Mantan Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan
bin Abdul Razak , 69, meninggal dunia pada jam 11:15 pagi hari ini di
Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.
Ustaz Azizan merupakan Menteri Besar Kedah ke-10 selepas Datuk Mahdzir
Khalid. Beliau juga merupakan Pesuruhjaya PAS Kedah serta Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) Sungai Limau, Kedah.
Beliau menjadi Menteri Besar pada 9 Mac 2008
selepas PAS dan Parti KeADILan Rakyat membentuk kerajaan negeri Kedah
atas kemenangan dalam pilihan raya umum Malaysia 2008.
Pada 16 Julai 2008, Ustaz Azizan telah dikurniakan Darjah Seri Paduka
Mahkota Kedah (SPMK) yang membawa gelaran “Datuk Seri”.Pada 1 Jun 2013
beliau telah menerima Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang turut
membawa gelaran Tan Sri. Beliau adalah satu-satunya pemimpin PAS yang
menerima gelaran Tan Sri.
Ustaz Azizan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai
Limau, Beliau pernah belajar di Maktab Mahmud pada tahun 1959-1965.
Ustaz Azizan berkelulusan Sarjana Muda Syariah dari Universiti al-Azhar
dan undang-undang dari Universiti Kent, Canterbury, United Kingdom.
Ustaz Azizan pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Jabatan Syariah
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau juga merupakan Pengarah
Urusan Harakah dan tenaga pengajar di sekolah yang didudukinya iaitu
Maktab Mahmud, Alor Setar pada tahun 1966.
Fasih bahasa Filipina
Beliau pernah menjadi pensyarah pelawat Mindanao State University,
Filipina dan pensyarah sambilan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
(UIAM)(1983-1984, 1986-1995). Beliau fasih berbahasa Melayu (loghat
Kedah), bahasa Inggeris,bahasa Arab dan bahasa Filipina.
Beliau mula menyertai PAS pada tahun 1978 di England. Pada tahun 1986
beliau bergiat aktif dengan PAS di Malaysia. Beliau merupakan Naib
Presiden PAS (2003-2005), Ketua Penerangan PAS Pusat (2001-2003), Ahli
Majlis Syura Ulama PAS (1991 hingga kini) Ahli Jawatankuasa Kerja PAS
Pusat (1993 hingga sekarang) selain menjadi Pesuruhjaya PAS Kedah (2000
hingga sekarang), Setiausaha Perhubungan PAS Kedah (2000 hingga
sekarang) dan mewakili PAS ke MAPEN (1989). Beliau memenangi DUN Sungai
Limau (dahulu dikenali sebagai DUN Sala) selama lima penggal mulai 1995
hingga 2013 mengalahkan calon dari Barisan Nasional.
Ustaz Azizan memang diketahui mengalami masalah kesihatan. Ini
menyebabkan terdapat khabar angin beberapa pihak yang mahu beliau
digantikan dengan orang lain. Datuk Mukhriz Mahathir selaku timbalan
pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah pernah menggesa Azizan digantikan
oleh Exco Datuk Amiruddin Hamzah kerana kesihatannya terjejas. Presiden
PAS, Datuk SeriAbdul Hadi bin Awang menjelaskan tiada cadangan itu
setakat ini.
Menafikan
Ustaz Azizan Abdul Razak menafikan beliau tidak profesional berbanding
Mahdzir Khalid, bekas Menteri Besar Kedah.Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah
tidak hutang dengan kerajaan pusat untuk bayar gaji. Hasil balak sampai
RM70 juta setahun. Masa BN cuma RM8 juta. Banyak pula buat projek
membazir. BN bagi JKKK (Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung)
guna duit pusat.
“Saya bagi MKK (Majlis Keselamatan Kampung) guna duit kerajaan negeri.
Kerajaan PAS Kedah tidak boleh banyak buat pembaharuan kerana hanya
menang 16 kerusi (PAS 16 , PKR 3 dan BN 11).Manakala PAS Kelantan
mentadbir lebih 30 tahun dengan banyak majoriti,” katanya.
