Friday, September 19, 2008

SEMARAK RAMADHAN DI DATARAN BANDARAYA IPOH

Semarak Ramadhan di Dataran Bandaraya Ipoh

Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Ng Perak (JAIPK) dan Dewan Bandaraya Ipoh (DBI) menganjurkan program Semarak Ramadhan pada setiap malam mulai 15 Ramadhan hingga 26 Ramadhan 1429 di Dataran Bandaraya Ipoh yang terletak dikawasan pusat perniagaan di bandaraya Ipoh.

Program ini bermula dengan Majlis Tahlil, solat Fardhu Maghrib dan berbuka puasa yang terbuka kepada semua warga Ipoh. Ini dikuti dengan solat fardhu Isya berjemaah dan solat sunat tarawih yang dipimpin oleh imam Masjid Negeri, Ipoh. Tazkirah dan ceramah disampaikan oleh penceramah jemputan seperti yang telah dijadualkan.

Tempat berbuka puasa terletak di tengah padang dengan kerusi-meja boleh menampung 500 orang dengan khidmat caterer yang ditaja DBI. khemah tempat bersolat terletak di hadapan pintu masuk Dewan Bandaraya Ipoh (DBI) agak selesa dan tempat berwudhu juga disediakan.

Dataran Bandaraya Ipoh, yang biasanya menjadi tempat remaja berkumpul dan melepak hingga larut pagi. Tempat pasangan muda-mudi bercekerama dicelah pepohon bunga disekitar dataran ini apabila malam tiba. Di sini tempat diadakan konsert hiburan menjelang sambutan seperti konsert ‘Jom Heboh’ untuk muda-mudi bersorak menari.

Bila diadakan Semarak Ramadhan di tempat yang tercemar ini, kenapa masih ada suara sumbang yang mengatakan “Apa perlunya sembahyang ‘gah’ di Dataran, sedangkan banyak Masjid dan Surau disediakan?”

Tazkirah Ramadan Pertama di Dataran Ipoh

Malam pertama program pada 15 Ramadhan yang lalu ada penceramah istimewa iaitu Ustaz Dasuki Abdul Ghani imam masjid Shah Alam dan penceramah undangan Radio IKIM. Jika kita mendengar ceramahnya di Radio IKIM, suara dan gaya penyampaiannya mirip Tuan Guru Nik Aziz.

Solat Isya dan tarawih dipimpin oleh imam Masjid Sultan Idris, Masjid Negeri, Ipoh. Selesai solat tarawih, Pengerusi majlis dari JAIPK mengalu-alukan kedatangan penceramah dan jemaah yang hadir. Beliau menjelas tujuan mengadakan Semarak Ramadhan dan berterima kasih dengan jamuan berbuka puasa serta khemah yang ditaja oleh Dewan Bandaraya Ipoh (DBI) sementara pengurusan program diatur oleh Jabatan Ugama Islam Ng Perak (JAIPk).

Selepas itu Ustaz Dasuki Abd Rani mengambil tempat berceramah. Mirip suaranya dan gaya penyampaiannya seperti Tuan Guru kalau mendengar ceramahnya di radio IKIM. Lemah-lembut bicaranya membuka hati bila mendengar terasa puas, hingga kalau boleh nak berada hampir di sisinya.

Konsep ibadat adalah untuk bertakwa kepada Allah. Ibadat puasa yang kita kerja dengan rasa lapar dahaga dan menahan nafsu dari sikap yang tercela semata-mata untuk bertakwa kepadaNya.
Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 183, ”Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu dari kamu, supaya kamu bertakwa.”


Firman Allah dalam Surah al-Hujurat ayat 13, “Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan suku-suku, agar kamu saling mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu (di sisi Allah) ialah orang yang paling takwa.”

Ustaz Dazuki menegaskan, nilai takwa seseorang diukur dari keyakinannya pada kekuasaaan Allah dengan patuh melakukan perintahnya. Nilai dan darjat seseorang manusia yang hidup di dunia diukur kepada ketakwaan seseorang.

