Tuesday, May 31, 2011

Subky Latif: Era Hadi paling banyak saingan

KUALA LUMPUR, 31 Mei — Pemimpin veteran PAS Subky Abdul Latif berkata semenjak Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerajui parti Islam itu awal dekad lalu, jawatan timbalan presiden telah menyaksikan persaingan sengit setiap kali pemilihan diadakan. Jelas beliau, jika hendak dibandingkan dengan presiden PAS sebelum ini, jawatan timbalan presiden tidak pernah dipertandingkan, malah tidak dicabar pada kebanyakan pemilihan.

Calon yang akan bertanding jawatan nombor dua parti adalah penyandangnya Nasharudin Mat Isa, yang dicabar Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan ahli jawatankuasa kerja Mohamad Sabu. Tambah Subky, kali terakhir jawatan timbalan presiden menyaksikan pertandingan adalah pada 1981, yang mana ketika itu Datuk Yusof Rawa mencabar Datuk Abu Bakar Omar di bawah pimpinan Datuk Mohd Asri Muda.

Saturday, May 28, 2011

Persediaan Pra-Pilihanraya: Umno-BN jadi pembangkang'

Pemimpin Umno dan BN yang mendominasi kepimpinan negara lebih 50 tahun dikatakan kini dalam keadaan resah, gelisah dan risau jika mereka menjadi pembangkang selepas pilihan raya umum ke-13, akan datang, kata Ketua Penerangan PAS Perak, Khalil Idham Lim.

Menurut beliau, perkembangan itu semakin terserlah melalui tindakan dan ucapan yang dilakukan pemimpin BN sejak akhir-akhir ini.

“Keadaan tersebut berlaku dalam keadaan gelombang penolakkan rakyat terhadap BN sedang berlangsung dalam keadaan BN terus menerus mengharapkan simpati untuk terus kekal berkuasa. Kerana itu populariti BN cuba dipulihkan kononnya kerajaan prihatin dengan cuma menangguhkan kenaikan harga minyak namun nampaknya masih tidak berhasil mengembalikan sokongan rakyat.

“Kebangkitan rakyat pada masa sekarang boleh disifat sebagai air yang mengalir yang tidak mampu dibendung dan disekat lagi. Kerana itu kebangkitan rakyat kearah perubahan tidak akan terhenti setelah mereka menghukum BN dalam PRU akan datang,” kata Khalil dalam satu kenyataan media di Parit Buntar, hari ini.

Beliau mengulas laporan Bernama semalam bahawa Umno BN akan simulasi pilihan raya 'olok-olok' yang mana ia berkait rapat dengan persediaan parti itu bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Bagi Khalil yang juga ADUN Titi Serong, pilihan raya 'olok-olok' itu hanya membuang masa dan membuktikan kegusaran pemimpin Umno dan BN mengenai kemungkinan kehilangan kuasa.

“Saya juga mempersoalkan punca kewangan yang akan digunakan untuk mengadakan pilihan raya umum olok-olok yang boleh dikatakan membuang buang masa . Ia tidak lebih kepada bukti jelas tentang kebimbangan pemimpin Umno dan BN kehilangan kuasa.

“Kerana itu saya membantah sekeras-kerasnya jika pilihan raya olok-olok itu menggunakan sumber kewangan yang ada pada jabatan dan agensi tertentu kerana ia merupakan satu penyelewengan wang rakyat termasuk wang kami dari Penyokong Pakatan Rakyat,” katanya.

Menurut Khalil adalah lebih baik dana awam itu “disalurkan untuk kepentingan membantu rakyat bawahan yang masih memerlukan bantuan”.

Thursday, May 26, 2011

PAS Perlu Banyak 'Panglima Perang' Jika Mahu Ganti Umno

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- PAS memerlukan lebih banyak 'panglima perang' dan bukannya pemimpin agama sekiranya mahu menggantikan UMNO dalam pilihan raya umum ke-13. Penganalisis politik Prof Dr A Aziz Bari berkata PAS yang diterajui presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu melakukan lebih banyak transformasi dalam parti dengan menampilkan lebih banyak 'panglima perang'.

"Yang nak dicari bukan tok imam tapi panglima ataupun pejuang. Dia tak boleh syok sendiri, perlu kemukakan alternatif kepada rakyat. Kalau PAS masih nak bincang berapa ramai pemimpin ulama yang perlu diletakkan di atas (kepimpinan tertinggi PAS) buat apa?.

