Sunday, April 8, 2012

Kalah berhujah, PERKASA menggangu majlis orang

Majlis Perasmian Pejabat PKR di Jalan Putra Alor Setar telah cuba digangggu oleh sekumpulan Ahli PERKASA ,namun di halau balik oleh orang ramai yang berada di Bangunan SEntosa...Sungguh memalukan sistem demokrasi di Malaysia yg berat sebelah ini . Hasil dari tindakan Perkasa. 

Berikut adalah petikan dari laporan Sinar Harian.. 
6 April Majlis perasmian pusat komuniti PKR di Jalan Putra di sini, yang disempurnakan oleh Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, dicemari insiden provokasi dan perang mulut membabitkan lebih 100 ahli Perkasa.

Ahli-ahli Perkasa yang berarak dari Masjid Zahir tiba di hadapan Plaza Sentosa, bersebelahan dengan pusat itu pada 5.30 petang walaupun Ketua Pembangkang belum kelihatan ketika itu.

Kekecohan tercetus apabila berlaku adegan tolak-menolak antara dua pihak dan kedengaran kata-kata 'Anwar Yahudi', yang disambut dengan laungan reformasi oleh lebih 200 penyokong PKR. Penyokong-penyokong Perkasa beredar kira-kira 15 minit kemudian sebelum ketibaan anggota FRU. Anwar pula tiba sekitar 6 petang selepas keadaan reda.

Thursday, April 5, 2012

Isu Kilang Vale: Zambry dicabar dedah semua dokumen

IPOH 5 April 2012: Menteri Besar, Dato’ Seri Zambry perlu mendedahkan semua dokumen tentang projek pusat pengagihan bijih besi Vale International kepada umum.
Ketua Pembangkang DUN Perak, Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, Dr Zambry tidak boleh memilih dan mendedahkan satu surat sahaja tetapi perlulah mengemukakan semua surat-surat termasuklah surat kelulusan projek oleh Kerajaan BN.

“Zambry perlu dedahkan semua dokumen termasuklah minit-minit mesyuarat, dan perjanjian antara kerajaan dan pihak Vale,” katanya dalam sidang media di Sidang Dewan Undangan Negeri Perak, hari ini.

Menurutnya, surat yang didedahkan oleh Dr Zambry semalam telah menyatakan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat ketika itu akan mempertimbangkan cadangan projek di teluk Rubiah jika ianya telah mematuhi syarat oleh Ministry of International Trade and Industry (MITI) dan Pejabat Tanah dan Galian.

“Kita (Pakatan Rakyat) memberikan kebebasan kepada pelabur serta kita raikan mereka dan kita akan membuat keputusan setelah kita mendapat laporan-laporan daripada agensi-agensi kerajaan termasuklah Tenaga Nasional Berhad (TNB), Ministry of International Trade and Industry (MITI), Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Pertahanan, dan Environmental impact Assessment(EIA),” ujarnya.

Mohammad Nizar menjelaskan, surat yang didedahkan oleh Dr Zambry semalam hanyalah surat meraikan pelabur untuk melabur dan bukannya surat kelulusan.

“Saya cabar Dr Zambry tunjukkan kepada rakyat semua surat yang Vale terima untuk menjalankan projek itu.

Selepas semua dokumen didedahkan barulah rakyat tahu siapa sebenarnya berbohong,” tegasnya.

Katanya, Pihak Vale sudah berjumpa dengan kerajaan BN sebelum Pakatan Rakyat memerintah dan inginkan projek tersebut dijalankan di Teluk Rubiah.
“Selepas Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan, Vale berjumpa dengan kami dan mengemukakan dua cadangan tempat iaitu di Bagan Datoh dan Sagari, tetapi bukan Teluk Rubiah,” jelasnya.

Semalam, Menteri Besar, Dr Zambry telah mendedahkan surat yang ditandatangani oleh Menteri Besar ketika itu, Dato’ Seri Nizar Jamaluddin tentang sokongan terhadap projek Vale dan kesahihan kandungan surat berkenaan.

