Khalid Samad: Oleh
kerana banyaknya tulisan yang membincangkan isu Kota Damansara (KD)
sedang tersebar melalui blog, komuniti online, laman sosial dan
sebagainya; dan sebahagian besar darinya diselitkan fakta dogengan dari
penglipur-lara, maka saya rasa terpanggil untuk menulis respon
terhadapnya. Ini adalah untuk menyelamatkan sahabat-sahabat yang
bersifat lurus dari tertipu dengan fakta-fakta dogengan sehingga
memanjang-manjangkan fakta tersebut dan dengan itu mendapat dosa kering.
Saya menulis respon oleh kerana mengambil kira dosa yang mungkin akan
ditanggung mereka yang lurus ini dan bukan untuk membela diri
semata-mata kerana seperti selalu, saya amat berterima kasih atas
‘pahala subsidi’ yang dihasilkan untuk saya oleh golongan-golongan
penglipur-lara ini. Dulu ini juga yang saya alami apabila berhadapan
dengan bekas Pesuruh Jaya PAS Selangor yang ingin gagalkan PR. Terdapat
orang sama juga yang terlibat dan perkara yang sama seolah berulang
kembali. Walaubagaimanapun, kesudahan kepada kisah penglipur-lara ini
masih belum tamat dan insyaAllah akan dapat kita saksikan bersama.
Saya akan keluarkan respon saya secara berperingkat. Pertama berhubung
strategi, kedua dari sudut akhlak jamaah Islam; ketiga berhubung 2
kawasan contoh dan keempat kisah dogeng berhubung KD. Harap tunggu semua
tersiar, baca kesemuanya, baru respon sekiranya mahu.
Thursday, May 30, 2013
Friday, May 17, 2013
Pentadbiran ala-Umno punca PAS kalah di Kedah
PRU ke-13 telah lebih seminggu berlalu dengan keputusan yang dimaklumi
semua orang. PRU13 menyaksikan tsunami rakyat menolak BN kecuali di
beberapa negeri.Kecelaruan SPR masih tidak menghalang kecemerlangan
Pakatan di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan dan hampir-hampir
menguasai semula Perak dan Terengganu, sementara berjaya menidakkan
majoriti 2/3 di Negeri Sembilan.
Tetapi berlainan pula keputusannya di Kedah yang berjaya dimenangi semula oleh BN. Sebagai seorang ahli politik anak Kedah, saya kemukakan analisa dan sebab-sebab bencana kekalahan yang sememangnya sudah dijangka di Kedah.

Saturday, May 11, 2013
Kemenangan rapuh BN di Perak
Zulaikha Zulkifli: BN mampu mengekalkan pentadbirannya di Perak apabila memenangi 31 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu. Namun
kedudukan parti itu dilihat rapuh apabila situasi itu sama seperti
kemenangan tipis Pakatan Rakyat pada 2008 sehingga berlaku peralihan
kuasa apabila tiga ADUN gabungan itu keluar parti.
Pada 2008, walaupun kemenangan berpihak kepada Pakatan, tetapi ia terlepas kuasa apabila apabila wakil rakyatnya di Jelapang, Changkat Jering dan Behrang, menjadi ADUN bebas yang mesra BN. Kecuali Behrang, dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Pakatan berjaya merampas semula DUN Changkat Jering dan Jelapang.
Meskipun jauh kemungkinannya potensi untuk wakil rakyat BN melompat parti, namun kedudukan BN boleh tergugat jika berlaku pilihan raya kecil, khususnya di DUN yang dimenanginya dengan majoriti tipis.
Antara kerusi DUN BN yang dilihat goyah dengan majoriti tipis ialah Lubok Merbau (majoriti 53 undi), Manjoi (132), Pasir Panjang (304) dan Selama (619).
Seperti pada 2009, sebanyak 16 pilihan raya kecil diadakan di seluruh negara berikutan kematian wakil rakyatnya.
Bagaimanapun, dalam pilihan raya kali ini, terdapat perubahan pola pengundian serta pertambahan pengundi di beberapa buah kawasan yang dimenangi BN berbanding 2008, lebih-lebih lagi di kerusi yang mempunyai 70 peratus pengundi Melayu.
Seperti di Manjoi dan Pasir Panjang, dalam masa lima tahun, pertambahan pengundi baru di dua kawasan itu naik mendadak. Di Manjoi, pertambahan pengundinya naik sehingga 36 peratus. Begitu juga Pasir Panjang, hampir 35 peratus pengundi baru bertambah- purata luar biasa bagi sebuah kawasan kampung.
Berbeza pada 2008, di Manjoi, pertambahan pengundi hanya tujuh peratus begitu juga di Pasir Panjang- yang dulunya merupakan kerusi PAS- hanya lapan peratus. Purata biasa pertambahan pengundi baru bagi sesebuah negeri ialah sebanyak 19.6 peratus. Justeru, pemerhati berpendapat, dengan pertambahan pengundi baru yang begitu ketara sehingga menimbulkan persoalan menjadi punca dua kawasan itu dimenangi BN dengan majoriti tipis.
Di Changkat Jong pula, antara punca kekalahan PAS di kerusi yang mempunyai 62 peratus pengundi Melayu itu ialah dengan pertambahan pengundi baru sebanyak 5,463.
Dengan jumlah majoriti undi yang meningkat berbanding 2008, hampir separuh daripada jumlah undi pengundi baru itu pergi kepada calon BN iaitu Mohd Azhar Jamaluddin
Selain pertambahan pengundi, BN juga mengalami peningkatan jumlah majoriti undi di kerusi yang mereka kekal menang iaitu di Kenering (dulu 2,798 kepada 8,216), Selama (355-619), Kubu Gajah (66-1,085), Batu Kurau (2,439-3,834), Alor Pongsu (95-2,196), Trong (916-1,804), Chenderoh (1,039-1567), Belanja (1,887-2,963), Bota (2,068-3,448), Kampong Gajah (1,416-6,100) dan Slim (3,526-3,853).
Dengan peningkatan jumlah majoriti itu, pemerhati berpendapat, di kawasan yang rata-ratanya bahagian utara Perak - majoriti Melayu ini, juga mempunyai pertambahan pengundi dan menjadi salah satu faktor kejayaan BN mengekalkan kerusi-kerusi tersebut walaupun dengan majoriti tipis.

