Monday, March 10, 2014

MH370 : Kenapa Saya Hairan...

Berlaku sesuatu isu,baik yang isu kecil atau isu yang besar,dizaman sekarang orang banyak nak tahu,banyak persoalan atau banyak nak ditanya dengan sesuatu isu... 

Kerajaan harus ingat sekarang 2014 bukan tahun 1914. Perpatah sekarang mengatakan  "Maklumat hanya dihujung jari" so tak perlulah berahsia teramat sangat dalam perkara yang tak perlu dirahsiakan,kelak ianya akan memalukan negara balik...

Persoalan demi persoalan mulai timbul berkaitan pesawat #MH370yang dilaporkan hilang dah masuk hari ke-3 dan pihak-pihak media seluruh dunia sudah tahu kejadian ini,cuma keadaan atau situasi sebenar yang masih menjadi tanda tanya, apabila ada tanda tanya..maka wajar diperjelaskan tapi jika tiada penjelasan dan jawapan maka akan timbul rasa "Hairan"

Orangni kongsikan  26 rasa hairan dalam kejadian berkaitan...
( Rasa hairan...bukan spekulasi...hahaha...)
Saya rasa hairan : 
(1) Kenapa Malaysia hantar ahli keluarga mangsa ke Beijing sedangkan China tidak menghantar ahli keluarga mangsa ke Malaysia walhal kawasan pesawat hilang lebih dekat kepada Malaysia. 
(2) Mengapa ahli keluarga dihubungi dan diarahkan menyediakan passport untuk ke lokasi kejadian yang akan diberitahu kemudian. Kalau korg kerja dengan syarikat penerbangan tu, lokasi korang tak tahu tapi logik tak korang call ahli keluarga mangsa dan cakap akan dibawa ke lokasi kejadian yang akan diberitahu kelak. 
(3) Media Malaysia dan China kedua-duanya dihalang daripada menemuramah ahli keluarga mangsa. 
(4) Media terlalu kerap mengungkap jangan percaya kepada spekulasi malah seorang menteri cakap dalam temubual telefon agar rakyat rely on RTM sahaja kerana RTM ada saluran rasmi untuk dapatkan maklumat terkini, tapi RTM pun tidak dibenarkan interview ahli keluarga mangsa. 
(5) Hampir kesemua ahli keluarga mangsa tak nak di temuramah, ini pelik. 
(6) Gambar yang ditayangkan media pun gambar yang sama (beberapa orang). Gambar lain macam takde pula. 
(7) Dalam sidang media terakhir kalau korang tengok la, ada seorang reporter tanya kalau boleh mereka dapatkan rakaman cctv, tapi seorang panel cakap tak boleh atas sebab keselamatan (security policy). 
(8) Beberapa jam selepas sidang media terakhir itu, The Guardian melaporkan 2 penumpang (warga Austria dan Itali) sebenarnya tidak menaiki pesawat dan mereka telah kehilangan passport di Thailand 
(9) Bukan ke sepatutnya kumpulan keselamatan di Malaysia investigate rakaman cctv di KLIA terlebih awal, dan verify setiap penumpang (list inspection) sewaktu menghubungi ahli keluarga (well boleh call embassies juga untuk verify). Kenapa The Guardian yang dapat tahu dulu ye? Ke memang kita tak buat security check yang teliti? 
(10) Since rakyat dah tahu ada dua penumpang pakai passport curi, sekarang takde pula update berita terbaru tentang isu ni. Selalunya kalau emergency, sampai esok pun berita ada update tak berhenti. At least keluarkan rakaman cctv dua suspek yang menggunakan passpo rt curi itu. Tak tahu la kalau KLIA takde cctv atau pasukan keselamatan kita tidak cekap untuk investigate bab cctv ni. Footage rakaman cctv kapal terbang berlepas pun tak boleh tunjuk? Hmmm entah. 
(11) Sepanjang berita pasal MH370 ni, kita banyak tengok footage media dalam bilik berita, sidang media dan kat airport je. Korang tak perasan ke kalau kes bencana macam ni media akan ikut pasukan keselamatan ambil footage atas helikopter ke, kapal laut ke, interview ketua pasukan pencari dan penyelamat atas kapal ke, kat jeti ke. 
