Tuesday, October 7, 2008

Begitu Mudah Melahirkan Anak...?

Kuala Terengganu 14 Okt 2008 – Keruntuhan akhlak dan moral dinegeri Terengganu kini sudah terlalu serius sehingga melibatkan kejadian jenayah bunuh yang zalim mengerikan dan tiada perikemanusiaan hampir sama dengan pembunuh-pembunuh ‘gila’ (psiko) di Negara Barat.
Seorang gadis muda berumur 21 tahun yang telah melakukan perbuatan terkutuk lalu mengandung mengaku mengaku bersalin seorang diri di dalam bilik air di rumah sewanya di Jalan Tekukur antara jam 3 hingga 4 pagi pada hari kejadian.

Runtuh Akhlak Menjadi Pembunuh Psiko - Gadis rendam bayi dalam baldi.
14 Okt 2008, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis DiRaja Malaysia Negeri Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Fauzi Abduri berkata, hasil soal siasat gadis (gambar) tersebut juga memberitahu dia memotong tali pusat bayi berkenaan sebelum merendamnya di dalam sebuah baldi berisi air. “Dia merendam bayi itu bagi mengelak daripada menangis dan membuat bising hingga mengejutkan rakan serumah kerana mereka semua tidak tahu suspek mengandung serta bersalin,” ujarnya ketika ditemui di pejabatnya semalam. Menurut Fauzi, gadis berumur 21 tahun itu kemudiannya memasukkan bayi malang itu ke dalam sebuah beg dan membuangnya di Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung) kira-kira jam 6 pagi dengan menggunakan motosikal yang dipinjam daripada rakan serumah. Beliau memberitahu, perbuatan gadis yang bekerja sebagai kerani itu terbongkar apabila orang awam membuat laporan polis ekoran melihat perlakuannya mencurigakan -Sinar Harian

Kerani direman berhubung penemuan mayat bayi di Masjid Terapung
KUALA TERENGGANU 14 Okt. - Seorang wanita yang bekerja sebagai kerani ditahan reman selama seminggu berhubung kes penemuan mayat seorang bayi lelaki di Masjid Tengku Tengah Zaharah di sini Sabtu lepas.

Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Mohammad Khalid Ab. Karim dalam kamar beliau yang bermula hari ini hingga 20 Oktober ini di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah. Kerani berusia 21 tahun itu direman bagi membantu siasatan kes berkenaan yang dibuat di bawah Seksyen 309B Kanun Keseksaan kerana disyaki membunuh bayi.

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Fauzi Abduri memberitahu, kerani berkenaan ditahan di sebuah pejabat di Jalan Sultan Sulaiman kira-kira pukul 2.15 petang semalam. Menurutnya, selepas disoal-siasat suspek mengaku melahirkan bayi berkenaan di dalam tandas rumah sewanya di Jalan Tekukur di sini di antara pukul 3 hingga 4 pagi, hari kejadian. - Utusan

KUALA TERENGGANU: Seorang wanita (gambar) berusia 21 tahun dari Jertih, Besut dipercayai meletakkan mayat bayi lelaki baru lahir dalam sejadah di Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Ibai, di sini, Sabtu lalu, direman tujuh hari mulai semalam.Polis membawa suspek yang memakai baju panas warna kelabu dan berseluar sukan putih ke Mahkamah Sesyen, kira-kira jam 11.30 pagi bagi mendapat tahanan reman membantu siasatan kes berkenaan.Hakim Mahkamah Sesyen, Mohammad Khalid Abdul Karim membenarkan suspek direman mulai semalam hingga 20 Oktober ini.Suspek yang tinggal di sebuah rumah sewa di Jalan Terkukur di sini, bekerja di sebuah syarikat di Jalan Sultan Sulaiman ditahan kira-kira jam 2 petang kelmarin.Sabtu lalu, mayat bayi lelaki dipercayai baru lahir yang dibungkus dalam sejadah ditemui berhampiran tabung derma Masjid Tengku Tengah Zaharah selepas solat Subuh Berita Online


2 comments:

  1. Selamat Hari Raya semua... Maaf Zahir dan batin

    ReplyDelete
  2. teguran tu ada mcm-mcm ..
    ada yang lembut, ada yang kasar ..

    tapi kalau terkena yang kasar, apakah semudah itu menjauhkan diri dari PAS ..

    apa pun,kenanglah peristiwa lukmanul hakim dan anaknya yang membawa haiwan untuk dijual di pasar.

    setiap kampung yg dilalui ada saja tak kenanya ..jadi, kalau nak berjuang, kena yakin dengan matlamat dan tujuan ..

    tapi kalau asyik rasa terganggu aja dengan komen orang, tak gunalah kita ada akal dan pemikiran..

    ReplyDelete