Gambar Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh pada tahun 2005 Jemaah Haji menaiki Penerbangan Malaysia Boeing 737-400.. kini cuma tinggal FireFly pesawat kipas turbo mendarat.
IPOH 7 April 2014 Kerja menaik taraf bernilai RM45 juta bagi Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah digagalkan oleh jalan berlubang di landasan lanjutan, menghalang pesawat seperti seperti Airbus A320 dan Boeing 737-400 mendarat di ibu kota Perak.
Jawatankuasa Kira- Kira Wang Perak (PAC) sedang menyiasat perkara ini tetapi belum diketahui apa akan dilakukan kerajaan negeri selepas Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengisytiharkan landasan sepanjang 2,000 meter tidak selamat untuk pesawat lebih besar kerana terdapat jalan berlubang di landasan yang dipanjangkan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kepayang merangkap Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming mengatakan landasan dipanjangkan dari 1,780 meter ke 2,000 meter untuk menampung pesawat lebih besar dari Singapura, Medan dan Hong Kong, namun hanya pesawat Firefly, anak syarikat Malaysia Airlines yang menggunakan laluan Ipoh-Singapura setiap hari dengan pesawat kipas turbo ATR 72.
“Kontraktor, arkitek dan jurutera yang terlibat dalam pembinaan dan memanjangkan landasan akan dipanggil,” kata Nga kepada The Malaysian Insider.
Beliau enggan mengulas lanjut kerana merupakan salah seorang anggota PAC yang menyiasat kes tersebut.
Lapangan terbang itu sebelum ini digunakan untuk menampung penerbangan setiap pagi di antara bandar perlombongan bijih timah itu dan Subang bagi mereka yang mengambil penerbangan sambungan terutamanya ke Hong Kong.
Akan tetapi Lebuhraya Utara-Selatan memudahkan akses antara Ipoh dan bandar-bandar lain dan menyebabkan penerbangan ke ibu negeri Perak itu berkurangan.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, lapangan terbang diubahsuai bagi membawa masuk pelancong asing kerana Perak mempunyai potensi untuk memajukan lagi sektor pelancongan.
Bagaimanapun, sumber memberitahu The Malaysian Insider terdapat sembilan jalan berlubang di landasan lanjutan sehingga memaksa DCA mengisytiharkan pada Disember lalu pendaratan dan perlepasan tidak selamat di landasan tersebut.
Sumber memberitahu, PAC sedang melihat apakah terdapat elemen rasuah dan apakah prosedur diikuti dalam kerja menaik taraf itu.
"Apakah ada ujian tanah dijalankan kerana jalan berlubang adalah kejadian yang biasa berlaku di Ipoh," kata sumber itu.
Kerja menaik taraf bangunan terminal termasuk pembinaan sebuah bumbung baru dan permukaan hadapan bangunan, manakala dewan ketibaan dan perlepasan diperbesarkan dengan kemudahan berhawa dingin sepenuhnya untuk meningkatkan tahap keselesaan penumpang.
Selain itu, apron diperluaskan untuk menampung tiga pesawat pada masa yang sama.
Sementara itu, Nga berkata cita-cita Zambry untuk membangunkan Perak hanya akan menjadi angan-angan tanpa lapangan terbang beroperasi secara optimum.
"Pembangunan di negeri ini akan terbantut jika infrastruktur seperti komunikasi tidak diperbaiki,” katanya.
Nga yang juga ahli Parlimen Taiping mengatakan ini sebagai respons kepada jangkaan Zambry akan terdapat 1.4 juta pelancong ke Perak pada tahun pertama selepas Million Movie Animation Park Studios (MAPS) beroperasi pada 2016.
Nga mengatakan jangkaan Zambry adalah fiksyen dan tidak realistik kerana Perak tidak mempunyai lapangan terbang antarabangsa.
Perak Corporation Berhad mengumumkan minggu lepas pembinaan MAPS bernilai RM300 di Meru, Ipoh yang dijangka siap pada Disember tahun depan.