"Kalau masih terus macam ini, PAS masih belum layak untuk menggantikan Umno," katanya pada forum 'Melakar Masa Depan PAS' anjuran Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS) yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur di sini Selasa malam. Turut serta ialah tiga pemimpin PAS yang juga merupakan penceramah di forum itu -- Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad serta dua anggota Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad dan Datuk Kamarudin Jaafar.

Aziz berkata walaupun PAS mendakwa mempunyai keanggotaan lebih sejuta orang, parti itu perlu mengikis pandangan bahawa pimpinan tertingginya perlu daripada golongan ulama, perlu bersikap lebih terbuka untuk menerima perubahan walaupun terdapat pihak yang tidak selesa dengan perubahan itu.

"Ada antara mereka nak kekal dengan apa yang ada, ada pula kumpulan yang gabrah dengan perkembangan baru ini. Ada juga yang rasa gelisah bila parti ini buka pintu kepada orang bukan Melayu," katanya.

Bagaimanapun, Khalid berkata itu bukan isu utama memandangkan konsep kepimpinan ulama daripada sudut perlembagaan parti merujuk kepada Majlis Syura dan menegaskan tidak ada dalam perlembagaan parti bahawa barisan kepimpinan harus terdiri daripada golongan ulama.

"Cuma kadang-kadang terpengaruh dengan peranan media dan golongan yang berkepentingan dalam parti yang menyatakan presiden dan timbalan presiden harus daripada kalangan ulama," katanya. Pandangan beliau disokong Kamaruddin yang menjelaskan tiada pemimpin dalam parti itu yang mentakrifkan kepimpinan parti kepada dua kumpulan iaitu satu pro-ulama dan satu lagi pro-professional atau lebih dikenali sebagai kumpulan Erdogan.

PAS yang ditubuhkan pada 1951 akan mengadakan pemilihannya bulan depan bagi barisan kepimpinan parti itu untuk tempoh 2011-2013. Setakat ini, hanya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan jawatannya tanpa bertanding.

Wednesday, May 18, 2011

Video Seks: Sorong-Tarik tali Polis dan Peguam Negara

Firasat akulah...
1.Sebenarnya pihak polis serba salah. Kalau kata Anwar memang sah polis bohong tapi kalau kata bukan Anwar, UMNO pula hilang modal nak burukan Anwar. Oleh itu, senyapkan saje sebab orang kampong bergantung maklumat TV3 dan Utusan terus dungu tak tahu. Itu kebenarannya PDRM nak cover? Bangkai gajah mana boleh ditutup dengan nyiru.
2. Sebab PDRM kata mereka tidak terlibat dalam politik dan biar kes ini terus tanda-tanya. Jika polis dedahkan, pelaku dalam video seks tersebut, maka DSAI akan bersih namanya. Biarkan rakyat dalam teka teki sebelum PRU nanti. Jika tidak nanti, susah jugak nak cari modal fitnah baru utk PRU 13.

JOHOR BAHARU, 18 Mei - Timbalan Ketua Polis Negara berkata tiada keperluan daripada segi undang-undang bagi pihaknya untuk mendedahkan identiti pelaku dalam video seks yang didakwa membabitkan pemimpin sebuah parti pembangkang.

Menurut Datuk Khalid Abu Bakar, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang menjurus kepada kesalahan mengedar dan mempamer video lucah, di mana tiada keperluan di pihak polis untuk mendedahkan identiti pelakunya.

"Tiada keperluan undang-undang untuk mendedah pelakunya. Jikalau kita mengambil tindakan yang lebih daripada had undang-undang, kita akan dituduh pula terlibat di dalam politik. Kita menjalankan tanggungjawab menyiasat kes ini, apa yang tidak boleh didedah kita tidak akan dedah. Jangan mendesak kita, kita mengikut peruntukan undang-undang," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Khalid berkata demikian selepas menghadiri majlis Sesi Percambahan Minda Bersama Pucuk Pimpinan Polis Kontinjen Johor yang turut dihadiri Ketua Polis Negeri Datuk Mokhtar Mohd Sharif. Beliau mengulas kenyataan Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Datuk Zaid Ibrahim hari ini yang mendakwa kredibiliti polis akan terjejas jika ia masih teragak-agak mendedahkan identiti pelaku dalam video seks itu.

Khalid berkata, polis telah pun selesai menjalankan siasatan terhadap kes mengedar dan mempamer video lucah itu dan kini terpulang kepada pihak Jabatan Peguam Negara untuk meneruskan tindakan selanjutnya.

