Wednesday, September 2, 2009

Semasa: Kecoh, Asak, Rempuh, Tangkap, Kacau






9.45 pagi, semua wakil rakyat Pakatan dan Speaker V Sivakumar mula berjalan dari pejabat DAP Perak menuju ke bangunan sekretariat. Mereka disertai oleh kira-kira 150 penyokong.

Apabila dihalang oleh pihak polis, Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham bertengkar dengan mereka mengenai perintah mahkamah melarang perhimpunan itu diadakan.

"Perintah mahkamah melarang orang awam berada di situ, tetapi tidak menyebut tentang ahli dewan undangan negeri. Adalah salah untuk menghalang ADUN menjalankan tugas mereka...

"Lagi pula, Seksyen 90 Kanun Prosedur Jenayah menyebut perintah tersebut mesti diwartakan,” tegasnya.


Mereka kemudiannya cuba meneruskan perarakan itu tetapi dihalang oleh anggota polis mencegah rusuhan. Ngeh ditangkap pada jam 10 pagi.

Turut ditangkap ialah Stanley Tan, seorang jurugambar akhbar Nanyang Siang Pau, yang dikatakan turut disepak ketika ditahan.

Dia kedengaran menjerit kepada polis: "You nak kerja, kita pun nak kerja."

Para peguam Pakatan dijangka memfailkan permohonan di mahkamah pagi ini untuk membatalkan perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Ipoh semalam, melarang sebarang perhimpunan diadakan dalam kawasan sekitar 30m dari bangunan sekretariat.

Perintah diperolehi pihak polis bagi menghalang perhimpunan ADUN Pakatan itu berkuatkuasa dari jam 1 pagi ini hingga 11 pagi esok.
=malaysia kini




5 comments:

  1. Fikirkan bagaimana cara untuk menyatu padu kan melayu/Islam supaya tidak berbalah dalam politik.

    Kuasa politik sangat penting. Hilang kuasa politik, hilang kuasa memerintah negara.

    Jong pecah yu kenyang!

    ReplyDelete
  2. Bersatu mesti atas dasar isam bukan atas dasar melayu umno....

    ReplyDelete
  3. kpd jin yg duk atas pagar tue xyahla nk suruh org b`satu..klu nk b`satu biar atas dasar Islam,kita nk b`satu ke dgn org yg menentang Islam,yg mmbuat kerosakn kt bumi Allah,nk b`satu ke dgn pemimpin2 melayu mnyebab rosaknye anak2 muda melayu?x fhm aku ayat b`satu tue..dah cemuih aku dengaq,tue ayat org yg x nk b`fikir,klu nk b`satu jom sama2 kita b`satu memartabatkn Islam bknnye melayu..

    ReplyDelete
  4. Salam BP
    Makluman .. Dango teman udah runtuh. Tak tahuler sape yang rajin bebenor meruntuhnya. Tapi tulih tetap tulih.
    La ni teman tetiap hari ada di Ipoh.

    ReplyDelete
  5. Rakyat Perak lah yang berhak menentukan siapakah yang layak memerintah negeri Perak, tidak timbul tentang menyatuan melayu di sini. Yang penting, negeri Perak ditambirkan oleh mereka yang telah diberi amanah untuk memerintah Perak melalui saluran Pilihanraya Umum Negeri Perak..PR akan tetap memberi hak dan keadilan kepada semua rakyat Perak.. selaras dengan kehendak islam itu sendiri..

    ReplyDelete