Tuesday, November 30, 2010

Tiada Istilah 'Ketuanan Melayu' Dalam Perlembagaan

KUALA LUMPUR, 30 Nov 2010 Istilah 'Ketuanan Melayu' tidak perlu dibahaskan kerana ia tidak wujud dalam perlembagaan negara, kata pakar sejarah Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.

Beliau berkata dalam aspek sejarah, hanya 'Ketuanan Raja' yang termaktub dalam perlembagaan kerana rakyat perlu menunjukkan taat setia kepada raja.

"Sebelum ini tidak pernah disebut 'Ketuanan Melayu' dalam masyarakat Melayu. Dalam sejarah hal sebegitu tidak betul. Yang ada dalam perlembagaan cuma 'Ketuanan Raja' iaitu di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Orang Melayu mendapat hak keistimewaan kerana mereka adalah rakyat raja, kerana itu raja yang penting. Kedudukan orang Melayu memang diberikan pertimbangan khas dan tidak perlu dipersoalkan," katanya kepada Bernama malam Selasa.

Beliau diminta mengulas kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengenai Ketuanan Melayu yang dibangkitkannya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Tahunan Ketujuh parti itu Ahad lepas.

Dr Wan Azizah meminta konsep Ketuanan Melayu dihapuskan bagi membolehkan anak-anak membesar dengan visi 'bangsa bermaruah' atau 'Melayu bermaruah'.

Khoo berkata istilah Ketuanan Melayu hanya dibangkitkan oleh ahli politik bagi tujuan politik semata-mata, dan beliau melihat ahli politik sekarang sering membangkitkan isu yang boleh mendatangkan konfrontasi antara kaum.

"Ahli politik seharusnya memberi perhatian kepada perkhidmatan mereka kepada rakyat, menolong rakyat. Bukan menggalakkan rakyat untuk bergaduh," katanya. -Bernama

Kuala Lumpur 30 Nov  mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad  melaporkan Konsep 1Malaysia yang dipelopori oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak hanya akan berjaya jika rakyat membelakangkan bangsa dan keturunan masing-masing dan mengasimilasikan diri menjadi satu, katanya di Forum Persidangan pelabor Malaysia-Eropah (MEP) hari ini.

Katanya, konsep Najib hampir sama dengan prinsip Wawasan 2020 yang diterajuinya dalam percubaan mewujudkan bangsa Malaysia bagi mencapai perpaduan kebangsaan.

"Apabila kita berbicara mengenai perpaduan kebangsaan kita mesti lupakan sejarah kita, keturunan dan menganggap diri kita sebagai rakyat Malaysia. Kita bercakap dalam satu bahasa dan tidak minta 'Keistimewaan' hanya kerana kita Melayu ataupun bukan Melayu,” kata Dr Mahathir.

Beliau menjawab soalan daripada hadirin ketika sesi dialog pada forum ketiga dialog Malaysia-Eropah (MEF) di Kuala Lumpur.

Dr Mahathir juga membidas kumpulan yang menyokong 'prinsip 1Malaysia' tetapi masih mempertahankan diri mereka daripada kumpulan yang berasal daripada latar belakang sesuatu keturunan.

"Kita tidak boleh lagi anggap diri kita rakyat Malaysia yang berketurunan Melayu, Cina ataupun India,” katanya sambil menambah jika rakyat boleh melupakan perkara itu, 1Malaysia akan mempunyai pengertian sebenar. -Malaysiakini


PASIR MAS, 30 Nov: Mendaulatkan ketuanan Islam berbanding ketuanan Melayu bukan sahaja lebih mulia, malah mampu mengelak dari permusuhan kaum, kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sekiranya bangsa Melayu mahu ketuanan Melayu, sudah tentu bangsa lain juga mahukan bangsa mereka di angkat seperti mana bangsa Melayu katanya yang juga Mursyidul Am PAS.

