Friday, March 29, 2013

Tahan treler 'Jelajah Negara Berkebajikan' arahan pihak tertentu?

GOPENG: Akibat ditahan pihak berkuasa, program jelajah treler berkebajikan PAS yang dijadual berlangsung di Gopeng tertangguh lebih sejam malah terpaksa diubah dari Seksyen 18 ke tapak pasar malam Kampung Pengkalan Pegoh. Timbalan Yang Dipertua PAS Gopeng, Radzi Zainon berkata, pihaknya kesal dengan penahanan dan pemeriksaan treler itu yang diyakini dibuat ‘atas arahan’ pihak tertentu bagi mengganggu program yang dianjur hari ini.

“Kita lihat bila Barisan Nasional (BN) buat program, bukan sahaja tiada halangan malah anggota keselamatan turut memberi kerjasama.
“Tetapi apabila Pakatan Rakyat, bermacam-macam halangan diwujudkan dengan tujuan untuk menakut-nakutkan rakyat agar tidak hadir ke tempat program tersebut,” jelasnya kepada Harakahdaily.
Beliau yang kecewa dengan tindakan penahanan treler itu berkata, semua pihak sewajarnya bertindak profesional dalam dalam menangani perbezaan politik kerana Malaysia adalah sebuah negara yang demokrasi.

“Tindakan polis yang mengikut arahan pihak tertentu menyebabkan program kita terjejas lebih dari sejam.
“Bukan itu sahaja kita terpaksa mengubah lokasi ke tempat yang lain, dan kita khuatir jika meneruskan program di lokasi yang asal sudah pasti pelbagai perkara yang tidak diingini berlaku,” katanya ketika ditemui di program jelajah di Pengkalan Pegoh.

Tengah hari tadi, lebih 30 anggota polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Cawangan Khas mengepung treler Negara Berkebajikan PAS di Gopeng saja keluar dari lebuhraya.
Konvoi jelajah Negara Berkebajikan PAS ditahan oleh pihak polis ketika dalam perjalanan ke tapak program di Pengkalan Pegoh.

Pihak polis menahan konvoi jelajah di Taman Pinji Perdana setelah mengejar konvoi tersebut yang melalui sekatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa.

Ketika ditanya tentang penahanan tersebut sehingga pihak polis terpaksa mengejar treler jelajah itu, mereka hanya memberi jawapan ‘menjalankan tugas mengikut arahan dikeluarkan’.

Lebih kurang lima buah kereta peronda, empat buah motosikal berkuasa tinggi berada di tempat di mana konvoi tersebut ditahan. Walaupun treler tersebut ditahan oleh pihak polis, namun pemeriksaan dilakukan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Konvoi jelajah yang ditahan hampir sejam itu dilepaskan setelah pihak JPJ membuat pemeriksaan dan mengambil segala maklumat dari rombongan konvoi.
Peguam PAS, Haji Asmuni Awi antara yang berunding dengan mereka bagi membolehkan perjalanan ke destinasi diteruskan.

Semalam, treler tersebut turut dihalang memasuki kawasan ceramah di Bandar Kamunting.
Difahamkan pihak polis membuat tiga sekatan jalan raya di laluan masuk ke tempat program tersebut mulai jam 6 petang lagi.

Thursday, March 28, 2013

Terbubarnya Dewan Legislatif bukti BN menyerah diri

Sesungguhnya tindakan UMNO/BN membiarkan Dewan-Dewan Undangan Negeri terbubar dengan sendirinya kali ini memberikan hikmah kepada pihak Pakatan Rakyat. Jika pilihanraya dilaksanakan secara adil, tidak mungkin BN akan bertahan.  Menanti sampai Dewan terbubar itu bermaksud untuk menangguhkan pilihanraya sehingga ke penghujung waktu kerana UMNO dan BN sudah mengetahui yang pihak mereka tidak lagi disokong dan dimandatkan rakyat dalam pilihanraya kali ini.

Tidak mungkin UMNO dan BN akan membiarkan Dewan terbubar jika mereka berkeyakinan untuk memenangi pilihanraya ini. Ini diketahui umum dan kenyataan yang UMNO takut menghadapi rakyat kali ini. Ini membuatkan rakyat lagi jauh dan takut untuk mendukung parti itu lagi. Tindakan untuk lari dan pengadilan rakyat ini sahaja sudah cukup untuk rakyat tidak berani dan menghormati parti yang sudah begitu tua dan berpenyakit ini.

