Tuesday, May 25, 2010

Ratu Cantik 1Malaysia unsur pecah-belah Islam

PUTRAJAYA 24 Mei 2010 Hari ini Ann Fiona Philips dari Sarawak (tengah) menjuarai gelaran Ratu Cantik 1Malaysia mengalahkan Rodiatul Adawiah Abd Latid (kiri) and Aimi Zanura Mohd Zafrullah (kanan) yang diadakan. Phillips akan mewakili Malaysia dalam Ratu Cantik ‘World Pageant 2010’ di Venezuela nanti.

Ini adalah kejayaan agenda Barat terutamanya Amerika Syarikat untuk memporak-puradakan Islam. Sebelum ini Miss USA 2010 yang dimenangi rakyatnya yang berketurunan Arab Islam, Rima Fakih, 24 pembuka tirai menjadi wanita simbol dan bahan memperagakan untuk dipertontonkan seterusnya menjadi ikutan remaja Islam.

Satu masa lalu kita telah didedahkan dengan satu fatwa berkaitan hukum wanita Islam menyertai apa-apa jenis pertandingan ratu cantik. Fatwa ini telah dikeluarkan oleh Allahyarham Dato Haji Ishak Baharom, bekas mufti negeri Selangor iaitu sekitar tahun 1997 dan disahkan oleh Sultan Selangor. Fatwa ini dikeluarkan ekoran sekitar tahun itu banyak pertandingan ratu cantik yang telah dijalankan dan apa yang menyedihkan dan memalukan apabila terdapat ramai juga wanita yang beragama Islam tidak terlepas dari menyertainya.

Perbuatan mendedahkan aurat tidak kira lelaki atau perempuan memang dilarang dalam agama Islam. Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam negeri Selangor mengenai fakwa tentang penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik sebenar telah dua tahun diwartakan mengikut Warta Kerajaan Negeri Selangor Jil. 48 No. 10 bertarikh 11 Mei 1995 "Adalah haram bagi wanita Islam menyertai apa-apa jenis pertandingan ratu cantik" - Fatwa itu dibuat pada 28 April 1995 (JAI. Sel. 8014/7 Jilid III; P.U. Sel. 2780).

Adakah dengan ‘pertabalan’ ratu cantik Islam ini akan membuka jalan atau peluang kepada remaja-remaja Islam lain untuk turut sama mengorak langkah menyertai mana-mana pertandingan ratu cantik kelak? Cukup merisaukan andai perkara ini bisa mempengaruhi pemikiran anak muda zaman sekarang yang mana sememangnya buta dalam menilai halal haram sesuatu perkara.

Inilah kejayaan besar buat negara barat dan musuh-musuh Islam kerana kehalusan dan kelicikan perancangan mereka yang sukar dihidu yang pada akhirnya akan memusnahkan identiti masyarakat Islam itu sendiri. Kita selaku masyarakat Islam pada hari ini perlu sedar dan cakna akan serangan demi serangan yang telah barat halakan khasnya agar umat Islam sentiasa leka, lalai dan hancur mengikut apa yang telah mereka rancangkan.

Pihak yang berwajib juga haruslah memainkan peranan yang sepatutnya dalam memastikan isu umat Islam khususnya wanita Islam tidak lagi diperkotak katikkan dan dijaga maruah serta martabatnya dimata masyarakat lain. Kita tidak menghalang wanita untuk menyertai apa sahaja bentuk pertandingan, asalkan pertandingan itu tidak bertentangan dengan apa yang telah Islam gariskan. Begitu juga dengan isu pertandingan ratu cantik ini.

Friday, May 21, 2010

Protes seluruh Negara Bantah Judi Piala Dunia

Jumaat 21 Mei Pemuda PAS hari ini menggerakkan bantahan terhadap tindakan kerajaan meluluskan lesen perjudian bola sepak di Ipoh Perak, Permatang Pauh Pulau Pinang, Kuala Terengganu, Kajang Selangor dan Seremban Negeri Sembilan.
Perhimpunan berlaku di lima negeri hari ini adalah ‘mukadimah’ sebelum perhimpunan besar-besaran di Kuala Lumpur pada 3 Julai bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

IPOH, Perak, kira-kira 800 orang, termasuk bukan Islam, mula berkumpul di perkarangan masjid negeri di Masjid Sultan Idris Shah II di Ipoh sejak jam 2 petang. Peserta protes dari Pakatan Rakyat termasuk bukan Islam melaungkan slogan antaranya "Tarik balik lesen judi bola", "Najib bapa judi" dan "Hancur Umno," .. Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat negeri, termasuk ahli parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye dan ketua pemuda PAS negeri Zawawi Hassan bagaimanapun sempat berucap ringkas sebelum dihentikan sekumpulan anggota polis.
Perhimpunan berlangsung tidak sampai sepuluh minit apabila mereka disuraikan oleh anggota polis dan berlaku sedikit kekecohan dan tarik-menarik.

