28 April 2010 Laporan polis telah dibuat di ibu pejabat polis daerah Shah Alam pada kira-kira jam 4 petang ini dengan ditemani peguam Mohd Khairuddin Othman untuk mengambil tindakan undang-undang di bawah seksyen 499 Kanun Keseksaan terhadap ketiga-tiga pihak (Zahid Hamidi, Zainal Abidin Sakom dan Utusan Malaysia). Hassan Ali mendakwa tuduhan mereka boleh mencemarkan reputasinya sebagai Exco Hal Ehwal Selangor dan pentadbiran baru Negeri Selangor yang tegas melaksanakan peraturan surau dan masjid sebagai zon bebas politik.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menuduh saya memberi khutbah berbaur politik, kononnya saya terlupa membaca selawat menyebabkan tidak sah fardhu Jumaat 23/4/2010 serta menuduh menderhakan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor kerana saya tidak mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak yang berkuasa.
Datuk Zainal Abidin Sakom melalui Berita Nasional yang disiarkan oleh Klasik Nasional, telah memberi komen yang serupa seperti apa yang telah dilakukan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Laporan Utusan Malaysia pula saya nampak ada unsur putar belit kenyataan.
"JAIS sudah keluarkan kenyataan, saya dah sebutkan seperti yang dilaporkan Sinar Harian” katanya.
Kenyataan mereka boleh mencetus ketegangan di kalangan masyarakat Islam.
“Ada memang ada (baca selawat). Saya yakin 100 peratus dan saya berpengalaman 40 tahun membaca khutbah. Semenjak dua tahun pentadbiran (Selangor bawah Pakatan Rakyat), tiap-tiap minggu saya akan baca khutbah di seluruh Selangor, kecuali apabila saya berada di luar negara,"
Thursday, April 29, 2010
Tuesday, April 27, 2010
Mufti Perak harus juga HARAM ceramah politik di luar masjid
Sehari sebelum pengundian Pilihanraya Kecil Parlimen Ulu Selangor, heboh dengan laporan beberapa akhbar harian menyiarkan kenyataan tuduhan fitnah kepada PAS kerana Dato Dr Hassan Ali menyampaikan khutbah di Masjid As-Salam, Bukit Sentosa dan ceramah Tuan Guru Nik Aziz di sebuah masjid di Ulu Selangor. Kedua mereka dituduh berkempen politik dalam masjid dari khutbah dan ceramah yang disampaikan telah diperbesarkan oleh media. Tanpa analisis suasana semasa dan bersumberkan laporan salah akhbar ini, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria terus membidas perbuatan menyampaikan ceramah politik dalam masjid dan menghukum ianya haram di sisi Islam merujuk kepada laporan ceramah dan khutbah ini.
Media menuduh pemimpin PAS mengingkari perintah Sultan Selangor agar tidak menggunakan masjid untuk kempen politik. Datuk Zahid Hamidi menganggap khutbah dan solat Jumaat hari itu yang disampaikan oleh Dato Dr Hassan Ali tidak sah kerana kononnya tidak membaca selawat Nabi Muhammad saw. Inilah pembohongan sedangkan penyampaian diperakui mengikut ketetapan tanpa kepentingan politik dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) turut menolak dakwaan berkenaan.
Harussani juga harus fahami apa yang yang haram di dalam masjid maka diharamkan juga diluar masjid. Kenapa tidak menegah umat Islam supaya tidak berpolitik kerana ianya Haram di sisi Islam.

Wednesday, April 21, 2010
Hishamudin Rais: Zaid yang aku kenali
Zaid Ibrahim adalah kaum kerabatku dari Keluarga Hj Shamsudin Lubuk Merbau Mac 2010. -Gambar Hiasan
Saya ingat lagi pada tahun 1972 - ketika itu saya anak mahasiswa yang mengulang tahun satu di Universiti Malaya. Saya telah aktif dalam perjuangan gerakan mahasiswa sejak dari awal tahun pertama lagi.
Pada tahun itu, ketika Kongres Tahunan Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia (PKPM ), saya telah dilantik untuk menjadi setiausaha agung.
Badan yang bernama PKPM ini telah diharamkan pada tahun 1974 - sesudah demo pelajar menyokong warga Baling.