Daripada surat yang dikeluarkan itu, ada dinyatakan bahawa Nizar selaku Menteri Besar ketika itu mengutus surat sokongan kepada Pengarah Pemasaran Komersial Vale, Mr Renato Neves.

Nizar mengakui kesahihannya surat itu namun ianya hanya surat sokongan dan bukannya surat kelulusan projek.

Beliau sangat seronok dan berterima kasih kepada Dr Zambry kerana mendedahkan surat sokongan terhadap projek tersebut kerana ianya telah menggambarkan hubungan baik antara Kerajaan Pakatan Rakyat kepada pelabur.

Sidang Dewan Undangan Negeri Perak hari ini bersidang untuk hari ketiga dan akan berakhir pada hari Isnin minggu hadapan.

Thursday, March 29, 2012

Tarian separuh bogel didenda RM25

Cuma 25 ringgit, itu agaknya nilai maruah remaja sekarang. Masalah keruntuhan moral para remaja terutama orang melayu yg beragama islam semakin kritikal….tu yg dpt tangkap…kat luar sana lagi bersepah anak2 muda melayu yg hanyut dgn arus moden masyarakat barat yg begitu menjijikkan.

Ternyata undang2 manusia gagal memperbaiki masalah yang berlaku, namun masih yang kurang yakin kepada hukum Allah mencari dalih dan alasan mengingkari perintah Allah. Kembalilah kepada ajaran Islam….jadikan Islam sebagai pegangan dan cara hidup yang utama dlm mendidik anak2. Hanya hukum hudud yang dpt menegah drp perbuatan mungkar ini.

Insaflah, iman dan takwa sebagai penyelamat kita. Anak adalah amanah, nasihatilah ….ingat! wanitalah penghuni neraka yg paling ramai….mahukah anak kita menarik anda ke neraka nanti?

SEREMBAN 28 Mac – Tiga wanita beragama Islam didenda RM25 seorang oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkelakuan kurang sopan dengan melakukan aksi tarian tiang di sebuah pusat hiburan di Nilai dekat sini Sabtu lalu.

Faiqah Azizan, 24, Nurul Huda Abdul Rahman, 23, dan Nooranishah Mohamad Isa, 19, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh. Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga wanita tersebut yang berasal dari Kuala Lumpur didakwa mempamerkan tarian tiang di atas pentas dengan pakaian kurang sopan di tempat hiburan awam. KOSMO

Umno Sungai Rapat hilang akal Ketua Pemuda cawangan sertai PAS

Al-Husseyn Pada 25 Mac 2012 malam Isnin satu ceramah telah diadakan oleh PAS Cawangan Sungai Rokam di Kg Sg Rokam, Ipoh. Yang lucunya, Hamidah pun ikut buat juga. Mana-mana Pakatan Rakyat buat ceramah

Bila Hamidah dapat tahu, dia terhegeh-hegeh membatalkan majlis ceramah 'Yahudi Laknatullah' nya yang pada mulanya dirancang akan diadakan di Arena Square Batu Gajah. Lalu dipindahkan ke Dewan Ahmad Said, Sg Rokam, untuk menyaingi ceramah Pakatan Rakyat yang telah dirancang terlebih awal.

Dalam risalah yang Hamidah edarkan, dia tidak berani menyebut anjuran Umno atau olehnya. Mungkin dia sedar, orang ramai memang menyampah dan tidak akan pergi kalau tahu dia adalah penganjurnya.

Kalau tidak kerana ada makan percuma dan 5 buah bas untuk mengangkut orang luar ke sini, sudah tentu sunyi sepi lah majlis Hamidah.

Tuesday, March 27, 2012

Peristiwa sensasi minggu ini

19 Mac 2012 KUALA LUMPUR Pemimpin veteran UMNO yang juga bekas menteri kabinet, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini mengumumkan meletakkan jawatannya selaku ahli UMNO.

“Pada hari ini saya telah pun mengirim surat kepada Setiausaha Agong UMNO Malaysia untuk meletakkan jawatan selaku ahli UMNO mulai hari ini,” katanya dalam satu kenyataan ringkas empat perenggan.  