(12) Dalam salah satu sidang media juga panel ade jawab bahawa Malaysia mencari di perairan Malaysia dan Vietnam mencari di perairan Vietnam, tapi kalau korang tengok laut di selatan Ca Mao itu juga bersempadan dengan Thailand. Jadi perairan Thailand Gulf siapa yang cari? Thailand tak umumkan pun nak join aktiviti mencari. 
(13) Awalnya angkatan tentera Vietnam bagi laporan pada media kapal terhempas di laut selatan Ca Mao, tapi Malaysia nafikan dan panel sidang media sendiri cakap authoriti Vietnam (means Kerajaan Vietnam) tidak mengesahkan berita itu. Kerajaan Vietnam dengan Tentera Vietnam ni ade krisis ke? Pelik kan. 
(14) Kemudian pasukan tentera Vietnam cakap jumpa dua tompok tumpahan minyak di laut selatan Ca Mao, tapi peliknya takde footage video rakaman tumpahan minyak itu juga. Yang ada hanya gambar itupun bukan gambar rasmi daripada media Vietnam. Dalam hal kecemasan begini selalunya media mesti sibuk ikut pasukan keselamatan rakam video kerana merekalah mata rakyat agar menjadi bukti betapa realnya bencana yang menimpa. 
(15) Laporan berita akhir tengah malam tadi, pastu sampai sekarang 4.50 pagi tiada update, well selalunya kalau bencana macam ini bilik berita tidak akan berehat. 
(16) Temuramah dengan seorang pakar penerbangan (bekas juruterbang MAS) yang juga merupakan kawan kepada juruterbang senior dalam pesawat yang terlibat nampak cool, begitu juga seorang panel dalam sidang media petang semalam (siap makan gula-gula). 
(18) Kita duk dengar negara itu hantar kapal, negara ini ha ntar jet, tapi footage media (video) kapal-kapal tu takde pon. Dan lebih pelik Thailand dan Brunei tidak turut serta dalam usaha mencari pesawat. Singapore, Vietnam, US dan Filipina yang lebih jauh join. 
(19) Sampel tumpahan minyak di Vietnam dikatakan sedang diuji, sampai sekarang takde news update. Hmm macam tak emergency. 
(20) Cerita di laut Vietnam belum habis tapi Malaysia dah umumkan usaha mencari diperluas ke Selat Melaka. Wow. Thailand Gulf yang dekat dengan Selatan Ca Mao tu tak nak carik ke? 
(21) Go watch more news on airplane crashes worldwide then try to compare. Our news mostly kat bilik berita, sidang media dan airport. 
(22) Media keep repeating (emphasizing) from late afternoon to night two things which are mereka tidak dibernarkan masuk ke dalam bilik ahli keluarga menunggu dan jangan percayakan spekulasi. I also wonder kenapa susah sangat nak dapat rakaman interview ahli keluarga mangsa sedangkan ia dianggap risiko bencana. 
(23) Ahli keluarga co-pilot pun tak nak ditemuramah. Kenapa semua orang tutup mulut eh? Selalu anak hilang dalam hutan beberapa jam mak ayah gerenti dah nangis-nangis keluar media kan? 
(24) You try la analyse all the news. The subjects, the contents, the presentations, the faces on the news, etc. 
(25) I just want to share with you that all these questions are bewildering and they make "sel-sel otak tidak dapat berhubung". Some can be relevant and some can be not, and it depends how different our "sel-sel otak berhubung". 
(26) Don't get me wrong, I didn't say it is a conspiracy or what not, I just wonder about all these weird news because I watched them all and still waiting the updates because I do care like all of you do.Wallahu'alam.. 
Via Whatsapp 
Info bergambar yang menghairankan.. 
Mengapa kemungkinan Juruterbang membunuh diri di paparkan dalam akhbar yang dipercayai Utusan Malaysia..??
Tidak-kah ini mengundang spekulasi kepada waris mangsa...??

