Wednesday, July 25, 2012

Fitnah Ulamak Umno, Fathul Bari sebenarnya mekap!

Diatas itu ialah fitnah yang telah dilontarkan oleh salah seorang anggota Ulama Muda UMNO (ILMU), Ustaz Ahmad Fauzan Yahya terhadap Ketua Pemuda PAS.

Beliau tanpa ada rasa segan silu dan takut terhadap dosa sanggup memfitnah Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasharuddin Hassan.

Apa yang tertulis dalam kenyataan di FB miliknya itu ialah beliau terkejut apabila melihat Ketua Pemuda PAS membenarkan dirinya disolek oleh jurusolek perempuan pihak Astro Awani.

Oleh itu beliau mengucapkan tahniah kepada sahabatnya Fathul Bari kerana memilih untuk menyolek diri sendiri kerana bimbang tersentuh dengan wanita.

Tambahnya lagi.. "apa guna memperjuangkan Islam, seandainya hal semudah ini (bersentuh kulit) tidak dapat dijaga, renung-renunkan...."
Bagaimanapun fitnahnya itu telah terbongkar dalam masa yang singkat dan lebih memalukan lagi bilamana individu yang membongkarnya adalah seorang yang bukan berugama Islam..

Seorang jurugambar Astro Awani yang bukan berugama Islam telah menyebarkan gambar sebenar apa yang telah berlaku sebenarnya..

Ujar juru gambar Astro itu " Sebagai Manusia saya tidak sanggup lagi melihat manusia-manusia yang baik seperti Ustaz Tantawi di tomah dan fitnah oleh manusia-manusia yang jahat ini, sebab itu saya serahkan gambar ini kepada tuan-tuan saya tak kesah kalau saya dibuang kerja oleh pihak Astro. Walaupun saya bukan beragama islam tapi saya tahu Tuhan akan bantu saya. Saya boleh cari kerja di tempat lain."

Ini gambar sebenar...
Siapa sebenarnya yang membenarkan dirinya disolek oleh jurusolek Astro Awani? Ketua Pemuda PAS atau Ketua Ulama Muda UMNO?

Itulah.. nak fitnah tu agak-agak lah...tapi betul ke Ahmad Fausan tu seorang Ustaz? kalau Ustaz tentu dia tahu apa hukumnya menyebar fitnah..

Takkan dia tak tahu Allah telah berfirman..

Orang yang memfitnah orang mukmin (yang lelaki) dan mukminah (yang perempuan), kemudian mereka tidak bertaubat, bagi mereka azab jahanam dan neraka yang membakar. Al-Buruj : 10

Kalau Ustaz sekalipun apa yang kita nak hairankan.. seperti yang ada dalam UMNO sekarang ni seperti Mashitah dan Jamil Khir tu.. berkawan dengan orang-orang UMNO perangai pun dah sama macam pemimpin-pemimpin UMNO..

Baik dari Presiden hingga kepada pencacainya termasuk Blogger upahan mereka fitnah itu dah jadi darah daging mereka..
s

Monday, July 16, 2012

Ribuan manusia di wacana Ostad Kazim di Seri Manjung.


Dalam Dewan Merdeka Manjung... banyak kerusi dari orang
Hanya kerusi menonton
Terima Kasih buat Media Perak tolong ambik gambar....

Sunday, July 15, 2012

Diusir kerana kata 'Utusan ajar putar-fakta'

Kerana menyiarkan laporan ini.. wartawan Malaysiakini dihalau dari Konvensyen Media Sosial 1Malaysia

 Ahmad Fadli Jul 14 2012. Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia, Datuk Mohd Zaini Hassan berkata pengamal media dibolehkan "memutar" fakta untuk membentuk gambaran yang diingini kepada khalayak.

Menurutnya, langkah itu adalah "serangan berhemah" kepada pembangkang yang kini menguasai persepsi umum sehingga menyebabkan kerajaan BN "dibicarakan" dalam ruang politik negara.

"Dalam bentuk penulisan kita ada; satu fakta, satu spin (putar fakta), satu lagi blatant lie (pembohongan terang-terangan). Dari segi perang psikologi kita jangan ikutlah blatant lie, kita jangan tulis pembohongan. Kita boleh spin, macam mana kita nak spin sesuatu fakta tersebut memihak kepada kita, itu OK," kata Zaini.

