Tuesday, January 31, 2012

Mahal sungguh nak 'maintain' UMNO ini

Masalah yang dihadapi oleh parti pemerintah sekarang ini ialah perpecahan dalaman yang berlaku dari atas sehingga ke bawah. Perpecahan yang sangat serius ini bukan kepalang besarnya. Beberapa minggu lalu di Shah Alam Dr Mahathir telah menyeru ahli-ahli UMNO supaya menyokong calon UMNO walaupun yang diturunkan oleh parti itu bukannya seorang ahli UMNO.

Seruan Dr Mahathir ini sangat besar maknanya kepada seseorang yang berpolitik Ia bermakna UMNO memang sedang berada didalam keadaan tenat sehinggakan ada tempat-tempat dan kawasan yang tidak ada seorang pun ahli UMNO yang layak untuk diturunkan sebagai calon yang mendapat sokongan yang menyeluruh.

Dr Mahathir pula nampaknya sudah berubah lagi. Kali ini beliau menyokong parti, tidak seperti dalam PRU yang lalu di mana beliau meyokong calon dan tidak parti. Tetapi itu adalah tindakan yang tidak mengejutkan ramai sebab Mahathir adalah seorang yang sentiasa 'flip-flop' dalam perjuangan beliau.

Jadi benarlah pandangan saya selama ini yang UMNO memang tidak ada kepimpinan di kalangan ahli-ahlinya. Jika seorang pemimpin yang digelar sebagai negarawan oleh penyokong-penyokong setianya itu, boleh menzahirkan kata-kata seruan seperti itu maka sah UMNO memang sedang menghadapi masalah yang bertindih-tindih yang tidak dapat diselesaikan walaupun PRU akan diadakan tidak lama lagi.

Sunday, January 29, 2012

Tentera Syria dalam bertahan di Damsyik dari pemberontak

Damsyik 29 Jan (Al-Jazeera) The Syrian military has launched an offensive to regain control of suburbs on the eastern edge of Damascus, storming neighbourhoods and clashing with groups of army deserters in fighting that sent residents fleeing and killed at least three civilians, activists said.

Six soldiers were also killed when a roadside bomb detonated near the bus they were traveling in south of the capital. The escalation in violence on Sunday coincided with the Arab League’s suspending of its observer mission. Activists inside Damascus told Al Jazeera’s Anita McNaught that tanks had rolled into Al-Ghouta, within 10km of Damascus city centre.

"People we've spoken to are too frightened to leave their homes, they've locked themselves in," our correspondent said from Istanbul in Turkey.

Al-Ghouta is historically known for being a hub of dissent against the Assad government, and the crackdown appeared to be an attempt "to avoid any Tahrir Square-style mass movements," she said.

Four people have been killed in Sunday’s fighting, according to the Syrian Observatory for Human Rights.

(Reuters) The growing power of a rebel army has seen control of the Syrian capital of Damascus split between rival gunmen fighting for or against President Bashar Assad.

Two days of bloody carnage in which at least 74 people have died has come as the rebel force - the Syrian Free Army - steps up its mission to take control of the streets from government forces.

'We had a big battle here earlier this month,' a Damascus schoolteacher, who did not want to be identified for fear of reprisals, told The Times.

