gitar iringi pejuang Libya di kubu terakhir Gadaffi

Relaxing: One fighter appears to take little notice of the devastation around him as he serenades his comradesLirik Lagu Perwira – Sharifah Aini;
Kekanda di medan perang
Adinda di medan seni
Sama-sama berjuang
Sama-sama berbakti
Semoga tabah hati


SIRTE 11 Okt 2011 This fighter is clearly keeping calm amidst the fierce battle to take control of the Libyan town of Sirte, one of the last strongholds of fugitive leader Muammar Gaddafi.
As he stands surrounded by gunmen in front of a pock-marked wall, the area around his feet strewn with bullet casings, the man seems to be simply playing his guitar while his comrades attempt to gain ground from pro-Gaddafi forces.
The striking image comes as speculation mounts that Gaddafi could gain safe passage through Niger to Mali - where he reportedly has a house in the town of Timbuktu.




Sunday, October 9, 2011

Najib tidak faham Negara Berkebajikan

http://www.niknasri.com/wp-content/uploads/2011/09/konsep-asas-negara-berkebajikan-212x300.jpgBerikutan ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan belanjawan 2012 di parlimen semalam bahawa BN telah melaksanakan konsep Negara Berkebajikan, PAS ingin menegaskan bahawa Najib tidak memahami konsep Negara Berkebajikan yang hendak dibawa oleh PAS dan Pakatan Rakyat. Paling penting beliau harus memahami tiga ciri asas Negara Berkebajikan yang hampir tidak dilaksanakan oleh pemerintahan Barisan Nasional sehingga kini.

Pertamanya, Negara Berkebajikan mestilah ditadbir oleh pemerintah yang berintegriti atau beriman dan juga rakyat yang berintegriti. Dengan membazirkan wang rakyat untuk membayar bil air dan elektrik rumah Perdana Menteri berjumlah jutaan ringgit tidaklah menggambarkan pemimpin yang berintegriti.

Bekas Pengarah Pendidikan Perak masuk PAS, cikgu bila lagi?!

TAIPING, 8 Okt: PAS Negeri Perak menerima ahli baru daripada dua tokoh yang dikenali iaitu bekas Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Adnan Ibrahim dan bekas pegawai tinggi TLDM Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid. Kedua-dua tokoh itu telah hadir di Program Pelancaran 'Jom Masuk PAS' di Markas Tarbiyyah PAS, Air Kuning di sini.

Adnan berkata, beliau menyertai PAS setelah mendapat hidayah untuk menyertai perjuangan PAS dan meninggalkan Umno selepas pulang dari tanah suci.

"Ketika saya berkhidmat dahulu, teruk saya maki dan memarahi guru-guru yang menyokong PAS. Saya ketika itu sangat benci dengan PAS dan memandang PAS ini sebagai parti yang mempergunakan agama demi politik," katanya dengan nada kesal.

Beliau mendakwa, Naib Presiden UMNO, Datuk Hishammuddin Tun Husein dan pimpinan Umno memanggil beliau dan menasihatkan agar terus dengan Umno tetapi beliau berpegang dengan pendiriannya untuk bersama dalam PAS demi mendokong perjuangan Islam.

Bagi Mohamad Imran pula, beliau masuk PAS kerana tidak yakin dengan perjuangan Umno.
"Perjuangan Umno hanya retorik semata-mata. Kata memperjuangkan Islam tetapi sebaliknya," katanya yang ingin bersama dalam PAS hingga ke akhir hayatnya.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dalam ucapannya berkata, beliau mengalu- alukan kemasukan dua tokoh besar masyarakat ke dalam PAS. "Bekas pegawai tinggi TLDM dan bekas Pengarah Pendidikan pun boleh masuk PAS, kenapa JKKK dan penoreh getah tidak boleh masuk PAS?" soalnya ketika melancarkan Program 'Jom Masuk PAS' anjuran Badan Perhubungan PAS Perak.

"Sekarang ini, orang dah pencen semua nak masuk PAS setelah lama 'digari' . Mereka tidak percaya Umno. Umno tidak relevan lagi, Umno sudah busuk hingga ke usus," tegasnya lagi.
perak.pas.org.my

Friday, October 7, 2011

Raja Perempuan Muzwin mangkat

Ipoh 7 Oktober 2011 Duli Teramat Mulia, Raja Perempuan Muzwin balu kepada Al-marhum Sultan Idris II Sultan Perak ke-34, telah mangkat di Institut Jantung Negara (IJN) jam 4.20 petang 6 Okt 2011. Baginda mangkat ketika berusia 82 tahun. Baginda akan akan dimakamkan di Makam diRaja Al-Ghufran Kuala Kangsar hari ini Jumaat 7 Okt. 2011 selepas asar.