Ketika saya dilantik sebagai setiausaha agung PKPM – perang Vietnam sedang rancak. Kuasa imperial Amerika sedang melancarkan perang kolonial ke atas Vietnam, Laos dan Kamboja – sama seperti yang sedang berlaku di Iraq dan Afghanistan hari ini.
Justeru dalam Kongres PKPM tahun 1972 itu ada terdapat resolusi yang mengutuk imperialis Amerika Syarikat dan menyokong perjuangan menuntut keadilan oleh rakyat Indo China.
Ketetapan yang dibuat dalam kongres akan menjadi dasar persatuan sehingga ke kongres tahun hadapan.
Pada zaman itu gerakan mahasiswa cukup rancak.
Saya adalah seorang ahli kelab sosialis yang aktif. Justeru pandangan politik saya adalah kiri. Buku dan akhbar yang saya baca adalah kiri. Negara dan pemimpin negara yang saya hormati adalah dari jalur kiri.
Berdasarkan resolusi PKPM yang anti-Amerika, saya telah memasang poster-poster anti-perang Vietnam yang kami terima dari International Union of Students yang berpangkalan di Prague.
Rupa-rupanya ada juga kumpulan mahasiswa, terutama dari PMUKM yang yang tidak bersetuju dengan pemasangan poster ini. Lalu saya dikritik sebagai setiausaha agung PKPM yang tidak bertanggungjawab.
Sebenarnya isu poster anti-perang Vietnam ini hanya alasan. Kritikan ini datang dari pelajar reaksionari bermazhab
kanan.
Akhirnya satu persidangan tergempar telah diadakan. Persidangan ini diadakan di Dewan Majlis Persatuan Universiti Malaya. Saya ingat lagi petang itu – delegasi dari PMUKM, dari Serdang College, dari Institut Teknologi Kebangsaan, KSITM dan tuan rumah PMUM turut hadir.
Saya dapat merasakan seolah-olah telah ada persetujuan untuk menyingkirkan saya dari PKPM.
Idris Jusi, dari PMUKM mula bercakap membuka kes tentang saya yang dikatakan tidak mengikut dasar PKPM dan dilihat pro-komunis. Dari KSITM, presidennya Zahari tidak pula bercakap. Yang banyak bercakap ialah Ibrahim Ali.
Pandangan-pandangan kanan dan reaskioner bertaburan pada petang itu.
Sebelum keputusan dibuat untuk menyingkirkan saya dari PKPM, tiba-tiba seorang wakil delegasi dari KSITM mengangkat tangan untuk berucap.
Saya masih ingat lagi anak muda itu. Dia kurus lansing dan kacak. Berkulit sawo matang. Anak muda ini memakai seluar hitam dan berbaju biru.
Mustahil saya akan melupakan susuk ini. Sampai akhir hayat saya ingat apa yang berlaku pada petang itu. Tidak mungkin saya akan lupa kerana pada petang itu saya sedang disalib.
Masih terngiang di telinga saya hingga ke hari ini apa yang dikatakan oleh anak muda itu:
“Sebelum dia dibuang, dia berhak untuk diberi peluang bersuara. Ini adalah cita-cita demokrasi pelajar… dan ini adalah hak dia.”
Saya terperanjat kerana tidak ada sesiapa dari persatuan lain yang menyokong saya kecuali PMUM.
Saya terperanjat kerana anak muda ini berani 'pecah regu' untuk menyokong saya. Saya kagum atas keberaniannya.
Saya tidak kenal anak muda ini. Tapi saya tahu anak muda ini datang dari KSITM – satu persatuan pelajar yang saya anggap reaksionari.
Bila saya selidiki baru saya sedari anak muda ini ialah Zaid Ibrahim – pelajar jurusan undang-undang Institut Teknologi Mara. Saya juga difahamkan si Zaid ini datang dari Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) seteru kuat sekolah saya, MCKK.
Semenjak petang itu saya tidak bertemu dengan Zaid Ibrahim. Kami meneruskan keyakinan diri.
Saya difahamkan Zaid telah menjadi seorang peguam yang berjaya. Saya terus menjadi diri saya.
Lima tahun dahulu seorang kawan dari MCKK mengajak saya untuk menjadi ahli Civil Society of Malaysia.
Ini badan hak asasi manusia yang cuba diwujudkan oleh Zaid Ibrahim. Cuma ada 'catch' - sesiapa yang ingin menjadi ahli wajib membayar RM250.