Beliau turut mengakui kelebihan kini berpihak kepada pembangkang dalam perang psikologi politik menerusi media sosial.

"Kalau kita lihat sebelah sana, media (mereka) tidak tengok duit. Di sana mereka kerja dengan hati, perasaan, dan fisabilillah (di jalan Allah).

"Tetapi kita di sini, minta maaf kalau saya cakap, tidak ada duit tak jalan (jentera)," kata Zaini sewaktu bercakap pada forum Media Sosial: Mengurus Isu, Menangani Persepsi dan Emosi Rakyat di Kuala
Lumpur.

NONEZaini yang popular dengan kolum Cuit dalam akhbar Utusan Malaysia turut mengakui bahawa media kini memainkan peranan yang jauh lebih penting berbanding faktor wang dan jentera dalam memenangi pilihan raya.

"Dalam konteks Malaysia, media dah jadi tempat pertama (dalam memenangi pilihan raya)," kata Zaini.
Ketua Sekretariat Himpunan Ulama Muda Umno, Fathul Bahari Mat Jahaya yang turut menjadi panelis forum pula menggesa pengamal media sosial agar memeriksa fakta di sebalik sebarang dakwaan yang bersifat politik.

"Islam dan agama lain ajar kita kalau ada tohmahan, kita kena ada
bukti sama ada ia benar atau tidak benar," katanya.

Pada masa yang sama, beliau juga menggesa pengamal media sosial pro-BN supaya mengamalkan "muslihat" dalam perang psikologi terhadap pembangkang. Menurutnya, Nabi Muhammad turut mengamalkan muslihat dalam peperangan dengan menghitamkan rambut tentera Islam yang berusia agar kelihatan muda dan gagah pada mata musuh.

Wednesday, July 4, 2012

Hamidah Tipiskan Peluang Umno Di Sungai Rapat

Ahad 1 Julai Pagi kelmarin Hamidah BP telah mengarahkan beberapa SAR di DUN Sungai Rapat ini untuk ikut sama berhimpun dalam demo mempertahankan SAR Desa Aman.

Konon katanya perhimpunan melibatkan 700 orang mewakili 40 NGO! Ha! ha! ha! rupa-rupanya habih SAR dikerahkannya! Antaranya ialah SAR Pengkalan Gate, SAR Ara Payung, SAR Cangkat Larang, SAR Desa Aman, SAR Seri Bayu, SAR Lahat Baru, SAR Seri Jaya, SAR Sg Rokam ...

Sepatutnya, sekurang-kurangnya mestilah ada 40 sepanduk untuk membuktikan penglibatan 40 NGO tersebut! Masakan Hamidah tidak mampu nak tempah 40 sepanduk untuk 40 Ngo tersebut? Ha! ha! ha! cerita Ali Baba dan 40 penyamun pun ada 40 tempayan...Kesian Hamidah BP! 
Hamidah BP siap bagi amaran : Jika Radhi Zainon dan Lee Bon Chye masih berdegil untuk mengganggu pembinaan Sekolah Agama Rakyat maka mereka sanggup bermandi darah kerana mempertahankan Agama Islam adalah wajib bagi umat Islam.Ha! ha! Hamidah... ko tu dah menopos, mana ada darah mengalir lagi? Ha! ha! ha! Lihatlah di sini

Inilah perangai Umno/BN yang sering mendabik dada konon memperjuangkan Islam padahal sebenarnya merekalah yang siang malam berusaha meruntuhkan agama Islam tanpa mereka sedari.
Sikap mereka tidak ubah sebagaimana gambaran yang Allah perjelaskan kepada kita melalui ayatnya dalam surah al-Baqarah yang bermaksud,

“Dan apabila dikatakan kepada mereka janganlah kamu melakukan kerosakan di muka bumi, mereka menjawab, sesungguhnya kami hanya melakukan kebaikan.”(11)

“Ketahuilah bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenarnya melakukan kerosakan tetapi mereka tidak menyedarinya.”(12)

Dimanakah Hamidah yang konon nak berjihad mempertahankan SAR ini ketika Dr Mahathir mengumumkan pemberhentikan bantuan perkapita kepada SAR pada 25 Okt 2002 lalu?