"Polis telah menjalankan siasatan, sama ada tuduh ke tidak itu bukan tanggungjawab polis, itu Jabatan Peguam Negara. Kita telah menjalankan apa jua arahan pendakwa raya tentang video lucah itu," katanya.

Mengenai sesi pencambahan minda hari ini, beliau berkata, ia merupakan usaha kontinjen Polis Johor berbincang untuk mencari pendekatan baru bagi mengurangkan kebimbangan masyarakat terhadap jenayah. Katanya, tahun ini Polis Johor telah berjaya mengurangkan sebanyak 20 peratus kadar jenayah di kawasan-kawasan panas negeri ini berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Polis Johor yang telah mewujudkan 25 pondok khas polis di kawasan panas sekitar Johor Baharu dan Iskandar Malaysia, merancang untuk menambah 25 lagi pondok khas bagi membanteras jenayah, kata beliau.

-- BERNAMA

Monday, May 16, 2011

Anwar melonjak nama Malaysia seluruh dunia

Gambar di CNN atas dan Aljazeera bawah
Anwar sodomy trial to go ahead on June 6 
KLumpur 16 May 2011, Aljazeera/ CNN: The trial of Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim on sodomy charges will go ahead after a court deemed prosecution witnesses "credible". High court judge Zabidin Mohamed Diah on Monday decided to bring the case to trial, based on the authentication of witness testimony and DNA evidence.

Closing the hearing, Zabidin told a packed courtroom, "I find a prima facie case... has been made out against the accused," adding, "There is nothing improbable about his evidence. His evidence is reliable." The charges allege that Anwar, 63, forcefully sodomised a former aide in June of 2008. If convicted, Anwar could be jailed for up to 20 years. The case potentially gives a boost to Malaysian prime minister Najib Razak's government ahead of a possible general election later this year.

Immediately after the decision, Anwar told reporters that the finding was not unexpected: "Of course, it does not come as a surprise, the fact that the judge gave this ruling."

He added,"But what is clearly shocking is that he has virtually prejudged the case. He has taken, not only prima facie but extended beyond that, all the ingredients of the charge as something factual, acceptable beyond reasonable doubt, which means it's already a conviction."

This is the second time the opposition leader has faced these charges. In 1998 he was convicted of sodomy and spent six years in jail, until the conviction was overturned in 2004. Sodomy is illegal in Muslim-majority Malaysia, whether or not between consenting adults.

While Anwar insists that the charges are a plot concocted to discredit him politically, he is now tasked with entering a plea. The case could hand an electorial advantage to Najib's ruling Barisan Nasional party, should the prime minister choose to call snap elections - ahead of the 2013 end of his current term of office - later this year.

The trial would likely dent the chances of Anwar's People Justice Party (PJP), regarded as the link between a widely disparate three-party opposition coalition which has seen sharp differences over the use of Islamic criminal law and the rights of majority ethnic Malays. While Barisan Nasional has been in power for over half a century, the PJP has recently been gaining ground since Najib has not delivered on several campaign promises regarding economic reforms.

The next phase of Anwar's trial is scheduled for June 6, according to court officials.

Sunday, May 15, 2011

Gempar! Video lucah disebarkan di masjid pulak!

