IPOH 2 Jan 2011 Ahmad Maliki bin Hussein 42 seorang pemuda yang aktif dalam masyarakat sekitar kampung Sungai Rokam, Ipoh telah meninggal dunia jam 8.00 malam Sabtu 1 Jan 2011 selepas mengadu sakit dada selepas kembali dari bermain kompang di satu majlis kawin di Ipoh. Malik yang bekerja sendiri masih bujang seorang yang rajin menolong dan tidak keberatan menyumbang tenaga kerja untuk aktiviti PAS Sungai Rokam terutama ketika di era Pakatan Rakyat.
Pagi ini jam 11.00 pagi jenazah Allahyarham Malik telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Rapat Jaya, Ipoh. Turut hadir dan mengimamkan solat jenazah ialah saudara terdekatnya Tuan Haji Asmuni Alwi, Pengarah Pilihanraya PAS Negeri Perak. Lebih dari 1000 orang kaum kerabat terutama dari suku Bowean, sahabat dan penduduk kampung mengiring jenazah hingga ke tanah perkuburan. Semoga roh Allahyarham Malik dicucur rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman... Al-fatihah.
maaf tuan tarikh 2 jan 2010..? saya kenal saudara malik nie mudahan alaayarham ditempatkan ditempat org yang beriman
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeleteAl-Fatihah buat pejuang Islam ini...
Semakin ramai golongan muda yang mati mengejut disebabkan sakit dada..
Jantungkah?
Apa2 pun.. Allahyarham meninggal dunia dalam keadaan istiqamah didalam perjuangan..
mampukah kita?