Tuesday, September 30, 2008

Tazkirah Ramadhan oleh Ir. Nizar di JKR Perak


Pada 25 Ramadhan lalu, Jabatan Kerja Raya Negeri Perak telah menerima tetamu istimewa iaitu YAB Dato’ Seri Ir. Mohd Nizar untuk meyampaikan tazkirah Ramadhan. Istimewanya Nizar kerana beliau adalah seorang ketua kerajaan, seorang ahli politik, seorang professional dan seorang ustaz. Beliau tiba sebelum solat zohor, disambut Pengarah JKR yang baru Ir. Dr. Safry Kamal Hj Ahmad, Ketua-ketua Bahagian dan kakitangan. Turut serta rombongannya ialah Hj Wan Junaidi Ahmad S/U Sulit MB dan Mohamad Thiang pegawai Khas MB.

Ir Nizar telah mengimamkan solat zohor berjemaah kakitangan JKR Negeri Perak di surau tingkat 4 dengan kehadiran penuh sesak. Selepas solat zohor YAB Nizar memulakan ceramah.

Ir. Nizar nampak gembira kerana JKR tidak asing padanya, beliau mengenali ramai kenalan dari kalangan jurutera-jurutera di JKR Negeri Perak, samada semasa menuntut di luar negara atau berurusan dengan projek-projek JKR. Dengan Pengarah JKR yg baru Ir. Dr. Safry, beliau telah dikenali semenjak belajar di luar negara..

Al-Quran

Surah Al-Baqarah ayat 185,”bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran,, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia serta keterangan-keterangan yang jelas tentang petunjuk yang membezakan antara yang benar dan salah”. Ir Nizar memulakan kuliah.

Beliau menjelaskan maksud ayat Al-Quran iaitu (huda) petunjuk jalan kepada destinasi yang dituju dan (furqan) panduan arah sepanjang hidup yang mana perlu dipatuhi dan ditegahi. Di bulan ramadhan Allah turunkan Al-Quran sebagai panduan kepada manusia supaya sampai ke destinasi yang diredhai dan bukan jalan yang sesat.

Warga Jabatan Kerja Raya sepatutnya lebih memahami dengan penjelasan ayat ini kerana JKR ini ada kaitan dengan pembinaan jalanraya. JKR ini membina jalanraya sebagai petunjuk atau penghubung serta menyediakan arah-panduan untuk dipatuhi pemandu melalui jalan yang berliku dan bersimpang-siur ini. Maka begitulah tugas kita ke arah membawa masyarakat dan negara kepada kesejahteraan dan keredhaan Allah. Setiap amalan dan perbuatan baik dan buruk yang dilakukan akan dikira Allah.

JKR adalah ‘brain’ kerana mempunyai kepakaran dan tenaga professional dalam pembangunan infrastrukur penghubung pentadbiran kerajaan Negeri Perak. Pembinaan bangunan awam oleh JKR adalah untuk kemudahan dan keperluan rakyat berurusan. Dengan bekerja berpandu dan beramal dengan al-Quran maka perkara yang menyalahi peraturan dan penyelewengan akan dapat dielakkan.

Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak adalah pilihan rakyat dan peminpin yang terpilih adalah ketentuan dari Allah. Kepimpinan adalah amanah Allah yang perlu dipikul dan dia sebagai peneraju kerajaan, melaksanakan halatuju kerajaan berdasarkan peraturan dari Al-Quran.

Cuba fikirkan saudara-saudara fikirkan, ujar Ir Nizar, “mampukah untuk mengadakan pemuafakatan dan kesefahaman Kerajaan Negeri Perak yang dianggotai 18 dari DAP, 7 dari PKR dan 6 dari PAS dengan pembahagian pendokongnya orang Islam 9 dan orang bukan Islam 24”.

Tapi realitinya sehingga 6 bulan ini kerajaan yang ada masih utuh dan bertahan kerana perjuangan berdasarkan al-Quran. Kebenaran dari al-Quran yang diterapkan terbukti membawa keadilan, nilai murni dan kebaikannya dapat diterima oleh semua kaum dan ugama. Dasar Islam yang diterapkan Kerajaan Negeri Perak tidak pernah mendapat tentangan dari kalangan bukan Islam.

Mudah-mudahan Ramadhan ini warga Kerja JKR mendapat ketakwaan untuk bekerja sebagai ibadat.

Takwa

Ir. Nizar dalam loghat Perak menafsirkan Surah al-Baqarah ayat 183, “Weh kome-kome yang beriman, kome diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas deme-deme yang terduhulu dari kome, mudahan kome bertakwa”.

