PETALING JAYA: Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini
mengecam Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dan bekas Mufti Johor
Datuk Nooh Gadot ekoran kontroversi kalimah Allah sekarang ini dan
perhimpunan Turun.
“Kalimah Allah dijadikan isu. Bekas Mufti kata kufur kalau benarkan.
Nabi (Muhammad saw) tidak halang. Para sahabat (Nabi) tidak menghalang.
Oooi bekas Mufti, depa semua kufur ke?” kata Khalid yang juga timbalan
pesuruhjaya PAS III Selangor dalam laman mikro blog, Twitter.
Pada hari Khamis, Harussani turut mengecam kumpulan TURUN yang
berdemonstrasi membantah kenaikan harga barang di Dataran Merdeka di
ambang kemerdekaan. Mufti Perak berkata: “Sepatutnya semua peserta perhimpunan ditangkap
kerana menderhaka kepada kerajaan dan dari hukum syarak, dihalalkan
darah golongan bughah.”
Khalid juga membidas terhadap Harussani dan menyatakan Harussani ialah
seorang mufti bahlol ekoran label bughah yang diberikan Harussani
terhadap peserta perhimpunan Turun.
“Ada pula mufti yg halalkan darah peserta TURUN! Nak gambarkan Islam
kejam dan sifat diktator! Kononnya bughah. Mufti bahlol disayangi UMNO! Mufti tak tahu ke, tegur pemerintah adalah wajib? Itu kerja mufti
tapi tak buat kerana sibuk mengampu. Maka rakyat buat! Bughah bila
bersenjata,” kata Khalid.
Celahan seorang pengguna Twitter menuduh Khalid menyokong gereja Kristian dalam isu kalimah Allah.
Pengguna Twitter itu @jackfadzli berkata: Baguslah sokong puak-puak gereja. Bagi cucu hang baca dak lagi Bible?”
Khalid lantas menjawab: “Quran dah cerita apa yg dceritakn dlm Bible. Tak baca Quran?”
FreeMalaysiaToday