Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob percaya loji Lynas
merupakan isu di Kuantan sahaja dan tidak akan menjejaskan peluang BN di
Pahang dalam pilihan raya umum akan datang.
Beliau memberi contoh kawasan Bentong yang menurutnya tidak akan dimenangi DAP.
"...
DAP tidak boleh menang di Bentong. Tidak boleh menang. Jika DAP menang
di Bentong, anda potong teliga saya, saya terjun Sungai Pahang. (DAP)
tidak boleh menang," katanya.
Ditanya sama ada referendum
mengenai Lynas itu hanya terhadap di Kuantan, Adnan menjawab: "... jika
kita menang di Kuantan, selesai. Lynas bukan isu lagi."
Adnan
yang juga pengerusi BN dan Umno Pahang menegaskan demikian ketika
ditemui pemberita di perhimpunan agung Umno di PWTC hari ini.
Ditanya mengenai tahap keyakinannya dalam pilihan raya umum akan datang, Adnan berkata:
"Sangat, sangat yakin. (Kalau Lim) Guan Eng datang pun dia akan kalah. Betul. Jika MCA kalah di Bentong, MCA mesti tutup kedai.
"MCA
adalah perimeter di Pahang, jika MCA kalah kepada DAP, lebih baik tutup
kedai. Tapi jika MCA menang, DAP kena tutup kedai di Pahang," tegasnya.
Friday, November 30, 2012
Wednesday, November 28, 2012
Beristighfar banyak-banyak semasa mendengar ucapan dari UMNO dalam PAU kali ini
ASPAN ALIAS: Saya baru sahaja selesai
mendengar bahagian akhir ucapan Muhyiddin Yassin dalam upacara perasmian
Perhimpunan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka PWTC. Dewan yang
penuh sesak itu tidak pula menampakkan kehadiran yang ramai di luar dewan.
Ucapan Muhyiddin terganggu sekejap kerana kesampaian Wanita nombor satu negara,
Rosmah Mansor, bagi memberikan penghormatan kepada isteri Perdana Menteri yang
jelita itu.
Pada keseluruhan ucapan itu, ia
tidak ada apa-apa perbezaan dan kelainan dari ucapan-ucapan pada tahun-tahun
yang lalu. Hanya yang kita dapati perbezaannya ialah ucapan yang menumpukan
hentakkan terhadap Ketua Pembangkang Anwar dan mengejek-ngejek PAS dan DAP.
Itu sememangnya biasa kerana
kalau tidak melakukan hentakkan kuat terhadap pembangkang ia bukanlah ucapan
Muhyiddin atau pun Najib. Kalau tidak menghina pimpinan pembangkang mereka
bukannya Najib atau Muhyiddin. Tetapi itu tidak mengapa. Dalam politik masakini
janganlah kita harapkan mereka hendak mengakui kebaikan yang telah dilakukan oleh
PR dalam negeri-negeri yang ditadbir oleh pihak Pakatan Rakyat itu.
Monday, November 26, 2012
Doa Kehancuran Dibolehkan Jika Dizalimi - Dr.Asri
Kota Bharu - Umat Islam boleh memohon doa kehancuran jika merasa diri mereka ditindas dan juga dizalimi.“Kita ada beberapa perkara yang perlu dipisahkan, isu politik dan fakta, jangan kerana kerana kita berpolitik, kita menafikan fakta.
Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, secara umumnya sesiapa sahaja boleh memohon doa kehancuran sekiranya merasakan diri dizalimi.
"Pertama, persoalannya, adakah boleh kita mendoakan orang yang menzalimi kita agar ALLAH SWT mengambil tindakan kepadanya, itu persoalan yang biasa, jangan letak pada Pas atau Umno.
“Misal kata ada orang menganiaya atau menzalimi kita, boleh ke kita berdoa kepada mereka? "Jawapannya boleh, tidak timbul isu tidak boleh mendoakan kehancuran sesama Islam,” katanya kepada Sinar Harian pada Program Kembara Ilmu Bersama Dr Maza di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas isu doa kehancuran yang dibacakan adik Mursyidul Am Pas, Nik Razi Nik Mat semasa mengimamkan solat hajat sempena muktamar tahunan parti itu 15 November lalu.
Asri berkata, doa memohon kehancuran ini bukan suatu yang baru, malah wujud sejak zaman Rasulullah lagi apabila terjadi kepada para sahabat, tetapi dilakukan secara berkias (berlapik).