Friday, May 10, 2013
Isu MB S'gor: Tiada perjanjian semestinya PKR
Tiada
perjanjian yang mengatakan kerusi menteri besar Selangor mesti
diperuntukkan kepada PKR sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan
kemenangan di negeri itu, tegas Pemuda PAS negeri.
Justeru
Timbalannya Mohd Sany Hamzan meminta beberapa pemimpin PKR negeri,
termasuk Azmin Ali tidak melatah serta "mencermin dan sedar diri"
sendiri sebelum membuat kenyataan berhubung perkara itu.
"Pemuda PAS negeri Selangor menganggap kenyataan (pemimpin PKR negeri) Azmin Ali, Zuraida Kamaruddin dan Shuhaimi Shafiei yang menekankan bahawa kerusi MB Selangor adalah kerusi tetap PKR adalah ibarat orang tamak haloba yang tidak sedar diri terhadap kemampuan diri kendiri.
"Mungkin PKR Selangor masih bermimpi yang mereka masih memenangi kerusi DUN Selangor melebihi PAS dan DAP," katanya merujuk kepada keputusan pilihan raya umum ke-13 pada Ahad lalu.
Pakatan berjaya menewaskan BN dengan kemenangan PKR sebanyak 14 kerusi serta PAS dan DAP masing-masing 15 kerusi.
PKR sebelum ini parti dominan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) tetapi keadaannya kini berubah, sehingga dispekulasikan rakan Pakatannya dari PAS berminat sama.

Dalam kenyataannya Mohd Sany
berkata, Pemuda PAS negeri berharap pimpinan Pakatan Selangor akan
menyelesaikan isu pelantikan menteri besar itu dalam masa terdekat dan
pihaknya akan menghormati keputusan itu.
Sementara itu, Zuraida yang juga ketua Wanita PKR dilaporkan menggesa PAS dan DAP tidak campur tangan dalam urusan pemilihan menteri besar atau memberikan sokongan kepada pihak tertentu kerana ia akan diputuskan PKR Pusat.