Hamidah BP dan konco-konco Umnonya termasuk puak Pakida (ada yang panggil Pukida), jangan cuba berlagak juara dan prihatin konon mahu membela SAR sedangkan sebelum ini merekalah yang menjadi `penghalang' dan menindas SAR dengan menafikan pemberian per kapita tersebut.

Umno/BNlah yang menyekat bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat dahulu hingga menimbulkan masalah dan kerumitan kepada sekolah dan juga para guru yang bertugas di Sekolah-Sekolah Rakyat.

Sewaktu Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah Negeri Perak pada tahun 2008, bantuan berjumlah RM1.3juta kepada 18 buah sekolah Agama Rakyat di Negeri itu telah dikembalikan semula.

Ada DAP tentang? Ada ker Dr Lee Boon Chye menghalang? Bab kerja-kerja menghalang ni hanya Umno sahaja yang sanggup buat.

Kerajaan Pakatan Pulau Pinang bawah Lim Guan Eng yang Umno tuduh Kafir Harbi itu meningkatkan bajet pembangunan dan pentadbiran Islam ke RM 24 juta setahun berbanding RM 12 juta semasa di bawah Umno-BN dulu.

Lim guan Eng mengeluarkan bantuan yang besar kepada Islam. Dia memberi RM500 kepada pelajar Maahad Tahfiz yang menghafal Al-Quran 30 Juz.Adakah negeri Perak dibawah Khalifah Zambry ini berbuat begitu?

Tidak masuk akal sama sekali jika PAS dikatakan bersekongkol dengan Cina Kafir Harbi mahu meruntuhkan bangunan SAR di Tmn Desa Aman semata-mata mahu menjaga kepentingan politik.Inilah tuduhan jahat yang cuba dimainkan oleh Umno/BN khususnya oleh Adun Sungai Rapat Hamidah BP.

Isu pembinaan SAR Tmn Desa Aman ini adalah sekelumit sahaja.Tapi oleh kerana sikap bodoh sombong Hamidah BP dalam menyelesaikan isu tersebut, keadaan telah menjadi semakin rumit.Inilah kegagalan ketara Hamidah BP dalam menangani isu rakyat semata-mata kerana mahu menggunakan kuasa yang ada padanya.

Hamidah BP terlalu sombong dan tidak mahu melayan memo yang dihantar oleh penduduk Cina yang membantah kerana projek tersebut tidak mengikut prosedur yang sepatutnya.Mereka menghantar memo meminta supaya diadakan dialog bersama dengan Datuk Bandar dan Adun Sungai Rapat.

Apabila tidak mendapat layanan Hamidah BP, barulah mereka ini terpaksa meminta bantuan Ahli Parlimen mereka iaitu Dr Lee Boon Chye untuk merintis jalan bagi mengadakan pertemuan dengan Hamidah BP.Ini pun tidak diperdulikan oleh Hamidah BP.

Maka, tiada jalan lain, penduduk berkenaan telah membuat sidang akhbar bersama Dr Lee Boon Chye dan Radzi Zainon dari PAS.Hanya surat khabar Cina yang hadir dan membuat liputan mengenainya.Akhbar Melayu? Entahlah... mereka nampaknya tidak berminat untuk membuat liputan walaupun telah dipanggil.



Sidang akhbar inilah yang Umno tuduh Kafi Harbi buat demo

Setelah heboh keluar beritanya di akhbar Cina, maka melentinglah Hamidah BP dan menuduh mereka membuat demontrasi membantah pembinaan SAR. Akhbar Melayu hanya mengutip berita dari blog penjilat Hamidah BP yang memfitnahkan sidang akhbar itu sebagai ‘demonstrasi’ membantah pembinaan SAR di Tmn Desa Aman.

Maka bermulalah seruan Jihad Umno yang kononnya mahu mempertahankan SAR Desa Aman dari perobohan dari Cina Kafir Harbi.Isu perkauman dan ugama dilaung-laungkan.

Walhal sebenarnya, orang-orang Cina itu sendiri tidak pasti bahawa bangunan yang tiba-tiba dibangunkan diatas padang permainan mereka itu adalah bangunan SAR.Tidak ada papan tanda memaklumkan mengenai projek tersebut.Mereka mahukan kepastian mengenainya dan bertanyakan kepada Adun di situ iaitu Hamidah BP.