Berbagai-bagai ubat dan ‘supplement’ digunakan untuk menyembuhkan penyakitnya tetapi penyakit itu tidak juga sembuh malahan lebih merebak lagi. Inilah yang membuatkan pemimpin yang melakukan banyak kesalahan bercakap tidak lagi menggunakan akal fikiran tetapi sebaliknya menggunakan emosi yang berlebih-lebihan kerana asakkan rakyat sekarang ini.

Sebenarnya UMNO tidak lagi bertanding dengan parti-parti politik pembangkang tetapi sebaliknya parti itu sedang bertanding dengan rakyat. Di satu pihak UMNO dan di satu pihak lagi ialah rakyat ramai. UMNO sedang menghadapi rakyat yang sentiasa mahukan pertambah-baikkan negara secara demokratik. Rakyat negara ini tidak terpengaruh dengan ‘Arab Spring’ di Timur Tengah tetapi lebih mahukan perubahan dilakukan secara demokratik. Itulah sebabnya UMNO dan BN sentiasa berusaha untuk ‘memancitkan’ demokrasi kita dengan berbagai-bagai cara.

UMNO terlalu benci dengan demokrasi sebenarnya. UMNO mahukan demokrasi acuannya sendiri seperti yang disebut oleh Mahathir sejak dari dulu. UMNO mahukan demokrasi yang membolehkan UMNO sahaja yang memenangi pilihanraya. Memilih parti selain dari UMNO itu adalah jenayah kerana mengundi parti lain itu akan menyebabkan negara huru-hara, kata mereka. Jika parti lain menang masakan huru-hara itu dilakukan oleh pihak yang menang? Selalunya yang membuat huru-hara itu adalah pihak yang kalah kerana sebelum ini mereka tidak pernah kalah.

UMNO tidak mahu memperbaiki diri mereka dari kekufuran nikmat yang mereka rasakan sebegitu lama. UMNO sudah merasakan yang berhak untuk menang ialah parti itu sahaja. Itu sebabnya pimpinan UMNO bersumpah tidak akan membiarkan Putrajaya jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Sebenarnya UMNO lah yang gilakan kuasa dan tidak pihak Pakatan Rakyat yang gila kuasa itu.  Pakatan Rakyat masih belum ada kuasa di Putrajaya, bagaimana pula UMNO menuduh Pakatan Rakyat yang gila kuasa.

Selalunya yang gila kuasa ini adalah orang yang sedang berkuasa kerana tidak sanggup untuk melepaskan kuasa walaupun mengambil alih kuasa oleh pihak lain secara demokratik itu bukannya tindakan jenayah. Ibarat seorang lelaki yang gilakan perempuan, tentulah ada perempuan yang mereka gilakan. Tetapi pihak kita tidak ada perempuan, bagaimana kita pula di tuduh gila perempuan.

Kerana terlalu takut menghadapi rakyat maka Dewan Undangan Negeri Sembilan sekarang telah terbubar secara sendiri. Tidak pernah kejadian seperti ini berlaku dalam ingatan kita kepada sejarah negara merdeka kita ini. Ketakutan ini merupakan bayangan yang UMNO sendiri sudah hilang keyakinan diri. Jika parti itu sudah hilang keyakinan diri maka secara sedar atau tidak, rakyat akan hilang bersama keyakinan itu.

Kalau begitu adalah molek jika UMNO memberikan sahaja kuasa kepada pihak Pakatan Rakyat dan mintalah sedikit tempat dalam kerajaan baru itu jika ia di persetujui oleh pihak Pakatan Rakyat. Jika UMNO melalui juga pilihanraya, maka yang sudah hampir pasti ialah kekalahan teruk UMNO ditangan rakyat kerana rakyat sudah mewakilkan PR untuk menerajui kerajaan bagi pihak mereka..

UMNO tidak boleh menentang kehendak rakyat. Dari berperang politik dengan rakyat elok jika UMNO ikut sahaja kehendak rakyat, ‘and swim with the flow’. UMNO perlu merehatkan diri buat sementara waktu bagi memperbaiki diri mereka dengan melakukan introspeksi yang mendalam terhadap kelemahan dan kesalahan mereka selama ini.

Hakikatnya UMNO sedang berlawanan dengan rakyat seperti yang saya sebutkan tadi. Rakyat kini meletakkan calon-calonnya melalui parti-parti dalam Pakatan Rakyat: PAS, DAP dan PKR. Ketiga-tiga parti ini adalah parti-parti yang mewakili rakyat untuk berhadapan dengan UMNO dan BN. UMNO pula di pertahankan oleh kroni-kroni dan ‘warlords-warlords’ yang besar-besar untuk menjaga kepentingan mereka sendiri.