Monday, January 6, 2014

Khalid Samad: Mufti menyalahi ajaran Al-Quran dan As-Sunnah

PETALING JAYA:  Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini mengecam Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dan bekas Mufti Johor Datuk Nooh Gadot ekoran kontroversi kalimah Allah sekarang ini dan perhimpunan Turun. “Kalimah Allah dijadikan isu. Bekas Mufti kata kufur kalau benarkan. Nabi (Muhammad saw) tidak halang. Para sahabat (Nabi) tidak menghalang. Oooi bekas Mufti, depa semua kufur ke?” kata Khalid yang juga timbalan pesuruhjaya PAS III Selangor dalam laman mikro blog, Twitter.

Pada hari Khamis, Harussani turut mengecam kumpulan TURUN yang berdemonstrasi membantah kenaikan harga barang di Dataran Merdeka di ambang kemerdekaan. Mufti Perak berkata: “Sepatutnya semua peserta perhimpunan ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan dari hukum syarak, dihalalkan darah golongan bughah.”

Khalid juga membidas terhadap Harussani dan menyatakan Harussani ialah seorang mufti bahlol ekoran label bughah yang diberikan Harussani terhadap peserta perhimpunan Turun.
“Ada pula mufti yg halalkan darah peserta TURUN! Nak gambarkan Islam kejam dan sifat diktator! Kononnya bughah. Mufti bahlol disayangi UMNO! Mufti tak tahu ke, tegur pemerintah adalah wajib? Itu kerja mufti tapi tak buat kerana sibuk mengampu. Maka rakyat buat! Bughah bila bersenjata,” kata Khalid.

Celahan seorang pengguna Twitter menuduh Khalid menyokong gereja Kristian dalam isu kalimah Allah.
Pengguna Twitter itu @jackfadzli berkata: Baguslah sokong puak-puak gereja. Bagi cucu hang baca dak lagi Bible?”
Khalid lantas menjawab: “Quran dah cerita apa yg dceritakn dlm Bible. Tak baca Quran?”
FreeMalaysiaToday

Wednesday, December 11, 2013

Zaid: Tanpa Umno, melayu akan lebih bertamadun


Tanpa UMNO, orang Melayu akan menjadi lebih lebih baik dipersada dunia tegas Datuk Zaid Ibrahim di blognya lalu yang disiarkan MalayMail hari ini. Malah ujar Zaid kaum dominan di negara ini bukan sahaja akan lebih berpendidikan dan bebas daripada rasuah dengan nilai bangsa yang merendah diri dan beragama, tanpa perlu sikap untuk menunjuk-nunjuk.

Bagi majoriti orang Melayu , Zaid berkata , terdapat sedikit manfaat untuk diberikan kepada kalangan penyokong Umno keseluruhan, kecuali penciptaan segelintir " hartawan dan jutawan Melayu  segera".

Bekas Menteri Kabinet, dalam tindak balas kepada semangat berapi-api yang retorik pembela Melayu yang diucap pada perhimpunan agung ke-67 Umno  minggu lalu. Biarpun catatan blog sini akan menyerlahkan kepincangan demi kepincangannya, namun beliau berkeyakinannya UMNO tidak akan mengubah belangnya.

"Kebenarannya parti  pelampau biru, perkauman dan peralatkan agama. Presiden Umno boleh membantah dan mengatakan UMNO bukan sebuah parti perkauman , tetapi ia cuma andaian. Ia tidak berbeza daripada pihak yang lain dengan idea-idea haluan kanannya.

"Ia adalah satu parti yang menjurus kepada sentimen agama dan bangsa, dan tidak berasa bangga menyerang pihak lain atas alasan agama dan perasaan dia pihak benar," ujar beliau dengan sinis.

Menyelar parti itu perkauman itu yang menegakkan "idea-idea satu pihak saja yang benar ". Dalam persidangan para perwakilan bagaikan juara menyerang kalangan kaum cina manakala kalangan orang melayu penganut Syiah tetapi itu sekadar wayang merekalah lebih Islamik. Maka isu-isu sebenar yang dihadapi rakyat Malaysia hari ini bagai tidak berlaku.

Kemudian, kita dikejutkan dari Presiden UMNO: “Tanpa Umno ke manakah orang Melayu”,
Bekas menteri undang-undang memberi jawapan ringkasnya adalah bahawa orang Melayu masih Melayu tanpa Umno. Tanpa Umno, tidaklah orang Melayu terlalu merosot segala bidang melainkan  demi kepentingan politik pihak tertentu.

"Pendek kata, tanpa Umno orang Melayu akan menjadi makhluk yang lebih bertamadun, " katanya dalam entri terbarunya yang agak keras.

Persidangan Agong UMNO lalu meletakkan Islam agenda utamanya dengan deklarasi Najib mengumumkan untuk meminda perlembagaan parti untuk menerima pakai peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama persekutuan.

Pindaan ini juga akan termasuk ungkapan " Sunnah wal Jamaah " khusus menentukan Islam anutan oleh parti politik yang paling berkuasa di negara ini.

Nada yang keras Zaid mempersoalkan mengapa Umno tidak buat disepanjang kekuasaannya melakukan perkara yang sama undang-undang tertinggi di negara ini .

"Definisi yang dikatakan boleh menjadikan Islam dan umat Islam yang lebih baik dengan pengubalan pindaan itu adalah pemikiran cetek" katanya.
Selanjutnya dari blog Zaid Ibrahim

Thursday, December 5, 2013

Wajah sayu banjir di Kuantan Pahang

Punca sebenarnya : Kazim tidak diterima oleh ahli Umno sendiri

Menurut Mohammad Kazim atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim, kononnya beliau telah menolak tawaran menjadi MT Umno disebabkan tiga perkara iaitu :
 1) Komitmen luar sebagai penceramah.
 2) Mahu menjaga urusan pentadbiran Pusat Pendidikan Al-Barakah
 3) Ingin menjaga nama baik Umno daripada terus difitnah.

