Monday, April 29, 2013

Guan Eng: PR yakin mengambil alih Perak 505

IPOH, 29 April — Pakatan Rakyat (PR) yakin mengambil alih Perak pada 5 Mei ini dengan peningkatan sokongan di kawasan majoriti Melayu pedalaman melalui sokongan pengundi Cina, yang kini sudah tidak keberatan untuk mengundi bukan Cina bagi mewakili mereka. Cina merupakan minoriti di kebanyakkan kerusi pendalaman ini dimana parti PR, terutamanya parti Islam PAS, kalah dengan margin kecil dalam Pilihan Raya 2008.
Akan tetapi Setiausaha DAP Perak Ngar Kor Ming mengatakan dengan PAS, DAP dan PKR kini berkempen sebagai satu di bawah payung PR, komuniti Cina luar bandar sudah semakin selesa untuk mengundi calon Islam dari PAS atau PKR.
“Dalam tinjauan bebas terbaru kami, kami agak optimistik. Kami mempunyai kerusi yang kuat sekarang… diantara 35 dan 38. Paling baik ialah 40,” katanya kepada The Malaysian Insider apabila ditemui semasa berkempen di Trong, berdekatan Taiping pada Jumaat.
Terdapat 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak. Dalam Pilihan Raya 2008, DAP, PKR dan PAS secara kolektifnya memenangi 31 kerusi berbanding Barisan Nasional (BN) 28.
“Di kerusi marginal seperti ini, undi bukan Melayu adalah penting,” kata Nga, merujuk kepada Trong, kerusi DUN dimana PAS tewas kepada Umno dengan 916 undi dalam Pilihan Raya 2008.
Nga menambah, seperti dimana-mana di Perak, kekalahan di Trong sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan sokongan Cina kepada calon PAS Norazli Musa, kerana takut dengan pendirian parti Islam itu.
Termasuk Trong, PAS juga kalah di 15 kerusi DUN dalam pilihan raya 2008, 10 kerusi dengan majoriti kecil di bawah 1,000 undi dan lima kerusi di bawah 500 undi.
Dengan situasi sebegini, Nga mengatakan sokongan Cina dari kawasan pedalaman Perak boleh meningkatkan sokongan dari komuniti itu sebanyak 10 peratus dan peralihan selebihnya memihak kepada PR 5 Mei ini.
“Di Perak, kita mendapat lebih kurang 70 peratus undi Cina sebelum ini. Jika kita boleh meningkatkan kepada 80 peratus, kita bukan sahaja boleh menubuhkan kerajaan akan tetapi boleh menubuhkan yang stabil untuk mengelakkan lompat parti,” katanya.
Kerajaan PR Perak jatuh pada 2009 selepas memerintah selama 11 bulan oleh kerana tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) melompat parti.
Semasa pilihan raya 2008, tiga parti tersebut menang di Perak sebahagian besarnya disebabkan oleh sokongan besar Cina, terutamanya di kerusi kawasan bandar di Lembah Kinta.
DAP telah memenangi kesemua 18 kerusi majoriti Cina yang mereka tandingi dan kalah di satu kerusi Parlimen mereka tandingi - Kampar.
Pada Jumaat, sesi 'teh tarik' secara mengejut bersama Lim Guan Eng menarik ramai orang di Kinta Riverfront Hotel & Suites di IpohAkan tetapi kali ini, bintang paling besar DAP Lim Kit Siang telah meninggalkan kerusinya di Ipoh Timur untuk bertanding di Gelang Patah sebagai strategi parti itu untuk meningkatkan kempen mereka di negeri selatan tanahair.
Terdapat ketakutan kemungkinan tindakan Kit Siang meninggalkan Ipoh Timur akan menyebabkan kemarahan penyokong yang mengundinya pada dua pilihan raya lalu akan tetapi menurut pemimpin DAP tempatan, ini tidak menjadi masalah setakat ini.
Disebalik ketiadaan Kit Siang, kata mereka, kehadiran pemimpin veteran DAP itu masih dirasai disepanjang Lembah Kinta dan sokongan Cina kepada PR berterusan kuat.
“Mereka memahami sebab mengapa beliau ke Johor. Dan sebenarnya, mereka lebih bimbang daripada bersedih.. sesetengahnya berjumpa saya untuk menyatakan kebimbangan Kit Siang mungkin kalah di Gelang Patah,” kata Thomas Su yang menggantikan Lim untuk kerusi Ipoh Timur.
“Kematangan politik mereka sangat tinggi. Sambutan sangat menggalakkan walaupun kami sudah tidak lagi punyai personaliti besar bertanding di sini.”
Penyandang kerusi Pasir Panji itu menambah di kebanyakkan tempat, bukan sahaja bersalaman dan sorakkan yang diterima oleh calon DAP dalam walkabout mereka, akan tetapi tepukan gemuruh.
“Respon yang menarik. Ceramah kami agak hebat juga,” kata Su kepada The Malaysian Insider.
Pada Jumaat, sesi “teh tarik” secara mengejut bersama Lim Guan Eng, anak kepada Kit Siang menarik ramai orang di Kinta Riverfront Hotel & Suites di sini.
Acara tersebut yang sebenarnya bermaksud sebagai sesi minum teh bertukar menjadi ceramah waktu petang dengan ucapan dari pemimpin DAP Perak termasuk Su, penyandang kerusi Parlimen Ipoh Barat M. Kula segaran dan bekas Speaker Perak V Sivakumar, selain daripada Guan Eng sendiri.
Bilik itu penuh dengan penonton bersemangat, majoriti daripada mereka adalah Cina, manakala yang tiba terlambat beberapa minit terpaksa bersesak sehingga pintu masuk.
Penganjur hanya menjangkakan paling maksimum 400 orang akan tetapi sekurang-kurangnya 600 cuba masuk ke bilik Pusing di hotel, yang hanya mempunyai kapasiti tempat duduk sebanyak 400.
Seorang penyelaras acara hotel memberitahu The Malaysian Insider dia tidak pernah melihat seperti rusuhan dalam apa-apa acara di hotel ini sebelum ini.
“Mereka berulang kali memberitahu kami, hanya 400 orang. Tetapi lihatlah sekarang,” katanya.
Selepas kekecohan, kerusi dalam bilik Pusing itu terpaksa dikeluarkan untuk memberikan peluang lebih ramai untuk masuk.
Walaupun di luar pintu masuk, sesetengah cuba untuk mengambil gambar pemimpin apabila mereka mengambil alih mikrofon. Sesetengah mengadu kerana terlepas ucapan.
Di dalam lif hotel untuk ke lobi, hadirin yang tidak kenal antara satu sama lain bertukar maklumat mengenai ceramah seterusnya, terdapat juga menasihati sesama sendiri mengenai waktu terbaik untuk sampai bagi mengelakkan kesesakan.
Apabila ditemui di luar bilik program penyandang kerusi Canning Wong Kah Who memberitahu The Malaysian Insider acara tersebut merupakan bukti sokongan kuat masyarakat Cina terhadap PR di Ipoh.
“Kami juga tidak menjangkakan hadirin sebagini. Ia sangat menggalakkan,” katanya.
Seperti Su, Wong mengatakan kekurangan nama besar di PR untuk perlawanan di Perak tidak mengurangkan sokongan kepada pembangkang, terutamanya dari pengundi Cina.
“Tidak, penyokong kami tidak meninggalkan kami. Mereka telah sangat, sangat responsif setakat ini,” katanya.

