Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengesahkan wujud pakatan sulit di antara rangkaian kongsi gelap dan pasukan Polis Di Raja Malaysia. Dalam temubual eksklusif dengan Malaysiakini, Musa turut mengakui rangkaian sama wujud antara kongsi gelap dan ahli politik tanah air yang disifatkannya berada pada tahap "serius."
Katanya, beliau mula mengambil langkah serius untuk membanteras aktiviti haram seperti judi, pelacuran dan sindiket peminjam wang ketika mula memegang jawatan Ketua Polis Johor. Ini kerana beliau tidak percaya kepada konsep "menggunakan penjenayah untuk mengawal penjenayah lain," seperti digambarkan dalam filem Godfather yang menceritakan hubungan kongsi gelap dan pasukan polis.
"Mereka sendiri (di Amerika Syarikat) mengambil masa bertahun-tahun untuk menghapuskan perkara ini," katanya. Menurutnya, rangkaian kongsi gelap yang memperolehi banyak wang melalui aktiviti haram tidak boleh dibiarkan "mengawal" ahli politik.
"Mereka ini banyak dana. Jadi apabila dana luas mereka boleh kawal orang. Kalau ahli politik terlibat, mereka boleh kawal ahli politik," katanya.
Usaha tersebut katanya diperhebatkan lagi apabila beliau mengetuai Jabatan Siasatan Jenayah. Namun, tindakan tegasnya kurang disenangi ahli politik tertentu dan sebahagian daripada pegawai di dalam pasukan polis.
"Apabila saya ambil tindakan,
Tuesday, May 29, 2012
Friday, May 25, 2012
Ceramah Nizar disabotaj
Malam tadi Khamis 24 Mei telah diadakan ceramah Isu semasa di rumah arwah Abdullah Sani, Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar yang telah dirancang awal lagi dengan jemputan khas iaitu mantan Menteri Besar Perak Dato’ Ir Mohamad Nizar Jamaludin.
Sememangnya fenomena biasa sejak akhir-akhir ini di Perak di mana ada ceramah Pakatan Rakyat maka sibuk Umno akan diganggu dengan ceramah tergesa-gesa mereka dibuat bersebelahan. Pada malam itu juga Umno membuat ceramah di hadapan rumah ketua kampong pada jarak kira-kira 300 meter dengan ceramah Pas. Tak cukup dengan ganggu ceramah yang dibuat, puluhan pemuda bermotosikal memekik dan membuat bunyi bising di laluan kawasan ceramah Pas.
Sikap tidak matang politik pihak pengacau ini lebih jelas lagi dengan tindakan sabotaj di mana sejumlah 12 buah kereta penyokong Pakatan Rakyat telah dipalitkan cat berwarna biru. Kereta-kereta jemputan ini diparkir berhampiran jeti bot berhampiran Sungai Perak.
Tindak-tanduk ini menyerlah mentaliti dan sikap tidak matang terutama di pendalaman yang masih ketinggalan dalam berpolitik. Hak dan kebebasan rakyat harus dihormati berdasarkan demokrasi di negara ini dengan memberi peluang rakyat mendapat penjelasan isu-isu semasa.
Lebih dari 500 penyokong PAS dan penduduk kampung hadir pada ceramah Isu semasa di Sayong Lembah, Kuala Kangsar. Penganjur dan pemilik kenderaan kemudiannya membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Monday, May 21, 2012
Bekas Pengarah CID Polis serah borang sertai PAS
TAIPING 20 Mei:
Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk
Fauzi Shaari dengan rasminya menyertai PAS di satu ceramah yang diadakan di
Taman Kota Wira, Ulu Sepetang, Larut malam tadi.
Borang permohonan menjadi ahli PAS diserahkan beliau kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang serta timbalannya, Haji Mohamad Sabu dalam majlis pengisytiharan perdana malam tadi.
Borang permohonan menjadi ahli PAS diserahkan beliau kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang serta timbalannya, Haji Mohamad Sabu dalam majlis pengisytiharan perdana malam tadi.