Kah! kah! kah! Alasan kamu 1 dan 2 itu aku tak berapa nak kisah sangat. Tapi alasan yang ke 3 itulah yang aku nak ulas lebih sikit ….

Nama baik Umno kepala lutut kaulah Kazim! Duduk perkara sebenarnya bukanlah fitnah sebagaimana yang kamu dakwakan itu. Ianya adalah berkaitan dengan perlembagaan parti Umno.

Ramai ahli-ahli Umno yang berjuang dalam parti itu berebut peluang untuk jadi MT Umno, tiba-tiba Kazim yang baru sahaja mengumumkan dirinya keluar dari PAS boleh dilantik dan diterima menjadi MT Umno? Banyak cantik lu punya muka Kazim? Lihat apa Kuda Kepang kata :

 Ko kena tunggulah sebagai ahli biasa selama 3 tahun baru layak menjawat sebarang jawatan dalam Umno tau! Kah! kah! kah!

 Tengku Adnan dan PM Najib tentu tidak sanggup berdepan dengan tindakan undang-undang yang bakal diambil oleh ahli Umno sendiri jika lantikan Kazim sebagai MT tetap mahu diteruskan kerana perhimpunan Agung Umno itu boleh jadi batal kerana antaranya adalah perlantikan Kazim sebagai ahli MT :

Itulah sebenarnya, Kazim terpaksa buat pengumuman dia tidak terima tawaran sebagai MT.Tetapi sebenarnya, ramai ahli-ahli Umno yang tidak mahu terima Kazim sebagai MT Umno. Kena ikut peraturanlah walau apa pun!

Kata-kata sindiran nakal Zaharin Kuda Kepang itu : "Pembesar Umno buat Umno ini macam emak bapak dia punya!" patut juga diambil ingatan oleh para pemimpin PAS yang duk tinggi diatas singgahsana tu..... Biar aku tambah sedikit asam garamnya : Jangan buat PAS ini macam emak  bapak , anak dan menantu korang punya! Alhusseyn

Monday, December 2, 2013

Jawatankuasa PAS Pusat: 5 Negeri dapat Pesuruhjaya baru

KLumpur 2 Dis: PAS mengekalkan Datuk Mustafa Ali sebagai SETIAUSAHA AGUNG manakala Datuk Mahfuz Omar dilantik sebagai KETUA PENERANGAN yang baharu dalam mesyuarat pertama Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) parti Islam itu, malam tadi. Sumber memberitahu The Malaysian Insider, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dilantik sebagai BENDAHARI manakala Dr Mohd Hatta Ramli dikekalkan sebagai KETUA PENGARAH PILIHANRAYA.
Selain itu, lima negeri mendapat pesuruhjaya baru iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Puteri Wangsa, Aminulhuda Hassan untuk JOHOR, Yang Dipertua PAS Lenggong, Razman Zakaria (PERAK), Adun Sura, Satiful Bahri Mamat (TERENGGANU), Mohd Shukri Ramli (PERLIS)  dan Exco Selangor, Iskandar Samad (SELANGOR).

Semua dilantik dalam mesyuarat pertama selepas muktamar PAS ke-59 berakhir, baru-baru ini.
Mesyuarat yang dipengerusikan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu turut melantik Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang tewas bagi merebut jawatan timbalan presiden sebagai AJK.
Turut dilantik sebagai AJK adalah Datuk Abu Bakar Chik yang tewas bagi jawatan naib presiden. Selain beliau Abang Ahmad Kerdee Abang Masagos, Mohd Hussin, Asmuni Awi, Zulkeflee Mohd Omar dan Dr Muhaimin Sulam turut dilantik sebagai AJK.
Sementara itu, tiga penolong setiausaha agung dan pesuruhjaya PAS PULAU PINANG akan dilantik dalam mesyuarat 17 Disember nanti.
Sementara itu, Pemuda PAS terpaksa bermesyuarat sekali lagi 5 Disember ini selepas mesyuarat mereka pada 28 November gagal mencapai kata sepakat dalam pelantikan setiausaha.
Suhaizat Kaiat yang menang sebagai ketua dalam muktamar PAS baru-baru ini dikatakan gagal melantik calonnya untuk jawatan itu selepas cadangannya ditolak oleh exco. – M-Insider.