Abdul Kadir menjadi ahli UMNO dan memegang pelbagai jawatan dalam parti sejak tahun 1956 dan pernah menjadi Menteri Penerangan dan Menteri Pelancongan. Abdul Kadir pernah menjadi Exco Pemuda UMNO selama 10 tahun dan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO selama 24 tahun, di samping jawatan lain seperti Ketua Pemuda UMNO Negeri Kedah. Beliau menjadi Ahli Pentadbiran Kerajaan Malaysia sekitar 30 tahun, selaku Setiausaha Politik, Setiausaha Parlimen, Timbalan Menteri dan Menteri.

24 Mac 2012 KAJANG Kehadiran tidak dijangkakan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong dalam perhimpunan berhubung isu-isu pendidikan Cina mengundang ejekan daripada pesertanya. Majlis yang dihadiri lebih 7000 peserta "Perhimpunan 325" itu dianjurkan oleh kumpulan pendidikan Cina Dong Zong ekoran tidak puas hati dengan kekurangan guru berpendidikan Cina.

Pergelutan juga berlaku apabila seorang lelaki pertengahan umur dan pengawal peribadi Wee cuba mendekati ketua Pemuda MCA itu setibanya dia pada jam 11 pagi kerana didakwa gagal menyelesaikan masalah itu.

Wee telah dibawa keluar dari perhimpunan itu diadakan di Kolej New Era Kajang dengan kawalan ketat polis dengan cemhan dan ejekan.

Monday, March 26, 2012

Rumah 2 personaliti dirompak bukti malaysia tak selamat

TANJUNG MALIM 24 Mac – Seorang wakil rakyat, isteri dan empat anak mereka terpaksa melalui detik menakutkan lebih setengah jam apabila kediaman mereka di Taman Wangsa Setia di sini dipecah masuk tiga perompak bertopeng awal pagi semalam.

Dalam kejadian pada pukul 2 pagi itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Slim, Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib (gambar) berkata, beliau telah diacukan sebilah pisau sebelum tangannya, isteri serta seorang anak lelakinya yang berusia 18 tahun diikat.

Menceritakan peristiwa itu, beliau berkata, perompak terbabit kemudiannya memaksanya menunjukkan lokasi barangan berharga seperti barang kemas dan wang tunai disimpan.

“Saya yang sedang nyenyak tidur terperanjat apabila tiga lelaki mengejutkan saya sambil mengacukan sebilah pisau di leher. Seorang lagi bersenjatakan pemotong besi menggertak saya dan isteri serta mengikat kami sebelum menggeledah di seluruh rumah," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

PETALING JAYA 25 Mac:PETALING JAYA 25 Mac: Penyanyi Asmawi Ani atau Mawi menerima nasib malang apabila rumah banglonya di sebuah kelab golf di Bangi dekat sini dimasuki perompak bertopeng awal pagi Isnin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, Mawi,31, serta tiga penghuni rumah iaitu isteri, Nora’Asikin Rahmat (Ekin),33, ibu mertua Mawi, Fatimah Saad,56, dan nenek mereka Salmah Sahar,77, telah diikat oleh empat orang perompak yang memecah masuk melalui pintu dapur rumah.

Anak mereka yang baru lahir pada 28 Februari lalu iaitu, Cahaya Malaika dan orang gaji tidak diapa-apakan. Kembar kepada Ekin iaitu Nora’Ain Rahmat (Eein) berkata, semasa kejadian semua penghuni rumah sedang tidur sementara Mawi baru pulang dari Johor Baru selepas selesai siri jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH).

Katanya, perompak pada mulanya mengetuk pintu bilik nenek sebelum bertindak mengikat mereka kecuali orang gaji serta anak kecil sebelum mengarahkan mereka menyerahkan wang dan barang kemas.

“Tiga daripada empat perompak itu memakai topeng dan salah seorang daripada mereka bersenjatakan pedang samurai sambil memaksa semua penghuni rumah menyerahkan barang berharga,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.

Tambah Eein, perompak turut melarikan dompet milik Mawi dan Fatimah, telefon bimbit serta beberapa barang berharga lain yang dianggarkan bernilai RM10,000. Een berkata, dia bersyukur kerana dalam kejadian itu tiada sesiapa yang cedera.