Turut serta di majlis itu adalah Ketua Penerangan yang juga
Pengerusi PKR Perak, Dr Muhammad Nur Manuty dan Pesuruhjaya PAS Perak, Abu
Bakar Hussain. Penyerahan borang keahlian disaksikan lebih 5,000 penyokong
Pakatan Rakyat (PR).
Bukan mahu jadi calon
Beliau turut menjelaskan, penyertaan dalam PAS itu dibuat selepas yakin dirinya tidak terlibat dalam sebarang kes jenayah semasa berada dalam pasukan polis. Ketika menjadi Ketua Polis Dang Wangi, Fauzi terkenal dengan tindakannya membanteras maksiat di pusat bandaraya Kuala Lumpur.
Datok Fauzi menjelaskan bahawa tujuan menyertai PAS bukan berniat untuk menjadi calon atau mempunyai kepentingan tertentu, tetapi sekadar mahu membantu usaha ke arah kerja-kerja Islam yang dibawa PAS. Katanya, kehadiran beliau pada majlis itu juga sebagai pengenalan kepada penyokong dan masyarakat sebelum bergiat aktif selepas ini.

“Bila kita sudah berusia kita berkeinginan untuk menyumbang bakti kepada masyarakat dan saya sedia menunainya jika ditawarkan tugas parti. Wadah PAS yang berteraskan Islam serta dasar perjuangan bersesuaian dengan saya” ujarnya.
Datuk Fauzi juga merupakan bekas Ketua Polis Selangor dan
Ketua Polis Sarawak sebelum jawatan terakhir Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah
Polis Diraja Malaysia yang merupakan orang ketiga tertinggi dalam pasukan
Polis.
“Semasa dalam perkhidmatan tidak memihak dengan kepartian
namun dengan ketokohnya ketika itu saya mengenali banyak kenalan kawan dan lawan dipersada
politik. Saya sedia mendedahkan rekod hitam negara sekiranya diperlukan demi kebenaran tetapi tidaklah niat untuk aibkan peribadi” tambahnya.
Sunday, May 20, 2012
Bekas pelakon Gerak Khas berada di pentas PAS
Selepas Aishah, Dayangku Intan,,,,, Kini Giliran "Abby Abadi" Mengambil Tempat.. Jom Kita Turun Ramai-Ramai... ::.kikiki.::
Abby Abadi ( Isnp. Aliza) Bekas pelakon Siri GERAK KHAS akan bersama sama di Pentas Himpunan Pemuda Islam Rhu Rendang, di Pantai Rhu Muda, Marang
Baguslah macam nie.ada perubahan yang baik.Inilah parti pas.Orang yang mahu berubah kepada kebaikan akan menyertai pas manakala orang yang nak kepada keburukan akan menyertai Umno.Ko orang orang fikir-fikir la sendiri..

Apa pun aku ucapkan tahniah Abby abadi kerana bersama-sama
dengan parti islam..Siasahkini
Friday, May 18, 2012
Dalam Umeno bukan setakat pembohong malah pembunuh-perogol bersiri pun ada ...
IPOH 17 Mei 2012 Al-Husseyn Pas
Kawasan Gopeng berjaya menubuhkan satu lagi cawangan baru di Kampung
Sri Ampang B.Kampung ini merupakan lubuk Umno dan penubuhan cawangan PAS
di sini adalah satu tamparan hebat kepada Hamidah Osman, Dun Sungai
Rapat.
Ketua cawangan ialah Ust Shuib Alias, bekas seorang pensyarah pengajian Ugama di Politeknik Ungku Omar. Beliau telah lama bergiat cergas dalam penyampaian dakwah melalui pengajian-pengajian ugama di merata masjid dan surau-surau sekitar Ipoh.
Sambutan orang ramai adalah diluar jangkaan kerana hebahan yang agak begitu suntuk. Namun alhamdulillah, lihatlah gambar-gambar diatas itu, bukan terhad kepada kalangan Melayu sahaja yang hadir, malah orang Cina dan juga India ada bersama.