'For the past 11 days this has been free Syria. All they can do now is cut the electricity and the water an disrupt the phone. It just goes to show how weak they are. The head of Arab League observers in Syria said in a statement that violence in the country has spiked over the past few days.'
No go area for government soldiers: A Syrian soldier, who has defected to join the Free Syrian Army, brandishes a rifle and waves a Syrian independence flag in the Saqba istrict of Damascus
No go area for government soldiers: A Syrian soldier, who has defected to join the Free Syrian Army, brandishes a rifle and waves a Syrian independence flag in the Saqba istrict of Damascus
Caught in the middle: Boys hold toy weapons as they protest against Syria's President Bashar al-Assad in Homs
Caught in the middle: Boys hold toy weapons as they protest against Syria's President Bashar al-Assad in Homs
Checkpoint: A soldier from the Free Syrian Army secures a street as the rebel force closes off sections of the Damascus to government soldiers
Checkpoint: A soldier from the Free Syrian Army secures a street as the rebel force closes off sections of the Damascus to government soldiers
Martyr: Syrians carry a coffin during the funeral of Mazen abou Dhahab who was killed in a protest in Damascus
Martyr: Syrians carry the coffin of Mazen abou Dhahab who was killed in a protest in Damascus
Anti-Russian sentiment is running high among rebel fighters because they believe Putin's government is preventing regime change in Syria, reviving Assad, as pictured in this creative protest banner
Anti-Russian sentiment is running high among rebel fighters because they believe Putin's government is preventing regime change in Syria, reviving Assad, as pictured in this creative protest banner

Anwar perjelas isu sokongan kpd Israel di Wall Street Journal


Gopeng 28 Jan., Saya diwawancara oleh Wall Street Journal pada hari Khamis, 26hb Januari 2011. Antara soalan yang ditanya kepada saya adalah berkaitan dasar luar negara dan isu Palestin.

Saya tuntas menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi. Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati. Berikut adalah jawapan yang saya berikan:

"I support all efforts to protect the security of the state of Israel," said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians."

Pendirian saya ini ternyata sejajar dengan prinsip perjuangan Parti Keadilan Rakyat yang menjunjung tinggi prinsip Keadilan Sejagat dan tegas membela hak mereka yang dizalimi.

Selain itu pandangan saya ini ternyata selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution.

Malahan dasar luar negara juga menekankan prinsip Penyelesaian Dua Negara sebagaimana yang diungkapkan YB Menteri Luar ketika Perbahasan Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-66 pada 27hb September 2011 di New York (GENERAL DEBATE OF THE 66TH SESSION OF THE UNITED NATIONS GENERAL ASSEMBLY). Beliau menyebut:

"..Malaysia fully supports the legitimate rights of the Palestinian people for an independent State of Palestine, based on the two-state solution, taking into account the security concerns of both parties (Israel and Palestine)."

Ternyata dari kenyataan Menteri Luar Negara, dasar Malaysia adalah bersedia menghormati hak rakyat Palestin dan Israel untuk menikmati keamanan dan kedamaian.

Akan tetapi kesediaan kita pastinya bergantung kepada syarat selagi mana hak rakyat Palestin tidak dicerobohi. Justeru saya memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba memutar belit kenyataan saya semata-mata mahu menyebar fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.

Pendirian Parti Keadilan Rakyat adalah tuntas membela hak sesiapa sahaja yang dirampas dan dizalimi. Iltizam untuk memastikan keadilan buat semua tidak pernah surut malah pastinya digilap dan diperkukuh.

Saturday, January 28, 2012

Lelong promosi Tahun Melawat Perak

Beberapa hari lalu, pengacara dan ahli perniagaan berjaya Malaysia, Dato’ AC Mizal telah pun bergelar sebagai Duta Tahun Melawat Negeri Perak 2012.

Menurut biodata AC Mizal yang ada dalam simpanan kami, beliau merupakan anak kelahiran Muar, Johor tetapi beberapa laman blog politik menulis yang beliau lahir di Gopeng, Perak???  Hmm.

Menurut kenyataan daripada Exco Pelancongan Negeri Perak, Datuk Hamidah Osman berkata Dato’ AC Mizal di’pilih kerana daya tarikan tersendiri termasuk kepetahannya berbicara selain mengacarakan banyak program hiburan popular seperti Akademi Fantasia dan Maharaja Lawak Mega baru baru ini.