Sunday, November 24, 2013

Pemilihan PAS ke-59 'Rahmat untuk Semua'

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang: Anggota parti itu agar berwaspada dengan usaha Umno untuk memecah-belahkan perpaduan mereka seperti menimbulkan dakwaan perbezaan akidah di kalangan para pemimpin PAS. Perbezaan hanya dari segi latar belakang dan pendidikan dan bukannya dari segi akidah.
"Syariah Islam tidak ada khilaf (silap) di kalangan ahli pas, semua bersatu di atas satu pentas. Tiada dalam PAS, Islam liberal, Islam Ortodhox atau Islam Protestan. Jangan dengar pandangan orang luar. Yang lihat agama ni Ulama," kata Abdul Hadi dalam ucapan penggulungannya di Muktamar PAS ke-59 di Shah Alam.

Menurutnya lagi kepelbagaian dalam latar belakang ahlinya juga boleh dilihat sebagai kekuatan dan petanda bahawa PAS mempunyai pelbagai kelebihan dan lebih menyeluruh untuk ditawarkan kepada masyarakat.

"Kita boleh bentuk kepimpinan kolektif secara jemaah mempunyai pelbagai kepakaran," Katanya setiap anak kapal tersebut berperanan membolehkan bahtera itu berlayar dengan selamat bersama meredah gelombang dalam satu bahtera.


"Kadang-kadang saya bimbang org kita mabuk dgn gelombang. mabuk jgn sampai terjun bahtera. Ada yang terjun tetapi tak selamat walau dia Ulama," kata beliau merujuk kepada tindakan beberapa pemimpin yang keluar dari parti tersebut sebelum ini.

Dalam sidang medianya selepas itu, Hadi turut menepis tanggapan bahawa kepimpinan baru PAS gagal dikuasai kumpulan ulama.

Katanya, golongan ulama membentuk jumlah paling besar dalam saf kepimpinan parti Islam itu. 
Sembilan orang ahli jawatankuasa PAS pusat yang berpendidikan agama, yang bakinya tu campur dengan doktor, jurutera, aktivis. Ulama yang terbesar sembilan orang.


"Yang penting bukan nama ulama, tapi peranan ulama. Kita tak mahu kalau ulama seperti (ulama) Umno. Dia tak ada peranan, tak ada erti. (Yang penting) bukan jumlahnya," katanya ketika ditanya.

Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu: PAS tidak mampu berjuang bersendirian sebaliknya memerlukan rakannya dalam Pakatan Rakyat untuk membantunya melebarkan jajahan khususnya dalam pilihan raya umum akan datang.


Ketika menggulung perbahasan pada Muktamar Pas Ke-59 di sini, beliau berkata tanpa bantuan DAP dan PKR, Pas hanya mampu aktif di Kelantan dan Terengganu.

"Kekuatan Pas adalah bersama Pakatan Rakyat. Kalau Pas berjuang secara sendirian, sudah tentunya jajahan kita tidak lebih daripada Rantau Panjang (Kelantan) sehingga Kemaman (Terengganu).

"Di bawah Pakatan Rakyat, jajahan kita melebar sehingga ke Selangor dan InsyaAllah sampai ke Johor. Kalau Johor kita dapat tawan, nadi Umno akan tamat di Malaysia," katanya.
Subky Abdul LatifTahniah atas Mat Sabu pertahan jawatan Tim. Pres. PAS. Ia bukan perwakiln tolak ulama, tapi tidak amalkan parti buang pemimpin. Jika setiap muktamar ia membuang pemimpin, nanti yang bukan pemimpin pun jadi pemimpin dan tiada pemimpin mahu jadi pemimpin. Tugas Mat Sabu kini bukan sekadar membantu Presiden, tetapi membantu PAS menstabilkan kembali kepimpinan ulama seperti yang PAS tuntut khususnya ulama.
Nik Zawawi (Majlis Syura Ulama): Anggota parti perlu mematuhi garis panduan parti dalam mengamalkan kerjasama politik dengan parti dalam Pakatan Rakyat dan juga dengan gerakan Islam lain. Allah menganugerahkan kejayaan mengadakan tahaluf siyasi dan Isya-Allah PAS tidak akan mengkhianati rakan-rakan sepejuangan.
Dato' Mahfuz Omar: Ini bukan soal jawatan, tetapi kemahuan untuk terus berjuang untuk memartabatkan Islam di bumi Allah ini.
Shuhaizan Kaiat Ketua Dewan Pemuda Malaysia: PAS akan melebarkan sayap pendidikan kanak-kanak berteraskan Islam mereka ke luar negara di benua Asia dan Africa melalui penubuhan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) tahun hadapan. Permulaannya akan ditubuhkan di Sudan, Laos, India, dan Selatan Thailand dijangka bermula pada Februari.
Dr Muhaimin Sulam Pengerusi Lajnah Kebudayaan dan Kesenian: Ahli-ahli PAS diingatkan agar tidak terlalu ghairah menukar identiti sesuatu kelompok yang baru mendekati parti itu, sebaliknya perlu menerapkan kefahaman Islam ke dalam diri mereka. "Biarkan mereka sebagai pemuzik, pelukis, penyanyi, pelakon, penulis dan sang karyawan lain-lain menghasilkan karya yang dapat membangunkan umat, menghidupkan jiwa yang mati, menyuntik semangat juang. 