“Bangsa lain boleh menerima agama (Islam) ini berbanding ketuanan Malayu yang hanya menunjukkan kepada satu bangsa sahaja,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui selepas menziarahi keluarga mangsa OKU yang rentung dalam kebakaran di Kampung Ubi Keling Nibong, dekat sini. Turut serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Tuku, Abdul Fatah Harun, Adun Chetok, Abdul Halim Abdul Rahman dan Ketua Jajahan Pasir Mas, Nik Kazim Nik Yusoff.

Tambah Menteri Besar Kelantan itu lagi, dengan ketuanan Islam tidak akan timbul sikap dengki dari bangsa lain sebaliknya diterima baik oleh mereka, apatah lagi jika mereka memeluk Islam.

Sehubungan itu tegasnya, sikap terlampau mementingkan bangsa wajar dihentikan kerana lebih banyak mengundang perbalahan dan permusuhan berbanding perpaduan. Harakahdaily. 

Sunday, November 28, 2010

Untuk Maju tinggalkan konsep 'Ketuanan Melayu'

PETALING JAYA 27 Nov 2010 - Konsep Ketuanan Melayu wajib ditinggalkan kerana ia hanya slogan sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk perdaya orang Melayu secara keseluruhan demi kepentingan diri.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, kumpulan kecil Melayu ini adalah mereka yang lakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kesalahan tanpa hiraukan nasib kaum sendiri.

Beliau yakin tidak akan ada satu kaum yang akan menjadi agung dan dihormati hanya dengan menggelar diri sebagai tuan. Katanya, walau dengan adanya Ketuanan Melayu sejak negara capai kemerdekaan 53 tahun lalu, nasib kaum ini terus terabai.

“Mereka dilanda masalah sosial, pendidikan, ekonomi dan budaya kehidupan yang membimbangkan serta kuota 30 peratus penguasaan ekuiti Melayu-Bumiputera gagal dicapai.

“Semua ini membuktikan pemimpin UMNO bukan berjuang untuk bela Melayu. UMNO adalah parti tauke dan jauh sekali berwajah parti rakyat,” katanya dalam Ucapan Dasar Presiden di Kongres PKR 2010 di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, semalam.

Wan Azizah menyebutpentingnya kaum Melayu tinggalkan konsep ketuanan kerana Islam mengatakan sebaik-baik umat adalah mereka yang paling tinggi takwanya.

“Al-Quran banyak mengisahkan bagaimana Tuhan hancurkan kaum yang bermegah konon jadi ‘tuan’ dan pandang rendah kaum lain.

“Bangsa dan kaum itu jadi agung dan dipandang tinggi apabila bermaruah. Kalau mahu besar, mereka harus memelihara dan menjaga maruah,” katanya.

Tegasnya lagi, dalam tradisi Melayu, mereka amat menyedari kepentingan menjaga maruah diri supaya dipandang tinggi.  Dr Wan Azizah menegaskan, isu survival Melayu dan Islam di negara ini tidak akan dapat diselesaikan jika masih dilihat melalui teropong UMNO dan konco-konconya, sebaliknya perlu dilihat dari perspektif dalam fenomena baru realiti politik berasaskan demokrasi.

Katanya, jika UMNO dan Barisan Nasional (BN) benar-benar ikhlas, mereka harus hentikan kezaliman, penindasan dan kemungkaran yang diamalkan selama ini dan menyuburkan iklim demokratik berasaskan Perlembagaan.

“Dengan ini, Islam yang murni akan lebih terserlah dan masyarakat bukan Islam akan lebih memahami Islam serta melihatnya secara tepat.

“Oleh demikian, kita menyeru kaum Melayu, umat Islam dan masyarakat Malaysia umumnya agar tidak mudah diperkotak-katikkan oleh pihak yang mengatakan orang Melayu akan kehilangan kuasa dan suara jika negara diperintah Pakatan Rakyat,” katanya.