Sementara itu Mawi tidak dapat dihubungi kerana telefon bimbitnya dan isteri turut dikebas perompak terbabit.(mstaronline)

Sunday, March 18, 2012

Aura UAI di masjid negeri Pulau Pinang

Pulau Pinang 17 Mac Ribuan muslimin & muslimat memenuhi ruang Masjid Negeri Pulau Pinang untuk mendengar kuliah Maghrib dari Ust.Azhar Idrus dikenali perusuk rantau dan desa. ...Sambutan hebat orang P.Pinang serta hebatnya Aura Ustaz Azhar Idrus .


Lihat Pak - Pak Polisi pun jadi peminat Ustaz Azhar bergambar bersama Ustaz Azhar.


Presiden Pas dan pimpinan pusat jelajah Perak

Ipoh 17 Mac Program Jelajah Pemimpin PAS Pusat ke Negeri Perak juga sempena ulangtahun ke-4 tahun kerajaan Pakatan Rakyat Perak telah mengadakan Jamuan Rakyat di Taman Pinji Mewah, Ipoh. Ucaptama program adalah Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang Presiden PAS Pusat. Turut sama Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad dan lain-lain pemimpin PAS negeri Perak.

Dalam ucapannya, Tuan Guru Abdul Hadi memberikan penjelasan dengan jelas kenapa PAS tidak bersama Umno walaupun sudah didesak dan dipujuk oleh parti nasionalis itu beberapa kali. Abdul Hadi memberikan alasan, penderaan kerajaan Barisan Nasional (BN) semenjak PAS mengambil alih Kelantan pada tahun 1990 lagi.

"Apabila PAS memerintah Kelantan, kerajaan pusat telah melambat-lambatkan ‘grant perkapita’ kepada kerajaan negeri Kelantan dengan satu alasan mendera PAS. Begitu juga apabila PAS menang di Terengganu, atas desakan perwakilan di mesyuarat agung Umno, kerajaan pusat telah merampas royalti minyak yang menjadi hak rakyat Terengganu. Apakah kerajaan Kelantan dan Terengganu ini Cina ke India...bukankah ini kerajaan Melayu jika mereka kata nak bersatu atas nama Melayu.

"Semasa kerajaan Sabah dimenangi oleh PBS pun, kerajaan pusat tidak menyekat royalti minyak kepada Sabah," kata Abdul Hadi mendedahkan tembelang Umno yang sebenarnya. Bagi beliau, Melayu akan maju dan bermaruah dengan Islam.

Ustaz Abdul Hadi juga membangkitkan hubungan PAS dengan Umno dalam kerajaan persekutuan ketika PAS menyertai BN akibat peristiwa 13 Mei 1969. Ia pula dibuat hasil dari satu keputusan yang dicapai dalam satu muktamar khas yang dianjurkan oleh PAS.

"Kita berusaha melaksanakan Islam dalam pentadbiran dan berjaya membuat banyak perkara juga tetapi apabila kita mahu laksana Islam lebih jauh, pergeseran berlaku. Hasilnya PAS ditendang keluar dari BN," kata Abdul Hadi mengibau peristiwa 1978 apabila PAS ditendang keluar dari BN.

Tuesday, March 13, 2012

Gambar sensasi sepanjang minggu

9 Mac KUALA LUMPUR: “Emak saya bang, takkan saya tak sayang. Apapun yang berlaku, sebagai anak saya mohon ampun dan maaf dengan apa yang terjadi. Hanya Tuhan yang tahu perasaan saya ketika ini, saya harap mak memahaminya,” kata Amir Mohd Omar, 27, anak Faridah Maulud, ibu yang ditinggalkan di sebuah hotel bajet di sini sejak 3 Mac lalu.