Monday, November 18, 2013

Kita jadi wakil kepada wakil rakyat – Presiden PAS

MELAKA 16 Nov: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru ahli-ahli di peringkat cawangan melaksanakan kerja wakil rakyat untuk mempertahankan kemenangan. Beliau membuat gesaan itu ketika menyampaikan ucaptama dan merasmikan Konvensyen PAS Melaka kali kedua di Kompleks PAS Bukit Katil, dekat sini pagi ini.
Sehubungan itu, tegasnya kemenangan pertama PAS Melaka di Dun Bukit Baru mesti dipertahankan.
Untuk itu, ujarnya PAS cawangan mesti ditambah untuk melaksanakan kerja-kerja kebajikan bagi membantu wakil rakyat.

Beliau menambah, tugas wakil rakyat PAS seharusnya turut dilakukan oleh ahli-ahli di peringkat cawangan dengan lebih aktif untuk membantu masyarakat.

Justeru, katanya adalah salah menganggap bahawa wakil rakyat sahaja yang menjalankan tugas untuk membantu masyarakat selepas pilihan raya.

“Adalah salah kita anggap wakil rakyat sahaja yang buat kerja, akhirnya tinggal wakil rakyat seorang selepas pilihan raya,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Beliau mengambil contoh dirinya sendiri selaku Presiden PAS, ahli parlimen dan Adun untuk menjalankan tugas sekali gus sedangkan banyak masa perlu ditumpukan untuk parti di peringkat Pusat dan antarabangsa.

Justeru, ujarnya ahli-ahli PAS cawangan dan kawasan banyak membantu beliau menjalankan tugas di peringkat Dun dan parlimen.

Menurutnya, khidmat yang diberikan oleh ahli di peringkat cawangan bukan sahaja sebagai sumbangan kepada masyarakat tetapi untuk memecahkan kejahilan mereka.
Katanya, kejahilan masyarakat tidak hanya boleh dipecahkan melalui ilmu tetapi juga dengan khidmat yang diberikan oleh ahli-ahli PAS.

“Sumbangan yang diberikan ini supaya rakyat mendukung perjuangan Islam dan kita lakukan ini untuk perjuangan jangka panjang,” ujarnya.

Justeru, beliau mengingatkan para pendukung PAS agar menjalankan kerja-kerja untuk memenangkan perjuangan Islam kerana mendapat pahala yang besar.

Namun, tegasnya tidak ada erti perjuangan jika tidak ada iman di dalam diri.

“Mesti ada iman dalam diri kepada perjuangan ini, jangan jadi sia-sia,” katanya lagi.

Sempena konvesnyen itu, beliau turut merasmikan Kompleks PAS Bukit Katil yang berharga keseluruhannya kira-kira RM500,000.
KL-Today

Sunday, November 10, 2013

Mohamad Sabu 'PAS for ALL' dan Nik Amar 'PAS ganti UMNO'

‎‎‎‎
Jawatan Timbalan presiden PAS bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara penyandangnya Mohamad Sabu dengan timbalan menteri besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Ia berlaku berikutan keputusan Datuk Husam Musa hanya sedia untuk bertanding jawatan naib presiden sahaja dengan alasan "untuk kestabilan parti". Sebelum itu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang sebelum ini hangat diperkatakan sebagai calon yang akan menggalas cabaran bertanding jawatan timbalan presiden membuat kejutan apabila mengumumkan tidak akan bertanding jawatan tersebut.

KOTA BHARU: Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden parti bagi memberi ruang kepada perwakilan untuk ‘memilih’.

Katanya, setelah Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menarik diri bertanding jawatan tersebut, beliau menerima tanggung jawab bagi memenuhi hasrat perwakilan yang turut mencalonkannya untuk bertanding jawatan tersebut.

Beliau berkata demikian pada sidang media berhubung hasratnya menerima pencalonan jawatan Timbalan Presiden PAS di pejabatnya, di Kota Darulnaim, tengahari tadi.

Amar berkata demikian sebagai reaksi awalnya berhubung hasrat untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden bagi menentang penyandang, Mohamad Sabu pada Muktamar Tahunan PAS Pusat ke-59, November ini.

