Apa kata bekas Timbalan Presiden PAS dan Ahli Parlimen PAS Bachok menyimpang hala tuju PAS dan makin terserlah keinginanya membentuk Kerajaan Perpaduan (UG) dengan UMNO suatu ketika dulu.
KOTA BHARU 25 Ramadhan: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK)
meminta bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa
menyatakan pendiriannya dengan jelas samada masih ingin bersama PAS atau
membawa haluan yang bertentangan dengan kehendak parti.
"Jika
beliau sudah tidak berminat bersama-sama dengan PAS, amatlah wajar untuk
beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok daripada terus
menerus mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat Bachok di dalam
PRU12 yang lalu," kata Setiausahanya, Mohd Nuri Mat Yaacob dalam
kenyataannya yang dihantar kepada Harakahdaily.
Beliau mengulas
kenyataan Nasharudin yang dikeluarkan oleh beliau seperti yang tersiar
di dalam Buletin Utama TV3 hari ini di mana beliau mencadangkan agar PAS
keluar dari Pakatan Rakyat jika DAP menentang hudud.
Beliau juga
dilihat bersama-sama dengan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak di
Mekah sedangkan pada awal Ramadhan lalu beliau telah pergi ke sana.
"DPPNK melihat cadangan beliau tersebut hanyalah mengulangi hujah-hujah yang diratib oleh pemimpin-pemimpin Umno selama ini. Sedangkan
semua pihak sedia maklum bahawa kerajaan pusat yang ditunjangi oleh
Umno dan BN lah yang sebenarnya menghalang pelaksanaan hudud di Kelantan
selama ini," kata Nuri dalam kenyataannya.
Ditambah dengan
sikap beliau yang dilihat pro Umno sejak kebelakangan ini, DPPNK melihat
amat wajar untuk beliau membuat pengisytiharan rasmi adakah beliau
masih setia bersama PAS atau sebaliknya.
"Jika beliau sudah
tidak berminat bersama-sama dengan PAS, amatlah wajar untuk beliau
meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok daripada terus menerus
mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat Bachok di dalam PRU12
yang lalu," katanya.
Bagi DPPNK, katanya, PAS sedikitpun tidak rugi jika individu seperti beliau mengangkat kaki meninggalkan parti.
No comments:
Post a Comment