Malam ke-2 Ramadhan saya berkesempatan menunaikan solat Tarawikh dan mendengar tazkirah dari YAB Dato’ Seri Mohamad Nizar Jamaluddin di Surau Taman Soon Choon, Ipoh. DS Nizar ahli Parlimen Bukit Gantang serta ADUN Pasir Panjang dan ketua Pakatan Rakyat Negeri Perak. Berketepatan seorang pemimpin yang berkaliber hingga kedatangan jemaah dari jauh hingga melimpah ke tangga untuk bersamanya.
Mengimbau kembali 2 tahun lalu sebelum rampasan kuasa Negeri Perak, sepanjang ramadhan DS Nizar membuat pengisian menjadi iman tarawih, tazkirah dan kuliah subuh dari kunjungan ke Masjid-masjid serta Surau-surau di Jabatan Kerajaan. Sementara di Dataran Bandaraya Ipoh diadakan khemah berbuka puasa dan solat fardhu berjemaah dan sunat tarawih di sepanjang Ramadhan.
Malam ini selesai solat sunat tarawih DS Nizar menyampaikan tazkirah:
“Wahai orang-orang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” Al Baqarah 183.
Inilah satunya ayat al-Quran yang menyeru umat Islam beriman agar berpuasa rukun Islam ketiga. Perintah Allah dari satu ayat ini masyarakat Islam Malaysia sangat menitik-beratkan dan amat bersungguhan menunaikan puasa.
Ada kalangan mereka yang cuma sembahyang seminggu sekali atau berpakai singkat-ketat sanggup berpuasa penuh. Ibu-bapa turut menggalakan anak-anak yang belum lagi aqil baligh berpuasa. Berduyun-duyun memenuhi masjid-masjid dan surau-surau untuk solat sunat tarawih. Suasana program di Radio dan TV yang padat dengan pengisian ceramah dan rancangan berunsur Islam. Pesta makanan di segenap kota dan pakej berbuka di hotel-hotel. Pihak berkuasa mengenakan peraturan kepada penjual makanan dan tindakan kepada yang tidak berpuasa. Masyarakat Islam Malaysia begitu dikenali hebat dengan amalan puasa jika dibandingkan Negara-negara Islam yang lain.
Tetapi umat Islam Malaysia, amat sedikit umat Islam yang menjaga solatnya dimana mengikut bancian cuma 15% menunaikan solat 5 waktu. Sedangkan terdapat lebih 60 ayat Al-Quran yang memerintahkan umat Islam mendirikan solat,. Suasana dan keadaan menyebabkan ramai umat Islam ambil ringan dan sering mengabaikan sembahyang.
Kebanyakan beranggapan puasa adalah ukuran keimanan dan ketakwaan. Tetapi sedarlah solat keutamaan ibadat tiang ugama dan rukun Islam ke-2. Solat wajib didirikan di mana-mana dan keadaan samada sakit, tua, musafir dan kanak-kanak berumur 10 tahun boleh dipukul jika enggan bersolat.
Sedang puasa tidak mengapa ditinggalkan untuk orang kurang upaya, sakit, kanak-kanak dan musafir. Yang meninggalkan puasa boleh diganti dan dibayar fidyah.
Bimbang apa kemungkaran di kalangan umat Islam dan kepincangan masyarakat adalah kerana mengabaikan solat. Pihak berkuasa adalah bertanggungjawap memberi kesedaran dan berusaha mencegah program-program yang melalaikan. Umpamanya ketika waktu solat terutamanya Maghrib dan Isya’ terlalu banyak program TV disiarkan yang sengaja melalaikan umat Islam menjauhi masjid-masjid dan surau.
DS Nizar menyentuh sedikit apa yang berlaku di Dewan Undangan Negeri Perak 3 Ogos lalu terpaksa menempuh kawalan ketat polis. Tidak dibenarkan membawa laptop, camera dan telefon serta menghadkan wakil media masuk. Mengbenarkan perbahasan dari Pakatan Rakyat hanya beberapa minit dan menutup pembesar suara.
Suara lantang DS Nisar boleh kedengaran jelas tanpa pembesar suara hingga mengarahkannya keluar Dewan. Dato’ Ganesan speaker kontroversi tidak memahami peraturan mesyuarat hingga menunggu arahan bertulis dari S/U Dewan. Perolehan ‘ExtraOrdinary’ berjumlah RM117juta yang tidak diperjelaskan sumbernya. Rang Undang-undang Perbekalan berjumlah RM80juta diluluskan pada persidangan kurang 1 hari.