Beliau berkata lapangan terbang antarabangsa yang terdekat dari MAPS adalah di Pulau Pinang, iaitu kira-kira 150km dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur yang sejauh 250km dari situ.
"Bagaimana MAPS mampu menarik pelancong asing apabila tiada Lapangan Terbang di Ipoh," soal Nga.
Nga berkata statistik Kementerian Pelancongan mendedahkan Malaysia menerima 102.2 juta pelancong asing di antara 2008-2013 tetapi hanya 2.4 juta atau lebih kurang 2% melawat Perak.
"Purata kira-kira 400,000 pengunjung setahun antara 2008 dan tahun lepas," katanya sambil menambah adalah tidak realistik bagi Zambry untuk mempercayai jumlah pelancong asing akan bertambah tiga atau empat kali ganda secara ajaib dengan siapnya MAPS tanpa lapangan terbang antarabangsa.
Beliau berkata, perniagaan taman tema adalah industri yang sangat berdaya saing dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dengan pembukaan Legoland di Johor Baru dan Universal Studio di Singapura.
Nga mengatakan Cartoon Network Amazone Theme Park di Pattaya akan dibuka di Thailand pada Julai dan Twentieth Century Fox Theme Park di Genting dijangka dibuka pada 2016.
Legoland juga boleh mendapat manfaat daripada pelancong asing ke Universal Studio Singapura kerana lokasinya yang strategik dan berhampiran Singapura.
Universal Studio Singapura merekodkan dua juta pelancong selepas sembilan bulan dibuka.
Pada masa sama, Twentieth Century Fox Theme Park melabur RM910 juta untuk menaik taraf taman tema sedia ada bagi menarik pelancong antarabangsa.
Cartoon Network Amazone Theme Park di Pattaya walaupun agak kecil dengan pelaburan RM100 juta juga mempunyai kelebihan kerana terletak di sebelah pantai terkenal di peringkat antarabangsa.
Ia terletak hanya 15 minit memandu dari selatan Pattaya dan dilengkapkan pantai yang indah, berpotensi menarik lebih ramai pelancong ke Pattaya.
"Apakah kelebihan kompetitif MAPS sebagai taman tema bernilai RM300 juta dibina di bandar tanpa lapangan terbang antarabangsa?
Beliau menggesa Zambry melancarkan satu pelan induk pelancongan Ipoh serta merta yang meliputi pengangkutan, infrastruktur, makanan, dan penginapan untuk melengkapkan dan menarik lebih ramai pelancong ke MAPS. – 7 April, 2014.
Monday, April 7, 2014
Tuesday, April 1, 2014
Transkrip Penuh Perbualan Menara Kawalan Udara KL VS Kokpit MH370
Akhirnya Trankrip penuh MH370 melibatkan komunikasi antara pilot MH370
dengan menara kawalan udara Kuala Lumpur telah didedahkan kepada umum ! Jika sebelum ini Datuk Seri Hishammudin hanya akan mendedahkan MH370
transkrip penuh antara juruterbang MH370 dengan pengawat trafik udara
kepada umum andaikata mendapat kebenaran daripada pakar-pakar. Hari ini…
MAS 370 (Kuala Lumpur
to Beijing)
PILOT-ATC RADIOTELEPHONY
TRANSCRIPT
Departure from KUA: 8
March 2014
ATC DELIVERY
12:25:53 MAS
370 Delivery MAS 370 Good
Morninq
12:26:02 ATC MAS
370 Standby and Malaysia Sx is cleared to Frankfurt via AGOSA
Alpha Departure
six thousand feet squawk two one zero six
12:26:19 ATC ...
MAS370 request level
12:26:21 MAS
370 MAS 370 we are ready
requesting flight level three five zero to Beijing
12:26:39 ATC MAS
370 is cleared to Beijing via PI BOS A Departure Sx Thousand Feet
squawk
two one five seven
12:26:45 MAS
370 Beijing PI BOS A Sx
Thousand Squawk two one five seven, MAS 370
Thank You
12:26 53 ATC MAS
370 Welcome over to around
12:26:55 MAS
370 Good Day
LUMPUR GROUND
12:27 27 MAS
370 Ground MAS370 Good
morning Charlie One Requesting push and start
12:27:34 ATC MAS370
Lumpur Ground Morning Push back and start approved
Runway 32 Riqht
Exit via Serra 4.