Bagaimanapun mengakui kurang bersetuju dengan pendekatan doa tersebut yang dilihat keluar dari kesantunan, Asri berkata, ia sepatutnya mengikut adab- adab berdoa dan mengetepikan rasa amarah.
“Kadang-kadang tak nampak macam doa, dari segi adab-adab yang lain seperti terlalu menjerit, nampak macam terkeluar dari kesantunannya, kita boleh berdoa kepada orang yang menzalimi, bukan doa kerana marah perbezaan parti, tetapi doa kerana kezaliman,” katanya.
Dalam pada itu, mengulas mengenai ulama Umno, Asri berkata, parti itu memerlukan suatu panduan untuk memandu pergerakan dan perjuangannya, dan satu majlis yang terdiri daripada golongan ulama perlu diwujudkan.
“Pas sebenarnya antara benda yang meletakkan kepercayaan orang ramai terhadapnya adalah Majlis Syura Ulama yang memandunya dalam banyak perkara,” katanya.
“Ulama tidak semestinya menjadi pemimpin atau presiden, jadi ahli dewan yang memandu, itu perlu diambil kira supaya Umno juga ada pemandu dari satu majlis yang bukan untuk mempolitikkan agama tetapi membimbingnya supaya semua parti dikawal oleh elemen agama,” katanya.
Kontroversi doa yang dibaca oleh adik Menteri Besar Kelantan iaitu Nik Razi Nik Mat Mendoakan kalahkan UMNO selepas solat hajat dalam
satu rapat rakyat di stadium Sultan Muhamad Ke IV malam Jumaat lalu
"Ya Allah mudahkanlah perjalanan kami ke putrajaya 3x
Ya Allah hukumkanlah UMNO BN 3x
Dalam pilihanraya ke-13 ini, kezaliman UMNO BN 50 tahun lebih kepada agama Mu, kepada hamba Mu kepada negeri kami. Ya Allah, Engkau lebih mengetahui tentang hal kami.
Kami hambaMu datang dari tempat jauh dan dekat, berkumpul di tempat yang penuh berkat, di malam bersejarah ini. Ya Allah Engkau lebih mengetahui mengenai kami. Kami hamba-hambaMu Ya Allah, datang dari jauh dan dekat berkumpul di malam yang berkat.
Ya Allah ampunila dosa kami. Dosa kedua ibu bapa kami 3x.
Janganlah Engkau mengazabkan kami Ya Allah, kami hamba-hambaMu.
Sekiranya Engkau ampuni dosa kami, Engkau Tuhan pengampun lagi maha penyayang penuh kasih sayang.
Ya Allah, kuatlah iman kami. murahkan rezeki, amankan rumahtangga, negeri dan negara kami, cemerlangkanlah anak-anak kami.
Anak-anak kami adalah amanah dariMu Ya Allah. Berilah mereka berjaya di dunia dan di akhirat nanti. Berilah mereka berjaya untuk menolong Sunnah Muhammad SAW.
Ya Allah hukumkan UMNO.
Ya Allah hukumkan UMNO BN.
KO BN, KO BN, BN KO, KO BN, BN KO, KO BN, BN KO, dalam pilihanraya ke - 13 ini Ya Allah.
Mudah-mudahan perjalanan kami ke putrajaya Ya Allah dengan begitu mudah sekali, permudahkan dengan pertolongan Mu Ya Allah.
Kalau la Engkau Ya Allah pernah tenggelamkan Firaun di dalam laut, Engkau telah izinkan bumiMu telah Qarun, Ya Allah, Engkau telah melaknatkan Namrud.. dan begitu juga Abu Lahab, maka sungguh mudah untuk Engkau bagi jahanamkan UMNO dan BN dalam pilihanraya ke - 13.
Tidak larat kami nak lihat anak-anak kami dalam suasana tidak selamat, dalam dan luar rumah.. ragut, rogol, bakar, cincang manusia dan macam-macam jenayah, Ya Allah habislah negara kami ini dijual oleh UMNO.. Singapura dah habis Ya Allah, Batu putih.. putih Ya Allah.. Ya Allah Tanjung pagar.. rapat ke pagar Ya Allah ...
HANCUR UMNO.. TUMBANG BN.. [pengikut]
Saturday, November 24, 2012
Bekas KPN tidak setuju dengan saman AES
KUALA LUMPUR, 23 Nov (M'Insider) Penguatkuasaan undang-undang tidak seharusnya
diswastakan kerana ia hanya akan menimbulkan persepsi bahawa kerajaan
hanya mahu membuat keuntungan ke atas rakyat, kata bekas Ketua Polis
Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan, selepas Parlimen meluluskan sistem
penguatkuasaan automatik tersebut untuk mendenda pengguna jalan raya
yang memandu melebihi had laju.