Friday, April 26, 2013

Zul Noordin boleh pulang awal

Malang buat Zulkifli Noordin.. MIC istihar boikot!
PETALING JAYA: Vowing not to forgive the Barisan Nasional candidate for Shah Alam, MIC vice- president M Saravanan has advised Indians not to vote for the Perkasa leader.
“I will never forgive him (Zulkifli). I will continue to tell Indians not to vote for him, he doesn’t deserve their votes.
“If I were to say something disrespectful towards Muslims or their beliefs and then apologise, do you think they will accept it?” he asked.
“It is the same, we are Malaysians and the thought of disrespecting other religion should never even cross our mind.
“I respect the Prime Minister’s (Najib Tun Razak) choice. But his candidacy degrades BN on the whole, he is a disgrace to the party,” said Saravanan, who is contesting the Tapah parliamentary seat.
In an old video clipping which surfaced recently, Zulkifli had questioned the Hindu concept of God and mocked the Ganges River, which is considered sacred by Hindus.
“I have been to Sungai Ganga before. How can you say it’s pure? There are chicken carcasses and small sticks floating,” Zulkifli had said in the video clip.
He has since apologised for his remarks.

Monday, April 22, 2013

2 kemenangan awal PR hari ini

  1. PR Umumkan Pertindihan Kerusi antara PAS Dan PKR selesai
  2. Mat Taib Bekas Menteri Besar Selangor secara rasmi sertai PAS
KUALA LUMPUR: PAS memutuskan untuk menyerahkan kerusi Parlimen Labuan, DUN Sungai Aceh, Pulau Pinang dan Panti di Johor kepada PKR. PKR pula menyerahkan tiga DUN di Terengganu iaitu Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera kepada PAS.
Manakala kerusi DUN Kota Damansara di bawah Parlimen Subang akan dirundingkan antara PAS dan PKR. Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu akan bertemu dengan Dr Nasir Hashim iaitu calon dari PSM di Kota Damansara yang bertanding atas tiket PKR di Kota Damansara.