12:27:40 MAS
370 Push back and start
approved 32 Right Exit via Serra 4 POB 239 Mike
Romeo Oscar
12:27:45 ATC Copied
12:32:13 MAS
370 MAS377 request taxi.
12:32:26 ATC MAS37.....(garbled)
... standard route. Hold short Bravo
12:32:30 MAS
370 Ground, MAS370. You are
unreadable. Say again.
12:32:38 ATC MAS370
taxi to holding point Alfa 11 ftjnway 32 Right via standard
route. Hold short
of Bravo.
12:32:42 MAS
370 AJfa 11 Standard route
Hold short Bravo MAS370.
12:35:53 ATC MAS
370 Tower
12:36:19 ATC (garbled)...
Tower... (garbled)
MAS
370 1188 MAS370 Thank you
LUMPUR TOWER
12:36:30 MAS
370 Tower MAS370 Morning
12:36:38 ATC MAS370
good morning. Lumpur Tower. Holding point.. [garbled]..10 32
Right
12:36:50 MAS
370 Alfa 10 MAS370
12:38:43 ATC 370
lineup 32 Right Alfa 10.
MAS
370 Line up 32 Right Alfa 10
MAS370.
12:40:38 ATC 370
32 Right Cleared for take-off. Good night.
MAS
370 32 Right Cleared for
take-off MAS370. Thank you Bye.
LUMPUR APPROACH
12:42:05 MAS
370 Departure Malaysian Three
Seven Zero _.
12:42:10 ATC Malaysian
Three Seven Zero selamat pagi identified. Climb flight level
one eight zero
cancel SID turn right direct to IGARI_
12:42:48 MAS
370 Okay level one eight zero
direct IGARI Malaysian one err Three Seven
Zero
12:42:52 ATC Malaysian
Three Seven Zero contact Lumpur Radar One Three Two Six
good niqht
MAS
370 Night One Three Two Six
Malaysian Three Seven Zero
LUMPUR RADAR (AREA)
12:46:51 MAS
370 ATC Lumpur Control Malaysian Three
Seven Zero Malaysian Three Seven
Zero Lumpur radar
Good Morning dimb flight level two five zero
12:46:54 MAS370 Morning level two five zero
Malaysian Three Seven Zero
12:50:06 ATC Malaysian Three Seven
Zero climb flight level three five zero
12:50:09 MAS370 Flight level three five zero
Malaysian Three Seven Zero
01:01:14 MAS370 Malaysian Three Seven Zero
maintaining level three five zero
01:01:19 ATC Malaysian Three Seven
Zero_
01:07:55 MAS370 Malaysian...Three Seven Zero
maintaining level three five zero_
01:08:00 ATC
Malaysian Three
Seven Zero Malaysian Three Seven Zero
01:19:24 ATC contact
Ho Chi Minh 120 decimal 9 Good Night
01:19:29 MAS370 Good Night Malaysian Three Seven
Zero
Tuesday, March 25, 2014
MH370 selepas 17 hari pencarian berakhir Selatan Lautan Hindi
Malaysia Airlines deeply regrets that we have to assume beyond any
reasonable doubt that MH370 has been lost and that none of those on
board survived.
We must now accept all evidence suggests the plane went down in the Southern Indian Ocean.
We must now accept all evidence suggests the plane went down in the Southern Indian Ocean.
“This is a remote location, far from any possible landing sites,” he said. “It is therefore with deep sadness and regret that I must inform you that, according to this new data, flight MH370 ended in the southern Indian Ocean.”
The cause of the crash remains a mystery. Mr Najib said Malaysian officials will release further details on Tuesday, but it has long been thought that the flight’s most likely endpoint was in the southern of two possible trajectories; the northern trajectory was above land and would almost certainly have been picked up by radar.