Itulah sebabnya jika ada syarikat-syarikat yang melaksanakan perniagaan yang melibatkan rakyat, syarikat-syarikat ini perlu mempertimbangkan untuk bersama dengan rakyat yang diwakili oleh Pakatan Rakyat. Syarikat air, Syabas misalnya, wajar memberikan pertimbangan yang secepatnya tawaran kerajaan Negeri Selangor untuk membelinya. Tidak usah menjadikan tawaran kerajaan Selangor itu dijadikan isu politik. Ambil lah tawaran kerajaan Selangor itu berpremiskan kepada keputusan perniagaan yang ‘prudent’ dan 'professional'.

Tidak ada apa-apa yang diharapkan kepada Putrajaya hari ini kerana Putrajaya jika di izin Tuhan akan berpindah tangan selepas pilihanraya jika pilihanraya itu dilaksanakan di atas ‘level playing ground’. Peralihan kuasa ini bukan tindakan jenayah. Ia adalah tindakan demokrasi.

Rakyat lah yang berkuasa dan bukannya Najib atau pun Dr Mahathir. Oleh kerana rakyat nampak kecenderungan untuk memberikan mandat kepada pihak Pakatan Rakyat maka langsungkan sahaja niat itu dengan melaksanakan keputusan itu di dalam bilik mengundi nanti tanpa was-was.

Lakukanlah perubahanan tanpa was-was. Menolak BN itu bukannya jenayah dan ia tidak mencabut nyawa kita…‘It’snow or never’.

Monday, March 25, 2013

PENAKUT.. Papa Gomo gagal hadir ke Mahkamah

Terbongkar lagi auta si Papa Gomo ini.. rupa-rupanya insiden beliau dibelasah dikepala yang di hebohkan oleh kebanyakkan blog Pro UMNO minggu lalu hanyalah sebagai menyediakan alasan untuk tidak ke Mahkamah hari ini.

Kononnya pada minggu lalu Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papa Gomo, Blogger Pro UMNO yang terkenal dengan video lucah dan fitnah telah mendakwa dirinya dibelasah oleh dua lelaki yang menunggang motorsikal berkuasa tinggi di Segambut.

Ekoran dari kecederaan itu beliau telah mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur. Insiden tersebut menyebabkan kebanyakkan Blogger Pro UMNO mempersalahkan Utusan kerana telah menyiarkan gambar Papa Gomo di muka hadapan terbitannya.. sila baca di ( SINI )

Beberapa minit lalu, Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail menyatakan melalui akaun Twitternya memaklumkan beliau kini bersama Husam Musa di Mahkamah Kota Bharu.

Dato Husam Musa dan saksi-saksi telah bersedia bagi meneruskan saman RM10Juta Husam terhadap Papa Gomo, malangnya kelibat Papa Gomo langsung tidak kelihatan..

Hanya para peguamnya yang hadir, selaku yang tertuduh Papa Gomo sepatutnya hadir ke Mahkamah biarpun Peguamnya berhujah memohon penangguhan.. tulis Saifuddin.

Tambah Saifuddin lagi... "Rupanya PENAKUT bila disaman!"


Pada 16 Februari lalu, blogger terbabit disaman seorang peguam terkenal, Shukri Mohamad juga berkaitan artikel fitnah yang disiarkan dalam blognya.

Defendan melalui blog; http://www.papagomo.com bertajuk 'gambar ekslusif bakal MB Kelantan pimpin tangan China Doll’ diterbit pada 6 Disember tahun lepas cuba mengaibkan Husam dengan menyiarkan gambar tersebut.

Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri menyifatkan gambarnya dimanipulasikan sehingga memberikan gambaran plaintif sedang berpimpin tangan dengan seorang perempuan Cina.

Defendan atau nama sebenar Wan Muhammad Azri Wan Deris beralamat di Villa Apartment, Jalan 5/23 e, Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur. -AnakSuangaiDerhaka

Saturday, March 23, 2013

Sudah Goyang! Wan Azri Nafi Dia Papagomo!