“Saya buntu dan seperti tenggelam punca kerana dalam hati tidak terlintas langsung untuk menyusahkan ibu seperti itu. 
10 Mac Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman penjara setahun terhadap imam Hoslan Hussein semalam kerana membaling kasut ke arah Hakim Mahkamah Rayuan. Insiden berlaku pada 22 Feb lalu pada sessi perbicaraan apabila keputusan tidak menyebelahi beliau. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mendapat perintah mengusir Hoslan dari menetap di kuarters di Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan.  
11 Mac Suami Datuk Seri Shahrizat Jalil (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) iaitu Pengerusi Eksekutif Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap dua pertuduhan pecah amanah dan dua pertuduhan melanggar Akta Syarikat. Kak Ijat berpakaian serba putih tanda bersih??.
12 Mac Datin Seri Rosmah Mansor, Perdana Menteri- Datuk Seri Najib Razak, Yang di-Pertuan Agong- Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong- Tuanku Hajah Haminah di Upacara perasmian pembukaan mesyuarat pertama penggal kelima persidangan Parlimen ke-12. RM terlebih menonjol hingga berkerut Najib Razak.
 12 Mac Bekas ahli bina badan negara Datuk Malek Noor 56 akhirnya selamat bergelar suami kepada Pakar Pediatrik, Dr Wan Asma Wan Ismail 52 di Pusat Dagangan Kelantan (KTC), Kota Bahru . Dr Wan Asma mempunyai 7 orang anak berusia 11 hingga 30 tahun serta empat orang cucu dan sudah tiga tahun menjanda manakala Malek Noor memiliki seorang anak angkat iaitu Nik Nuramalin Aisyah Nik Mahmud berusia 2 tahun. Nik Aziz tetamu istimewa di majlis ini.

Sunday, March 11, 2012

Shahrizat letak jawatan drama 'Makcik Bollywood'

NONEKetua Umno Cheras Datuk Syed Ali Syed Abas Alhabshee menganggap kenyataan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk berundur sebagai menteri selepas tempoh pelantikannya sebagai senator tamat bulan depan satu 'drama'.

Syed Ali berkata, sebagai seorang menteri, Shahrizat sepatutnya menunjukkan sikap bertanggungjawab terhadap parti dan negara dan bukan bermain tarik tali.

"Kalau berhenti, berhenti sahajalah. Tapi kenapa macam nak main tarik tali. Kenapa perlu kumpulkan wartawan hari ini sedangkan esok ramai wartawan akan buat liputan di Parlimen.

"Ini semua Bollywood punya cerita. Saya boleh katakan dia ini sebagai makcik Bollywood," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Selepas kontroversi panjang isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), Shahrizat sebentar tadi mengumumkan akan berundur sebagai menteri selepas tempoh pelantikannya sebagai senator tamat bulan depan (April).

Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu bagaimanapun akan kekal sebagai ketua Wanita Umno.

Syed Ali berkata, tindakan Shahrizat itu seolah-olah ingin menunjukkan bahawa beliau tidak bersalah dan peletakan jawatan itu bukan disebabkan rasa bersalah, tetapi kerana tempoh sebagai senator sudah tamat.

"Dia nak tunjuk glamour kot supaya esok ada Wanita yang datang menangis, merayu pada dia supaya jangan letak jawatan.

"Saya bersyukur dia nak berhenti, tetapi kecewa kerana dia nak berhenti bila tamat tempoh senator. Saya tak faham kenapa. Ini menunjukkan dia tidak komitmen dan tidak berintegriti kepada parti," katanya.

"Kalau saya jadi dia, saya akan berhenti serta merta."

Umno Cheras antara bahagian paling lantang membuat desakan itu sebelum ini selain bekas ketua Wanita Umno Tan Sri Rafizah Aziz supaya tidak menjadi beban kepada parti. 
Bung Mokhtar: Patut lebih awal

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Bung Mokhtar Raden berkata, beliau mengalu-alukan tindakan Shahrizat itu tetapi berpendapat ia sepatutnya dilakukan lebih awal. 

"Ia sepatutnya harus dibuat (lebih) awal untuk mengelakkan keraguan," kata ahli Parlimen Kinabatangan itu.

Sambil menyifatkannya sebagai langkah yang bijak, Bung Mokhar percaya selepas ini pembangkang sudah tidak boleh bermain dengan isu yang sama.