Saturday, November 20, 2010

Ketua Polis: Belajar mencuri untuk tangkap pencuri

INI BETUL-BETUL CELARU. Tentunya anggota pasukan Polis terjelir lidah kerana yang dilarang terhidang apabila kalangan mereka dibenarkan untuk latihan sama juga bermain judi. Tak manasabah.. Apa perlunya dibenarkan berjudi meskipun latihan. Apa yang diperlukan bertindak dan tutupkan tempat judi terutamanya di Ciber Café yang menyediakan mesin judi di banyak kawasan perumahan. Apa yang susahnya untuk mencegahan kegiatan judi ini. Kata-kata Ketua Polis dengan gembira membenarkankan bukannya tegah perbuatan curi ini tetapi suruh pula jadi pencuri untuk menangkap pencuri. Dengan adanya Makmal Latihan Pencegahan Judi akan berleluasakan amalan judi kerana mereka tentu akan dapat keseronokannya nanti.

MALAY MAIL- K.Lumpur 19 Nov 2010 Kaki-kaki judi perlu awasi dengan ‘Pakar Judi’ yang turut memerhati anda. Bagaimanapun ‘Pakar Judi’ ini sebenarnya adalah dari kalangan anggota polis terlatih dibawah cawangan baru iaitu Makmal Latihan Pencegahan Judi. Tujuan Unit ini dibentuk adalah untuk mengempur aktiviti perjudian.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata, Makmal Latihan Pencegahan Judi ini sebagai kelengkapan pasukan polis, terutamanya dari unit Anti maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap dari Bahagian (D7) dengan orang dalam yang berpengelaman, untuk diketahui bagaimana kegiatan judi haram dilakukan, teknik dan juga helah digunakan.

Mengambil kata pepatah, “untuk menangkap pencuri, anda perlu jadi pencuri” maka konsep ini diterima pakai. Setiap tahun, Polis Diraja Malaysia akan menganjurkan kursus ‘Pakar judi’ dari kalangan anggota polis yang terpilih”, kata Tan Sri Ismail ketika siding media selepas melancarkan tatacara Prosedur Operasi Piawai dan Portal terbaru Jabatan Penyiasatan Jenayah dan pembukaan Makmal Latihan Pencegahan Judi di kolej PDRM di Cheras hari ini. Makmal ini bernama ‘Mock Casino PDRM’ berada di Kolej ini.

Makmal ini, keseluruhan bernilai RM198,000.00 dilengkapi dengan satu putaran dadu, tiga meja judi dan empat mesin slot. Ada juga perbagai peralatan perjudian dan lain-lain mesin perjudian disediakan.

InsyaAllah, Ismail juga memberi kepastian yang ‘Pakar Judi’ ini tidak menyalahi kepakaran mereka untuk mendapat ganjaran darinya. Makmal Judi ini dijangka akan diperkenalkan ke Kontigen Polis Negeri-negeri lain.--Bumiperak

Tuesday, November 16, 2010

Perak lewat seminggu Hari Raya Qurban

Jika diperhatikan kepada banner diatas, ianya bukanlah buatan Umno cawangan tetapi bertaraf negeri kerana terkandung ucapan hari raya daripada Menteri Besar Zambry serta barisan kepimpinan kerajaan BN mereka.

Jika pada hari raya Aidilfitri yang baru lalu, Umno memperkenalkan kita dengan bulan Islam yang baru, tetapi pada hari raya Aidiladha kali ini, Umno sekali lagi membuat kejutan dengan menyambut raya lewat seminggu daripada yang telah ditetapkan.

Ketika seluruh umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidil Adha pada 10 Zulhijjah 1431H tahun ini, Zambry dan juga Umno Perak membuat suatu kelainan dengan merayakannya pada 17 Zulhijjah 1431H (rujuk banner diatas).