But the plane remains missing and the search for the wreckage of the aircraft – and its black box – will continue.
Al-Fatihah
Wednesday, March 19, 2014
Gambar Wan Azizah berdoa resahkan BN di Kajang
Malaysiakini: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa Puteri Umno
mengingatkan pengundi Kajang supaya tidak termakan dengan papan bilboard
yang memaparkan foto calon PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail yang sedang
berdoa.
Muhyiddin berkata sebagaimana gambar itu menunjukkan Wan Azizah berhak menagih simpati, tetapi kes liwat II membabitkan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ada kena mengena dengan BN.
"Mereka kata sebab MH370 cerita tu lebih besar dari (cerita) Datuk Seri Anwar jadi nasib dia tak terbela. Itu sebab (gambar) Datuk Seri Wan Azizah berdoa. Itu tak ada masalah, kita setuju dan kita simpati. Tapi ini sistem keadilan negara kita."
"Dia diberi peluang di mahkamah jadi pertahankanlah di mahkamah. Di luar ni rakyat bukan hakim. Kenapa nak tuduh kita? Beritahu kakak-kakak semua jangan percaya.
"Jangan fikir tengok gambar alahai, guna sentimen, konon tunjuk kezaliman (BN). Itu keputusan mahkamah," kata Muhyiddin. [Baca berita penuh]
Bercakap di majlis perjumpaan dengan jentera Puteri Umno di Prima Saujana, di Kajang hari ini, Bernama melaporkan Muhyiddin berkata sokongan terhadap BN telah meningkat secara luar biasa dalam pilihan raya kecil (PRK) DUN Kajang, Ahad ini.
Katanya, berdasarkan maklum balas daripada Umno dan MCA, sokongan terhadap calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun bertambah baik setelah sembilan hari berkempen.
"Sokongan Chew semakin hari semakin baik dan kita mesti teruskan untuk mencapai kemenangan," katanya.

Tuesday, March 11, 2014
Jejak Pesawat MH370: Makin Dekat atau Makin Tersasar
Perkembangan semasa pencarian pesawat Malaysia Airlines MH 370 yang pastinya penunjuk keduduknya yang semakin dekat atau makin melencung.
Berikut berita utama antara bangsa:
CNN: Interpol 'terima' kehilangan pesawat Malaysia Airline tiada unsur pengganas.
Telegraph: Tentera Malaysia kesan jejak terakhir pesawat menukar arah beratus kilometer.
The Mirror: Misteri: seorang penumpang Malaysia Airlines ada 'deringan telefon'

Monday, March 10, 2014
MH370 : Kenapa Saya Hairan...
Berlaku sesuatu isu,baik yang isu kecil atau isu yang besar,dizaman sekarang orang banyak nak tahu,banyak persoalan atau banyak nak ditanya dengan sesuatu isu... Kerajaan harus ingat sekarang 2014 bukan tahun 1914. Perpatah sekarang mengatakan "Maklumat hanya dihujung jari" so tak perlulah berahsia teramat sangat dalam perkara yang tak perlu dirahsiakan,kelak ianya akan memalukan negara balik...
Persoalan demi persoalan mulai timbul berkaitan pesawat #MH370yang dilaporkan hilang dah masuk hari ke-3 dan pihak-pihak media seluruh dunia sudah tahu kejadian ini,cuma keadaan atau situasi sebenar yang masih menjadi tanda tanya, apabila ada tanda tanya..maka wajar diperjelaskan tapi jika tiada penjelasan dan jawapan maka akan timbul rasa "Hairan"
Orangni kongsikan 26 rasa hairan dalam kejadian berkaitan...
( Rasa hairan...bukan spekulasi...hahaha...)
Saya rasa hairan :
(1) Kenapa Malaysia hantar ahli keluarga mangsa ke Beijing sedangkan China tidak menghantar ahli keluarga mangsa ke Malaysia walhal kawasan pesawat hilang lebih dekat kepada Malaysia.
