Showing posts with label Rencah. Show all posts
Showing posts with label Rencah. Show all posts

Tuesday, March 13, 2012

Gambar sensasi sepanjang minggu

9 Mac KUALA LUMPUR: “Emak saya bang, takkan saya tak sayang. Apapun yang berlaku, sebagai anak saya mohon ampun dan maaf dengan apa yang terjadi. Hanya Tuhan yang tahu perasaan saya ketika ini, saya harap mak memahaminya,” kata Amir Mohd Omar, 27, anak Faridah Maulud, ibu yang ditinggalkan di sebuah hotel bajet di sini sejak 3 Mac lalu.

“Saya buntu dan seperti tenggelam punca kerana dalam hati tidak terlintas langsung untuk menyusahkan ibu seperti itu. 
10 Mac Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman penjara setahun terhadap imam Hoslan Hussein semalam kerana membaling kasut ke arah Hakim Mahkamah Rayuan. Insiden berlaku pada 22 Feb lalu pada sessi perbicaraan apabila keputusan tidak menyebelahi beliau. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mendapat perintah mengusir Hoslan dari menetap di kuarters di Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan.  
11 Mac Suami Datuk Seri Shahrizat Jalil (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) iaitu Pengerusi Eksekutif Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap dua pertuduhan pecah amanah dan dua pertuduhan melanggar Akta Syarikat. Kak Ijat berpakaian serba putih tanda bersih??.
12 Mac Datin Seri Rosmah Mansor, Perdana Menteri- Datuk Seri Najib Razak, Yang di-Pertuan Agong- Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong- Tuanku Hajah Haminah di Upacara perasmian pembukaan mesyuarat pertama penggal kelima persidangan Parlimen ke-12. RM terlebih menonjol hingga berkerut Najib Razak.
 12 Mac Bekas ahli bina badan negara Datuk Malek Noor 56 akhirnya selamat bergelar suami kepada Pakar Pediatrik, Dr Wan Asma Wan Ismail 52 di Pusat Dagangan Kelantan (KTC), Kota Bahru . Dr Wan Asma mempunyai 7 orang anak berusia 11 hingga 30 tahun serta empat orang cucu dan sudah tiga tahun menjanda manakala Malek Noor memiliki seorang anak angkat iaitu Nik Nuramalin Aisyah Nik Mahmud berusia 2 tahun. Nik Aziz tetamu istimewa di majlis ini.

Wednesday, March 25, 2009

Tidur Mati dan Solat.... Entahlah


24 Mac 09 Masjid Negeri, IPOH tengahari selepas zohor. Gambar ini diambil kerana untuk anda tafsirkan. Tiada kena-mengena kepada mereka samada HIDUP atau MATI.

Sebelum memperkatakan sesuatu renungkan nasihat ini dari Riwayat Imam Al-Ghazali tentang persoalan HIDUP dan MATI:

ENAM PERSOALAN HIDUP

Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya.

Lalu Imam Al Ghazali bertanya, pertama,
"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?" Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar.
Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran : 185).

Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua.
"Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?"

Murid -muridnya ada yang menjawab Negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar.
Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak boleh kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari-hari yang mendatang dengan perbuatan yang tidak merugikan.

Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga.
"Apa yang paling besar di dunia ini?"

Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali.
Tetapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu" (Al A'Raf : 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

Pertanyaan keempat adalah,
"Apa yang paling berat di dunia ini?".

Ada yang menjawap batu, besi, dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali,
Tetapi yang paling berat adalah "amanah" (Al Ahzab :72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak menjalankan amanahnya.

Pertanyaan yang kelima adalah,
"Apa yang paling ringan di dunia ini?".

Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali,

Tetapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan 'Solat'. Gara-gara sibuk dengan pekerjaan kita tinggalkan solat, gara-gara mesyuarat kita tinggalkan solat.

Lalu pertanyaan ke enam adalah,
"Apakah yang paling tajam di dunia ini?". Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghazali,
span>
Tetapi yang paling tajam adalah "lidah manusia".
Karena melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.