KUALA TERENGGANU perhimpunan 45 minit berjalan 'lancar dan tenang' selepas solat Jumaat.di Masjid Pengadang Baru disertai ratusan orang
Ketua penerangan pemuda PAS negeri Nik Zawawi Salleh berkata perhimpunan itu diisi dengan ucapan pemimpin Pemuda PAS negeri, termasuk beliau. Turut hadir ke perhimpunan itu Setiausaha Perhubungan PAS Yahya Ali dan ketua Pemuda PKR negeri (AMK) Faris Musa. Abdul Hadi hanya hadir membacakan khutbah di masjid tersebut bagaimanapun tidak menyertai perhimpunan kerana "kurang sihat".

PERMATANG PAUH, Pulau Pinang perhimpunan di Masjid Permatang Gajus, dihadiri ratusan, kata ketua pemuda PAS negeri Yusni Mat Piah. Selain memberikan risalah kepada umat Islam yang hadir menunaikan solat Jumaat, kumpulan itu turut membawa sepanduk bertulis "Umno halalkan judi".
Turut serta ketua penerangannya Zakaria Hamzah, yang dipertua PAS kawasan Permatang Pauh Omar Hassan serta ketua AMK negeri Amir Ghazali. Yusni berkata hanya sebuah kenderaan peronda polis berada di situ bagi mengawasi perhimpunan selama kira-kira 40 minit di masjid berkenaan.
"Polis beredar selepas melihat keadaan terkawal", tambahnya lagi.

SEREMBAN, Negeri Sembilan pula, perhimpunan juga berjalan dengan aman di Masjid Negeri, diketuai pemuda PAS negeri Mohd Khairil Anuar Mohd Wafa. Ratusan orang yang hadir di perhimpunan itu, termasuk daripada NGO Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), yang membawa sepanduk bertulis "Judi bola haram" dan "Yes bola, no judi". Perhimpunan itu turut disertai Pesuruhjaya PAS negeri Zulkifli Omar dan ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin yang turut menyampaikan ucapan.
Sementara itu, di Selangor pula, keadaan berbeza apabila bantahan Pemuda PAS dijalankan hanya di peringkat kawasan, tetapi diadakan serentak.

KAJANG bantahan dianjurkan diketuai Mohd Shah Mior Kosim berkumpul selama kira-kira 30 minit di depan Masjid Jamek Bandar Kajang selepas solat Jumaat hari ini.
Perhimpunan yang disertai aktivis NGO Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) itu diisi dengan ucapan beberapa pemimpin PAS kawasan Hulu Langat dan Pemuda PAS Selangor.
Mohd Shah berkata walaupun penganjur tidak menyelaraskan bahan kempen, terdapat peserta yang mengambil inisiatif membawa poster, antaranya bertulis "Tak nak judi bola" dan "Judi bola haram."
KAPAR Sementara itu di sini pula agak berbeza apabila bantahan hanya diadakan melalui sebaran risalah bantahan kepada jemaah masjid, yang dipetik daripada blog-blog.
Ketua pemuda PAS kawasan Haidar Taslim berkata sebanyak 2,000 risalah diedarkan di masjid As-Syarif, Meru selepas solat Jumaat tadi.

Wednesday, May 19, 2010

Kekacauan di Bangkok kemuncak

BANGKOK, 19 Mei (Bernama) -- Perintah berkurung dikenakan di 24 wilayah lain selain Bangkok mulai 8 malam hingga 6 pagi Khamis, selepas pihak tentera menangani penunjuk perasaan anti kerajaan di ibu kota Thailand ini.

Bangunan mercu tanda Bangkok, Central world dibakar ‘baju merah’ dalam rusuhan maut selepas tentera Thailand serbu masuk kubu pihak penentang.
Pusat Resolusi Situasi Kecemasan (CRES) turut mengumumkan dua lagi wilayah iaitu Kalasin dan Mukdaharn telah diletak di bawah perintah darurat dengan perintah berkurung akan turut dikenakan di situ.