Puasa adalah ujian untuk orang beriman dan nilai sebenar dari lapar dahaga untuk mendapat ketakwaan. Puasa menguji kita kepada keyakinan dan keimanan kepada Allah iaitu Allah Maha berkuasa, Maha Melihat dan Maha Mengetahui setiap perbuatan kita lakukan. Bulan Ramadhan dilimpahi kurnia Allah untuk direbut oleh mereka yang bertakwa.

Ir Nizar membuat perumpamaan Ramadhan diibaratkan sebuah kapal membawa sarat dengan muatan berharga yang berlabuh pada satu tempoh. Nahkoda kapal menawar barang-barang berharga itu sesiapa yang inginkan. Adakah kita menangguh-nangguh atau buat tak kisah tawaran itu hingga tempoh itu berlalu?

Surah al-Hujurat ayat 13, “sesungguhnya yang paling mulia diantara kamu (disisi Allah) ialah orang-orang yang paling takwa”

Ir Nizar amat berharap agar seluruh anggota JKR mendapat rahmat Ramadhan untuk meningkatkan imejnya dari tanggapan buruk di mata masyarakat. Banyak kedengaran kepincangan dan penyelewengan dalam perlaksanaan projek-projek kerajaan. Sebagai contoh bulan April 2008 yang lalu, satu kompleks perlancongan kerajaan Negeri Perak yang bernilai RM4.6 juta di Tasik Banding telah runtuh ranap sebelum diduduki. Maka jadilah ia sebagai iktibar.

Akhlak

Al-Ankabut ayat 45,” dan dirikan solat, sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan) keji dan mungkar. Dan (ketahuilah) mengingati Allah (solat) itu lebih besar. Allah mengetahui setiap apa yang kamu kerjakan.”

Setiap perbuatan baik dan buruk disimpan ‘chip memory’ yang akan ulang tayang Allah nanti untuk disaksi kita sendiri setiap kelakuan kita lakukan. Ambil kesempatan beramal baik dan beribadat kepada Allah di bulan Ramadhan, bulan keampunan dan bulan rahmat Allah akan lepas dari azab neraka. Peluang untuk ‘delete’ perbuatan buruk dan tercela dengan amalan benar ikhlas.

Adakah kita tidak mahu menyertai bersama orang-orang yang mendapat untung?

JKR adalah ‘lead’ kepada Jabatan-jabatan lain kerana ia adalah petunjuk jalan. Kerajaan Negeri dipandang wibawa dari kualiti kerja yang diamalkan. Kemajuan Negeri Perak akan dapat dihasilkan atas usaha yang dilakukan JKR.

5 Prinsip Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak

1. Adil
2. Amanah
3. Telus
4. Berwibawa
5. Berkebajikan



Panjang ceritanya… tunggu dan lihat di;
http://www.bumiperak.blogspot.com

Friday, September 19, 2008

SEMARAK RAMADHAN DI DATARAN BANDARAYA IPOH

Semarak Ramadhan di Dataran Bandaraya Ipoh

Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Ng Perak (JAIPK) dan Dewan Bandaraya Ipoh (DBI) menganjurkan program Semarak Ramadhan pada setiap malam mulai 15 Ramadhan hingga 26 Ramadhan 1429 di Dataran Bandaraya Ipoh yang terletak dikawasan pusat perniagaan di bandaraya Ipoh.

Program ini bermula dengan Majlis Tahlil, solat Fardhu Maghrib dan berbuka puasa yang terbuka kepada semua warga Ipoh. Ini dikuti dengan solat fardhu Isya berjemaah dan solat sunat tarawih yang dipimpin oleh imam Masjid Negeri, Ipoh. Tazkirah dan ceramah disampaikan oleh penceramah jemputan seperti yang telah dijadualkan.

Tempat berbuka puasa terletak di tengah padang dengan kerusi-meja boleh menampung 500 orang dengan khidmat caterer yang ditaja DBI. khemah tempat bersolat terletak di hadapan pintu masuk Dewan Bandaraya Ipoh (DBI) agak selesa dan tempat berwudhu juga disediakan.

Dataran Bandaraya Ipoh, yang biasanya menjadi tempat remaja berkumpul dan melepak hingga larut pagi. Tempat pasangan muda-mudi bercekerama dicelah pepohon bunga disekitar dataran ini apabila malam tiba. Di sini tempat diadakan konsert hiburan menjelang sambutan seperti konsert ‘Jom Heboh’ untuk muda-mudi bersorak menari.

Bila diadakan Semarak Ramadhan di tempat yang tercemar ini, kenapa masih ada suara sumbang yang mengatakan “Apa perlunya sembahyang ‘gah’ di Dataran, sedangkan banyak Masjid dan Surau disediakan?”