Sekarang ini, Zambry boleh melakukan apa saja kerana pasti mendapat pembelaan daripada Harussani biarpun perkara tersebut jelas melanggar syariat Islam.

Thursday, November 11, 2010

Isu kurafat: DPPN Pk minta penjelasan dari Mufti Perak

Khamis 11 Nov 2010 Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mengesahkan masih belum menerima surat rasmi daripada Tan Sri Dr Haji Harussani Zakaria Mufti Kerajaan Negeri Perak berkaitan upacara meletakkan ancak ke tiang seri program Projek Infra Bina Upaya (IBU) di Kampung Guar,

Manong baru-baru ini walaupun Berita Harian telah mengeluarkan kenyataan Tan Sri Harussani pada hari ini. Berikutan laporan media tersebut, pihak DPPN Pk akan menghantar surat rasmi memohon penjelasan Tan Sri Harussani yang telah berjanji untuk memberikan jawapan setelah berjumpa dengan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Pertamanya, DPPN Pk amat menyokong tindakan Tan Sri Harussani yang telah mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Zambry untuk mendapatkan penjelasan terus dari beliau. Tindakan ini amat tepat bagi mendapatkan kenyataan yang lebih bersifat adil berdasarkan keadaan yang sebenar.

Namun DPPN Pk melihat Tan Sri Harussani seharusnya mendapatkan penjelasan seumpama ini bukan hanya dari pihak Kerajaan Barisan Nasional (BN) tetapi juga melibatkan pihak Pakatan Rakyat (PR) dan lain-lain yang mana perkara ini tidak berlaku sebelum ini.


Yang keduanya, tanpa membahaskan status syirik atau tidaknya Datuk Seri Zambry secara peribadi, syariat Islam secara jelas tidak sesekali membenarkan majlis tersebut untuk diamalkan dalam masyarakat Islam sebagaimana yang ditegaskan sendiri oleh Tan Sri Harussani yang disiarkan di dalam Sinar Harian pada Ahad lepas. Perkara ini amat penting kerana Datuk Seri Zambry,

sebagai seorang Ketua Kerajaan Negeri dan juga seorang EXCO Agama Islam, tidak sepatutnya membenarkan sama sekali amalan tersebut yang jelas boleh merosakkan aqidah umat Islam.
Cumanya, DPPN Pk juga hairan bagaimana aktiviti program tersebut berada di luar pengetahuan Datuk Seri Zambry kerana setiap program-program yang akan dihadiri oleh mana-mana pimpinan kerajaan negeri sudah tentu pegawai-pegawainya mendapatkan maklum balas setiap aturcara yang akan diadakan.

Walaupun Datuk Seri Zambry menafikan penglibatannya pada majlis tersebut, ada gambar yang jelas menunjukkan Datuk Seri Zambry menepung tawar serta mengikat satu daun kepada tiang tersebut dengan kain berwarna merah. Ini juga seolah-olah mencerminkan bahawa majlis khurafat seumpama ini masih subur malah cuba dihidupkan kembali di Negeri Perak ini.

DPPN Pk juga ingin menegaskan, dengan tanpa niat untuk mencari salah mana-mana pihak, bahawa gambar-gambar yang telah diberikan kepada kami jelas menunjukkan perbuatan tersebut adalah amalan khurafat serta syirik yang menjejaskan akidah sebagai seorang yang beragama Islam.

Setelah pihak DPPN Pk menerima satu lagi bahan bukti berbentuk rakaman video, DPPN Pk akan menyerahkan dalam masa terdekat ini kepada Tan Sri Harussani bagi menilai sendiri penjelasan Datuk Seri Zambry. Perkara ini penting agar kekeliruan yang tercetus akibat majlis tersebut akan mendapat penjelasan yang tegas.

DPPN Pk secara tegas tidak mahu budaya khurafat tersebut bakal mengundang ikutan rakyat yang telah lama meninggalkan upacara tersebut kerana ajaran Islam jelas menolak perkara tersebut selama ini.