Tapi sayangnya, seperti yang saya katakan sebelum ini, kerana sikap angkuh dan sombongnya, Hamidah BP telah bertindak bodoh dan tidak hiraukan memo rakyat sebaliknya mengambil sikap bermusuhan dan memainkan isu perkauman dan ugama untuk meraih simpati orang-orang Melayu.

Betulkah projek tersebut telah mengikut prosedur biasa atau ikut pintu belakang sahaja? Sebagai Exco Kanan Negeri Perak, Hamidah BP boleh lakukan ini semua melalui kuasa yang ada padanya.Tapi sayang, dia terlalu angkuh dan tidak mahu berunding dengan rakyat dalam isu tersebut apabila diminta.

Malah kedatangan mereka sewaktu dia mengadakan majlis tamah mesra dan dialog bersama rakyat di situ, mereka telah di usir begitu sahaja dan menuduh mereka menceroboh majlis tersebut.Masuk akaikah kalau orang Cina akan memberikan undi mereka kepada Hamidah BP dalam PRU akan datang?

Zambry kena fikirkan perkara ini dan cari calon lain yang ada kriteria sebagai winable candidate. Hamidah sudah menjahanamkan peluang Umno di DUN Sungai Rapat ini.

Friday, June 29, 2012

Pemuda tidak bergerak, Najib macam kisah Ahmad Albab

Beberapa orang bertanya kepada saya samada saya benar-benar yakin yang BN akan kalah dalam pilihanraya yang akan datang ini. Mereka bertanya samada saya hanya berkata-kata untuk menyedapkan hati saya. Mereka bertanya samada saya komited dengan apa yang saya katakan yang UMNO Baru akan tumbang dalam pilihanraya ini.

Jawapan saya senang sahaja. Yang pasti UMNO Baru sudah pun tumbang kerana sekarang ini kita tidak nampak lagi ciri-ciri UMNO yang ada pada UMNO Baru yang tertubuh pada bulan Februari 1998 itu. Nama UMNO itu memang ada tetapi UMNOnya sudah tidak ada lagi.

Jika benar UMNO itu masih ada, kita tidak akan mengalami keadaan kegusaran di kalangan pemimpinnya kerana UMNO itu pada hakikatnya merupakan parti baik pada asalnya. Tetapi segala apa yang ada pada asasnya dalam UMNO itu sudah tidak wujud lagi. Jika UMNO itu masih wujud pilihanraya sepatutnya telah diadakan tetapi oleh kerana ‘attribute’ UMNO itu sudah tidak wujud lagi maka pilihanraya masih belum dapat di adakan.

Saya berkata demikian kerana UMNO yang hakiki itu tidak takut untuk memanggil pilihanraya kerana UMNO itu mempunyai ‘attribute’ yang baik pada asalnya dan rakyat tidak teragak-agak untuk menyokongnya. Tetapi parti yang bernama UMNO sekarang ini sentiasa dalam kegelisahan untuk menghadapi rakyat dan jika ia berada di dalam kegelisahan itu bukannya UMNO.  UMNO itu hanya wujud pada kulitnya sahaja.

Lagi pula kita boleh lihat sekarang, kita  tidak melihat ahli-ahli UMNO memakai baju-T parti itu lagi. Tidak seperti dulu.. ahli-ahli UMNO sendiri malu untuk mengenakan baju-T parti itu kerana mereka tahu parti itu menjadi alat dan bahan lawak oleh rakyat yang sudah bermaklumat. Mereka tidak lagi memandang tinggi kepada UMNO itu dan ini disedari oleh pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli parti itu sendiri.

Kalau dahulu anak-anak muda berbangga mengenakan pakaian yang berlambangkan UMNO tetapi kini mereka tidak mahu mengenakan pakaian berlambangkan UMNO itu dikhalayak ramai. Selalunya apabila ‘mood’ pilihanraya sampai anak-anak muda akan mengenakan pakaian UMNO itu dengan bangga dan megah.