UMNO Utusan Malaysia, terbitan Jumaat lalu dimuka depan telah memaparkan wajah siapa dia Papagomo @ Wan Muhammad Azri Wan Deris atas tajuk "ANWAR SAMAN PAPAGOMO". Jadi tidak bolehlah Papagomo nak menidakkan yang wajah itu bukan rupa dia yang sebenar. Kalau dah Utusan pun tolong bantu sahkan sudah pasti itu memang Papagomo.. Jadi dalam perbicaraan saman sivil RM100juta nanti, tidak bolehlah lagi Papagomo nak gunakan alasan penakut yang blog Papagomo itu bukan milik dan dikawalan beliau.

Namun hari ini.. Wan Azri atau papagomo hari ini tidak mengaku bahawa beliau adalah pengendali lamanweb lucah papagomo, baru kena saman sikit sudah menggigil dan goyang serta tidak mengaku. RM 100 juta saja pun, itu hari bukan main ugut lagi sekarang sudah tidak mengakulah pula?

Berdasarkan beberapa perkara, Wan Azri atau papagomo tidak mahu mengakui blog lucah itu adalah blog lucahnya kerana, dia takut kerana Husam Musa juga sedang menyamannya sebanyak RM 100 juta, jika perkara ini terdedah, maka di jangkakan Papagomo bakal membayar saman RM 200 juta, iaitu kepada Anwar dan Husam.

Dijangkakan juga Wan Azri bakal tinggal seluar dalam saja dan bakal di kenakan hukuman penjara 10 tahun serta 5 sebatan kerana menfitnah dengan dasyat Anwar Ibrahim dan Husam Musa.

Mungkinkah Papagomo bakal di tolong oleh Najib Razak, Hishamuddin Hussien, Zahid Hamidi dan Rosmah Mansor dalam pembayaran saman ini jika di dapati bersalah,

Wan Azri a.k.a papagomo juga menafikan beliau pernah berjumpa dengan Najib Razak dan beliau berkata, beliau tidak mengenali langsung Najib Razak dan gambar ini jawapanya.
Wan Azri Ajen Najib Razak? Cuba Tengok Kemesraan Mereka Berdua? Nampak Tak?_ ERAPASCA

Thursday, March 21, 2013

Penjawat awam bukan bergaji buta

KUALA LUMPUR: Tindakan Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman menyifatkan tindakan segelintir pesara kerajaan yang mengkritik pelbagai dasar kerajaan atas pentas politik bersama parti pembangkang sebagai tidak mengenang budi adalah pandangan yang sangat dangkal. disini

“Penjawat awam bukannya bergaji buta, gaji yang diterima adalah untuk kerja yang dilakukan. Setelah sekian lama membanting tulang untuk kerajaan dan rakyat, tindakan menganggap pesara yang kini menyokong pembangkang sebagai tidak mengenang jasa adalah pandangan yang sangat dangkal,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

Sebaliknya, Tuan Ibrahim menyarankan Datuk Omar Osman untuk mengkaji kenapa para pesara kini beralih menyokong pembangkang.

“Sebagai Presiden CUEPACS, beliau harus sedar bahawa beliau bukan mewakili parti pemerintah. Beliau mewakili pelbagai kakitangan yang terdiri dari pelbagai segmen parti politik,” tegur Tuan Ibrahim.

Tuan Ibrahim juga mengingatkan beliau bahawa CEUPACS tidak sepatutnya menjadi agen parti pemerintah dengan bertindak mengecam pesara kerajaan semata-mata kerana mereka kini menyokong pembangkang.

Pesuruhjaya PAS Pahang itu turut menyeru Omar untuk menghormati hak 600,000 pesara yang kini mula menyatakan sokongan kepada pembangkang.

“Beliau sepatutnya memperjuangkan kebebasan kepada kakitangan awam dalam menyatakan sokongan kepada mana-mana parti yang mereka sukai.
"Akibat tekanan melampau semasa mereka bertugas menyebabkan mereka hanya menunggu hari pencen untuk menyatakan bantahan kepada kerajaan yang memerintah,” hujah Tuan Ibrahim.

Beliau juga mengingatkan kejadian pemberian penyapu oleh Menteri Besar Selangor yang menjatuhkan maruah kakitangan awam dan menimbulkan pelbagai tekanan kerja.

"Penyalahgunaan kuasa politik Umno sehingga memaksa kakitangan awam meninggalkan tugasan di pejabat semata mata memenuhi program Umno juga menimbulkan ketidaksenangan kakitangan awam.

"Bahkan ada yang menerima surat tunjuk sebab kerana tidak menghadiri program anjuran parti pemerintah yang tiada kena-mengena dengan tugasan,” tambah Tuan Ibrahim.

