Thursday, October 23, 2008

Sambutan Hari Raya PAS Negeri Perak di Ipoh

Khamis 23 Okt 2008 Ipoh, Jamuan Hari Raya Aidil Fitri PAS Negeri Perak telah diadakan di hadapan Pejabat Perhubungan PAS Negeri Perak, Medan Ipoh Raya, Ipoh. Pejabat PAS Negeri terletak ditengah kawasan perniagaan, berhampiran Bangunan Darul Ridzuan dan Pejabat Kerajaan Negeri.
Majlis yang bermula jam 11.30 pagi dan berakhir 2.30 petang disambut meriah dengan kehadiran ramai orang yang terdiri dari pelbagai bangsa, kakitangan kerajaan dan swasta. Tetamu jemputan dari kalangan peminpin Parti gabungan Pakatan Rakyat, Wakil media dan dan badan-badan NGO turut hadir.

Pesuruhjaya PAS negeri Perak, Ustaz Ahmad Awang telah menyampaikan ucapan alu-aluan dimana beliau amat berbangga sambutan kali ini nampak berlainan, meriah dan amat besar ertinya biarpun jamuan yang tak seberapa hebat. Ini kerana kehadiran ramai dari pelbagai kaum dan ugama, pegawai kerajaan dan swasta tanpa ada rasa takut kepada PAS seperti yang alami sebelum ini.

Kepada umat Islam hari kemenangan setelah sebulan berpuasa melawan nafsu dan teruskan istiqamah meneruskan perjuangan melawan kebatilan. Disamping bergembira jangan dilupakan kepada yang memerlukan seperti orang miskin, anak yatim dan ibu tunggal. Lapangkan masa dan hulurkan bantuan terutama sekarang ini banyak tempat di negeri Perak dilanda banjir hingga ramai yang dipindahkan.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada yang terlibat terutama Badan Perhubungan PAS negeri Perak yang diketuai oleh Tuan Hj Abdul Rahim Mat Ariff, para muslimat dan Unit Amal yang menjayakan Program Sambutan hari Raya ini.

1 comment:

  1. by muridPASTI on Friday, October 24 @ 12:50:47 MYT
    Tahniah dan Syabas kepada PAS Perak.
    Teringat lagi masa Ir. Hj. Nizar (masa beliau jadi Bendahari BPPP) pergi keliling kampung di Perak membawa idea Qardhul Hassan untuk beli bangunan Badan Perhubungan PAS Perak ni....

    Katanya... strategik sebab dekat dengan Bangunan Perak dan DUN. Senang kalau pemimpin datang ziarah.
    Tup..Tup.. Allah dah kurniakan kemenangan - jerus jadi LEBIH Strategik.
    Memang confirm Dato' Seri Ir. Hj. Nizar Jamaluddin kita ni seorang yang berpandangan jauh.

    Sedih la pulak sebab la ni saya dah di Selangor atas sebab bertukar kerje. Syukur... 4 tahun dok naik turun Pejabat Badan Perhubungan PAS Perak ni... satu nostalgia yang tak dapat dilupakan - terutamanya dengan EXCO PASTI Negeri.
    Saalam TAHNIAH. Bila pulak nak buat konsert Akil Hayy malam Merdeka kat depan Dataran ni...?

    by vespakana on Friday, October 24 @ 14:21:50 MYT
    Eheeeem..selalu teman tak mis turun pasai makan makan ni..tapi kali ni kawan2 teman yang selalu dok sama2 riuh masa kempen dulu tak sempat nak roger sepatah dua pun...selalu nya dgn se das sms pun teman mesti turun.. agak nya dah terlalu bzz kut..apa pun selamat makan makan..


    by maharajazhou on Friday, October 24 @ 14:55:46 MYT
    sukanya kawe. sukanya kawe, sukanya kawe. sykur pada Allah.

    Tengok puak wanita PKR, ada tak tutup aurat langsung, yg tutup aurat pun tp mcm tak tutup aurat. pakai baju kebaya..barua sungguh. melayu la tu pakai kebaya yg menampakan body....bersolek 3 inci..gitulah puak wanita PKR...ada sikit jah yg betul betul tutup aurat mengikut ajaran ISlam. yg lain sama dgn umno sekular..maknanya PKR bukan nak kepada ISlam tp gila kuasa jerr

    by ady626 on Friday, October 24 @ 15:22:41 MYT
    kita berdoa semoga mereka diberi hidayah 1 hari nanti.....jgn tgesa2 melabelkan seseorg,krn islam myuruh kita kpd pdekatan yg istiqamah

    by royrizman on Friday, October 24 @ 21:58:59 MYT
    tahniah kepada MB..tapi nak tanya..macam mana nasib orang melayu kat ipoh..dengar cerita tanah kebanyakan dah bagi kat cina..ye la kan...MB je pas..jentera kerajaan perak DAP pegang..nasib la orang melayu oii...menang sorak..kampung tergadai..

    by 7seven on Friday, October 24 @ 22:21:16 MYT
    royrizman kurg dpt maklumat sebenar atau tk mau alert info kut ni..
    be a critical thinking..jgn bce utusan meloya dan berita hairan jer..
    bace info alternatif..compare,critical..
    awat tajol rosli baguih sgt ka ms perintah perak huhuhu..:)

    by civilization on Saturday, October 25 @ 23:21:09 MYT
    Tak semudah itu boleh berlaku. Setahu saya Hak orang Melayu dikembalikan kepada orang Melayu, dan Hak orang Cina dikembalikan kepada orang Cina.
    Belum lagi terdengar Orang Melayu di Perak yang jadi mangsa Tanah Dirampas

    ReplyDelete