Terdapat 76 wilayah di Thailand dengan 27 daripadanya diletak di bawah perintah darurat.

Di Khon Kaen dan Udon Thani, ribuan penunjuk perasaan Baju Merah menyerang Dewan Bandaraya dan membakar bangunan kayu Dewan Bandaraya di Udon Thani.

Kereta perisai tentera Thailand meroboh masuk ke kem utama penentang anti kerajaan selepas tempoh rundingan berakhir di Bangkok
Mereka membalas tindakan kerajaan yang menguasai semula kawasan yang mereka duduki selama ini di Bangkok.

Di Bangkok, golongan Baju Merah meneruskan rusuhan dengan membakar tiga pusat membeli-belah mewah, sebuah hotel, enam bank, sebuah pasar raya dan sebuah pawagam selepas pihak tentera menguasai semula penunjuk persaan di tengah kota Bangkok.

Sebahagian bangunan bursa saham Thailand turut terbakar.

Pihak bomba sukar memasuki bangunan yang terbakar ekoran tembak-menembak yang berlaku.

Angka kematian setakat 8 malam dilaporkan seramai 43 orang sementara 365 orang cedera dengan 15 daripadanya parah sejak pertempuran tujuh hari lalu.

Wednesday, May 12, 2010

Selepas PAS di K.Terengganu, DAP tambah 1 kerusi di Sibu

Inilah kali kedua Pakatan Rakyat dapat merampas kerusi Parlimen dari Barisan Nasional selepas pilihanraya 2008. Kali pertama adalah Pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu yang berjaya dirampas PAS dari Umno Barisan Nasional.
Rentitan selepas tamat pengundian 16 Mei 2010 di Sibu, Sarawak-Star
7.00pm: Two hours after the closing of voting and with about 45% of votes counted, the result is still too narrow to call, although DAP's Wong Ho Leng has a slight edge.After 57 boxes were counted, Ho Leng had a lead of around 900 votes as the urban ballot boxes are being counted. Earlier he was trailing by almost 2,000 votes when the rural votes were being counted.
8.15pm: Official results - 80 out of 110 boxes countedBN 11,026DAP 12,567Independent 127
8.45pm: Official results - 95 out of 110 boxes countedBN 13,425DAP 15,493
9.20pm: DAP has claimed victory in the by-election, although the official result has not been announced by the Election Commission. Party adviser Lim Kit Siang tweeted that the party had achieved the "Sibu Miracle" but stopped short of claiming victory."Majority prob v narrow but its Sibu Miracle if true. Will not update further as results incomplete. Keep fingers crossed n pray," Lim tweeted.However, DAP's Jelutong MP Jeff Ooi was nmore forthright and claimed: "DAP wins Sibu". At the Sibu Civic Centre, where tallying is going on and the official results expected to be announced within the next hour, there were hardly any BN leaders present.
10pm: All 110 boxes counted, but 2,537 postal votes cast not tallied yet.DAP 18,775BN 16,124Independent 196Anxious Sibu folk waiting outside the Sibu Civic Centre for the result of the by-election
10.45pm: There is no recount of votes, says the state Election director. The dispute is over the validity of witnesses' signature for postal votes. The matter is being resolved now.

11.00pm: DAP's Wong Ho Leng won the by-election by 398 votes,
DAP garnering 18,845 votes to beat
BN's Robert Lau Hui Yew (18,447).
Independent Narawi Haron polled 232 votes.

Piala Dunia 2010 banyak orang makin sasau, angau dan risau

Kebiasaanya bila tiba musim Bolasepak Piala Dunia yang lalu kita menyaksikan peminat bolasepak merah mata kerana kurang tidur menyaksikan siaran langsung. Namun kali ini di Musim Bolasepak Piala Dunia 2010 yang akan berlangsung bulan depan dalam suasana berbeza kerana kerajaan secara rasminya telah meluluskan lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.