Perkara ini diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang media di Pusat Media PAS Jalan Raja laut hari ini. Ustaz Hadi juga memaklum, semua ahli PAS yang bertanding atas tiket bebas termasuk penyokong dan pencadang mereka akan dipecat dari menjadi ahli PAS.

Dalam penamaan calon Sabtu 20 April lepas, calon PAS dan PKR bertindan di tujuh kawasan pilihan raya iaitu satu Parlimen dan enam DUN.

Ekoran itu, Penolong Setiausaha Agung PAS, Ahmad Sabki Yusof memaklumkan ia akan diselesaikan hari ini. Dengan pengumuman ini bermakna semua kerusi yang bertindih selesai kecuali DUN Kota Damansara yang akan dirundingkan lagi dengan mereka yang terbabit.

(Tan Sri Mohamad menyerahkan borang permohonan menyertai PAS kepada Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang)

KUALA LUMPUR: "Saya masuk PAS bukan hendak jadi calon atau merebut jawatan dalam PAS," kata Tan Sri Muhamad Haji Mohd Taib ketika mengumumkan penyertaannya kepada PAS hari ini.

Atas dasar itulah, katanya, majlis penyerahan borang memohon menjadi ahli PAS hari ini dibuat selepas penamaan calon PRU 13. Muhamad hari ini menyerahkan permohonan menjadi ahli PAS kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan diperhatikan oleh Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din, Timbalan Presiden, Haji Mohamad Sabu dan naib-naib Presiden PAS.

Sebelum ini, menurut beberapa saksi, Muhammad dikatakan sudah banyak bertaubat dari dosa-dosanya yang lalu dan sering berada di kuliah agama dan masjid sejak beberapa tahun lalu, namun pegawainya meminta agar perkara ini tidak dihebohkan.

Ini bagi menjaga nama Muhammad yang pernah terpalit dengan skandal lama termasuk isu wang tunai 19 kilogram ketika ditahan di Lapangan Terbang Sydney, Australia pada 1998. Muhammad juga sudah lama berjinak-jinak dengan PAS tetapi mahu perkara itu tidak disensasikan juga kerana masih ramai kawannya dalam Umno sebelum ini.

Terbukti kenyataan bekas ADUN Batang Kali, Zainal Abidin Sakom yang merupakan kenalan rapat Muhammad memberitahu bekas bosnya itu tidak akan menyertai PAS kerana dikatakan tetap setia dengan perjuangan Umno selain tidak mudah menggadaikan prinsip perjuangannya.

Dilahirkan pada 29 Julai 1945 di Kuala Kalumpang, Hulu Selangor, Muhammad juga merupakan bekas ADUN Batang Kali sebanyak empat kali iaitu pada 1982, 1986, 1990 dan 1995.

Muhammad menjadi menteri besar dari tahun 1986 hingga 1997 dan kemudian digantikan oleh Abu Hassan Omar.

Friday, April 19, 2013

Pengisytiharan calon PR Negeri Perak sudah lengkap

IPOH 18 Apr  Pengisytiharan calon-calon Pilihanraya Umum 13 telah berlangsung malam tadi dengan ketiga parti bertanding mengumumkan kesemua nama di 59 kerusi DUN dan 24 kerusi.
PARLIMEN (PAS) 
Gerik: Hajjah Norhayati Abidin
Lenggong: Hj Razman Zakaria
Larut: Dato’ Fauzi Shaari
Parit Buntar: Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa
Bukit Gantang: Ustaz Idris Ahmad
Kuala Kangsar: Drs. Khalil Idham Lim Abdullah
Parit: Ustaz Hj Muhd Ismi Mat Taib


