Tuesday, October 28, 2008

Ir. Nizar, S/U Politik dan 22 ahli Pas Perak dapat ke Mekah

Jamuan Hari Raya anjuran Pejabat Pembangunan Persekutuan di Ipoh

IPOH, Selasa 28 Okt. 2008 Majlis Jamuan Hari Raya Persekutuan terbesar pernah diadakan di Ipoh anjuran Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Perak (MTP) dan juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bermula 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari di Stadium Indera Mulia, Ipoh. Turut hadir Pengerusi Barisan Nasional Negeri, Dato' Seri Tajol Rosli.

Sebelum ini apabila kerajaan Negeri Perak mengadakan majlis Jamuan Hari Raya, ada suara-suara pembangkang menyatakan pembaziran wang rakyat. Apapun terima kasih dan syukur pada Allah beliau meluluskan permohonan kerajaan negeri pada sidang media tersebut.

Orang ramai terdiri dari Parti kompenan Barisan Nasional dan kakitangan kerajaan Persekutuan dan Negeri yang seawalnya diarah hadir. Persembahan hiburan nyanyian diiringi tari-menari dari kombo TLDM, Lumut sebagai pelengkap kemeriahan mereka ni tanda kejayaan melawan nafsu pada Ramadhan yang lalu.

bumiperak.blogspot.com

Zahid lulus rombongan khas Pas ke Makkah

IPOH : Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau meluluskan permohonan khas rombongan ke Makkah daripada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin walaupun ada lebih 348,000 senarai menunggu dalam simpanan Tabung Haji. Beliau berkata, kelulusan untuk rombongan 22 ahli Pas termasuk Setiausaha Politik Menteri Besar, Mohd Misbahul Munir Masduki itu dibuat atas dasar saudara satu agama.

Katanya, berdasarkan 348,000 individu dalam senarai menunggu ke Makkah, mereka yang mendaftar tahun ini hanya boleh ke Tanah Suci pada 2019, tapi beliau meluluskan permohonan Mohammad Nizar kerana bersifat terbuka dengan mengetepikan perbezaan politik. "Saya tidak mengambil pendekatan politik tetapi sebaliknya bersikap terbuka dalam mengendalikan hal agama dan saya harap Menteri Besar juga mengambil pendekatan yang sama dalam soal agama.

"Haji bukan agenda politik. Saya mahu masyarakat tahu walaupun kami dari parti politik berbeza, saya mengambil pertimbangan agama," katanya kepada pemberita selepas Majlis Adil Fitri anjuran Pejabat Pembangunan Persekutuan Perak di sini, hari ini.

Dalam Pilihanraya Umum Mac lalu, Mohd Misbahul adalah calon Pas yang tewas kepada penyandang, Shaarani Mohamed bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rungkup dalam Parlimen Bagan Datoh yang diwakili Dr Ahmad Zahid.. Mohammad Nizar pula memenangi DUN Pasir Panjang menewaskan calon Barisan Nasional dari MIC, Dr S Vasan.

Berita Harian Online



No comments:

Post a Comment