Larangan pusat hiburan beroperasi pada bulan Ramadan ditarik balik
selepas berunding dengan Exco PKR S. Manikumar dan Lim Soo Nee.Sebelum
itu, kerajaan mahu melaksanakan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat
Hiburan 1997 sepenuhnya.Enakmen itu diperkenalkan 14 tahun lalu oleh
kerajaan BN tetapi BN sendiri tidak menguatkuasakannya .
13 jenis hiburan itu termasuklah pertunjukan pancaragam, persembahan
nyanyian di hotel, restoran dan bar, warung kopi, karaoke dan disko. MCA
dan Gerakan mambantah larangan itu dan Penasihat DAP Lim Kit Siang mahu
membawa larangan itu mesyuarat kepimpinan Pakatan Rakyat.
Setiausaha Publisiti DAP kebangsaan Tony Pua mencadangkan partinya
keluar Pakatan Rakyat ekoran isu hiburan itu. Kaum Cina merayakan
“Festival Hantu Lapar” pada bulan Ogos.
Pembedahan
Ustaz Azizan mahu mendedahkan pihak yang menyebabkan Kedah kerugian
berjuta-juta ringgit dalam proses rawatan air .Pada 5 Oktober
2010,Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Nawawi Ahmad menggesa
laporan dibuat kepada SPRM. Sebelum ini PAS dipertikaikan kerana
menaikkan tarif air.
Ustaz Azizan diketahui menghidap penyakit kencing manis sejak sekian
lama. Beliau juga pernah menjalani pembedahan pintasan jantung pada
2005.[Atas sebab itu, beliau terpaksa selalu ke hospital bagi menjalani
pemeriksaan berkala dan mendapatkan rawatan, sehingga pernah
mempengerusikan mesyuarat penting di hospital.
Pada Ogos 2011, Ustaz Azizan dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN)
untuk membuat pemeriksaan perubatan berkala (susulan) pembedahan lalu.
Beliau menjalani imbasan MRI(pengimejan resonans magnetik) dan rawatan
menstabilkan tekanan darah tinggi di samping mengawal paras gula.
Manakala pada 6 Mei 2013, beliau dimasukkan ke Pusat Perubatan Kedah
selepas merasa sakit di kakinya. Beliau dipindahkan ke ICU di Hospital
Pulau Pinang keesokan harinya, di mana kemudian beliau mengalami koma.
Bagi mengelakkan jangkitan merebak, kedua-dua belah kaki beliau terpaksa
dipotong di bawah lutut pada 9 Mei.
Kekalahan kerajaan PAS Kedah pada pilihanraya umum lalu dikatakan kerana
perebutan kuasa di antara golongan ulama, Ustaz Azizan dan golongan
profesional, Amiruddin Hamzah untuk menjadi Menteri Besar. BN Kedah
berjaya mengekpolitasi isu ini dan berjaya menumbangkan kerajaan PAS.
Pada 5 Mei lalu Ustaz Azizan menang dengan majoriti 2,774 undi
mengalahkan calon BN, Mohd Fadzillah Mohd Ali dan dua calon Bebas,
Abdullah Hashim dan Sobri Ahmad.
Ustaz Azizan mendapat 13,294 undi manakala Mohd Fadzillah memungut
10,520 undi. Abdullah (Bebas) mendapat 100 undi dan Sobri mendapat 84
undi.
Dengan kematian Ustaz Azizan, pilihanraya kecil DUN Sungai Limau akan diadakan dalam tempoh 60 hari. Alfatihah buat beliau. -FMT
Thursday, September 26, 2013
Friday, September 13, 2013
Peserta bantah Rampas Kuasa Perak 2009 dipenjara 2 tahun, denda RM5,000
KUALA KANGSAR Jumaat 13 Sept: Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar
menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM5,000 kepada kesemua
13 peserta demonstrasi di hadapan Masjid Ubudiah, Bukit Chandan pada 6
Februari 2009 lalu.
Hakim, Norsalha Hamzah memutuskan kesemua tertuduh dijatuhkan hukuman penjara 2 tahun dan didenda sebanyak RM 5000. Hakim juga memutuskan bahawa permohonan tertuduh untuk pergantungan perlaksanaan ditolak.
Wakil peguam tertuduh, Zamri Ibrahim berkata, pihaknya memfailkan notis rayuan di mahkamah tinggi. Sebelum keputusan, barisan peguam tertuduh telah mengemukakan mitigasi bagi tujuan peringanan hukuman.