DUN (PAS)
Selama: Ustaz Mohd Akmal Kamaruddin
Kubu Gajah: Ustaz Nazri Din
Titi Serong: Ustaz Abu Bakar Hussein
Gunong Semanggol:
Ustaz Zawawi Abu Hassan
Selinsing: Hj. Husin Din
Changkat Jering: Dato’ Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin
Trong: Ustaz Norazli Musa
Kamunting: Ustaz Mohamad Fakhruddin Abd Aziz
Chenderoh: Dr Mohd Azalan Radzi
Lubok Merbau: Hj Mohd Zainudin Mohd Yusof
Lintang: Mej (B) Ir. Hj Ahmad Mazlan bin Othman
Manjoi: Hj. Asmuni Awi
Manong: Hj. Jamil Dzulkarnain
Pengkalan Bharu: Dr Khairuddin Abd Malik
Belanja: Dr Najihatussolehah Ahmad
Sungai Rapat: Ustaz Radzi Zainon
Air Kuning: Dr Razi Othman
Kampung Gajah: Drs. Ishak Shaari
Pasir Panjang: Hajjah Rohawati Abidn
Rungkup: Ustaz Misbahul Munir Masduki
Changkat Jong: Hj. Anuar Sudin
Slim: Hj Aminuddin Zulkipli.
PARLIMEN (PKR)
Lumut: Laksamana (B) Imran Abdul Hadi
Tapah: Vasantha Kumar
Tanjung Malim: Tan Yee Kew
Padang Rengas: Dr Meor Ahmad Asharra Ishak
Bagan Serai: Dr Mohd Nur Manuty
Tambun: Siti Aishah Shaik Ismail.
DUN (PKR)
Pengkalan Hulu: Mejar (B) Abdullah Hassan
Temengor: Supian Nordin
Kenering: Tarmizi Abdul Hamid
Kota Tampan: Zahrul Nizam Abdul Majid
Batu Kurau: Fadhil Alias
Kuala Sepetang:
Chua Yee Ling
Bukit Chandan: Fathmawaty Salim
Hulu Kinta: A Tinagaran
Simpang Pulai: Tan Kar Hing
Tualang Sekah: Baldip Singh
Alor Pongsu: Rosli ibrahim
Chenderiang: Bah Tony
Behrang: Brigadier Jeneral (B) Hadi Abdul Khattab
Sungai Manik: Osman Abdul Khattab
Pangkor: Saifullah Mohd Zulkifli
Bota: Zulkifli Ibrahim 
PARLIMEN (DAP)
Ipoh Timur: Thomas Su Keong Siong
Pasir Pinji: Howard Lee
Tebing Tinggi: Ong Boon Piow
Batu Gajah: V. Sivakumar
Ipoh Barat: M. Kulasegaran
Kampar: Koo _ _ng
Teluk Intan: _ _
DUN (DAP) 
Paul Yong (Tronoh), Loh Sze Yee (Jalong), Wong May Ing (Pantai Remis), Leong Cheok Keng (Malim Nawar) , Leow Thye Yih (Aulong), A. Sivanesan (Sungkai), S. Sivasubramaniam (Buntong), Chen Fook Chye (Keranji) and Lim Pek Har (Menglembu).
 

Thursday, April 18, 2013

Putrajaya bergegar dgn ceramah PR malam tadi

PUTRAJAYA 17 Apr. Ceramah Tawan Putrajaya 2013 di padang bola sepak di Desa Pinggiran Putra di sini malam tadi yang menyaksikan kehadiran lebih 10,000 orang. Kakitangan awam yang mendominasi populasi Putrajaya bersesak-sesak menghadiri ceramah Pakatan Rakyat yang semakin bijak menggunakan segala hak yang ada pada mereka mengikut perlembagaan.
Ceramah Pakatan Rakyat malam tadi adalah yang pertama selepas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa diisytihar sebagai calon PAS bertanding bagi kerusi Putrajaya.
Ucaptama malam tadi, Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi terpegum dengan sambutan yang ramai berkata ianya mencerminkan semangat perubahan di kalangan rakyat dan beliau melahirkan keyakinan, bahawa tidak mustahil Putrajaya boleh dimenangi oleh Pakatan Rakyat.
Berita lanjut di Hkhdaily

Tuesday, April 16, 2013

PKR umum calon DUN dan Parlimen Negeri Perak

IPOH 15 Apr. PKR membariskan sebahagian besar muka baru sebagai calon Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak bagi menghadapi pilihan raya umum pada 5 Mei nanti.

Senarai itu diumumkan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan kira-kira 5,000 hadirin selepas memberikan ceramah di Kampung Manjoi, Ipoh, Perak malam tadi

Ketua pembangkang bagaimanapun tidak mengumumkan calon bagi Parlimen Sungai Siput dan DUN Changkat Jering, yang sedang dalam rundingan dalam Pakatan Rakyat.

Dengan menampilkan muka-muka baru, termasuk lebih banyak profesional, dilihat sebagai strategi parti itu untuk menawan Perak di negeri yang menyaksikan majoriti tipis bawah 1,500 di banyak tempat.