Tazkirah Ramadan Pertama di Dataran Ipoh

Malam pertama program pada 15 Ramadhan yang lalu ada penceramah istimewa iaitu Ustaz Dasuki Abdul Ghani imam masjid Shah Alam dan penceramah undangan Radio IKIM. Jika kita mendengar ceramahnya di Radio IKIM, suara dan gaya penyampaiannya mirip Tuan Guru Nik Aziz.

Solat Isya dan tarawih dipimpin oleh imam Masjid Sultan Idris, Masjid Negeri, Ipoh. Selesai solat tarawih, Pengerusi majlis dari JAIPK mengalu-alukan kedatangan penceramah dan jemaah yang hadir. Beliau menjelas tujuan mengadakan Semarak Ramadhan dan berterima kasih dengan jamuan berbuka puasa serta khemah yang ditaja oleh Dewan Bandaraya Ipoh (DBI) sementara pengurusan program diatur oleh Jabatan Ugama Islam Ng Perak (JAIPk).

Selepas itu Ustaz Dasuki Abd Rani mengambil tempat berceramah. Mirip suaranya dan gaya penyampaiannya seperti Tuan Guru kalau mendengar ceramahnya di radio IKIM. Lemah-lembut bicaranya membuka hati bila mendengar terasa puas, hingga kalau boleh nak berada hampir di sisinya.

Konsep ibadat adalah untuk bertakwa kepada Allah. Ibadat puasa yang kita kerja dengan rasa lapar dahaga dan menahan nafsu dari sikap yang tercela semata-mata untuk bertakwa kepadaNya.
Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 183, ”Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu dari kamu, supaya kamu bertakwa.”


Firman Allah dalam Surah al-Hujurat ayat 13, “Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan suku-suku, agar kamu saling mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu (di sisi Allah) ialah orang yang paling takwa.”

Ustaz Dazuki menegaskan, nilai takwa seseorang diukur dari keyakinannya pada kekuasaaan Allah dengan patuh melakukan perintahnya. Nilai dan darjat seseorang manusia yang hidup di dunia diukur kepada ketakwaan seseorang.

Percaya dan Yakin adalah sifat yang berbeza. Beliau umpamakan di bawah semak ada ular, seseorang yang yakin ada ular di situ, seluruh anggotanya bersedia iaitu kaki bersedia melangkah, tangan sedia menepis, tumpuan mata satu arah, telinganya teliti mendengar. Berbeza orang hanya percaya ada ular dan menganggap ular itu tidak bertindak kepadanya.

Allah memilih kita berpuasa antara waktu Subuh hingga waktu Maghrib dan selama 30 hari sepanjang bulan Ramadhan. Kemudian ujian melawan nafsu dengan berlapar. Puasa melatih untuk memperbetulkan konsep hidup di muka bumi Allah mengamalkan ibadat dengan penuh keyakinan. Ibadat puasa dapat membezakan antara percaya dan yakin tentang adanya Allah.

Selanjutnya beliau menambah,” Kenapa kita tidak lakukan bawa makanan ke bawah katil sembunyi dari pengetahuan orang. Sambil mandi boleh minum, tak siapapun tahu. Atau sanggup menggaru diluar lubang hidung.

Maka dengan mengerjakan ibadat puasa kita berkeyakinan Allah itu ada, Maha Mengetahui dan Maha Melihat. Dari keyakinan inilah kita mendapat sifat Takwa dari Allah.

Di bulan Ramadhan Allah sertakan ciri kesempurnaan Takwa

1. AQIDAH
Kemenangan Peperangan Badar di bulan Ramadhan, dimana tentera Islam sejumlah 313 orang dapat mengalahkan 1000 orang tentera Musyrikin. Mengenal keyakinan pada kekuasaan Allah dari berpuasa.

2. IBADAH
Allah lebih mennyukai umatnya yang beribadat di bulan ramadhan. Dibuka pintu rahmat seluas-luasnya. Malam Lailatul Qadar satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Menunaikan solat dengan solat tarawih yang terdapat keberkatan.

3. AKHLAK
Diturunkan Al-Quran pada bulan Ramadhan. Surah Al-Baqarah ayat 185, "Bulan ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia serta keterangan-keterangan yang jelas tentang petunjuk yang membezakan antara yang benar dan salah.”

Surah Al-Baqarah ayat 2, “ Inilah kitab (al-Quran) tidak ada syak baginya, petunjuk bagi orang2 yang bertakwa, iaitu mereka yang beriman kepada perkara yang ghaib dan mendirikan solat serta membelanjakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kpd mereka.”

