Monday, September 27, 2010

Sambutan Hari Raya PAS Perak cukup meriah

IPOH 26 Sept 2010 Majlis Jamuan Hari Raya Pakatan Rakyat mendapat sambutan luar jangkaan dengan orang ramai tak kurang 15,000 dari berbilang kaum orang penuh sesak memenuhi 18 buah khemah yang disediakan di hadapan Pejabat PAS Negeri Perak di Medan Istana malam tadi. Majlis bermula jam 8.00 sehingga 11.00 malam namun jam 9.15 malam ada makanan yang habis hingga sebahagiannya terpaksa pulang awal.
Majlis diserikan dengan ucapan peminpin Pakatan Rakyat Negeri Perak antaranya Dato Seri Nizar, Menteri Besar Perak yang disingkirkan, Ahli Parlimen Bruas Ngeh Koo Ham, AP Taiping Nga Kor Ming, AP Gopeng Dr Lee Boon Chai, ADUN Titi Serong Idham Lim, ADUN Tronoh Sivakumar, ADUN Simpang Pulai Chan Ming Kai. Turut bersama Pesuruhjaya PAS Perak Tuan Guru Abu Bakar Hussain dan lain-lain pemimpin. YB Dr Lee Boon Chye dan YB Chan Ming Kai mendapat perhatian ramai yang mengenakan pakaian Melayu lengkap bersongkok.

Majlis Hari Raya anjuran bersama PAS Perak dan Pakatan Rakyat Perak kali ini tidak seperti tahun lalu dengan acara persembahan kebudayaan Melayu, Cina dan India tentunya merapatkan kemesraan antara rakyat berbilang kaum.


Nizar dalam ucapannya menyentuh isu semasa PERKASA yang memainkan sentimen ketuanan Melayu telah menjadi liabiliti (laba) buat UMNO dan ini adalah anugerah Allah yang akan mepecah-belahkan UMNO kelak.





Tuesday, September 14, 2010

Nizar: UMNO dicabar tukar jadi Pekembar

TAIPING Syawal 1431 PAS mencabar Umno agar menukar singkatan namananya dalam bahasa Inggeris 'United Malay National Organisation' kepada bahasa Melayu iaitu Pertubahan Kebangsaan Melayu Bersatu (PekeMbar).

Menurut timbalan pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tindakan itu bagi memastikan orang Melayu memahami agenda politik Umno.

Katanya, di kawasan pedalaman, kebanyakan orang Melayu tidak faham apa itu Umno kerana ia dalam bahasa Inggeris. Malah menurut Nizar, ada juga di kalangan ahli Umno sendiri tidak tahu dan memahami singkatan bagi nama Umno itu.

Menteri besar Perak yang disingkirkan itu berhujah jika Umno ikhlas berjuang untuk masyarakat Melayu termasuk mempertahankan bahasa dan budayanya, adalah amat menghairankan bagi mereka mengekalkan nama dalam bahasa penjajah.

“Tidak perlu malu bagi menggantikan nama Inggeris - Umno dengan versi Melayu - PekeMbar untuk mencerminkan agenda politik mereka,” kata Nizar. Menurut beliau Umno sebenarnya adalah parti perkauman dan juga hiprokit kerana menggunakan nama Inggeris untuk memperkenalkan budaya dan bahasa Melayu.

Dakwanya setelah mencapai kemerdekaan 53 tahun, Umno tetap merupakan sebuah parti rasis kerana hanya memperjuangkan hak Melayu sedangkan PAS bergelut untuk kepentingan Islam dan juga bukan Islam.

Nizar berucap di sebuah ceramah baru-baru ini di Kampung Batu Enam, Selama di Perak.

Pada ucapannya itu, beliau juga membidas tindakan kerajaan dan mepersoalkan mengapa pembelajaran tulisan Jawi dikeluarkan daripada sistem pendidikan di sekolah-sekolah.

Katanya, akibat tindakan itu, sebahagian besar generasi muda tidak boleh membaca dalam tulisan Jawi dan menyukarkan pembelajaran Al-Quran dan agama kerana kebanyakan bahan berkenaan adalah dalam bahasa Arab yang menggunakan tulisan Jawi.

Friday, September 3, 2010

Fitnah PAS: Pas Perak buat laporan polis

IPOH, 3 Sept: Dewan Pemuda PAS Perak (DPPN) hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan fitnah bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin terhadap parti itu.Laporan polis hari ini dibuat oleh Naib Ketua Pemuda PAS Perak, Salman Salleh di Balai Polis Sungai Senam kira-kira jam 3 petang ini.

Ianya ekoran kenyataan Zainuddin sebelum ini yang mendakwa PAS meminta Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ‘merampas’ harta-harta orang Cina semasa Tragedi 13 Mei 1969, manakala ketika Konfrantasi Malaysia-Indonesia, PAS menyebelahi Indonesia supaya ‘mengambil’ Malaysia.

Beliau membuat kenyataan tersebut dalam temuramah bertajuk "Zam Dedah Hasutan Jahat Pas" bersama Umno-online dan kemudiannya disiar akhbar Utusan Malaysia pada 30 Ogos lalu dengan tajuk 'PAS parti ekstrem'.

Salman berkata, DPPN Perak menganggap ini adalah tuduhan liar yang semata-mata inginkan sokongan orang bukan melayu kembali kepada Barisan Nasional.