Ismail Saleh, bekas seorang komando 69 turut menyampaikan ucapannya pada malam tersebut. Beliau turut menyatakan rasa kesalnya kerana merasakan perjuangan dan pengorbanannya dalam menghadapi komunis dihutan dulu tu sia-sia apabila kerajaan hari ini begitu mudah menyerahkan kerakyatan negeri untuk orang asing dengan begitu mudah.
Pagi tadi, beliau memaklumkan kepada saya bahawa sebentar tadi, jam sekitar 8.40 pagi, beliau telah dihubungi oleh seorang SB yang tidak dikenalinya berhubung dengan ucapannya malam tadi. Nampaknya ada reaksi dari SB. Mudah-mudahan ramai lagi SB yang akan sedar dan berpihak kepada rakyat setelah mereka berpeluang mendengar kuliah-kuliah pengajian politik secara tidak langsung dari pakar-pakar akademik.
Ya, itulah yang di harapkan apabila pihak penganjur menjemput berucap pada malam tersebut , bekas pensyarah undang-undang UAI, Dr Aziz Bari.
Dalam 'kuliah'nya malam tadi, banyaklah yang beliau sebut. Anda boleh rujuk disini
Harap kepada mereka yang berkenaan akan dapat berlapang dada dan memikirkan sebaik-baiknya sambil memohon petunjuk dan hidayah dari Allah SW.
Tujuan hidup kita adalah sebagaimana ikrar yang sering kita ulang-ulangkan ketika solat - wamahya-ya , wamamati, lillahi Rab-il 'Alamin - yakni, dan hidup dan mati ku hanyalah kerana Allah pentadbir sekalian alam ini.
Tumpang bahasa kiasan Dr Aziz Bari, "Umno sekarang tidak menggunakan kepala lagi, tetapi mereka kini menggunakan ini," sambil beliau menunjukan kearah ponggongnya!
Dr Aziz turut menyentuh isu panas mengenai MB Pakatan Rakyat, DS Nizar yang muncul di ceramah Umno yang mengatakan kononnya "Nizar Pembohong Bersiri"
Dr Aziz dalam nada lemah lembutnya sempat membidas Hamidah bahawa, "dia tidak sedar dalam parti dia tu, bukan setakat pembohong, pembunuh bersiri pun ada ....perogol bersiri pun ada ..."ha! ha! ha! Ambik ko Hamidah!
Tuesday, May 15, 2012
Nizar: Kenapa saya hadir di ceramah Umno?
KUALA LUMPUR 14 Mei "Apa salahnya saya duduk dan dengar untuk tahu apa pembohongan yang
mungkin saya sudah lupa," kata bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri
Mohammad Nizar Jamaluddin.
Nizar berkata demikian apabila ditanya faktor yang mendorong beliau hadir ke ceramah anjuran Umno Kampar bertajuk 'Nizar Pembohong Bersiri' di Tualang Sekah, malam tadi.
"Bila saya dapat tahu ceramah itu memang untuk dedahkan pembohongan saya, eloklah saya pergi dengar sendiri supaya mereka berterus terang. Kebetulan giliran saya berceramah tidak jauh dari situ jam 11 malam. Jadi saya minta kawan hantarkan dengan motor ke ceramah mereka," kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini.
Cerita Nizar, ketika beliau sampai dan duduk di meja utama, bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Nasional Hanafiah Man sedang 'mengumpat' beliau.
Namun apabila menyedari kehadiran Nizar, Hanafiah terdiam seketika dan terus menukar topik. "Saya pun tak tahu kenapa mereka terkejut dan tak teruskan ucapan, tak tahu mereka rasa bersalah atau apa," katanya yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.
Tambah Nizar lagi, kebanyakan orang luar yang hadir ke ceramah itu sebaliknya orang kampung tersebut hadir ke ceramah PAS yang hanya kira-kira 150 meter dari tapak ceramah Umno itu.