Katanya, semenjak kes ini bermula iaitu 6 Februari 2009, ke semua mereka yang tertuduh telah hadir memberikan kerjasama sebaik mungkin kepada pihak mahkamah.
Peguam juga telah mengemukakan alasan-alasan munasabah berhubung keseluruhan tertuduh dengan mengambil kira kesan, kos dan pengorbanan yang dilakukan oleh mereka sepanjang 5 tahun perbicaraan kes ini.
Bernama melaporkan Hakim Norsalha Hamzah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah manakala pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap mereka setelah meneliti serta menimbang kesemua keterangan termasuk hujahan kedua-dua pihak.
Bad Latif Mansor, 47, Suhana Abdullah, 49, Meor Safizal Meor Mohamed Amin, 38; Mohd Faiz Mohd Arshad, 26; Zulhaizam Zulkifli, 29 ; Isha Riduan Ishak, 59; Adi Hilmee Mohd Nasir, 44; Yusoff Jaafar, 48; Idris Mohd Thaib, 48; Mohamad Nazeer Hameed, 48; Khairul Azmi Hassan Basri,48; Mohd Hasri Ismail, 48; dan Mohamed Ismail S.M Abdul Kadir, 47, didapati bersalah menyertai perhimpunan haram itu pada pukul 3.30 petang, 6 Feb 2009 semasa istiadat pelantikan dan angkat sumpah jawatan menteri besar Perak.
Hakim Norsalha memerintahkan hukuman penjara itu berkuat kuasa hari ini selepas menolak permohonan peguam Augustine Anthony yang mengetuai pasukan lapan peguam mewakili kesemua tertuduh, bagi penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi dan menetapkan penjara lima bulan jika gagal membayar denda itu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 145 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara tidak melebihi dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Dalam penghakimannya, Hakim Norsalha beliau berkata hukuman yang dijatuhkan mahkamah adalah demi kepentingan dan ketenteraman awam serta institusi diraja selepas turut mengambil kira rayuan kedua-dua pihak.
"Ini sebagai satu pengajaran dan keinsafan kepada semua pihak dan mahkamah mendapati ia satu kesalahan serius," katanya.

Thursday, September 12, 2013
Gurauan melampau: RTM Ambil Tindakan Terhadap Individu Jatuhkan Imej PDRM
Berlaku di RTM, klip video dalam Berita Nasional RTM yang memaparkan isu OPS CANTAS telah menggunakan Logo PDRM yang SALAH... kelihatan jelas tertulis pada logo tersebut, 'POLIS RAJA DI MALAYSIA..." walhalnya yang benar adalah "POLIS DIRAJA MALAYSIA"
Diakui, wujudnya orang-orang pembangkang di Institusi kerajaan, namun, dengan mensabotaj laporan aktiviti kerajaanseperti Ops Cantas atau mana-mana berita sekalipun apatah lagi isu menghapuskan Jenayah adalah sesuatu yang tak boleh diterima... Setiap penjawat awam seharusnya berinterigriti dan beretika, pihak keselamatan PDRM telah bekerja keras untuk hapuskan jenayah dan menjamin dan keamanan negara dan sepatutnya TIDAK dipermainkan sedemikian rupa... KAN DAH KENA!
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah menggantung dan menamatkan perkhidmatan individu yang terlibat dalam insiden penyiaran kesilapan logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui RTM Selasa.
Sambil berkata RTM memandang serius kejadian itu, Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Norhyati Ismail berkata laporan polis untuk memulihkan imej Jabatan Penyiaran telah dibuat.
"Ralat dan permohonan maaf telah disiarkan dalam Berita Nasional 12 tengah malam. Surat rasmi memohon maaf kepada Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) juga telah dihantar," katanya dalam kenyataan.
Beliau menjelaskan jawatankuasa tata tertib telah bersidang Rabu untuk meneliti tindakan lanjut yang akan dilaksanakan susulan insiden itu.
Kenyataan dan tindakan segera yang diambil telah dimuat naik dalam laman sosial jabatan berkenaan, tambahnya.
-- BERNAMA
Subscribe to:
Posts (Atom)