(2) Mengapa ahli keluarga dihubungi dan diarahkan menyediakan passport untuk ke lokasi kejadian yang akan diberitahu kemudian. Kalau korg kerja dengan syarikat penerbangan tu, lokasi korang tak tahu tapi logik tak korang call ahli keluarga mangsa dan cakap akan dibawa ke lokasi kejadian yang akan diberitahu kelak.
(3) Media Malaysia dan China kedua-duanya dihalang daripada menemuramah ahli keluarga mangsa.
(4) Media terlalu kerap mengungkap jangan percaya kepada spekulasi malah seorang menteri cakap dalam temubual telefon agar rakyat rely on RTM sahaja kerana RTM ada saluran rasmi untuk dapatkan maklumat terkini, tapi RTM pun tidak dibenarkan interview ahli keluarga mangsa.
(5) Hampir kesemua ahli keluarga mangsa tak nak di temuramah, ini pelik.
(6) Gambar yang ditayangkan media pun gambar yang sama (beberapa orang). Gambar lain macam takde pula.
(7) Dalam sidang media terakhir kalau korang tengok la, ada seorang reporter tanya kalau boleh mereka dapatkan rakaman cctv, tapi seorang panel cakap tak boleh atas sebab keselamatan (security policy).
(8) Beberapa jam selepas sidang media terakhir itu, The Guardian melaporkan 2 penumpang (warga Austria dan Itali) sebenarnya tidak menaiki pesawat dan mereka telah kehilangan passport di Thailand
(9) Bukan ke sepatutnya kumpulan keselamatan di Malaysia investigate rakaman cctv di KLIA terlebih awal, dan verify setiap penumpang (list inspection) sewaktu menghubungi ahli keluarga (well boleh call embassies juga untuk verify). Kenapa The Guardian yang dapat tahu dulu ye? Ke memang kita tak buat security check yang teliti?
(10) Since rakyat dah tahu ada dua penumpang pakai passport curi, sekarang takde pula update berita terbaru tentang isu ni. Selalunya kalau emergency, sampai esok pun berita ada update tak berhenti. At least keluarkan rakaman cctv dua suspek yang menggunakan passpo rt curi itu. Tak tahu la kalau KLIA takde cctv atau pasukan keselamatan kita tidak cekap untuk investigate bab cctv ni. Footage rakaman cctv kapal terbang berlepas pun tak boleh tunjuk? Hmmm entah.
(11) Sepanjang berita pasal MH370 ni, kita banyak tengok footage media dalam bilik berita, sidang media dan kat airport je. Korang tak perasan ke kalau kes bencana macam ni media akan ikut pasukan keselamatan ambil footage atas helikopter ke, kapal laut ke, interview ketua pasukan pencari dan penyelamat atas kapal ke, kat jeti ke.
(12) Dalam salah satu sidang media juga panel ade jawab bahawa Malaysia mencari di perairan Malaysia dan Vietnam mencari di perairan Vietnam, tapi kalau korang tengok laut di selatan Ca Mao itu juga bersempadan dengan Thailand. Jadi perairan Thailand Gulf siapa yang cari? Thailand tak umumkan pun nak join aktiviti mencari.
(13) Awalnya angkatan tentera Vietnam bagi laporan pada media kapal terhempas di laut selatan Ca Mao, tapi Malaysia nafikan dan panel sidang media sendiri cakap authoriti Vietnam (means Kerajaan Vietnam) tidak mengesahkan berita itu. Kerajaan Vietnam dengan Tentera Vietnam ni ade krisis ke? Pelik kan.
(14) Kemudian pasukan tentera Vietnam cakap jumpa dua tompok tumpahan minyak di laut selatan Ca Mao, tapi peliknya takde footage video rakaman tumpahan minyak itu juga. Yang ada hanya gambar itupun bukan gambar rasmi daripada media Vietnam. Dalam hal kecemasan begini selalunya media mesti sibuk ikut pasukan keselamatan rakam video kerana merekalah mata rakyat agar menjadi bukti betapa realnya bencana yang menimpa.