Parlimen
Lumut: Laksamana (B) Imran Abdul Hadi
Tapah: Vasantha Kumar
Tanjung Malim: Tan Yee Kew
Padang Rengas: Dr Meor Ahmad Asharra Ishak
Bagan Serai: Dr Mohd Nur Manuty
Tambun: Siti Aishah Shaik Ismail.

DUN
Pengkalan Hulu: Mejar (B) Abdullah Hassan
Temengor Supian Nordin
Kenering: Tarmizi Abdul Hamid
Kota Tampan: Zahrul Nizam Abdul Majid
Batu Kurau: Fadhil Alias
Kuala Sepetang: Chua Yee Ling
Bukit Chandan: Fathmawaty Salim
Hulu Kinta: A Tinagaran
Simpang Pulai: Tan Kar Hing
Tualang Sekah: Baldip Singh
Alor Pongsu: Rosli ibrahim
Chenderiang: Bah Tony
Behrang: Brigadier Jeneral (B) Hadi Abdul Khattab
Sungai Manik: Osman Abdul Khattab
Pangkor: Saifullah Mohd Zulkifli
Bota: Zulkifli Ibrahim

Monday, April 15, 2013

Manifesto Pakatan Rakyat Negeri Perak dilancarkan

IPOH, 15 April  Pakatan Rakyat (PR) Perak menjanjikan pembaharuan cukai tanah dan ketelusan penuh mengendalikan kerajaan dalam manifesto pilihan raya mereka hari ini, usaha yang dilihat untuk merampas negeri yang suatu ketika dahulu kaya dengan hasil perlombongan bijih timah.

Mengikut jejak rakan di Pulau Pinang, gabungan tersebut juga berjanji untuk mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan, menghapuskan kemiskinan dan memastikan semua pentadbir negeri mengisytiharkan aset mereka kepada umum.

Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin berkata pelancaran manifesto hari menunjukkan pemimpin PR lebih daripada bersedia untuk berhadapan lawan mereka Barisan Nasional (BN) pada hari pilihan raya 5 Mei depan, disamping semangat untuk menebus kemarahan akibat rampasan kuasa pada 2009 lalu.

“Hari ini, kami lebih bersedia berbanding pada tahun 2008 lalu untuk memerintah negeri ini.

“Kami sudah lama rindukan dan idamkan hari Perak dapat dikembalikan semula sebagai salah sebuah negeri terkaya dalam negara,” kata beliau dalam ucapannya semasa pelancaran pagi ini.

“Kita adalah antara negeri terkaya dalam negara. Tapi sekarang kita ketiga termiskin.

“Bagaimana ini terjadi? Ia kerana selama 55 tahun, kita membenarkan kerajaan yang memerintah secara tidak adil dan tidak seimbang,” tambahnya lagi.
M/Insider

Sunday, April 14, 2013

Bekas Menteri Besar disahkan sertai PAS

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mengesahkan seorang bekas menteri besar akan menyertai PAS dalam masa terdekat ini.

Beliau berkata, bekas menteri itu sendiri menghubungi beliau dan menyatakan hasrat tersebut.

"Saya mengesahkan salah seorang bekas menteri besar akan menyertai PAS.

"Beliau sendiri menelefon saya pagi ini dan memberitahu hasrat itu dan akan menyatakan hasrat itu kepada Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Tambah Salahudin, bekas menteri besar itu akan mengisytiharkan perkara tersebut kepada umum dalam masa terdekat.

"Beliau sendiri akan mengumumkan kemasukan ke dalam PAS dalam masa terdekat ini," katanya.
Harakahdaily

BLOG JP turut melapurkan bahawa seorang bekas menteri besar Selangor difahamkan sudah menyertai PAS sebentar tadi.

Khabar gembira ini disedari beberapa sumber yang berada di kediaman Timbalan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Haron Din di Seksyen 1, Bandar Bangi, Selangor jam 12.55 tengah hari tadi.

Difahamkan juga bekas menteri besar Selangor yang dimaksudkan itu ialah Muhammad Muhd Taib yang menyerahkan borang keahlian menyertai parti itu sendiri kepada Tuan Guru Haron.

Menurut beberapa saksi, Muhammad dikatakan sudah banyak bertaubat dari dosa-dosanya yang lalu dan sering berada di kuliah agama dan masjid sejak beberapa tahun lalu, namun pegawainya meminta agar perkara ini tidak dihebohkan.

Ini bagi menjaga nama Muhammad yang pernah terpalit dengan skandal lama termasuk isu wang tunai 19 kilogram ketika ditahan di Lapangan Terbang Sydney, Australia pada 1998.

