Wednesday, September 2, 2009

Semasa: Jalan ke bangunan SUK Perak ditutup


IPOH, 2 Sept: Kesemua jalan masuk menuju ke Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak SUK pagi ini di tutup bermula jam 6.30 pagi tadi menjelang persidangan DUN pagi ini. Iklan

Kesemua jalan itu termasuk dua jalan utama menuju dua pintu masuk ke SUK iaitu Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab dan Jalan Istana.

Sekatan jalan raya dibuat lebih 30 meter dari kawasan bangunan SUK di mana terletak di dalamnya Dewan Negeri yang dijangka digunakan oleh Speaker dan kesemua ADUN Pakatan Rakyat untuk bersidang hari ini.

Tinjauan mendapati sekatan jalan itu bagaimanapun hanya memberi laluan kepada Ibu bapa yang menghantar anak mereka untuk kesekolah, pekerja di bangunan SUK dan mereka yang bekerja di premis dalam kawasan lingkungan sekatan.

Kesemua ADUN Pakatan dijangka berkumpul di bangunan Wisma DAP berhampiran bangunan SUK sebelum bergerak ke Dewan DUN jam 9.30 pagi.

Sidang DUN dijangka berlangsung jam 10 pagi ini. MENYUSUL

No comments:

Post a Comment