Sekarang ini pemuda-pemuda UMNO sendiri menyorok-nyorok apabila mengenakan pakaian UMNO itu. Ini  merupakan keadaan yang sangat berlainan semasa dahulu. Itulah sebabnya saya katakan UMNO itu sudah mati dan tidak bernyawa lagi. Dalam pada kita sedang tertunggu-tunggu pilihanraya ini, kita tidak mendengar suara Ketua Pemuda nya akhir-ahir ini.

Saya kadang-kadang tidak teringat kepada Ketua Pemuda UMNO Kebangsaan kerana sudah lama kita tidak mendengar suaranya sekarang ini. Dalam pengalaman dahulu, dalam keadaan  sekarang pemuda itulah yang nampak bergerak dan bergiat di mana-mana. Jika scenario ini berterusan maka saya berkeyakinan yang UMNO akan menjadi sejarah tidak lama lagi. Ketua Pemuda UMNO tidak nampak dimana-mana akhir-akhir ini. Mungkin beliau tidak berapa sihat agaknya.

Kita tidak nampak lagi pemuda-pemuda di cawangan-cawangan bergerak seperti dahulu. Yang bergerak sekarang hanyalah Presidennya dan kadangkala Timbalam Presidennya sahaja. Bagaimana sebuah parti yang mengaku gagah  perkasa tidak bergerak diperingkat akar umbi?

Sekarang ini hanya Najib sahaja yang berusaha melakukan semua kerja sedangkan ahli-ahli dan pimpinan di bawah tidak berbuat apa-apa.. Najib ini seperti peranan Syawal ibni Zulkaedah di dalam filem arahan P. Ramlee, Ahmad Albab… semua kerja Syawal yang buat..Najiblah manager, Najib jugalah postman, Najib jugalah kerani dan Najib jugalah jadi jaga! Syawal berkahwin dengan Mastura dengan mas kawinnya FREE.

UMNO mempunyai ahli seramai 3.3 juta orang, tetapi tidak bergerak diperingkat akar umbi. Jadi UMNO itu ibarat seorang yang gemuk dan mempunyai tubuh yang besar tetapi mereka tidak dapat bergerak kerana berat badan yang keterlaluan. Ia seolah-olah seorang badan yang besar tetapi apabila berjalan mengheret kaki dan tidak berdaya untuk membuka langkah.

Sesungguhnya UMNO mampu jika pemimpin-pemimpin sekarang mahu berkorban untuk menyelamatkan parti itu. Tetapi semua tahu yang mereka (pemimpin-pemimpin) tidak mahu berkorban untuk keselamatan parti mereka. Mereka sanggup melihat parti mereka tersungkur, namun untuk berkorban tidak sekali.

Barisan pimpinan tertinggi UMNO masih dalam ‘denial syndrome” dan tidak mahu mengaku yang mereka sedang ditolak oleh rakyat yang mengundi. Keahlian yang ramai berjuta orang itu tidak dapat membantu pimpinan untuk memenangkan UMNO itu. Malah keahlian yang ramai itu menjadi beban kepada parti itu dengan masalah dalaman yang berlaku disetiap peringkat parti itu.

Jika keahlian yang ramai itu boleh diharapkan untuk memenangkan UMNO tidak mungkin parti itu menjadi sebegini lemah. ‘Bottom line’nya ialah apakah keputusan rakyat apabila sampai dalam bilik mengundi itu.

Apabila sampai dalam bilik mengundi, semasa itu tidak ada lagi ahli UMNO atau apa-apa parti sekali pun. Pengundian akan digerakkan oleh perasaan yang ada dalam naluri masing-masing pengundi.

Kita mesti ingat seramai 1.5 juta ahli UMNO memilih untuk menyokong calon pembangkang dalam PRU yang lalu. Apakah UMNO mampu untuk menghalang perkara yang sama dari berlaku dalam PRU yang akan datang ini? ‘Intuition’ saya berkata tidak ada siapa yang mampu untuk menghalang ahli-ahli UMNO memberikan undi kepada calon pembangkang.

Najib dan Muhyiddin tidak mampu untuk menghalangnya walaupun berbagai-bagai cara untuk membeli perasaan rakyat sedang dilakukan oleh mereka. Kebarangkalian andaian saya ini salah adalah kecil. Walau bagaimana sesiapa pun boleh tidak bersetuju dengan pandangan saya ini.