"Orang kampung situ memang kenal saya dan keluarga saya mungkin sebab itu mereka lebih berminat untuk hadir ke ceramah PAS," katanya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.
Katanya juga, kehadirannya menyebabkan matlamat Umno untuk memfitnahnya gagal dan menimbulkan rasa tidak senang penganjur.
"Saya duduk sebelah (Ketua Umno Bahagian Kampar ) Datuk Radzi (Manan). Beliau bisik kepada saya suruh beredar untuk mengelakkan pergaduhan. Katanya kalau orang Umno hadir ceramah saya, mesti saya pun tak suka. Saya kata, saya lagi suka kalau orang Umno hadir ceramah saya. Senang saya nak sampaikan maklumat," katanya lagi.
Ekoran tindakan beraninya itu, ramai pengikutnya di blog mikro Twitter memuji dan mengucapkan tahniah kepadanya.

Monday, May 14, 2012
GEMPAR: Nizar muncul ketika Ceramah Umno!
KAMPAR 13 Mei -Malam tadi, YB UMNO yang sedang sibuk lantang menghentam DS Nizar
Jamaluddin dalam Ceramahnya yang berjudul "NIZAR PEMBOHONG BERSIRI",
terkedu & agak tergamam bila tiba-tiba Dato Seri Nizar datang duduk
di meja utama ceramah tersebut...
Kejadian berlaku di Kpg Tualang Sekah, Malim Nawar yang turut dihadiri Exco UMNO Dato Sa'arani Mohamad dan pemimpin lain UMNO Negeri Perak.
Selamba jer YB Nizar, siap senyum lagi depan penyokong UMNO berbanding muka dua orang penceramah UMNO yang buat muka "bengang" dengan kehadiran tidak dijangka oleh YB Nizar malam tadi. Baru tepat dengan tajuk ceramah dan batang tubuh orangnya. Lepas ni kita mintak ramai2 wakil Pakatan Rakyat hadir ke setiap siri Ceramah UMNO kita tengok macam mana penceramah UMNO yang kaki fitnah nak berdepan dengan keadaan macam ni.
Tahniah Nizar, Yeop memang Anak Jantan...!!!

Friday, May 11, 2012
PRU13: Gelombang perubahan bermula dari Johor
KUALA LUMPUR 10 Mei: Wacana politik dan persepsi semasa Sinar Harian di Universiti Malaya bertajuk 'Siapa selepas PRU ke-13, BN atau PR' antara panelis Pengarah Eksekutif, Dewan Perdagangan Amerika-Malaysia (Amcham), Fui K. Soong, blogger politik Mohd Sayuti Omar dan Editor Sinar Harian Online Dr G.Manimaran.
Fui K. Soong menjangkakan negeri Johor akan menjadi pusat kepada gelombang perubahan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang. Beliau juga mendakwa, gelombang itu juga mungkin akan merebak ke Melaka sehingga ke Negeri Sembilan. Menurut Fui K. Soong (gambar), pandangannya itu berasaskan kepada faktor Johor yang mempunyai banyak kawasan campuran Selepas Selangor dengan kaum Cina adalah majoriti.
Menurut beliau, ini berbeza pada PRU-12 sebelum ini, pusat perubahan itu dilihat bermula di Pulau Pinang dan membawa kepada negeri sekitarnya iaitu Kedah dan Selangor.
Menurut Fui K. Soong, Johor juga antara negeri 'paling panas' pada PRU-13 nanti dan boleh dilihat dengan pertambahan pengundi baru paling tinggi iaitu seramai 385,591 orang. Selain Johor, negeri yang juga boleh dianggap 'panas' adalah Selangor dengan pertambahan pengundi baru seramai 373,748, Perak (249,405), Sabah (149,940) dan Sarawak (164,547).
Sementara itu Mohd Sayuti juga turut memberi pendapat serupa. Beliau dapat melihat gelombang perubahan rakyat yang luar biasa berbanding pilihan raya sebelum ini khususnya di Johor. Ianya berasaskan sambutan memberangsangkan oleh rakyat terhadap program-program Pakatan Rakyat di negeri itu.