Muhammad juga sudah lama berjinak-jinak dengan PAS tetapi mahu perkara itu tidak disensasikan juga kerana masih ramai kawannya dalam Umno sebelum ini.

Setakat ini, PAS belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kemasukan Muhammad tetapi dijangka satu sidang media mengumumkan perkara tersebut akan dibuat dalam masa terdekat.

Kelmarin, bekas ADUN Batang Kali, Zainal Abidin Sakom yang merupakan kenalan rapat Muhammad memberitahu bekas bosnya itu tidak akan menyertai PAS kerana dikatakan tetap setia dengan perjuangan Umno selain tidak mudah menggadaikan prinsip perjuangannya.

Dilahirkan pada 29 Julai 1945 di Kuala Kalumpang, Hulu Selangor, Muhammad juga merupakan bekas ADUN Batang Kali sebanyak empat kali iaitu pada 1982, 1986, 1990 dan 1995.

Muhammad menjadi menteri besar dari tahun 1986 hingga 1997 dan kemudian digantikan oleh Abu Hassan Omar.

Beliau juga merupakan bekas menteri kemajuan luar bandar dan wilayah selama setahun iaitu dari 18 Mac 2008 hingga 9 April 2009 setelah dilantik sebagai senator sebelum membuat keputusan untuk berundur kerana tempoh penggal tiga tahun tamat dan digantikan oleh Shafie Apdal.

Tuesday, April 9, 2013

Integriti: PR Pulau Pinang serah balik kenderaan rasmi


GEORGE TOWN, 8 APR: Berbeza dengan amalan pemimpin Barisan Nasional (BN), kepimpinan negeri Pulau Pinang yang ditadbir Pakatan Rakyat (PR) hari ini menyerah kembali kenderaan rasmi kerajaan negeri kepada Setiausaha Kerajaan Negeri.

Penyerahan kembali kenderaan rasmi Kerajaan Negeri kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Farizan Darus memperlihatkan integriti hasil daripada prinsip urus tadbir yang telus, untuk tidak menggunakan harta kerajaan sesudah Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dibubarkan dengan rasminya Jumaat lalu.

“Kenderaan rasmi tidak harus disalahguna untuk kegunaan persendirian atau parti sebaliknya ia harus digunakan untuk urusan rasmi Kerajaan Negeri sahaja.
“Inilah intergriti yang dipegang Kerajaan Negeri sungguhpun kini hanya sebagai pemegang amanah,” ujar Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP pada sidang media di Komtar, hari ini.

Penyerahan kunci kenderaan rasmi Kerajaan Negeri turut membabitkan Timbalan Ketua Menteri I dan Timbalan Ketua Menteri II serta Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri lain yang kini berperanan sebagai kerajaan sementara dan pemegang amanah di negeri Pulau Mutiara itu.

“Sungguhpun menjelang Pilihan Raya Umum (PRU-13), kenderaan rasmi ini tidak akan diguna untuk ceramah dan kempen. Begitu juga pemandu, mereka hanya akan bertugas mengikut waktu pejabat dan apabila menghadiri majlis rasmi kerajaan,” katanya lagi. – Roketkini.com

Monday, April 8, 2013

Bekas pegawai risik PDRM (SB) sertai PAS

BATU GAJAH 7 Apr: PAS mendapat satu lagi ahli daripada bekas pegawai tinggi kerajaan, kali ini Bekas Pegawai Risik PDRM Pulau Pinang, Syed Hassan Syed Ali menyertai yang PAS semalam.

Borang keahliannya diserahkan kepada AJK PAS Pusat, Datuk Seri Ir Nizar Jamaludddin dalam satu majlis Minum Petang di Markas PAS Batu 1, Batu Gajah, dekat sini. Beliau yang berkhidmat lebih 30 tahun dalam PDRM adalah tokoh yang disanjungi oleh masyarakat kawasan “kubu kuat Umno” itu dan kemasukannya ke dalam PAS sekaligus akan memberi kesan kepada Umno di situ.

Katanya, kemasukannya ke dalam PAS adalah atas kesedaran sendiri setelah melihat dasar perjuangannya.

“Hari ini 7 April genap umur saya 57 tahun dan secara rasminya saya mengisytiharkan menyertai perjuangan PAS,” katanya dalam ucapan ringkasnya dan disambut dengan laungan takbir para hadirin.