Jumlah ini agak berat untuk saya - lalu saya menolak jemputan ini.
Seminggu sebelum NGO ini berkumpul dan bersidang, saya telah mendapat panggilan telefon mengatakan bahawa RM250 telah dibayar oleh Zaid Ibrahim.
Saya hairan kerana seumur hidup saya – saya belum pernah bercakap sepatah pun dengan susuk ini. Dari panggilan telefon - saya telah diberi kebenaran untuk datang ke persidangan pertama Civil Society ini di Hotel Renaisance.
Inilah kali kedua saya melihat Zaid Ibrahim. Kali kedua ini agak berbeza. Anak muda kurus yang berbaju biru dan berseluar hitam dahulu telah agak bersisi.
Rambutnya telah dicantikan oleh anyaman uban. Baju dan pantalon yang dipakainya kelihatan dari jenis yang baik dan bermutu. Nah! Pastilah dia telah berjaya hinggakan sanggup membayar yuran untuk orang yang tidak dikenalinya.
Dua hari sebelum nama Zaid Ibrahim dimahsyurkan sebagai calon di Hulu Selangor, saya telah pergi menemuinya.
Rumah kediaman si Zaid ini bukanlah sama seperti bilik sewa tempat saya menginap. Ini kawasan lumayan yang hanya 30 minit dari Serendah Hulu Selangor.
Mata saya memerhati dengan rapi untuk mengetahui lebih dalam lagi manusia yang bernama Zaid Ibrahim ini.
Rumahnya tidak mengancam tapi pastilah lebih luas dari bilik sewa saya. Dalaman tidak lucah dan bukan bermotifkan budaya 'arriviste – horray henry' yang sering kita temui di wilayah-wilayah mewah.
Tujuan saya datang kerana ingin bertanya apakah dia masih ingat lagi apa yang terjadi di Dewan Majlis PMUM 38 tahun dahulu.
Zaid termenung sebentar sebelum mengakui yang dia pernah datang ke PMUM untuk bermesyurat. Tetapi tidak ingat apa tujuan dia hadir. Malah dia juga tidak ingat bahawa pada petang itu yang disalib ialah saya.
Saya tidak merasa kecewa kerana si Zaid tidak mengingati episod itu.
Inilah perjalanan hidup kita sebagai manusia . Terpencar pencar - ada yang kita ingati dan ada yang kita lupakan.
Untuk kita – perkara yang ini mungkin penting dan untuk orang lain perkara yang sama adalah 'non event – tidak ada apa apa yang penting'.
Kenapa saya menulis kisah ini? Saya menulis kerana susuk yang bernama Zaid Ibrahim ini sedang berkempen untuk memenangi kerusi di Parlimen.
Saya menulis ini kerana saya yakin bahawa manusia yang bernama Zaid Ibrahim ini adalah manusia demokrat.
Tiga puluh lapan tahun dahulu – ketika kami masih lagi anak pelajar - si Zaid ini telah memperlihatkan sifat jujur dan demokratnya.
Pada petang itu – 38 tahun dahulu - si Zaid telah tidak terpengaruh dengan tohmah anti-komunis, anti-kiri dan anti-sosialis.
Sifat demokratiknya telah tertanam dalam sebelum dia meletakan jawatan sebagai menteri kabinet kerana menentang ISA. Susuk yang bernama Zaid Ibrahim dapat melihat salah dan benar.
Jika saya warga Hulu Selangor saya merasa senang hati untuk menobatkan Zaid Ibrahim sebagai wakil suara saya di Parlimen.

Saturday, April 17, 2010
Bantahan APCO seluruh negara
IPOH 16 April 2010, Laungan "Undur Apco" dan "Hancur Israel" bergema di perkarangan masjid Kampung Baru, di perkarangan masjid Negeri Ipoh selepas solat Jumaat hari ini Pemuda PAS Perak menuntut kerajaan memulangkan kepada rakyat, wang RM77 juta yang diberikan kepada Apco Worldwide sebagai bayaran khidmat rundingannya. Ketua penerangannya, Mohd Akmal Kamuruddin berkata pembaziran wang rakyat itu sepatutnya dibayar oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan wangnya sendiri. Begitu juga kempen 1Malaysia yang dibelanjakan untuk mengagung-agungkan Najib sepatutnya digunakan untuk membina rumah, membekalkan bekalan air paip serta elektrik kepada ribuan rakyat miskin di negara ini.