Sunday, March 17, 2013

Tujuh dosa: Nik Aziz bidas kenyataan Najib

SHAH ALAM - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mendakwa pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) di Kelantan melakukan tujuh dosa besar ke atas rakyat negeri itu dan umat Islam.

Menurutnya, kenyataan Najib itu tidak benar dan cuba mengaburi rakyat Malaysia dengan menyembunyikan fakta sebenar tentang pentadbiran PR di Kelantan.

Islam, dalam kebangsaan tiada sebutan dosa pahala. Bila kebangsaan menyebut dosa pahala, maknanya mereka mahu meniru dan mengaburi. Ini cara menipu rakyat Malaysia.

“Persaingan perlu dibuka, dalam politik pun kena ada saingan tapi kenapa persaingan itu tutup,” katanya ketika sidang media selepas merasmikan Ekspo Kelantan 2013 di pekarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini malam tadi.

Terdahulu dalam ucapannya, Nik Aziz berkata, pencapaian terkini di Kelantan membuktikan negeri tersebut mampu membangun bersama Islam.

“Kita harus kembangkan Islam dalam semua bidang. Bila sebut pasal Islam, ia bukan hanya pada solat dan puasa tetapi merangkumi pelbagai bidang termasuk ekonomi, sosial dan politik. Justeru itu, rakyat wajib pilih kerajaan yang mahu menggerakkan Islam, bukan kerajaan yang mengasingkan agama daripada politik,” jelasnya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai isu terbaru gambar kontroversi mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau berkata, tindakan itu adalah tidak wajar kerana cuba mengaibkan Anwar tanpa bukti sahih.

“Mereka belum puas ‘cincang’ Anwar. Kita orang politik ini sepatutnya kena lawan hujah bukan peribadi,” katanya.

Dalam pada itu, Ekspo Kelantan 2013 yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat lalu anjuran Kerajaan Negeri Kelantan bertujuan membawa pelbagai maklumat berkenaan pembangunan negeri itu untuk informasi rakyatnya yang berada di luar Kelantan.

Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang program berlangsung, antaranya pertunjukan gasing terbang, demonstrasi kapal terbang kawalan jauh dan persembahan dikir barat.

Tuesday, March 12, 2013

Musa Hitam: 'Politik perkauman politik bankrap'

Shah Alam– Ahli-ahli politik yang menggunakan isu perkauman sebagai bahan atau modal survival masing-masing merupakan ahli politik yang sudah bankrap, kata bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam hari ini. Sehubungan itu kata Musa, melihat kepada perkembangan hari ini banyak perkara yang boleh dibahaskan secara membina.


“Kita dalam suasana pilihan raya umum (PRU) pada pendapat saya dulu, baru ini dan sekarang, barang siapa yang menggunakan perkauman sebagai isu politik adalah ahli politik yang bankrap,” kata beliau pada program Bicara Minda Survival Ekonomi Melayu di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini.

Musa yang berkecimpung dalam dunia politik lebih lima dekad yang lalu berkata, jika dahulu parti politik boleh menggunakan isu perkauman apabila berada atau berkempen di kawasan-kawasan yang majoritinya satu-satu kaum, kini keadaan tidak begitu lagi.

Friday, March 8, 2013

Bahana Fitnah! Bapa Saiful mohon maaf pada Anwar

Bapa Saiful Bukhari hari ini memohon maaf kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan mendakwa bahawa anaknya telah dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, yang didakwanya termasuk seorang pegawai perdana menteri untuk memfitnah Anwar dalam kes Liwat II.

"Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dan telah menjadi mangsa fitnah ini," kata Azlan Mohd Lazim dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dalam satu sidang akhbar hari ini.
"Dengan ini saya  memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan famili beliau. Beliau dan familinya telah banyak menderita dan sangsara akibat fitnah ini," tambahnyaAnwar telah dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari tahun lepas daripada tuduhan meliwat Saiful, yang merupakan pembantunya pada 26 Jun 2008 di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Jabatan Peguam Negara telah merayu terhadap keputusan itu dan Mahkamah Rayuan akan mendengar kes pada 22 Julai.

Dalam kenyataannya, Azlan, 60, mendakwa semua kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh anaknya dan beliau sendiri, telah dirancang dan disediakan pegawai perdana menteri itu dan seorang peguam.

Malaysiakini
tidak menyiarkan identiti kedua-duanya sementara menunggu respons daripada mereka.