Dalam pada itu, Nizar dalam ucapannya berkata, kemasukan Syed Hassan ke dalam PAS membuktikan perjuangan PAS ketika ini diterima baik oleh masyarakat. Kata beliau, sejak akhir-akhir ini PAS telah menerima kemasukan daripada pelbagai golongan termasuklah dari kalangan artis dan bekas-bekas pegawai tinggi kerajaan.

“Saya harap masyarakat dapat buat perubahan besar besaran kali ini kerana ini adalah peluang yang Allah beri kepada kita. Kalau bekas pegawai risik pun sertai PAS, takkan JKKK masuk nak duduk dalam Umno lagi,” kata beliau.

Turut bersama menyerahkan borang keahlian PAS ialah 36 pemuda yang yakin PAS dan Pakatan Rakyat mampu membela nasib rakyat yang masih ramai lagi terpinggir khususnya di kawasan itu.

Hadir sama ialah Timbalan Pegerusi DAP Perak, V Sivakumar; Naib Pengerusi PKR Perak, Baldip Singh; dan Bekas Setiausaha Umno Pekan, Abdul Kadir Saleh. HrkDaily

Friday, April 5, 2013

Senarai Calon Parlimen Pakatan Rakyat yang sah bertanding

Kemas kini nama calon dan kawasan parlimen dilakukan secara berkala setiap kali mendapat maklumat dan perkembangan terkini dari sumber yang dipercayai.

Berikut senarai terkini setakat jam 7 pagi ini dan akan dikemas kini malam ini berikutan pengumuman Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim yang akan mengumumkan senarai calon parti itu bermula malam ini di Gerik, Perak.

Inilah senarai terkini yang dikumpulkan pasukan Jalan Pulang dan senarai ini juga diambil oleh blog-blog Pakatan Rakyat, juga blog pro Barisan Nasional!
JALAN PULANG

SENARAI CALON KEADILAN - PAKATAN RAKYAT (dikemas kini 04 Apr 2013 - 1900 hrs)

1. Lumut atau Padang Rengas - Anwar Ibrahim (belum disah dan diumumkan)
2. Gombak - Azmin Ali (penyandang)
3. Paya Besar - Murnie Hidayah Anuar
4. Indera Mahkota - Fauzi Abdul Rahman
5. Batu - Tian Chua (penyandang)
6. Sembrong - Onn Abu Bakar
7. Johor Bharu - Jen (B) Md Hashim Hussein
8. Pasir Gudang - Let Jen (B) Abdul Ghafir Abdul Hamid (belum diumumkan)
9. Selayang - William Leong Jee Ken (penyandang)
10. Kuala Kedah - Dr Azman Ismail
11. Kuantan - Fuziah Salleh (penyandang)
12. Padang Serai - N Surendran
13. Bagan Serai - Dr Muhammad Nur Manuty
14. Pasir Salak - Mustafa Kamil Ayyub
15. Gopeng - Dr Lee Boon Chye (penyandang)
16. Kulim-Bandar Baharu - Saifuddin Nasution Ismail (bertukar dari parlimen Machang)
17. Sungai Petani - Johari Abdul (penyandang)
18. Ampang - Zuraida Kamarudin (penyandang)
19. Sabak Bernam - Dr Abdul Aziz Bari
20. Lembah Pantai - Nurul Izzah Anwar (penyandang)
21. Pandan - Rafizi Ramli
22. Bukit Katil - Shamsul Iskandar Md Akin
23. Batang Lupar - Zulkifli Abang Engkeh
24. Saratok - Ali Biju
25. Hulu Rajang - Abun Sui Anyit
26. Baram - Roland Engan
27. Limbang - Baru Bian
28. Nibong Tebal - Dr Mansor Othman (bertukar dari DUN Penanti)
29. Wangsa Maju - Dr Tan Kee Kwong
30. Setiawangsa - Ibrahim Yaacob (belum diumumkan)
31. Segamat atau Kulai - Dr Chua Jui Meng (belum disah dan diumumkan)
32. Batu Pahat - Dr Idris Jauzi
33. Alor Setar - Gooi Hsiao Leung
34. Bandar Tun Razak - Abdul Khalid Ibrahim (penyandang)
35. Petaling Jaya Selatan - Hee Loy Sian (penyandang)
36. Machang - Dr Wan Zawawi Wan Ismail (belum diumumkan)
37. Sibuti - Dr Michael Teo Yu Keng (belum disah dan diumumkan)
38. Tebrau - Steven Choong Siow
39. Muar - Nor Hizwan Ahmad
40. Tambun - Siti Aishah Shaik Ismail (belum diumumkan)
41. Tanjong Malim - Brig Jen (B) Abdul Hadi Abdul Khattab (belum diumumkan)
42. Labuan - Ibrahim Menudin (disahkan tetapi belum diumumkan)