“Ahli Umno adalah pengkhianat bangsa dan juga Islam kerana pembabitan mereka dengan syarikat yang berkaitan dengan Israel,” katanya.
KUALA LUMPUR Di perkarangan masjid Kampung Baru, turut bergema Laungan "Undur Apco" dan "Hancur Israel".Lebih 200 orang mengambil bahagian dalam perhimpunan ini yang diadakan selepas solat Jumaat.
Menurut Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad, kerajaan tidak wajar mengambil Apco dan Asiasoft Malaysia sebagai penasihat dan perunding.
Kamaruzaman mendakwa Airsoft Malaysia sebuah syarikat yang mempunyai kaitan dengan Israel mempunyai akses ke atas sistem keselamatan Malaysia menerusi projek sistem komputer dengan Polis Diraja Malaysia. “Ini jelas pengkhianatan terhadap kepercayaan rakyat. Malaysia tidak ikhlas membantu Palestin menentang Israel. Bagaimana mereka boleh menggunakan perkhidmatan syarikat yang mempunyai kaitan dengan Israel,” katanya pada ucapannya.
Mereka juga membawa sepanduk yang tertera “Tamatkan Apco” dan “Jahanam Israel”. Turut hadir pada perhimpunan ini Ketua Pemuda PAS, Suhaimi Abdul Aziz dan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Ustaz Shafie.
KEDAH Perhimpunan yang sama juga diadakan di pekan Kulim Bandar-Baru, dengan kehadiran lebih 200 orang.
Demonstrasi ini diketuai oleh Ketua Pemuda PAS Kulim Bandar-Baru Mohamad Khairi Saleh and Ketua Pemuda Padang Serai Abu Tolib Yahaya. Ia berlangsung selama kira-kira 15 minit dan mereka terpaksa bersurai apabila hujan lebat.
Antara kain rentang dan sepanduk yang dibawa berbunyi “Tidak kepada Apco dan Tidak kepada Asiasoft” dan “Bersama Menjaga Kedaulatan Negara”.
Selain itu, ahli-ahli PAS juga mengedarkan seribu risalah kepada orang ramai supaya menyokong tuntutan syarikat berkenaan ditamatkan. Pemimpin mereka kemudiannya menuju ke balai polis untuk membuat laporan supaya kerajaan menyiasat perkara itu dan bertindak.

Thursday, April 15, 2010
Hulu Selangor: MIC dapat Calon, Senator dan Timbalan Menteri
KUALA LUMPUR, 15 April: Pada mulanya mesyuarat tergempar jawatankuasa pusat MIC yang diadakan malam sebelumnya 20 daripada 32 perwakilan MIC berkeras mahukan hanya Palanivel sebagai calon mereka. Selepas rundingan demi rundingan dan disertakan dengan pelbagai ancaman seperti untuk memecat timbalan ketua Pemuda MIC, V Mugilan sekiranya dia dipilih sebagai calon.
Disaat akhir kepada jalan tengah untuk kompromi, difahamkan Palanivel akan dilantik sebagai senator dan timbalan menteri kerana bersetuju memberi laluan kepada Kamalanathan, maka akhirnya MIC dikatakan dapat tiga dan Umno tidak dapat apa-apa di Hulu Selangor. Bukan bijak kaum India berpolitik untuk kepentingan bangsa biar nampak gaduh tapi orang Melayu bergaduh dapat rugi.
Harakahdaily- Ketua Penerangan MIC Pusat, P Kamalanathan dilaporkan telah dipilih sebagai calon, manakala Timbalan Presiden MIC, G. Palanivel dijanjikan kerusi senator dan timbalan menteri.
Keputusan ini dikatakan kompromi terbaik dan dikatakan sebagai menang-menang selepas MIC berkeras mahukan Palanivel bertanding di kerusi itu.
Umno tidak bersetuju dengan Palanivel dan lebih senang dengan Ketua Pemuda MIC Bahagian Hulu Selangor, V Mugilan. Namun, MIC bahagian mengugut akan menentang keputusan itu dan MIC Pusat pula mengugut akan memecat beliau dari MIC.