"Sebagai penulis blog dan wartawan, saya ikut jelajah (Datuk Seri) Anwar Ibrahim ke Endau sampai lah ke Sembrong. Saya dapat lihat kehadiran menakjubkan," katanya.
Selepas PRU 2008 lalu, banyak pihak melihat Pakatan Rakyat mempunyai peluang cerah di negeri-negeri Selatan tanah air khususnya Johor dan Negeri Sembilan yang dahulu terkenal dengan negeri 'kubu kuat' Umno BN. Tindakan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub yang juga Naib Presiden PAS, mengesahkan akan bertanding di negeri kelahirannya di Johor pada PRU-13 ini bukti pengaruh Pakatan Rakyat.

Wednesday, May 9, 2012
Najib label Peneroka yang menentang penyenaraian Felda -'Haram Jadah'
JERANTUT, 9 Mei 2012 - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mencabar kumpulan peneroka yang memfailkan injunksi bagi menghalang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) agar jangan mengambil durian runtuh yang diumumkan semalam untuk warga Felda.
Beliau menyifatkan kumpulan peneroka ini sebagai pengkhianat kerana sanggup menjadi api dalam sekam terhadap majoriti peneroka yang bersetuju agar FGVH disenaraikan di Bursa Utama Kuala Lumpur.
Beliau menyifatkan kumpulan peneroka ini sebagai pengkhianat kerana sanggup menjadi api dalam sekam terhadap majoriti peneroka yang bersetuju agar FGVH disenaraikan di Bursa Utama Kuala Lumpur.
Petikan transkrip Najib Tun Razak:
“Sebenarnya pembangkang sudah ketandusan modal. Kalau mereka
tidak memenangi hati nurani rakyat, mereka cuba mencelarukan fikiran. Sebab itu
ada orang yang cuba bawa kes ini ke mahkamah.. dah bawapun ke mahkamah. Ttapi
kita tetap cekal hati, kita teruskan juga Felda Global Ventures ini
disenaraikan dan kita tahu ini untuk kebaikan.. HARAM JADAH, jangan terima
kebaikan daripada penyenaraian ini. Saya nak tengok muka-muka ini.. DURIAN
RUNTUH ini nak terima atau tidak.. HARAM JADAH.. Saya tak rela dan saya tak
redha mereka ini menerimanya. Mengkhianati apa yang kita buat.. mereka memang
muka tebal..”
Tuesday, May 8, 2012
NST dan Rahim Noor Biadap
KUALA LUMPUR, 8 Mei: PAS akan menyaman bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor dan News Straits Times (NST) atas kenyataan tidak beradab dan melampau yang dikeluarkan terhadap Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
“Tuduhan yang dikeluarkan oleh beliau sangat kurang ajar dan melampau batas. Sehubungan itu, PAS Pusat menggesa agar beliau memohon maaf secara terbuka dan menarik balik tuduhan yang dikeluarkan itu kerana ianya tidak berasas dan fitnah semata-mata.
PAS turut akan mempertimbangkan saman terhadap akhbar NST yang sanggup menyiarkan berita fitnah tersebut tanpa usul-periksa,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataan hari ini.
Tuan Ibrahim berkata tindakan NST yang sanggup melaporkan kenyataan Rahim Noor telah merosakkan lagi imej akhbar tersebut yang baru-baru ini tercalar teruk kerana dibukti memutar-belitkan kata-kata Senator Australia Nick Xenophon berdasarkan kata-kata ahli parlimen yang tidak berwibawa.
“Latar belakang dan kisah silam Rahim Noor sudah diketahui umum dan sepatutnya sebagai suratkhabar yang berwibawa, penyelidikan dan semakan terhadap kata-kata beliau perlu dilakukan sebelum dipaparkan terutamanya yang berbentuk fitnah sebegini.
Jika fitnah terang-terang yang bersifat sampah sedemikian boleh dinilai sebagai berharga untuk digunakan sebagai berita utama, apakah nilai kualiti yang ada pada media milik kerajaan?” soal beliau.