Kemangkatan baginda merupakan kehilangan besar kepada kerabat DiRaja Perak dan juga Keluarga DiRaja Johor iaitu bonda kepada Permaisuri Johor Raja Zarith Sofia isteri kepada Sultan Ibrahim Sultan Iskandar Shah.

Baginda dikurniakan 2 orang putera dan 2 puteri iaitu Raya Mahkota Perak, Raja Dato’ Seri Nadzatul Shima, Tuanku Raja Zarith Sofiah (Permaisuri Sultan Johor), Raja Kecil Besar Perak, Raja Dato’ Seri Iskandar Zulkarnain (Ku9) dan Raja Jamil Ariffin.
/syukury

Thursday, October 6, 2011

Undang Syariah Islam umpama bola yg dimainkan

"Kami turunkan kepadamu (Ya Muhammad) kitab Al-Quran ini bagi menjelaskan tiap-tiap suatu perkara dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan membawa berita gembira bagi orang-orang Islam". An-Nahl ayat 89

"Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) Dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyu-Nya); dan janganlah engkau menjadi pembela  bagi  orang-orang yang khianat. an-Nisa' ayat 105

KUALA LUMPUR, 6 Okt — Tan Sri Harussani Zakaria menasihatkan pentadbiran Najib agar membenarkan undang-undang hudud dilaksanakan di Kelantan sebagai satu “percubaan” selepas kerajaan pusat terus dengan pendiriannya menyekat langkah sedemikian atas alasan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Mufti Perak, Putrajaya perlu memberi peluang kepada kerajaan negeri Kelantan pimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melaksanakan hudud memandangkan undang-undang jenayah syariah Islam itu sudah digubal pada 1993.

Saturday, October 1, 2011

Asri: PAS perlu tokoh diterima semua untuk pimpin Putrajaya

KEPALA BATAS, 1 Okt  Hari ini PAS yang menyambut ulang tahun penubuhan yang ke-60 dan malam tadi berlangsung program Forum Perdana di Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang. Lokasi Kepala Batas dipilih sempena tempat kelahiran parti Islam ini yang wujud enam dekad lalu. Forum turut dibarisi oleh panel Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS YB. Salehuddin Ayob dan moderator Ustaz Idris Ahmad. 

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengulas perlunya PAS ada satu tokoh yang boleh diterima oleh semua rakyat jika mahu menjadi sebahagian daripada kerajaan pusat kelak. Menurutnya PAS sudah berada ditahap matang dalam arena politik, namun menurut bekas mufti Perlis itu, parti Islam tersebut perlu melahirkan ikon yang boleh diterima setiap lapisan masyarakat jika ingin terus kekal relevan.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kini mengetuai PAS memerlukan tokoh ikon untuk mendapatkan kepercayaan rakyat berbilang kaum, seorang tokoh yang bukan sahaja diterima ahli PAS tetapi orang di luar PAS. Apa yang kita lihat terdapat 60 peratus pengundi yang belum membuat keputusan untuk melonjak dan menengahkan tokoh itu.

“PAS perlu seorang tokoh yang bukan sahaja disebut nama sudah dikenali macam Burhanuddin al-Helmy... hebat, bukan sebut nama orang dah kenal, tapi rakyat juga lihat dia layak untuk jadi perdana menteri,” katanya.

Burhanuddin asalnya tokoh pejuang kebangsaan merupakan pengasas Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) sebelum memimpin Hisbul Muslimin dan kemudiannya PAS.
“Tokoh ikon perlu diwujudkan iaitu kalangan PAS sendiri yang akan membantu PAS bersama Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya”, katanya.



Hala-tuju politik PAS memerlukan kerangka politik yang baru, kerangka yang lebih besar... kerangka Malaysia bukan kerangka Kelantan. Beliau turut memberi cadangan agar kepimpinan  tertinggi PAS tidak melibatkan diri dalam hal-hal remeh yang boleh diselesaikan di peringkat bawahan.

“Umno bukan piawaian untuk PAS buat perbandingan, PAS perlu berada di tempat lebih tinggi,” katanya. Asri turut menekankan agar kepimpinan PAS terus mempertahankan dasar Islam walaupun dikritik pihak tertentu.

“PAS sudah mencapai usia matang kerana bersedia mendengar pandangan yang berbeza, saya melihat PAS telah berjalan di atas landasan sehingga dunia Islam menyedari tentang kebangkitan Islam.

“Pemimpin-pemimpin dalam PAS perlu terus mempertahankan dasar Islam, PAS perlu realistik dan ketepikan retorik politik, PAS juga perlu bergerak ke hadapan dengan lebih terbuka dan memahami Islam secara meluas,” katanya.

Tambah beliau Pakatan Rakyat agar tidak “melambakkan” idea politik secara terus kepada rakyat, sebaliknya jelas Asri, kaedah terbaik adalah melalui dialog atau perbahasan untuk menjelaskannya kepada rakyat.