Saya bukan orang pandai tetapi pengalaman menghadapi isu ini ada sikit-sikit kepada saya dan ramai lagi dari kalangan orang UMNO sendiri. Begitulah jawapan saya kepada beberapa orang yang bertanya saya semalam. Aspan Alias

Wednesday, June 20, 2012

WWW1: Tindakan polis pilih bulu

Dewan Pemuda PAS Perak mendedahkan akhbar Kosmo sudah lama memainkan isu bidaan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1. Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, sejak 8 April akhbar kepunyaan anak syarikat Utusan Malaysia itu telah mensensasikan isu bidaan ini.


“Saya hairan kenapa dalam banyak-banyak media perdana, Kosmo sahaja yang terlalu teruja memainkan isu ini.

“Umum mengetahui Kosmo adalah merupakan anak syarikat Utusan dan kami melihat seolah-olah ada seseorang di belakangnya yang cuba bermain api,” katanya ketika sidang media selepas Mohammad Nizar selesai memberikan keterangan kepada polis di Pejabat PAS Perak, semalam.

Dalam Kosmo bertarikh 8 April, akhbar itu telah mula menimbulkan isu ini dengan menggambarkan akan berlaku catatan rekod bidaan tertinggi.

Seterusnya pada 25 Mei Kosmo telah mendedahkan bahawa Sultan Johor telah memenangi bidaan plat kenderaan WWW 1 dan dalam keluaran itu juga Kosmo secara sinis telah menggambarkan nilai bidaan tersebut.

Pada 28 Mei pula, Kosmo sekali lagi di ruangan karikatur telah membincangkan tentang bidaan plat tersebut dan turut memainkan isu ini pada 30 Mei di mana Dewan Pemuda PAS Perak telah membuat laporan polis berhubung keluaran itu.

Kosmo pada keluaran 31 Mei cuba melagakan Ahli Parlimen Bukit Gantang itu dengan Sultan Johor apabila mengeluarkan berita di muka depan bertajuk Mohammad Nizar kritik Sultan Johor berhubung plat WWW 1 disiasat.

Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia itu mempersoalkan mengapa Kementerian Pengangkutan di bawah menterinya Datuk Seri Kong Cho Ha yang juga Setiausaha Agung MCA mendedahkan isu bidaan ini.

“Kenapa pada 2010 isu bidaan plat ini yang mencecah RM300,000 itu rekod bidaan tertinggi ketika itu tidak tidak didedahkan kepada umum sedangkan isu bidaan plat WWW 1 yang melibatkan Sultan Johor ini didedah dan dihebahkan secara meluas?" soalnya.

Beliau hairan apakah agenda kementerian mendedahkan isu yang membabitkan Sultan Johor ini.

Mengulas lanjut, Raja Ahmad Iskandar turut mempersoalkan kenapa Menteri Dalam Negeri,  Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien tidak membuat sebarang tindakan dan kenyataan kepada Kosmo yang terang menjurus kepada Sultan Johor.

“Di mana Pemuda Umno dan Perkasa yang lantang bercakap tentang isu ini.

“Pemuda PAS kesal dengan situasi yang berlaku dan kami sangat kesal dengan sikap pihak Polis yang terbukti tidak adil dan memilih ‘bulu’ dalam mengenakan sesuatu tindakan.

Turut bersama-sama dalam sidang media itu ialah Mohammad Nizar bersama-sama peguam dan pimpinan Pemuda PAS dan Pakatan Rakyat Perak.

Tuesday, June 19, 2012

WWW1: 4 Lokasi Nizar dihendap polis Johor

IPOH 18 Jun 2012 – Tiga pejabat operasi Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin masing-masing di Pejabat PAS Negeri Perak di Medan istana,Ipoh, Pusat Khidmat Parlimen Bukit Gantang, Taiping dan Pusat Khidmat DUN Pasir Panjang, Manjung digeledah polis Johor, semalam.  Manakala kediaman Ahli Parlimen Bukit Gantang itu di Sungai Rokam di sini, beberapa anggota polis membuat rondaan di sekitar kediamannya di Sungai Rokam, namun tiada serbuan dijalankan kerana Mohammad Nizar masih berada di Parlimen semalam.