Beliau mengulas tentang isu kontroversi Sistem Penguatkuasaan
Automatik (AES) yang dibantah orang ramai dan ahli parlimen pembangkang
kerana motif keuntungan dalam perjanjian konsesi kepada dua syarikat
swasta yang dilantik untuk memasang dan menguruskan kamera berkelajuan
tinggi itu dalam masa lima tahun.
“Bagi saya, penguatkuasaan tidak boleh diswastakan.
Thursday, November 22, 2012
Sokongan Melayu di Perak, S'gor & Johor meningkat
KUALA LUMPUR: Hasil kajian terbaru mendapati
sokongan orang Melayu kepada Pakatan Rakyat sejak kebelakangan ini
meningkat dengan ketara sekali.
Kajian yang dibuat di tiga negeri iaitu Selangor, Johor dan Perak mendapati sokongan Melayu meningkat antara 3 - 8 peratus di ketiga-tiga negeri ini.
Di Selangor, sokongan kepada Pakatan di negeri itu meningkat sehingga lebih 55 peratus di kalangan pengundi Melayu. Sokongan Cina dan India di Selangor untuk Pakatan juga sangat membanggakan antara 60 - 75 peratus.
"Isu penting adalah kejayaan kerajaan negeri Selangor membukti pentadbiran yang cemerlang dalam semua segi," kata pengkaji itu tanpa mahu menyebut sumbernya.
Isu serangan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek terhadap Islam, rasuah dan salahgunakuasa yang semakin terdedah dalam BN, kebajikan yang diperolehi oleh rakyat dari kerajaan negeri dan sebagainya menjadi isu-isu penting di atas peningkatan ini.

Nik Aziz akan saman Utusan isu tuduhan murtad
Setiausaha akhbar Tuan Guru Nik Aziz iaitu Ahmad Fadhil Shaari hari ini menyatakan akan mengemukakan saman terhadap Utusan Malaysia kerana memfitnah dan memanupulasi kenyataannya seolah-olah mengatakan Nik Aziz menuduh UMNO murtad!
Sebenarnya tidak sekali menuduh demikian. Kenyataan itu adalah bersifat umum dalam batasan iman dan kufur supaya semua pihak bertindak dengan betul menjaga iman masing-masing. ujarnya. Baca berita penuh di Harakah hari ini.
TRANSKRIP kenyataan Nik Aziz dalam kenyataan media kepada pemberita di Muktamar PAS ke-58 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (PUTIK) 18 November lalu itu diperbesarkan oleh UMNO dan menimbulkan isu kononnya Nik Aziz menuduh UMNO murtad.
"Bila UMNO buang Islam, maka UMNO ugama apa? Saya ulang sekali lagi, bila Umno tolak Islam dalam dasar hidup dia, maka ugama apa yang Umno pakai?
Bila Umno tolak Islam dalam dasar parti dia, maka Umno (asasnya) samada Kristian ke, Buddha ke, atau takde ugama?
Timbul masalah murtad ..... Murtad ni khabarnya (kepada) orang Kristian ... (dan kepada) paderi-paderi dia ... saya kata tidak. Yang menjadikan orang Melayu murtad ni kerana orang Melayu sendiri memperlekeh Islam.
"UMNO tolak Islam, maka NAMPAK dia lekeh, perlekehkan Islam."

Wednesday, November 21, 2012
Monday, November 19, 2012
Hujah 'Nik Aziz Dakwa UMNO Murtad'
"Tajuk muka hadapan Utusan Malaysia hari ini (Isnin 19 Nov) yang menulis 'NIK AZIZ DAKWA UMNO MURTAD' adalah satu pembohongan yang
besar ke atas saya. Barangkali gaji mereka yang bertanggungjawab menabur
fitnah ini cukup besar sehingga berbaloi utuk menebus dosa akibat
fitnah. Insya-allah saya akan mengemukakan saman ke atas fitnah terbaru
ini." ujar Nik Aziz di Facebook.
