Friday, February 20, 2009

Karpal ajar BN buat keputusan lantik MB dan EXCO di dalam DUN

Speaker Perak perlu dapat kelulusan DUN terlebih dahulu - Karpal

Berikut adalah petikan dari Peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri Perak untuk kita teliti bersama sebagai penerangan dan hujah kepada musuh kita yang setiap hari memutar belit isu ini sejak speaker Dun Perak, V. Sivakumar bersama jawatan Kuasa Hak dan Kebebasan mengenakan tidakan mengagnatung Zamry selama 18 bulan dan 6 ADUN lain selama 12 bulan.

Putar belit yang disebarkan dalam pelbagai media mesti dijawab dan disebarkan oleh semua penyokong PR yang mendapatkan maklumat ini.

72. (1) Hendaklah ada sebuah Jawatankuasa yang akan dinamakan Jawatankuasa Hak dan kebebasan, mengandungi Tuan Speaker sebagai pengerusi dan enam ahli yang dilantik oleh Dewan dengan seberapa segeranya yang boleh selepas dimulakan tiap-tiap penggal Kepada Jawatankuasa ini hendaklah diserahkan apa-apa perkara yang nampaknya menyentuh kuasa-kuasa , hak-hak dan kebebasan Dewan. Adalah menjadi kewajipan Jawatankuasa ini menimbangkan apa-apa perkara demikian itu yang diserahkan kepadanya dan mengeluarkan penyata di atas perkara-perkara itu kepada Dewan.

(2) Bila Dewan tidak bersidang, seseorang ahli boleh memberitahu Tuan Speaker jika ada dikatakan telah berlaku kesalahan melanggar peraturan hak-hak dan kebebasan Dwan. Tuan Speaker, jika berpuas hati bahawa pada zahirnya telah dilakukan kesalahan itu, bolehlah diserahkannya perkara itu kepada Jawatankuasa ini dan Jawatankuasa ini hendaklah melaporkan kepada Dewan berkenaan dengannya.

(3) Jawatankuasa ini berkuasa memanggil orang hadir di hadapannya dan meminta dikeluarkan surat-surat dan boleh mengeluarkan penyata kepada Dewan dari masa ke semasa.

78.(3) Sesuatu penyata atau penyata khas bersama dengan minit prosiding sesebuah Jawatankuasa Pilihan dan minit apa-apa keterangan yang diambil di hadapan Jawatankuasa itu hendaklah dibawa ke Dewan oleh Pengerusi atau ahli8 lain yang diwakilkan oleh jawankuasa itu dan hendaklah diperintahkan dibentang di meja Dewan dan dicetak dengan tidak dikemukakan bagi diputuskan oleh mesyuarat.

89. Keputusan Tuan Speaker berkenaan dengan sebarang tafsiran dalam mana-mana Perintah-perintah Tetap itu atau berkenaan dengan sebarang amalan tertakluk kepada usul yang dibawa dengan maksud itu adalah muktamad dan Tuan Speaker dari semasa ke semasa boleh mengeluarkan keputusan berkenaan dengan perkara-perkara ini.

KUALA LUMPUR21 Feb 2009: Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak perlu mendapat kelulusan DUN terlebih dahulu sebelum menggantung Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exco kerajaan negeri daripada menghadiri persidangan DUN. Beliau berkata Speaker V. Sivakumar sepatutnya memanggil persidangan DUN bagi membolehkan keputusan menggantung itu dibahas dan kemudian dibuat undian.

"Mengikut perlembagaan negeri Perak, apabila DUN tidak bersidang, Speaker boleh merujuk sebarang aduan kepada jawatankuasa hak dan kebebasan yang diketuainya.

"Sekiranya beliau mendapati ada kes prima facie, sebarang dapatan dan keputusan mesti dirujuk kepada DUN. Ini pada pandangan saya, bermakna Speaker perlu merujuk perkara ini kepada DUN untuk dibahas dan diluluskan," katanya.

Anggota Parlimen Bukit Gelugor itu berkata, kes ini adalah seperti ketika beliau digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat pada 2004, setelah dituduh cuba menyeleweng fakta kepada Dewan, apabila berkata Anggota Parlimen mesti mengangkat tangan kanan ketika mengangkat sumpah jawatan.

"Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Rakyat kemudiannya membuat keputusan menggantung saya selama enam bulan. Ini dilakukan selepas perkara itu dikemukakan kepada Dewan Rakyat, dibahas dan dibuat keputusan," katanya.

1 comment:

  1. giler ker hape karpal singh yg nk karam2..
    kab0myer lawyer t'hebat..
    smue law die taw..
    hampeh tul r karpal ni..

    ReplyDelete