Ahad 15 Mei 2011 Kuala Langat. Nazir Masjid Al-Hidayah, Teluk Panglima Garang, En. Rahman Amir berkata Tak cukup dengan promosi besar-besaran di TV3 Suku, Utusan Merapu, Berita Hairan, kali ni gerombolan songkok tinggi mengedarkan video lucah di masjid pula. Rahman Amir berkata video berkenaan dijumpai semasa jemaah masjid bersarapan selepas mendengar kuliah subuh di masjid itu.
"Nasib baiklah saya yang menemui dan tidak jemaah lain yang menjumpainya. Saya dengan tindakan sendiri sebagai seorang nazir tidak mahu bersubahat dengan perkara yang mana mungkin membolehkan terjadinya keadaan yang huru hara, kerana benda ini kita tonton kerap di TV. Tidak cukup di TV, disebar luas pula di masjid, tempat suci umat islam beribadah," kata beliau. Rahman kesal terhadap kesanggupan pihak yang tidak bertanggungjawab mencalar kesucian masjid dan agama untuk tujuan politik jahat dengan menyebarkan video itu.
Dewan Pemuda PAS Kuala Langat (DPPKL) turut mengutuk tindakan itu dan menyifatkannya sebagai “tidak bertamadun”. Ketua DPPKL, Hairul Nizam Tohar berkata pengedaran video lucah di masid bukan sahaja menghina kesucian agama Islam tetapi turut menyuburkan budaya fitnah di kalangan rakyat. “Penyebaran VCD lucah ini dilihat sebagai agenda politik sempit dan kotor yang dilakukan oleh sesetengah pihak yang cuba menangguk di air keruh. Tidak mustahil ada lagi VCD yang disebarkan di masjid lain,” kata beliau kepada TVSelangor.
Mengulas isu yang sama, ADUN Sijangkang, Ahmad Yunus Khairi menegaskan rakyat harus menolak fitnah seks tersebut berikutan Islam menggariskan hukum yang jelas sebelum menuduh seseorang itu melakukan zina. "Islam meletakkan 4 orang saksi. Ini bukan main- main. Saksi mestilah cerdik, adil, muqallaf," katanya.
Beliau turut mempertikaikan tindakan ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah yang membuat sumpah laknat dalam usahanya membabitkan Anwar dalam pertuduhan itu. "Dalam Islam sumpah laknat di dalam zina hanya dibenarkan apabila suami menuduh isterinya berzina dan perkara tersebut berlaku di dalam mahkamah," jelasnya.
Sebelum ini video seks fitnah dan risalah memalukan Anwar dikesan diedarkan secara meluas dari rumah ke rumah di daerah Klang. Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Klang, Yew Boon Lye semalam membuat laporan polis berhubung pengedaran risalah dan cakera padat (CD) rakaman video seks itu ke rumah-rumah di Teluk Gadung Indah Klang. Boon Lye mensyaki perbuatan itu didalangi oleh kumpulan pro Umno. 
Mereka mula mengedarkan risalah dan video itu dari rumah ke rumah sekitar jam 10.00 malam Sabtu lalu. Menurut Boon Lye lagi, kegiatan mengedarkan bahan lucah itu juga turut aktif sewaktu Ceramah Perdana Anwar di Klang baru-baru ini dimana ia dilihat bertaburan di sekitar kawasan perumahan.TVS

Tuesday, May 10, 2011

Umno pimpin Malaysia hingga kiamat jika PAS keluar Pakatan

KUALA LUMPUR, 10 Mei — Sambil mempertahankan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat, ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu berkata, Umno-Barisan Nasional (BN) semakin terdesak kerana tidak putus-putus menggesa parti Islam itu keluar daripada perikatan tersebut.

Tegas Mohamad, sekiranya PAS bertindak keluar Pakatan Rakyat, secara automatik BN akan terus memerintah negara “sehingga hari kiamat.”

“Kalau PAS keluar Pakatan Rakyat, BN akan memerintah sehingga hari kiamat sebab dia (BN) tahu kalau PAS bersama Pakatan Rakyat ini sahaja yang boleh menggugat BN.

“Sebab itu BN tiada jalan lain, jadi terpaksa mencari apa sahaja jalan bagi memastikan PAS keluar daripada Pakatan Rakyat, ini kerana BN bimbang kekuatan PAS dalam Pakatan Rakyat... tambahan yang boleh kalahkan Umno adalah PAS,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Monday, May 9, 2011

PAS: Utusan makin melampau

KUALA LUMPUR, 8 Mei: PAS menegaskan akan terus bersama Pakatan Rakyat untuk memperkasa Islam sebagai agama rasmi, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Katanya, ianya sebagaimana telah dipersetujui dalam Konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam pada tahun 2009 dan diperkukuhkan lagi pada Konvensyen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang pada 2010.

Ketiga-tiga komponen parti iaitu PAS, PKR dan DAP telah bersetuju akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini.

"Tekad ini adalah suatu ikrar yang terpahat dalam polisi bersama Pakatan Rakyat. Oleh yang demikian hirup pikuk yang di lemparkan oleh media tertentu bertujuan untuk membakar semangat rakyat terutamanya di kalangan orang Melayu beragama Islam, bahawa Malaysia akan menuju ke arah negara Kristian adalah suatu pemberitaan yang sangat tidak beramanah," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Sunday, May 8, 2011

Natijah isu sensitiviti ugama oleh Utusan

Bagaimana agaknya persepsi pelabur asing, terutama yang datang dari barat dan beragama Kristian bila memahami kandungan laporan Utusan Malaysia pada Sabtu, 7 Mei 2011? Laporan itu mendedahkan ada usaha untuk menjadikan Krisitian agama rasmi Malaysia dan perdana menteri negara ini mungkin seseorang yang beragama Kristian. Mungkin ada di kalangan mereka yang teruja untuk terus melabur di Malaysia dengan harapan apabila Malaysia menjadi sebuah negara Kristian akan mudah mereka berurusniaga.