“Kebetulan Datuk Tuan Ibrahim menarik diri daripada bertanding timbalan presiden, jadi saya bersedia menawarkan diri. Andainya Tuan Ibrahim masih bertanding, saya tidak akan bertanding jawatan itu,” ujarnya.

Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, keputusannya untuk bertanding juga bertujuan menyuburkan amalan demokrasi dalam parti.

Beliau juga berhasrat untuk membantu Presiden dan parti bagi menghadapi cabaran besar pada masa akan datang.

Menurutnya, berdasarkan keputusan pilihan raya umum (PRU) lalu, PAS adalah parti gabungan Pakatan Rakyat yang mendapat kerusi paling sedikit berbanding PKR dan DAP.

“Kita kehilangan sokongan dari masyarakat Melayu sendiri tentu ada sebab kenapa yang perlu kita cari penyelesaiannya.

“Pada pandangan saya, kita tidak boleh mengambil alih kedudukan Umno dalam negara sekiranya kita tidak menarik sokongan orang Melayu Islam dalam negara ini terlebih dahulu,” ujarnya.

Menurutnya lagi, isu-isu yang berlaku perlu dinilai semula untuk persiapan pada masa akan datang sebagaimana yang diputuskan dalam Multaqa Ulama’ baru-baru ini.

Bagaimanapun jelasnya, ramai yang tidak memahami keputusan yang dicapai dalam Multaqa Ulama’ sehingga beranggapan PAS akan keluar dari Pakatan Rakyat.

“Tetapi kita melihat dari sudut keberkesanan kita bila berada dalam Pakatan Rakyat, kenapa undi orang Melayu kepada PAS merosot walaupun kita memerlukan juga undi kaum lain untuk menang,” ujarnya.

Menurutnya, undi asas orang Melayu tidak boleh dipandang ringan dalam membentuk kerajaan di negara ini.

Wednesday, November 6, 2013

PRK Sg Limau: Kelebihan 465 undi BN bernilai RM15 juta

Pada masa ini, BN mungkin boleh berpuas hati dengan kemampuan mereka mengurangkan hampir separuh majoriti PAS dalam pilihan raya kecil Sungai Limau.

PAS semalam menang dengan majoriti 1,084 undi berbanding 2,774 majoriti undi pada pilihan raya umum dalam bulan Mei yang lalu.

Sungai Limau yang mempunyai 19 daerah mengundi, menyaksikan PAS kehilangan empat daerah mengundi kepada BN - Sungai Limau, Kabu Sepuloh, Sedaka dan Padang Lumat.

Ironinya juga, PAS kini menguasai Sungai Limau dengan hanya menang di sembilan daerah mengundi berbanding BN yang menang di sepuluh daerah mengundi.

Bagaimana pun, analisis menunjukkan BN sebenarnya berbelanja terlalu besar untuk memperolehi peningkatan undi yang terlalu sedikit.

Menurut PAS, BN membelanjakan kira-kira RM15.5 juta dalam kempen mereka di Sungai Limau.

Jumlah itu meliputi RM5.5 juta untuk sekolah menengah agama, RM2.25 juta untuk sekolah jenis kebangsaan Cina, dan RM1.2 juta untuk sekolah-sekolah lain.

BN juga mengagihkan bantuan sebanyak RM2.8 juta untuk bantuan perumahan dan cermin mata percuma, RM802,700 untuk program Bantuan Azam Tani Mara, RM2.5 juta untuk tukun tiruan dan RM500,000 untuk jeti perikanan.

Selebriti 'gred B' 

Ia tidak termasuk RM300,000 untuk Masjid Simpang Empat, RM118,000 untuk guru-guru prasekolah agama Kafa dan 33 masjid, RM30,000 dalam bentuk pinjaman TEKUN serta RM19,700 dalam bentuk zakat dari Agrobank.

Malangnya, hasil daripada perbelanjaan ini hanya berjaya diterjemahkan kepada peningkatan sebanyak 465 undi buat BN- daripada 10,520 undi pada 5 Mei lalu kepada 10,985 undi semalam - jumlah yang terlalu sedikit jika dibandingkan dengan usaha serta wang yang disalurkan kepada pemilih di kawasan itu.

Dan jika jumlah RM15.5 juta itu dibahagikan dengan tambahan 465 tersebut, BN sebenarnya membelanjakan RM32,258 untuk setiap tambahan undi.

Tambahan 465 undi itu juga sebenarnya hanya satu pertiga daripada jumlah majoriti PAS yang berjaya dikurangkan BN iaitu sebanyak 1,690 undi.