"Saya
baca dalam surat khabar yang memaklumkan PAS dan DAP mahu Abdul Khalid
sebagai MB. Kemudian (Pesuruhjaya PAS Selangor) Dr Rani (Osman) pula
jawab beliau sedia jadi MB. Saya ingat apa hal dengan mereka ni? Dah
gila kuasa ke? Dah gila jawatan.
"Sedangkan
keputusan belum dibuat. Lagipun ini kerusi PKR kenapa Pas dan DAP yang
terlampau ghairah untuk menamakan diri mereka atau menamakan orang itu
ini jadi MB? Ini persoalan saya," lapor Sinar Harian yang memetik laporan sebuah portal berita.
Wednesday, May 8, 2013
Tsunami Cina atau Tsunami Rakyat
Fathi Aris Omar: Selayaknya pemimpin yang bercita-cita besar tetapi tewas seperti Anwar Ibrahim berasa kecewa dan tidak berpuas hati.
Beliau segera menggerakkan penyokong Pakatan Rakyat ke stadium Kelana Jaya malam ini, hanya tiga hari selepas pilihan raya umum berlalu, sebagai bantahan simbolik.
Tokoh PKR itu tidak seperti pemimpin-pemimpin parti pembangkang yang lain, ketewasan dalam pilihan raya umum tidak disusuli dengan fasa menjeruk rasa dan bersantai selama beberapa bulan.
Anwar segera bangkit - jika dipandang sepintas lalu, kesegeraan yang tampak berang dan meroyan - satu gejala "politik baru" pembangkang.
Namun, beliau tidak kecewa dan meroyan seorang diri. Perdana menteri yang gagal ditumbangkannya Najib Abdul Razak juga kelihatannya masih terkejut dengan keputusan awal pagi Isnin lalu.
Hakikatnya, prestasi BN bawah pimpinan beliau jatuh merudum berbanding Abdullah Ahmad Badawi, yang diserang oleh Dr Mahathir Mohamad selama beberapa tahun sebelum Mac 2008.
Selain Mahathir sendiri, Najib malah turut dibantu oleh sekutu-sekutu mantan perdana menteri itu, Daim Zainuddin (kiri) dan Sanusi Junid.
Namun, kemerosotan BN tidak dapat dihalang-halang lagi. Seperti arus deras, ditahan di utara (Kedah), melimpah pula di selatan (Johor) dan timur (Terengganu dan Sarawak).
Bagaimanapun, Najib patut bersyukur kerana masih dapat mengangkat sumpah sebagai perdana menteri dalam keadaan kerajaannya menikmati majoriti "agak selesa", 22 kerusi parlimen.
'Madu & racun di tanganmu'
Tetapi perdana menteri rupa-rupanya masih tetap kecewa dan nada meroyannya - meroyan gaya orang menang - akibat kekecewaannya itu disebut "tsunami Cina".
Sehari selepas itu, akhbar-akhbar milik Umno mengukuhkan lagi kesasauannya dengan melaungkan slogan meroyannya itu.
Utusan Malaysia di muka depannya semalam bertanya "Apa lagi yang Cina mahu?", sementara tabloid sekutunya Kosmo! menuduh pengundi kaum itu sebagai "talam dua muka"!
Najib dan Umno membangkitkan isu perkauman atas sikap pengundi itu yang meninggalkan parti-parti komponen BN itu secara besar-besaran.
Maka, dikatakan ia satu "polarisasi" trend pengundian yang memerlukan "national reconciliation", perukunan semula hidup bernegara.
Seperti slogan 1Malaysia Najib yang menguatkan pertubuhan PERKASA, malan tokohnya diberi peluang mewakili BN, "national reconciliation" diikuti cercaan akhbar-akhbar Umno terhadap Cina.
Di sisi ini, lagu sindiran Anwar terhadap Najib mungkin ada benarnya: "madu di tangan kananmu, racun di tangan kirimu, aku tak tahu mana yang akan kau berikan padaku. Aku tak tahu, mana yang akan kau berikan padaku."
Lagu popular Indonesia yang sering dipentaskan Anwar ini dijawab oleh Najib sewaktu kempen pilihan raya lalu di Sabah.
Perdana menteri menjawab: BN-lah madunya, sementara Pakatan Rakyat-lah racunnya.
Menang jadi arang
Sebab itu pula pengundi mengekalkan status quo pilihan raya umum 2008 (kecuali tambahan tujuh kerusi parlimen): Pengundi "tak tahu, mana yang akan BN atau Pakatan berikan padaku".
Maka, Najib dan Anwar tidak faham kebingungan rakyat ini. Perdana menteri menyalahkan Cina, Pakatan menyalahkan sistem pilihan raya.
Selayaknya begitulah nasib kedua-dua tokoh ini yang sudah terkena sumpahan "menang jadi arang, alah jadi abu". Kedua-duanya dibakar hangit oleh pengundi.
Tetapi di pihak Najib dan Umno, Cina pula dijadikan arah sumpahannya.
Seperti Umno sering menyalahkan Melayu sebagai "pengkhianat bangsa" atau "tidak bersyukur" apabila pengundi kaum itu sendiri meninggalkan Umno dan mengkritik kerajaan BN.
Seperti Mahathir menuduh penentangnya dan Gerakan Reformasi 1998 sebagai "ejen negara asing" sewaktu kepimpinannya dipersoalkan habis-habisan.
Polarisasi antikerajaan, propembangkang
Dia perasan dan mengangkatkan dirinya sebagai "Malaysia" dan penentangnya "orang asing".
Seperti Umno perasan dialah Melayu dan membayangkan Melayu itulah Umno. PAS itu bukan Melayu dan sebagai sumber perpecahan serta pengkhianatan bangsa.
Tetapi sewaktu Cina berbondong-bondong menyokong MCA atau Gerakan, tidak pula kaum Tionghua dituduh mengamalkan "polarisasi" trend pengundian!
Tidakkah itu satu bentuk "polarisasi" juga apabila Melayu hanya menyokong Umno atau PAS; dan Cina menyokong DAP atau MCA?
Polarisasi ini, kalau inilah istilahnya, hanya polarisasi arus antikerajaan BN dengan arus prokerajaan BN.
Jadi, kenapa harus Cina pula dijadikan sasaran? Untuk menakut-nakutkan Melayu? Melayu mana yang ingin ditakut-takutkan itu - Melayu atau Umno?

Subscribe to:
Posts (Atom)