Tuan Ibrahim menjelaskan bahawa menuduh seseorang individu sebagai kafir merupakan tuduhan paling berat dalam persoalan aqidah.
“Harus difahami bahawa tuduhan terhadap peribadi tidak sama dengan menuduh kumpulan. Tambahan pula kalau dalam kumpulan tersebut, memang terdapat ahlinya yang terdiri dari kalangan orang kafir.
"Maka kaedah feqah jelas menyebut sesiapa yang mengkafirkan orang mukmin, maka tuduhan kafir itu kembali kepadanya,” terang beliau.
PAS, kata Tuan Ibrahim tidak pernah membuat sebarang tuduhan kepada mana-mana individu sebagai kafir dalam mana-mana ceramah atau ucapan.
“Apa yang PAS jelaskan ialah batas-batas iman dan kufur yang menjadi sebahagian daripada silibus pengajian aqidah. Oleh itu, fitnah Rahim Noor yang bersifat peribadi kepada Tuan Guru Nik Aziz sebagai seorang ulamak dan Mursyidul Am Parti merupakan tuduhan yang melampaui batas,” tegas Pesuruhjaya PAS Pahang itu.
PAS Pusat melalui Lujnah Guaman, katanya akan mengambil tindakan undang undang kepada Rahim Noor dan NST dalam masa terdekat.
Monday, May 7, 2012
Imej polis makin buruk angkara media, blog Umno
KUALA LUMPUR: Tindakan polis menjadikan Khalid Mohd Ismath sebagai orang yang disyaki hanya berdasarkan tuduhan blog-blog Umno memburukkan lagi imej pasukan keselamatan itu, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.
"Pasukan polis mempunyai segala kelengkapan yang canggih untuk membuat penyiasatan bagi mengenal pasti siapakah lelaki berbaju belang yang menendang polis itu.
"Amat tidak professional dan zalim jika polis menjadikan Khalid sebagai orang yang disyaki hanya berdasarkan tuduhan blog-blog Umno yang sebelum itu memfitnahkan pelajar itu sebagai lelaki berkenaan.
"Dengan tindakan itu, polis meletakkan dirinya sama taraf dengan Utusan Malaysia dan memburukkan lagi imejnya," kata beliau.
Utusan Malaysia semalam menyiarkan di muka hadapan gambar Khalid dan gambar lelaki yang menendang polis itu untuk memberikan gambaran bahawa Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami) itulah yang menendang polis ketika perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.
Malah, di bawah gambar lelaki yang menendang polis itu, akhbar tersebut dengan jelas menulis "Khalid Mohd. Ismath menendang anggota polis trafik sewaktu perhimpunan Bersih 3.0".
Mahfuz berkata, polis tidak sepatutnya meletakkan pihaknya sama taraf dengan Utusan dan blog-blog Umno yang sebelum itu menuduh Khalid adalah lelaki berkenaan.
"Polis tidak sepatutnya melakukan perbuatan yang menyebabkan masyarakat semakin hilang kepercayaan terhadapnya dan tidak lagi meyakininya.
"Tindakan polis menahan Khalid hanya berdasarkan gambar itu bukan sahaja menyebabkan masyarakat tidak mempercayainya malah ia dibimbangi boleh mengakibatkan polis menjadi bahan cacian dan ejekan yang dimaki-maki," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Mengenai tindakan polis yang mahu menangkap lagi Khalid berikutan tulisannya di dalam laman Facebook, Mahfuz berkata perkara itu berlaku kerana Khalid sangat tertekan setelah ibunya, Faridah Abdul, cedera teruk akibat tindakan polis semasa perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.
"Perlu juga diambilkira apa yang menyebabkan Khalid menulis luahan kemarahan sedemikian.
"Jangan ketepikan hakikat bahawa ibunya sendiri cedera parah akibat tindakan polis menyerang mereka yang berhimpun," katanya.