(15) Laporan berita akhir tengah malam tadi, pastu sampai sekarang 4.50 pagi tiada update, well selalunya kalau bencana macam ini bilik berita tidak akan berehat.
(16) Temuramah dengan seorang pakar penerbangan (bekas juruterbang MAS) yang juga merupakan kawan kepada juruterbang senior dalam pesawat yang terlibat nampak cool, begitu juga seorang panel dalam sidang media petang semalam (siap makan gula-gula).
(18) Kita duk dengar negara itu hantar kapal, negara ini ha ntar jet, tapi footage media (video) kapal-kapal tu takde pon. Dan lebih pelik Thailand dan Brunei tidak turut serta dalam usaha mencari pesawat. Singapore, Vietnam, US dan Filipina yang lebih jauh join.
(19) Sampel tumpahan minyak di Vietnam dikatakan sedang diuji, sampai sekarang takde news update. Hmm macam tak emergency.
(20) Cerita di laut Vietnam belum habis tapi Malaysia dah umumkan usaha mencari diperluas ke Selat Melaka. Wow. Thailand Gulf yang dekat dengan Selatan Ca Mao tu tak nak carik ke?
(21) Go watch more news on airplane crashes worldwide then try to compare. Our news mostly kat bilik berita, sidang media dan airport.
(22) Media keep repeating (emphasizing) from late afternoon to night two things which are mereka tidak dibernarkan masuk ke dalam bilik ahli keluarga menunggu dan jangan percayakan spekulasi. I also wonder kenapa susah sangat nak dapat rakaman interview ahli keluarga mangsa sedangkan ia dianggap risiko bencana.
(23) Ahli keluarga co-pilot pun tak nak ditemuramah. Kenapa semua orang tutup mulut eh? Selalu anak hilang dalam hutan beberapa jam mak ayah gerenti dah nangis-nangis keluar media kan?
(24) You try la analyse all the news. The subjects, the contents, the presentations, the faces on the news, etc.
(25) I just want to share with you that all these questions are bewildering and they make "sel-sel otak tidak dapat berhubung". Some can be relevant and some can be not, and it depends how different our "sel-sel otak berhubung".
(26) Don't get me wrong, I didn't say it is a conspiracy or what not, I just wonder about all these weird news because I watched them all and still waiting the updates because I do care like all of you do.Wallahu'alam..
Via Whatsapp
Info bergambar yang menghairankan..
![]() |
| Mengapa kemungkinan Juruterbang membunuh diri di paparkan dalam akhbar yang dipercayai Utusan Malaysia..?? Tidak-kah ini mengundang spekulasi kepada waris mangsa...?? |
Monday, January 6, 2014
Khalid Samad: Mufti menyalahi ajaran Al-Quran dan As-Sunnah
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini
mengecam Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dan bekas Mufti Johor
Datuk Nooh Gadot ekoran kontroversi kalimah Allah sekarang ini dan
perhimpunan Turun.
“Kalimah Allah dijadikan isu. Bekas Mufti kata kufur kalau benarkan.
Nabi (Muhammad saw) tidak halang. Para sahabat (Nabi) tidak menghalang.
Oooi bekas Mufti, depa semua kufur ke?” kata Khalid yang juga timbalan
pesuruhjaya PAS III Selangor dalam laman mikro blog, Twitter.
Pada hari Khamis, Harussani turut mengecam kumpulan TURUN yang berdemonstrasi membantah kenaikan harga barang di Dataran Merdeka di ambang kemerdekaan. Mufti Perak berkata: “Sepatutnya semua peserta perhimpunan ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan dari hukum syarak, dihalalkan darah golongan bughah.”
Khalid juga membidas terhadap Harussani dan menyatakan Harussani ialah seorang mufti bahlol ekoran label bughah yang diberikan Harussani terhadap peserta perhimpunan Turun.
“Ada pula mufti yg halalkan darah peserta TURUN! Nak gambarkan Islam kejam dan sifat diktator! Kononnya bughah. Mufti bahlol disayangi UMNO! Mufti tak tahu ke, tegur pemerintah adalah wajib? Itu kerja mufti tapi tak buat kerana sibuk mengampu. Maka rakyat buat! Bughah bila bersenjata,” kata Khalid.