DPPN Pk secara insaf menyatakan bahawa tindakan ini sedikit pun tidak bertujuan untuk menjatuhkan kedudukan Datuk Seri Zambry tetapi lebih bermatlamat untuk menyelamatkan akidah umat Islam yang selama ini menjadi keliru kembali kerana perbuatan tersebut dilakukan oleh pemimpin nombor satu negeri yang memegang bidang kuasa agama Islam.

DPPN Pk sedar tindakan ini bakal mendatangkan kemarahan banyak pihak, tetapi apa yang penting adalah kebaikan yang akan diperolehi setelah kesamaran selama ini diperjelaskan dan diperbetulkan.

Friday, November 5, 2010

Isu tanah antara faktor PAS terjejas di Galas

GUA MUSANG, 5 Nov: PAS melihat masalah tanah antara faktor utama menyebabkan parti itu gagal mempertahankan Dun Galas pada pilihan raya kecil semalam.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, masalah tanah masih menjadi rungutan sebahagian rakyat dan mereka juga terpengaruh dengan dakyah yang disebarkan pihak lawan.

“Usaha kerajaan negeri menyelesaikan masalah tanah tidak difahami mereka. Sedangkan usaha ke arah menyelesaikan hak milik sedang dilakukan dan tentunya mengambil masa untuk diselesaikan.

“Keadaan menjadi tambah keliru kerana ada pihak membangkitkan pelbagai isu mengenai tanah biar pun penjelasannya mengenainya sudah diberi kerajaan negeri,” katanya di sini, malam tadi.

Selain itu juga faktor beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), tentera dan Rela yang berkampung di penempatan Orang Asal sejak 15 Oktober lalu menyebabkan pergerakan penduduk tempatan terbatas. Malah katanya, agensi kerajaan pusat terbabit mengawal ketat pergerakan pihak lain yang memasuki penempatan berkenaan.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob sebelum ini memberitahu...
ketika kerajaan negeri menganjurkan program penyampaian surat peserta penempatan berkelompok kepada penduduk Orang Asal, agensi kerajaan terbabit membawa keluar sebahagian penduduk mengelakkan mereka hadir ke program terbabit.

Abdul Halim yang juga anggota parlimen Pengkalan Chepa berkata, kemerosotan juga berlaku terhadap pengundi Cina terutamanya di saluran pengundi muda.

Bagaimanapun katanya, pengundi di saluran satu dan dua masih kekal bersama PAS.

Manakala pengundi atas pagar pula dilihat lebih cenderung kepada BN sehingga menyebabkan banyak undi PAS terjejas.

“Isu pembangunan Ladang Rakyat juga menjadi isu di kalangan rakyat di mana ramai yang masih keliru,” katanya.