Jadi di mana silapnya BN sehingga mereka masih gagal menawan Sungai Limau walaupun mengerahkan banyak jentera kerajaan untuk membantu kempen?

Sama ada BN sedar atau tidak, kempen yang berorientasikan pembangunan dan kemakmuran hidup tidak cukup untuk memujuk emosi majoriti pemilih di kawasan kubu kuat PAS itu.

Pemilih Sungai Limau tahu jualan murah gula dan tepung pada harga RM1 sekilo, dan jualan 5 kilogram beras pada harga RM5 sewaktu Karnival Luar Bandar Rakyat 1Malaysia sehari sebelum hari mengundi tidak akan berlaku setiap hari walaupun BN menang.

Mereka juga tahu bahawa persembahan barisan selebriti 'gred B' seperti Lan Pet Pet, Zehra Zamri, dan Achong Sweet Child sewaktu Himpunan Berani Hijrah Orang Muda Sungai Limau dua hari sebelum hari mengundi, sekadar hiburan picisan melepaskan batuk di tangga bagi memikat pengundi.Pada masa ini, BN mungkin boleh berpuas hati dengan kemampuan mereka mengurangkan hampir separuh majoriti PAS dalam pilihan raya kecil Sungai Limau.

PAS semalam menang dengan majoriti 1,084 undi berbanding 2,774 majoriti undi pada pilihan raya umum dalam bulan Mei yang lalu.

Sungai Limau yang mempunyai 19 daerah mengundi, menyaksikan PAS kehilangan empat daerah mengundi kepada BN - Sungai Limau, Kabu Sepuloh, Sedaka dan Padang Lumat.

Ironinya juga, PAS kini menguasai Sungai Limau dengan hanya menang di sembilan daerah mengundi berbanding BN yang menang di sepuluh daerah mengundi.

Bagaimana pun, analisis menunjukkan BN sebenarnya berbelanja terlalu besar untuk memperolehi peningkatan undi yang terlalu sedikit.

Menurut PAS, BN membelanjakan kira-kira RM15.5 juta dalam kempen mereka di Sungai Limau.

Jumlah itu meliputi RM5.5 juta untuk sekolah menengah agama, RM2.25 juta untuk sekolah jenis kebangsaan Cina, dan RM1.2 juta untuk sekolah-sekolah lain.

BN juga mengagihkan bantuan sebanyak RM2.8 juta untuk bantuan perumahan dan cermin mata percuma, RM802,700 untuk program Bantuan Azam Tani Mara, RM2.5 juta untuk tukun tiruan dan RM500,000 untuk jeti perikanan.

Selebriti 'gred B' 

Ia tidak termasuk RM300,000 untuk Masjid Simpang Empat, RM118,000 untuk guru-guru prasekolah agama Kafa dan 33 masjid, RM30,000 dalam bentuk pinjaman TEKUN serta RM19,700 dalam bentuk zakat dari Agrobank.

Malangnya, hasil daripada perbelanjaan ini hanya berjaya diterjemahkan kepada peningkatan sebanyak 465 undi buat BN- daripada 10,520 undi pada 5 Mei lalu kepada 10,985 undi semalam - jumlah yang terlalu sedikit jika dibandingkan dengan usaha serta wang yang disalurkan kepada pemilih di kawasan itu.

Dan jika jumlah RM15.5 juta itu dibahagikan dengan tambahan 465 tersebut, BN sebenarnya membelanjakan RM32,258 untuk setiap tambahan undi.

Tambahan 465 undi itu juga sebenarnya hanya satu pertiga daripada jumlah majoriti PAS yang berjaya dikurangkan BN iaitu sebanyak 1,690 undi.

Jadi di mana silapnya BN sehingga mereka masih gagal menawan Sungai Limau walaupun mengerahkan banyak jentera kerajaan untuk membantu kempen?

Sama ada BN sedar atau tidak, kempen yang berorientasikan pembangunan dan kemakmuran hidup tidak cukup untuk memujuk emosi majoriti pemilih di kawasan kubu kuat PAS itu.

Pemilih Sungai Limau tahu jualan murah gula dan tepung pada harga RM1 sekilo, dan jualan 5 kilogram beras pada harga RM5 sewaktu Karnival Luar Bandar Rakyat 1Malaysia sehari sebelum hari mengundi tidak akan berlaku setiap hari walaupun BN menang.

Mereka juga tahu bahawa persembahan barisan selebriti 'gred B' seperti Lan Pet Pet, Zehra Zamri, dan Achong Sweet Child sewaktu Himpunan Berani Hijrah Orang Muda Sungai Limau dua hari sebelum hari mengundi, sekadar hiburan picisan melepaskan batuk di tangga bagi memikat pengundi.