MSO: Kenyataan dan ulasan Nik Aziz, Umno sebagai murtad adalah benar dan persepsi cermin keyakinan agamanya. Apabila Umno tidak mahu melaksanakan Islam dan hanya bercakap saja, ianya ada ciri-ciri munafik dan murtad. Murtad bukan sahaja meninggalkan agama Islam dengan memeluk agam lain. Murtad ialah seseorang yang tidak patuh dan ingkar atau bertindak di luar batas-batas syariat Islam. Sesetengah ulamak menghukumkan pesalah murtad dengan hukuman mati.

Sunday, November 18, 2012
Israel bedil lebih 950 peluru ke Gaza sehingga sabtu lalu
An explosion and smoke are seen after Israeli strikes in Gaza City
Palestinian youths attend a rally held in the refugee camp of Ain el-Helweh on the outskirts of the southern Lebanese city of Sidon
Palestinians inspect the rubble of a destroyed house after an Israeli airstrike next to a mosque, back, in the Jabaliya refugee camp, northern Gaza Strip
The sister of Audi Naser, a 10 -year-old boy was killed in an Israeli air strike, cries during his funeral in Beit Hanun, northern Gaza Strip
Overnight, Israeli strikes hit two media centres in Gaza city as Israel widened its range of targets to go after military commanders of the territory's Hamas rulers
Gaza's Hamas Prime Minister Ismail Haniyeh and Egyptian Prime Minister Hesham Kandil visit a man wounded in an Israeli strike, at the hospital in Gaza City

Thursday, November 15, 2012
Ketua Ulama PAS nasihat Harussani juga bertaubat..
KOTA BHARU 15 Nov: Ketua Dewan Ulamak PAS, Datuk Harun Taib
berpendapat, jika Mufti Perak, Datuk Harussani meminta Nutul Izzah
Anwar bertaubat kerana kenyataannya, dia (Harussani gambar) juga harus
bertaubat juga.
"Bagi saya dia (Nurul Izzah) tidak perlu (taubat) kerana taubat kalau buat kesalahan besar. Jika itu kena bertaubat, Harussani juga kena taubat kerana dia tak sokong perjuangan Islam," kata Ustaz Harun Taib.
Ustaz Harun berkata demikian ketika ditanya oleh wartawan tentang kenyataan Harussani yang meminta Nurul Izzah bertaubat kerana berkata, tidak ada paksaan dalam agama.

Saturday, November 10, 2012
Nurul Izzah Tak Bernasib Baik Kerana Berada Dipihak Pembangkang
KOTA
BHARU - Sekalipun mengakui bahawa Nurul Izzah Anwar mungkin telah
mengeluarkan kenyataan yang 'celaru', tetapi Mursyidul Am Pas, Datuk Nik
Abdul Aziz Nik Mat masih mempertahankannya dan menyifatkan Naib
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak bernasib baik kerana
berada di pihak pembangkang.
Nik Abdul Aziz berkata, pelbagai pihak sengaja memburukkan dan memberi maklum balas keterlaluan ke atas Nurul Izzah seumpama bunyi bising kuat daripada 'meriam buluh dan meriam besi' walaupun anak Ketua Pembangkang itu hanya menyuarakan sedikit pandangan.
Beliau turut membandingkan kesnya sebelum ini yang didakwa 'bapa kafir' oleh seorang bekas Ketua Polis Negara tetapi tidak pula mendapat sorotan media kerana tuduhan itu mengena ke atas seorang pimpinan pembangkang.

Friday, November 2, 2012
NAZRI AZIZ: Anak saya bukan isteri, tak perlu beritahu apa dia buat!
KUALA LUMPUR, 1 Nov (MInsider) — Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata beliau tidak melihat sebarang kesalahan dengan anaknya yang didakwa menggunakan kereta mewah yang dimiliki Michael Chia, dengan mengatakan hubungan Nedim dengan peniaga balak Sabah itu tidak berkaitan dengan jawatannya selaku menteri kabinet.
Beliau memberitahu wartawan bahawa beliau tidak mengawal setiap pergerakan Nedim kerana beliau sudah dewasa, dan menambah jika anaknya menggunakan kereta Chia, itu adalah urusan peribadi anaknya dengan Chia.
"Saya tidak tidur dengan anak saya, saya bukan homoseksual. Anak saya bukan isteri atau kekasih saya. Apa yang dia buat, dia tak perlu beritahu saya.
"Ini urusan anak saya dan Chia. Jika Chia mahu memberikan Nedim Hummer atau Ferrari, itu bukannya urusan dengan saya. Saya yang menteri, bukan anak saya," kata Nazri (gambar) kepada wartawan apabila ditemui oleh wartawan di Parlimen hari ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)