Percaya dan Yakin adalah sifat yang berbeza. Beliau umpamakan di bawah semak ada ular, seseorang yang yakin ada ular di situ, seluruh anggotanya bersedia iaitu kaki bersedia melangkah, tangan sedia menepis, tumpuan mata satu arah, telinganya teliti mendengar. Berbeza orang hanya percaya ada ular dan menganggap ular itu tidak bertindak kepadanya.

Allah memilih kita berpuasa antara waktu Subuh hingga waktu Maghrib dan selama 30 hari sepanjang bulan Ramadhan. Kemudian ujian melawan nafsu dengan berlapar. Puasa melatih untuk memperbetulkan konsep hidup di muka bumi Allah mengamalkan ibadat dengan penuh keyakinan. Ibadat puasa dapat membezakan antara percaya dan yakin tentang adanya Allah.

Selanjutnya beliau menambah,” Kenapa kita tidak lakukan bawa makanan ke bawah katil sembunyi dari pengetahuan orang. Sambil mandi boleh minum, tak siapapun tahu. Atau sanggup menggaru diluar lubang hidung.

Maka dengan mengerjakan ibadat puasa kita berkeyakinan Allah itu ada, Maha Mengetahui dan Maha Melihat. Dari keyakinan inilah kita mendapat sifat Takwa dari Allah.

Di bulan Ramadhan Allah sertakan ciri kesempurnaan Takwa

1. AQIDAH
Kemenangan Peperangan Badar di bulan Ramadhan, dimana tentera Islam sejumlah 313 orang dapat mengalahkan 1000 orang tentera Musyrikin. Mengenal keyakinan pada kekuasaan Allah dari berpuasa.

2. IBADAH
Allah lebih mennyukai umatnya yang beribadat di bulan ramadhan. Dibuka pintu rahmat seluas-luasnya. Malam Lailatul Qadar satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Menunaikan solat dengan solat tarawih yang terdapat keberkatan.

3. AKHLAK
Diturunkan Al-Quran pada bulan Ramadhan. Surah Al-Baqarah ayat 185, "Bulan ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia serta keterangan-keterangan yang jelas tentang petunjuk yang membezakan antara yang benar dan salah.”

Surah Al-Baqarah ayat 2, “ Inilah kitab (al-Quran) tidak ada syak baginya, petunjuk bagi orang2 yang bertakwa, iaitu mereka yang beriman kepada perkara yang ghaib dan mendirikan solat serta membelanjakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kpd mereka.”

Panjang huraian Ustaz Dazuki 3 perkara ini, dengan perumpamaan yang mencuit hati jemaah.
Majlis diakhiri dengan doa munajat minta keampuanan dan keredhaan Allah oleh Ustaz Dazuki. Kesayuan pengharapan dari doa yang dibacakan, ada jemaah yang menitis air mata menyesali diri dengan penuh insaf. Kalangan jemaah yang hadir nampak puas biarpun telah datang dari jauh untuk menjayakan Majlis Semarak ramadhan yang julung kalinya diadakan di Dataran Ipoh.

Wahai pembaca yang budiman, rebutlah peluang di bulan ramadhan ini, entahkan kita sempat menyambut ramadhan nanti. Inilah yang dikatakan orang beriman menangis bila Ramadhan meninggalkan mereka.

Sewaktu kaki melangkah pulang, terpandang sekumpulan pasangan muda-mudi yang usik-mengusik dan gelak-ketawa di sudut penjuru dataran ini. Sekumpulan mat moto yang dibonceng dengan pasangan remaja yang baru tiba di malam bulan purnama 15 ramadhan. Dataran Ipoh kembali sedih….

2 comments:

  1. Ust Dasuki sepupu Tuan Ibrahim,anak sedara Tok Guru pernah dipanah petih ketika jadi imam di kampungnya Batu Balai,Jerantut,jatuh terpelanting.tapi tiada sedikitpun kesan.Laporan Doktor kalau org biasa dah lama padam!

    ReplyDelete
  2. Ana bila terdengar ceramah ust Dasuki di corong radio terus berhenti memandu..sangka suara Tok guru..mmg sedap dan tak puas mendegar..
    Syukur lahir satu lagi penyambung perjuangan Tok guru..Takbir..

    ReplyDelete