Thursday, May 3, 2012
Kisah Prof Aziz Bari, Polis berakhlak rendah
Saya ditahan sekitar jam 350 petang semalam dekat OCBC ketika hendak pergi basuh muka di paip di situ. Penguatkuasa DBKL dan polis ramai-ramai keroyok saya dan menjerit: “Ini baju kuning tangkap!”.Saya tak kenal atau ingat identiti mereka tetapi saya terus diseret dan dimaki hamun.Mereka kelihatan hendak mengejar orang lain tetapi bila mereka gagal mereka terus cekup saya hanya kerana saya pakai baju kuning BERSIH! Aneh. Sejak bila pakai baju kuning satu jenayah di Malaysia? Itu sudah cukup jelas untuk memberi kita isyarat tentang integriti polis dan agensi lain termasuk DBKL.
“Tua tak sedar diri, dah tua duduk rumah sajalah.”
Itulah antara ejekan yang saya dengar sewaktu diheret oleh anggota polis untuk dikumpul di depan DBKL. Kemudian saya ada mendengar rungutan yang polis turut mengejek kami: “Ini semua anjing Anwar Ibrahim’”
Sewaktu diheret polis mengugut seorang petugas media yang cuba mengambil gambar saya ditangkap. Begitu juga ketika kami semua dikumpul dekat Kelab Diraja Selangor.
Macam samseng
Pelik, adakah undang-undang menyekat orang ambil gambar di negara ini? Seorang pelajar fotografi mengadu kameranya yang berharga ribuan ringgit dimusnahkan oleh seorang anggota polis.
Umumnya saya lihat polis bertindak ganas dan memihak kepada Umno-BN. Pada saya hari itu polis kelihatan macam samseng PERKASA. Mereka nampak jelas marah dengan Pakatan Rakyat.
Tetapi yang lucunya bila saya tinggikan suara dan tanya undang-undang apa yang mereka gunakan anggota polis tersipu-sipu dan cepat-cepat beredar. Ini berlaku ketika kami dihimpun macam pendatang asing dekat Kelab Diraja Selangor.
Itulah gelagat anggota polis berpangkat rendah yang mulanya cuba tunjuk garang dan samseng. Para pegawai mereka duduk jauh-jauh.
Pada satu peringkat saya jerit seorang pegawai supaya segera beri rawatan kepada seorang Orang Kena Tahan (OKT) yang terbaring kesakitan. Pegawai ini panik dan tak tahu buat apa-apa. Saya kata, “awak ada budi bicara dan kalau orang ini mati awak akan disoal.”
Pegawai ini pucat tak terkata apa-apa.
Itu semua menunjukkan pasukan polis ini jahil dan keliru dan takut dengan kerajaan Umno-BN. Mereka hanya berani bila mereka bergerak dalam gerombolan.
Mereka mungkin tak ada akses kepada Internet dan hanya dengar arahan bos mereka saja.
Sikap samseng dan mentaliti gerombolan pasukan polis ini kelihatan apabila ada tahanan baru sampai.
Tahanan ini akan dibawa melalui kumpulan anggota polis pangkat rendah dan ketika inilah anggota polis ini akan mengambil kesempatan mengejek dan memaki hamun tahanan yang sudah lemah longlai diheret itu.
Ada juga yang akan mengambil kesempatan menumbuk, menyepak dan menampar tahanan itu.
Pada satu tahap seorang anggota Unit Amal PAS yang sedia ditahan bersama kami diseret ke dalam gerombolan anggota polis itu. Riuh rendah kedengaran di sebalik van dan trak itu.
Apa yang kelihatan apabila anggota Unit Amal itu diseret kembali ke dalam kumpulan, beliau lembik; mungkin telah dipukul oleh anggota-anggota polis yang menyeringai macam singa dalam kandang menunggu mangsa itu.
Dalam garang dan samseng itu polis ini tidak tahu apa-apa.
Ketika di Kelab Diraja Selangor, saya lihat pihak polis panik bila kami ramai-ramai tanya sama ada kami ini ditahan atau ditangkap. Maklumlah konstabel dan koperal apa tahu.