Thursday, November 4, 2010

Undi Pas berkurang 265 undi di Galas

5.00pm Pusat pengundian ditutup. Pengiraan undi akan bermula lagi sejam setengah. 
5.21pm Seramai 8,980 atau 77.73 peratus keluar mengundi di Galas. Jumlah ini tidak termasuk di peti undi Belatim, Balar dan Bihar.
6pm: Timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata pihaknya menjangkakan keputusan rasmi pilihan raya kecil DUN Galas akan diumumkan sebelum jam 8 malam ini. Bercakap dalam sidang media di Dewan Sivik Gua Musang hari ini, beliau turut menjangkakan peratusan sebenar keluar mengundi sehingga 82 peratus. Katanya, jangkaan itu berdasarkan peratusan yang diterima setakat ini sehingga 78 peratus tanpa jumlah daripada empat peti undi Orang Asli. Beliau menjangkakan peti-peti undi berkenaan mula tiba di pusat penjumlahan menjelang 6.30 petang.
6.27pm BN mendahului di Galas dengan 114 undi di Kampung Batu Papan.
6.45pm Keputusan tidak rasmi: BN mendapat 621 undi manakala PAS memperolehi 584 undi.
6.50pm Keputusan tidak rasmi: BN mendapat 1035 undi manakala PAS memperolehi 982 undi.
6.55pm Keputusan tidak rasmi: BN mendapat 1,250 undi manakala PAS memperolehi 1,258 undi.
6.55pm: Seramai lebih 100 orang pengundi menyerbu Bilik Gerakan BN di Bukit Cekati malam ini bagi menuntut bayaran tambang mereka. Mereka, termasuk kira-kira 30 wanita itu menunggu sejak awal lagi bagi mendapatkan bayaran tersebut. Kumpulan berkenaan didapati beredar dari kawasan itu pada kira-kira jam 7 petang ini selepas mendapat bayaran tersebut.
Dipercayai, bayaran sebanyak RM200 diberikan kepada mereka setiap orang berkenaan. Namun ada juga yang mendakwa tidak mendapat bayaran tersebut. Antaranya ialah Thong Chong Liong, 57, yang menunggu di situ sejak 12 tengahari lagi. "Saja tunggu dari pukul 12, tapi saya tidak dapat bayaran," katanya yang hampa. Mat Yusoff ADUN Nenggeri, dipercayai hadir di situ bagi mengawal keadaan.
7.05pm Keputusan tidak rasmi: BN mendapat 2,359 undi manakala PAS memperolehi 2,212 undi.
7.07pm Keputusan tidak rasmi: BN mendapat 2,834 undi manakala PAS memperolehi 2,270 undi.
7.09pm Keputusan tidak rasmi: BN mendapat 3,258 undi manakala PAS memperolehi 2,348 undi. Majoriti 910 undi.
7.15pm: Keputusan tidak rasmi: BN mendapat 4,273 undi manakala PAS memperolehi 3,744 undi.
7.20pm Peluang BN untuk merampas kerusi DUN Galas semakin cerah. Ini berikutan BN menang semula undi pengundi Cina yang menyokong pembangkang dalam pilihan raya umum lalu. Pakatan kalah di Kampung Baru dengan majoriti 41 undi - yang merupakan kawasan majoriti pengundi Cina yang mereka menang dengan majoriti lebih 200 undi dalam pilihan raya umum lalu.
Pakatan pada mulanya mensasarkan untuk menang di Kampung Baru dengan majoriti besar bagi menampung kemungkinan tewas di Pulai. Dua kawasan majoriti pengundi Cina itu, Pulai merupakan kubu kuat BN. Pakatan kalah 25 undi di Pulai dalam pilihan raya umum lalu.
7.30pm: Sehingga waktu ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan BN mendahului dengan majoriti 1,069 undi. PAS ketinggalan dengan 4,108 undi, berbanding BN yang mendapat 5,177 undi. Jumlah yang keluar mengundi hari ini ialah 82.71 peratus atau 9,555 orang.
8.45pm Keputusan muktamad pengundian di pilihan raya kecil DUN Galas ialah BN menang dengan majoriti 1,190 undi. Calon BN Abdul Aziz Yusof mendapat 5,324 undi manakala calon PAS Dr Zulkefli Mohamad memperolehi 4,,134 undi.

Tuesday, November 2, 2010

Nik Aziz: Sekretariat kursus Ehwal Orang Asli di Galas

Monday 1 Nov 2010  Mentri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengumumkan satu sekretariat kursus bertaraf Exco untuk menjaga segala ehwal orang asli di Negeri Kelantan. Nik Aziz berkata demikian semasa mengadakan lawatan ke penempatan Orang asli di Kg Senrod, Loging dekat Gua Musang Isnin lalu. (STAR - Kelantan Mentri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat has announced a new secretariat to handle all matters pertaining to the Orang Asli in the state. He said this when visiting the Orang Asli settlement in Kg Senrod, Loging, near Gua Musang on Monday