Celahan seorang pengguna Twitter menuduh Khalid menyokong gereja Kristian dalam isu kalimah Allah.
Pengguna Twitter itu @jackfadzli berkata: Baguslah sokong puak-puak gereja. Bagi cucu hang baca dak lagi Bible?”
Khalid lantas menjawab: “Quran dah cerita apa yg dceritakn dlm Bible. Tak baca Quran?”
FreeMalaysiaToday

Wednesday, December 11, 2013
Zaid: Tanpa Umno, melayu akan lebih bertamadun
Tanpa UMNO, orang
Melayu akan menjadi lebih lebih baik dipersada dunia tegas Datuk Zaid Ibrahim di blognya lalu yang disiarkan MalayMail hari ini. Malah ujar Zaid kaum dominan di negara ini
bukan sahaja akan lebih berpendidikan dan bebas daripada rasuah dengan nilai
bangsa yang merendah diri dan beragama, tanpa perlu sikap untuk
menunjuk-nunjuk.
Bagi majoriti orang Melayu , Zaid berkata , terdapat sedikit manfaat untuk diberikan kepada kalangan penyokong Umno keseluruhan, kecuali penciptaan segelintir " hartawan dan jutawan Melayu segera".
Bekas Menteri Kabinet, dalam tindak balas kepada semangat berapi-api yang retorik pembela Melayu yang diucap pada perhimpunan agung ke-67 Umno minggu lalu. Biarpun catatan blog sini akan menyerlahkan kepincangan demi kepincangannya, namun beliau berkeyakinannya UMNO tidak akan mengubah belangnya.
"Kebenarannya parti pelampau biru, perkauman dan peralatkan agama. Presiden Umno boleh membantah dan mengatakan UMNO bukan sebuah parti perkauman , tetapi ia cuma andaian. Ia tidak berbeza daripada pihak yang lain dengan idea-idea haluan kanannya.
"Ia adalah satu parti yang menjurus kepada sentimen agama dan bangsa, dan tidak berasa bangga menyerang pihak lain atas alasan agama dan perasaan dia pihak benar," ujar beliau dengan sinis.
Menyelar parti itu perkauman itu yang menegakkan "idea-idea satu pihak saja yang benar ". Dalam persidangan para perwakilan bagaikan juara menyerang kalangan kaum cina manakala kalangan orang melayu penganut Syiah tetapi itu sekadar wayang merekalah lebih Islamik. Maka isu-isu sebenar yang dihadapi rakyat Malaysia hari ini bagai tidak berlaku.

Kemudian, kita dikejutkan dari Presiden UMNO: “Tanpa Umno ke manakah orang Melayu”,
Bekas menteri
undang-undang memberi jawapan ringkasnya adalah bahawa orang Melayu masih
Melayu tanpa Umno. Tanpa
Umno, tidaklah orang Melayu terlalu merosot segala bidang melainkan demi kepentingan politik pihak tertentu.
"Pendek kata, tanpa Umno orang Melayu akan menjadi makhluk yang lebih bertamadun, " katanya dalam entri terbarunya yang agak keras.
Persidangan Agong UMNO lalu meletakkan Islam agenda utamanya dengan deklarasi Najib mengumumkan untuk meminda perlembagaan parti untuk menerima pakai peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama persekutuan.
Pindaan ini juga akan termasuk ungkapan " Sunnah wal Jamaah " khusus menentukan Islam anutan oleh parti politik yang paling berkuasa di negara ini.
Nada yang keras Zaid mempersoalkan mengapa Umno tidak buat disepanjang kekuasaannya melakukan perkara yang sama undang-undang tertinggi di negara ini .
"Definisi yang dikatakan boleh menjadikan Islam dan umat Islam yang lebih baik dengan pengubalan pindaan itu adalah pemikiran cetek" katanya.
Selanjutnya dari blog Zaid Ibrahim

Thursday, December 5, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)