Ingat lagi Gelang AC Mizal dibeli dengan harga AS$25 (RM78) tetapi dijual RM1,000.00 berapa banyak yang dah terkena ... Tunggulah siapa yang kena jual nanti

Sunday, January 22, 2012

Utusan; Tukang karut Umno sempitkan perjuangan Islam

KUALA LUMPUR, 21 Jan: Ruang perjuangan dan perlaksanaan Islam tidaklah sesempit pemikiran Umno dan tukang karut terbarunya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Wadah untuk memperjuang dan memartabatkan Islam hampir tiada batas sempadan, tidak kira di masjid atau di padang bola. Cakap-cakap kecewa tukang karut Umno yang terbaru benar-benar memperlekehkan Islam apabila ia menggambarkan maruah umat Islam terpaksa bergantung dan menempel atas sesuatu jawatan," kata beliau.

Malah, tegas Mahfuz, Islam boleh dimartabatkan tanpa mengira apa jua bidang yang diamanahkan.

"Bagi yang tidak berfikiran sempit, Islam boleh diperjuang dan dimartabatkan tidak kira dalam hal ehwal belia, sukan, pendidikan, pengajian tinggi, pembangunan modal insan, perumahan, pengurusan bangunan, pengurusan setinggan malah apa sahaja bidang.

Friday, January 13, 2012

Billboard: Lesap hangus tak tinggal lagi

Gambar: Billboard terbaru yang dipasang dijalan masuk ke Lake Garden Taiping sempena lawatan ketua Najib hari ini. sumber Fawi Amin

Ini komen yang copy-paste dari blog Manjung Mari. Ingat tak lagi dah berapa banyak duit rakyat yang lesap hangus tak tinggal lagi

1. PKFZ RM12bill

2. Submarine commission RM500mil

3. Sime Darby RM964mil

4. Paya Indah Westland RM88mil

5. Posmalaysia (transmile) RM230mil lost

6. Eurocopter deal RM1bil wasted?

7. Terengganu Stadium Collapsed RM292mil

8. MRR2 repair cost RM70mil

9. Maybank Overpaid BII RM4bil

10. Tourism -NYY kickback RM10mil

Thursday, January 12, 2012

Kenali Adam Adli ikon gerakan Mahasiswa

Apabila saya dihubungi editorial MerdekaReview untuk menjadi kolumnis jemputan, saya seakan tidak percaya; kerana lebih kurang 10 minit sebelum dihubungi oleh pihak editorial, saya baru sahaja menyatakan hasrat saya untuk menulis di akhbar dan portal agar segala pandangan dan buah fikiran saya dapat dinilai seadilnya.  Bukan sekadar di medium Twitter atau Facebook.  Tidak lama kemudian, saya mula termenung; apa harus saya tulis?  Saya pernah terbaca pesanan seorang penggiat sastera yang mengatakan "pertama, kita harus tulis apa yang orang mahu, kemudian barulah kita tulis apa yang kita mahu,".  Saya cuba untuk menuruti pesanan beliau.  Puas saya fikirkan, akhirnya saya buat keputusan.  Reaksi kepada soalan-soalan yang sering diajukan kepada saya, saya fikir, ramai yang ingin tahu dan baca; mengapa saya pilih jalan raya.

Tahun 1997 dan 1998 tentu sekali tahun penting dalam lipatan sejarah Negara kita kerana pada tahun itulah kita menyaksikan mobilisasi manusia yang disifatkan paling besar pernah berlaku dalam sejarah moden tanah air.  Dari situ saya mengenali jalan raya sebagai medium sebenar menyampaikan suara dan isi hati rakyat yang setiap satunya mungkin tidak pernah pun merasai sejuk hawa dingin bangunan Parlimen mahupun Putrajaya.  Saya masih ingat, ayah saya juga antara demonstran tegar ketika itu.  Setiap pagi Sabtu beliau pasti akan turun ke kota.  Dengan hanya berkemeja-t dan berseluar jeans, dengan motosikal buruknya beliau akan ke sana.  Pernah saya mohon untuk bersama, tapi dihalang beliau.  Katanya bahaya.

Lensa 901 (C)