Sudah tentu ada yang berkira bahawa pegangan agama mereka akan memberi kelebihan dalam iklim niaga yang dikendalikan oleh pemerintah Kristian yang seagama dengan mereka. Sudah pasti juga ada sebilangan pelabur yang waras dan bijaksana membaca laporan Utusan itu sebagai sesuatu yang membimbangkan. Pelaburan mereka mungkin dalam bahaya. Sudah pasti sebagai pengusaha skala besar-besaran mereka dapat mencongak bahawa tidak mudah Kristian menggantikan Islam di Malaysia.
 
Majoriti rakyat Malaysia adalah Melayu dan Bumiputera. Hampir semua Melayu di Malaysia adalah penganut Islam. Sudah tentu pelabur kategori ini dapat merumuskan betapa gempita reaksi orang Melayu dan Islam tehadap komplot Kristian ini. Mereka juga pasti akur bahawa majoriti anggota polis adalah Melayu-Islam. Begitu juga dengan tentera. Maka adakah institusi ini akan membiarkan perubahan tunggak agama ini dengan mudah berlaku di negara ini?

Jangan melabur

Natijahnya tentu mudah ditelah. Lebih baik jangan melabur di Malaysia.

Friday, May 6, 2011

Penyatuan Melayu-Islam melalui Forum Persidangan

Isu penyatuan UMNO dan PAS kembali diperkatakan. Walaupun telah berpuluh tahun ianya ditimbulkan,  polemik ini tidak nampak kesudahahannya, bahkan menjadi semakin kusut untuk diselesaikan. Kedua-dua pihak mempunyai hujah masing-masing. Saya berpendapat isu penyatuan UMNO dan PAS adalah isu yang besar dan rumit. Isu ini tidak sesuai untuk dibincangkan pada waktu ini. 

Walaubagaimana pun komitmen untuk memperjuangkan kepentingan  masyarakat Islam  di negara ini adalah tanggungjawab yang perlu dipikul  bersama oleh semua pihak. Sebenarnya jika pun ada penyatuan antara UMNO dan PAS, belum tentu  masalah masyarakat Islam di negara ini akan selesai. Saya yakin akan ada pihak lain yang akan menentang pula.  Tentunya  cabaran yang ada di hadapan terlalu besar untuk digalas. Cuma kita perlukan mekanisma baru yang lebih segar untuk menyatukan masyarakat  Islam di negara ini.

Perbincangan masalah umat Islam di negara ini tidak boleh dikhususkan hanya kepada isu politik sahaja. Sebaliknya perlu diperluaskan kepada semua bidang seperti agama, pendidikan, ekonomi , perundangan, moral dan lain-lain lagi. Untuk itu, perlu ada pihak ketiga yang dihormati dan tidak berkepentingan untuk menyatukan perbezaan pandangan pelbagai pihak yang terlibat.

Tuesday, May 3, 2011

Umno ibarat pungguk rindukan bulan

Nasrudin Hassan  
1. Politik tanahair kini menyaksikan UMNO dan BN terus mendendangkan irama lama yang kian sepi tidak dipeduli. Malah seninya kian pudar dan "tone"nya kehilangan sentuhan pitching yang tepat. Persembahan tidak seimbang dan penampilan tampak pincang. Apabila UMNO mengajak PAS sekali lagi menyertai Barisan Nasional dan jikalau PAS tidak mahu menyertai Barisan Nasional, keluar Pakatan Rakyat pun jadilah. Saya lihat UMNO kini seperti Pungguk Rindukan Bulan.

2. Mengatas nama bangsa dan agama, UMNO melalui Presidennya terus mendesak agar PAS menyertai BN atau sekurang - kurangnya keluar Pakatan Rakyat. Jelas agenda mereka hanya satu iaitu mengeluarkan PAS dari Pakatan Rakyat yang dilihat semakin utuh atau dalam erti kata lain ialah untuk meretakkan kesatuan dan keutuhan Pakatan Rakyat.

3. Demi bangsa dan agama ! begitulah tone lama yang pitchingnya sumbang. Kononnya PAS tidak boleh bersama DAP kerana DAP menentang perjuangan Islam yang didokong oleh PAS. Tiba - tiba MCA yang menjadi rakan kongsi UMNO di dalam BN bingkas memberi amaran, jika PAS menyertai BN pastikan PAS tidak memperjuangkan negara Islam. Inilah barangkali suatu contoh tindakan yang pernah disindir oleh Allahyarham P. Ramle sebagai Masuk Angin Keluar Asap.