Maka ramailah anak isteri yang terabai kerana duit belanja makan telah habis untuk pertaruhan. Akibatnya ramai yang gila judi bola ini menjadi angau, sasau, risau tak ketentuan. Akibatnya kita tunggu dan saksikan peningkatan kes kecurian, penipuan dan pecah amanah nanti. Perhatikan lirik lagu Gila Judi nyanyian M Daud Kilau ini:-

GILA JUDI
oleh Dato M. Daud Kilau
Banyak orang gila judi 2x
Hai judi merosak diri
Merosak diri
Banyak yang setengah mati
Akibat judi

Kalau asyik main pakau
Banyak orang naik angau
Mereka selalu risau
Selalu risau
Sama-sama jadi sasau
Hai jadi sasau

1 ringgit.. 2 ringgit.. 3 ringgit.. 4 ringgit.. 5 ringgit
Haaaaaa ngus!
Kalau sudah gila judi 2x
Dia lupa anak isteri
Hai anak isteri

Kalau kecanduan judi 2x
Akhirnya setengah mati
Akibat judi
Tolak habuk… jalan kaki.. gigit jari… kalah judi
KLUMPUR 11 Mei 2010 (Malaysiakini): Meskipun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak, kerajaan meneruskan keputusannya untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan.

Menurut akhbar harian Cina, Sin Chew, Menteri Kewangan semalam secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.

Sehubungan itu pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini.

BERJAYA akan menjadi syarikat tunggal pertaruhan bolasepak di negara ini yang mempunyai lesen.

Ia dijangka akan menggunakan lebih dua ratus kedai pertaruhan Toto yang dimilikinya itu untuk menerima pertaruhan.

Sebelum ini, ada pihak yang bimbang rangkaian kedai serbanika, 7-eleven yang juga dimiliki Kumpulan BERJAYA akan digunakan untuk tujuan yang sama.

Sin Chew memetik sumber yang berkata, masyarakat Islam akan dilarang daripada terbabit dengan pertaruhan bolasepak itu.


BERJAYA pada 11 Mei lalu memohon sahamnya di Bursa Kuala Lumpur digantung hari ini mulai jam 9 pagi hingga 5 petang sementara menunggu pengumuman lanjut berhubung cadangan menaikkan modalnya.

Ketika dihubungi pegawai BERJAYA berkata kenyataan media akan dikeluarkan hari ini.

Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata tindakan kerajaan itu bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Katanya, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

Saturday, May 8, 2010

JUDI: Membina jamban supaya orang tidak berak merata-rata

Kerajaan tahu judi itu perbuatan keji dan seperti najis bawa busuk yang cemarkan moral masyarakat. Maka kaki-kaki judi yang busuk ini perlu dimudahkan umpama menyediakan tempat yang dibenarkan agar mereka tidak berak merata-rata.

Usaha ini mendapat sokongan cerdik pandai dan tokoh ilmuan kerana itu tidak kedengaran para mufti membantah usaha kerajaan untuk mempertimbangkan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan judi dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010.

Sebenarnya dengan meluluskan lesen perjudian akan mengakibatkan kaki-kaki judi brkembang biak dan berleluasanya gejala keruntuhan moral umat Islam. Akan tetapi lambat pulak Tok Mufti bagi sikit Fatwa dan Tazkirah kepada rakyat yang dahaga ilmu...jangan nampak kuman diseberang sedangkan gajah depan mata Tok Mufti tak berani tegur.

Muktakhir ini bila isu-isu puak pembangkang diprovok oleh media utama tentang isu berkait dengan agama dengan sepantas kilat Tok Mufti memberi pandangan dan teguran walau pun tak tau hujung pangkal ceritanya... apakah hukum dalam isu ini, kerana rakyat nak dengar ulasan dari sohibusamahah tuan mufti..adakah Halal , Haram atau HARUSS ......

Kuala Lumpur 6 Mei 2010 (Bernama) Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).

"Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan kerana kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Awang Adek berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.


Beliau mengakui sudah ada pihak yang membuat permohonan untuk mendapatkan lesen itu tetapi beliau enggan mendedahkan lebih lanjut maklumat itu sehingga kerajaan membuat keputusan mengenainya.

Terdahulu, isu itu dibangkitkan pada sesi soal jawab oleh Senator Ng Fook Heng yang mahukan penjelasan kemungkinan kerajaan mengeluarkan lesen pertaruhan kejohanan Piala Dunia untuk mengelakkan perjudian haram.

Awang Adek berkata, kerajaan memandang serius aktiviti perjudian tanpa lesen yang membabitkan pertaruhan nombor ramalan, permainan mesin slot dan pertaruhan membabitkan bookie bagi permainan bola sepak dan permainan lain.

"Aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh mewujudkan kegiatan sampingan lain seperti peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram.

"Oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya, kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya dan sebarang langkah perlu dilakukan secara berkesan bagi menangani masalah bookie tanpa lesen termasuk membenarkan pertaruhan bookie bola sepak dilaksanakan melalui perlesenan sah," katanya.