“Ini formula terbaik, situasi menang-menang... sebenarnya dengan ini MIC akan mendapat satu kerusi senator dan timbalan menteri tambahan,” kata seorang pemimpin kanan MIC kepada satu laman web.
Perebutan siapa yang akan menjadi calon BN di Hulu Selangor menjadi sengit apabila Umno Bahagian Hulu Selangor mahukan calon Umno iaitu bekas MB Selangor, Tan Sri Muhamad Haji Mohd Taib bertanding di situ.
Beliau dikatakan bakal mengulangi kegemilangan Umno dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang apabila bekas MB Negeri Sembilan Tan Sri Isa Samad diletakkan di situ.
Namun, dari awal lagi Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yasin menolak Muhamad dengan berkata, Muhamad tentu tidak mahu bertanding di situ.
Padahal ramai yang beranggapan, Muhyidin menolak Muhamad kerana kedua-duanya adalah musuh ketat selepas kedua-duanya bertanding merebut jawatan timbalan presiden Umno dalam pemilihan yang lalu.
Selepas perundingan dibuat, Umno bersetuju calon MIC bertanding di situ tetapi dengan syarat bukannya G. Palanivel, timbalan presiden MIC yang pernah beberapa penggal menjadi anggota parlimen di situ.
Ekoran itu nama Kalamathan dan Mugilan timbul. Namun, MIC berkeras mahukan Palanivel bertanding di situ.
Jika tidak mereka akan memboikotnya manakala MIC pula mengugut akan memecat Mugilan jika beliau dipilih BN bertanding di situ.
Hasilnya, MIC dapat kesemuanya, calon iaitu Ketua Penerangan MIC Pusat, P. Kalamathan dan kerusi senator serta satu kerusi timbalan menteri iaitu untuk Palanivel.

Wednesday, April 14, 2010
Zaid Ibrahim Dipilih Calon PKR Di Hulu Selangor
HULU SELANGOR, 13 April Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim, dipilih sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor 25 April ini.
Pemilihan Zaid, 59, anak kelahiran Kelantan yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, diumumkan oleh Ketua Pembangkang dan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Komuniti Serendah di sini malam Selasa.
Turut hadir pemimpin-pemimpin kanan PKR, PAS dan DAP.
Zaid, yang juga bekas Ketua Umno Bahagian Kota Baharu, merupakan seorang peguam dan pengasas firma undang-undang Zaid Ibrahim & Co pada 1987.
Pada pilihan raya umum 2004, Zaid mewakili Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Kota Baharu, tetapi tidak dipilih untuk pilihan raya 2008.
Bagaimanapun, dia dilantik menyertai Kabinet Datuk Seri (sekarang Tun) Abdullah Ahmad Badawi pada 2008 melalui jawatan senator.
Beliau, bagaimanapun, meletakkan jawatannya sebagai senator dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bertanggungjawab bagi hal ehwal undang-undang pada penghujung 2008 sebagai tanda protes penahanan Exco Kerajaan Negeri Selangor Teresa Kok, penulis blog Raja Petra Kamaruddin dan pemberita akhbar bahasa Mandarin Tan Hoon Cheng.
Zaid kemudiannya menyertai PKR pada Jun 2009 selepas dipecat daripada Umno pada Dis 2008, atas sebab-sebab tertentu, termasuk menghadiri perhimpunan parti pembangkang.
BN dijangka mengumumkan calonnya Khamis ini bagi kawasan parlimen itu yang kosong ekoran kematian penyandangnya dari PKR, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, pada 25 Mac lepas akibat barah otak.
Penamaan calon adalah pada Sabtu ini.
Sementara itu, Zaid berkata beliau yakin akan diterima oleh pengundi dan menjadi suara bagi rakyat di Hulu Selangor.
Beliau berkata ini adalah kerana beliau bukan orang luar tetapi telah bermastautin di Selangor sejak 30 tahun lepas.
"Saya terima tawaran ini dengan penuh kesedaran dan insaf," katanya ketika berucap selepas diumumkan sebagai calon PKR.
Katanya pemilihan beliau itu turut mendapat restu daripada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dihubungi di Mekah dan meminta semua jentera parti bekerja keras untuk memastikan kemenangan kepadanya.
-- BERNAMA
Monday, April 12, 2010
TERKINI: ADUN Changkat Jong kurang sihat
Subscribe to:
Posts (Atom)