Panjang huraian Ustaz Dazuki 3 perkara ini, dengan perumpamaan yang mencuit hati jemaah.
Majlis diakhiri dengan doa munajat minta keampuanan dan keredhaan Allah oleh Ustaz Dazuki. Kesayuan pengharapan dari doa yang dibacakan, ada jemaah yang menitis air mata menyesali diri dengan penuh insaf. Kalangan jemaah yang hadir nampak puas biarpun telah datang dari jauh untuk menjayakan Majlis Semarak ramadhan yang julung kalinya diadakan di Dataran Ipoh.

Wahai pembaca yang budiman, rebutlah peluang di bulan ramadhan ini, entahkan kita sempat menyambut ramadhan nanti. Inilah yang dikatakan orang beriman menangis bila Ramadhan meninggalkan mereka.

Sewaktu kaki melangkah pulang, terpandang sekumpulan pasangan muda-mudi yang usik-mengusik dan gelak-ketawa di sudut penjuru dataran ini. Sekumpulan mat moto yang dibonceng dengan pasangan remaja yang baru tiba di malam bulan purnama 15 ramadhan. Dataran Ipoh kembali sedih….

Saturday, September 6, 2008

Kuliah Subuh bersama MB di Rapat Jaya Tambahan

Artikel ini tak siap... Cubaan aje!!

Pada 6 Sept 2008 Masjid Nazrin Shah, Rapat Jaya Tambahan, Ipoh telah menerima kehadiran tetamu istimewa buat pertama kalinya. Tetamu yang berkunjung pada waktu subuh itu adalah Dato' Seri Ir Mohd Nizar Menteri Besar Perak.

Saya keluar rumah selepas sahur dan tiba pada waktu subuh di Masjid ini setelah mendapat maklumat SMS semalam dari seorang teman.

Permerhatian saya suasana diwaktu subuh dengan kehadiran jemaah yang luar biasa ramainya melimpahi lebih tujuh saf tentunya satu kepelikan kepada penduduk setempat. Biarpun Masjid Raja Nazrin yang dibina pada tahun 1994 dengan kos RM3.5juta besar indah namun pengunjung setia tetap dari kalangan golongan orang pencen dan warga emas. Tetapi di pagi subuh kali ini, menerima jemaah kebanyakan dari kalangan generasi muda pula.

Selesai solat subuh, ketua kampung Rapat Jaya Tambahan, Tuan Hj Wahid memberikan ucapan alu-aluan kepada MB Perak. Selanjutnya YAB Nizar sambil berdiri sebelahan mimbar masjid menyampaikan kuliah subuh.

Permulaannya beliau menyentuh persoalan ibadat puasa dengan memetik ayat al-Baqarah yg mafhumnya. 'wahai orang2 beriman, diperintah ke atas kamu berpuasa sebagaimana diperintahkan ke atas mereka sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa.

"Hanya dengan sepotong ayat tersebut manusia yang beriman diseluruh dunia sanggup mematuhi perintah Allah untuk berpuasa dan berduyun2 memenuhi masjid2 dan surau2 untuk beribadat solat terawikh terutamanya," kata YAB Nizar.

"Tetapi mengapa dalam persoalan solat waktu yang wajib, ramai manusia yang mengaku beriman mengabaikannya walaupun terdapat lebih 40 ayat dalam Al-quran yang menyeru tentang perintah menunaikan solat," tambah YAB Nizar

YAB Nizar turut menimbulkan persoalan solat fardhu lima waktu berjemaah yang kurang diberi keutamaan berbanding solat sunat tarawih berjemaah yang hanya sunat kedudukannya, ujar YAB Nizar kepada para jemaah.

Puasa sunat enam di bulan Syawal sebaiknya dilakukan di awal bulan syawal

Berpuasa dengan kadar yang sederhana dan tidak membazir

Mohd Nizar memulakan Surah mewajibkan berpuasa kpd umat Islam. Di dalam Al-Quran cuma ada 1 surah yang menyeru kepada Puasa dan lebih 40 surah yang menyeru kepada Solat.


Tangungjawap sebagai ketua samada ketua keluarga, ketua pejabat, ketua _ _ _ seterusnya ketua Kerajaan.

Wednesday, September 3, 2008

Malam Muktamar PAS ke-54 di Ipoh

11 Ogos 2008

Ini masa mula-mula buat blog... cubaan aje

XXXX

XXXX

XXXX

XXXX

XXXX

XXXX

XXXX




Muktamar PAS ke-54 di Ipoh

Dalam binaan