SENARAI CALON DAP - PAKATAN RAKYAT (dikemas kini 04 Apr 2013 - 1900 hrs)

1. Gelang Patah - Lim Kit Siang
2. Bukit Gelugor - Karpal Singh (penyandang)
3. Serdang - Teo Nie Ching (penyandang)
4. Beruas - Ngeh Koo Ham (penyandang)
5. Kluang - Liew Chin Tong (bertukar dari parlimen Bukit Bendera)
6. Ipoh Timur - Thomas Su (belum disah dan diumumkan)
7. Ipoh Barat - Wong Kah Woh (belum disah dan diumumkan)
8. Batu Gajah - V Sivakumar (belum disah dan diumumkan)
9. Bentong - Wong Tack
10. Seputeh - Teresa Kok Suh Sim (penyandang)
11. Puchong - Gobind Singh Deo (penyandang)
12. Taiping - Nga Kor Ming (penyandang - belum diumumkan)
13. Raub - Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz
14. Bukit Mertajam - Chong Eng (penyandang)
15. Petaling Jaya Utara - Tony Pua Kiam Wee (penyandang)
16. Batu Kawan - Dr P Ramasamy (penyandang)
17. Cheras - Tan Kok Wai (penyandang)
18. Bukit Bintang - Fong Kui Lun (penyandang)
19. Teluk Intan - M Manogaran (penyandang)
20. Rasah - Anthony Loke Siew Fook (penyandang)

SENARAI CALON PAS - PAKATAN RAKYAT (dikemas kini 04 Apr 2013 - 1900 hrs)

1. Marang - Tuan Guru Abdul Hadi Awang (penyandang)
2. Arau - Tuan Guru Haron Din
3. Shah Alam - Khalid Samad (penyandang)
4. Kota Raja - Dr Siti Mariah Mahmud (penyandang)
5. Pulai - Salahuddin Ayub (bertukar dari parlimen Kubang Kerian)
6. Padang Terap - Mohd Nasir Zakaria (penyandang - belum diumumkan)
7. Pendang - Mohamad Sabu (disahkan jam 6.30 petang)
8. Kuala Nerus - Dr Khairuddin At-Takiri (belum diumumkan)
9. Rantau Panjang - Siti Zailah Mohd Yusof (penyandang)
10. Tumpat - Kamarudin Jaffar (penyandang)
11. Kuala Krai - Dr Mohd Hatta Ramli (penyandang)
12. Parit Buntar - Dr Mujahid Yusof Rawa (penyandang)
13. Baling - Brig Jen (B) Najmi Ahmad
14. Larut - Fauzi Shaari
15. Temerloh - Nasrudin Hassan
16. Titiwangsa - Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi
17. Kuala Selangor - Dr Dzulkefly Ahmad (penyandang)
18. Bachok - Ariffin Mahmod (belum disah dan diumumkan)
19. Jempol - Wan Aishah Wan Ariffin (belum diumumkan)
20. Padang Besar - Azamhari Mahmood
21. Kangar - Baharuddin Ahmad (belum disahkan)
22. Putrajaya - Husam Musa (kekal di DUN Salor, belum disah dan diumumkan)

Wednesday, April 3, 2013

Najib Razak bayangkan akan berlaku peralihan kuasa

BEKAS Perdana Menteri, Najib Tun Razak yang baru sahaja membubarkan parlimen sebentar tadi membayangkan akan berlaku peralihan kuasa selepas Pilihanraya Umum ke 13.

Beliau melalui akaun twitter peribadinya menulis:

"Jika berlaku peralihan kuasa ia perlu berlangsung secara aman & tertib. Inilah iltizam kita menjunjung prinsip demokrasi"



Kali pertama dalam sejarah Malaysia seorang bekas Perdana Menteri timbulkan soal peralihan kuasa selepas membubarkan parlimen.

Ini mesej jelas bahawa Najib Razak sedar bahawa hari ini adalah hari terakhir beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia kerana bakal berlaku peralihan kuasa kepada Pakatan Rakyat selepas PRU13 nanti.

Najib Razak sedar jika BN menang sekalipun, ia hanya mampu menang tipis, sekaligus pucuk pimpinan iaitu presiden parti terpaksa dilepaskan atas sebab gagal mengembalikan dua pertiga kerusi parlimen BN. Seperti mana Abdullah Badawi dipaksa melepaskan jawatan sebelum ini.

Pagi tadi adalah saat terakhir Najib memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 6. Selamat tinggal Najib!