Pegawai pun tidak berani duduk dekat sebab ada OKT yang tanya soalan dalam bahasa orang putih. Lucu. Masa di DBKL seorang sarjan yang tadinya kasar dan sombong mula berlembut apabila makin ramai di kalangan tahanan yang panggil saya “profesor”.
Gambaran kebodohan dan ketakutan
Sewaktu di Pulapol, Ketua CID Bukit Aman Datuk Seri Bakri Zinin ada datang. Bukan main lagilah Cawangan Khas (SB) dan komando polis mengiringi dia. Begitu juga pegawai-pegawai lain yang datang bersama. Berdesup-desup mereka tabik dan hentak kaki.
Itulah agaknya gambaran kebodohan dan ketakutan mereka. Ikut perintah orang atas tak kira apa.
Di Pulapol peguam tak dibenarkan masuk langsung. Dan suasana dalam khemah kelam, di situ tak teratur. Pihak polis macam tak pasti apa yang perlu dibuat sedangkan ini bukan kali pertama mereka menangani demonstrasi BERSIH.
Ini jauh berbeza dengan imej tenteram yang cuba ditunjukkan oleh media milik Umno-BN termasuk RTM.
Satu lagi yang saya nampak ialah majoriti anggota polis yang bertugas ialah Melayu. Ada segelintir India dan Cina. Tapi yang bongkak, sombong dan ganas ialah Melayu dan India. Mereka inilah yang bongkak dan ganas. Anggota Cina amat tertib dan beradab.
Para pegawai meskipun ramai Melayu tidaklah sombong sangat. Mungkin kerana mereka mudah dikenali melalui uniform mereka.
Sewaktu di Pulapol saya dibawa ke meja Cawangan Khas (SB). Meskipun saya ditanya soalan-soalan yang saya kira aneh, ia tidak lama. Saya tidak tahu kenapa. Mungkin kerana mereka tidak mahu berdebat dengan saya.
Pesta pukul orang
Atau mungkin mereka simpati. Mereka ada bertanya sama ada saya disakiti. Saya kata saya cuma sakit hati. Saya sempat sebut pada mereka: “Wah hari ni polis berpesta pukul orang.”
Saya sakit hati kerana polis tidak peduli hak asasi rakyat.
Buktinya cukup banyak. Ada yang mengadu dicekup sewaktu sedang makan dalam dalam restoran. Ada yang ditangkap ketika di lobi hotel. Dan ada juga yang ditahan ketika dia hendak membeli tiket di stesen LRT.
Mereka berada jauh dari Dataran Merdeka yang diisytihar kawasan larangan. Mereka juga sudah bersurai. Mereka dipukul dan diheret oleh polis hanya kerana mereka pakai baju kuning. Malah ada yang tidak pakai baju kuning pun dicekup sama.
Ertinya hari itu polis geram dengan orang ramai.
Polis sudah menjadi seolah-olah kaki pukul Umno-BN dan gerombolan anti-Bersih. Ini salah di sisi undang-undang. Apa lagi perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi dan utama negara.
Pasuka polis, sebagaimana cabang-cabang perkhidmatan awam yang lain termasuk angkatan tentera, perlu bersikap berkecuali dan menjaga undang-undang.
Tanggapan saya terhadap polis, khususnya selepas BERSIH 3.0, mereka jahil, keliru dan tertekan. Akhlak mereka juga rendah. Ini ternyata bila Suruhanjaya Dzaidin sendiri merakamkan bahawa pasukan polis antara agensi kerajaan yang paling korup di negara ini.
Sebab itu saya tidak hairan apabila polis gagal membezakan antara menjunjung undang-undang dengan mengampu atau mempertahankan Umno-BN.
Apa pun jika lihat gambar besar kita itu semua tidak memeranjatkan. Kalau para hakim dan anggota Suruhanjaya Pencegahan SPR yang dilindungi oleh perlembagaan secara jelas pun takut dengan Umno-BN siapalah anggota-anggota polis ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)