Jurucakap PAS Perak, Safarizal Saleh ketika dihubungi berkata, sepasukan polis berkenaan hadir bersama waran kebenaran daripada mahkamah yang menyatakan serbuan dibuat di lokasi berkaitan bagi mencari bahan bukti.

Bagaimanapun menurutnya, kehadiran pasukan itu yang menjalankan operasi secara serentak di empat kawasan berkenaan agak mengejutkan kerana tiada makluman awal dibuat.

Pejabat Pas Negeri di Medan Istana antara yang digeledah.“Sepanjang penyiasatan itu berlangsung, kita memberikan kerjasama yang baik, malah beberapa peguam kita turut serta dalam operasi berkenaan. Saya dimaklumkan, operasi mengambil masa antara 30 hingga 45 minit, namun tidak dapat dipastikan sama ada bahan bukti yang dicari dijumpai atau tidak,” katanya yang memaklumkan, tiada sebarang soal siasat dijalankan membabitkan kakitangan di tiga pejabat operasi berkenaan.

Safarizal berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan penyiasatan yang dilakukan, semalam berkaitan dengan isu mesej Twitter Mohammad Nizar berhubung keputusan bidaan nombor pendaftaran WWW 1.

“Meskipun didatangi secara mengejut, kita sudah berikan kerjasama, harap apa yang mereka lakukan hari ini (semalam) bukan bertujuan untuk memburukkan lagi keadaan,” katanya.

Sementara itu, di Johor, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff sewaktu dihubungi enggan mengulas berhubung perkara tersebut. Ketika serbuan dijalankan semalam, Mohammad Nizar masih berada di Parlimen.


Friday, June 15, 2012

Nizar Jamaluddin Tidak Perlu Layan Isu Plat Kereta

MSO- Mulanya saya malas ulas dan sentuh mengenai isu plat kereta WWW 1 yang membabitkan bekas MB Perak setahun Nizar Jamaluddin dengan sultan Johor. Kepada saya isu itu remeh temeh dan bukan pun membangun politik negara. Jauh sekali untuk membangun minda rakyat negara ini. Sepatutnya isu seperti itu tidak dimasuk pun dalam kepala.

Apa lah sangat dengan isu itu. Sultan Johor pun boleh biarkan begitu saja. Rasanya tidak jatuh mertabat sultan itu kalau baginda tidak murka dan ikut terpanggil dengan isu itu. Adalah bijak kalau sultan mendiamkan sahaja. Lebih bijak kalau baginda memaafkan Nizar. Rasanya bagi Nizar masih ada isu lebih besar dan penting dari isu plat kereta itu untuk beliau bercakap dijadikan modal politik.

Isunya Nizar dikatakan menulis dalam twitternya yang plat itu dibida dengan menggunakan wang rakyat. Pihak sultan menjelaskan ia dibida dengan wang sendiri. Nizar minta maaf atas salah tulis dan salah tafsirkan itu. Ia kecil saja. Isu seperti ini tidak menjadi isu pun bagi politik Barat. Tetapi kerana ada penyamun yang hendak menyamun isu menerusi isu itu ia diperpanjangkan.
  
www1
Bangkitlah rakyat yang angkat sepanduk mempertahankan sultan mereka. Yang mempertahankan sultan mereka. Yang membela sultan mereka. Baguslah. Bersungguhnya seolah-olah maruah sultan mereka sudah tercemar. Tetapi lucunya mereka bangkit begitu sekali kerana isu plat kereta. Masa isu pulau Batu Putih, isu penjulan pasir ke Singapura, isu Jambatan Bangkok mereka tidak pun bangkit pegang lembing dan kayu untuk mempertahankan sultan mereka, mempertahankan maruah Johor yang melambak ke bumi itu.

Budak kecil pun tahu

Wednesday, June 13, 2012

Blogger Penjilat Hamidah Kantoi Lagi ...

al-husseyn- Blogger penjilat Hamidah BP cuba membersihkan tuannya yang kononnya tidak terlibat dengan majlis maksiat karaoke yang diadakan pada malam jumaat 7 Jun lalu. Aku pernah cerita mengenainya di sini

Kenduri Babi Panggang dan minuman arak di Desa Pakatan hari itu pun penjilat ini cuba nak membersihkan nama Hamidah BP dari isu tersebut.Korang percayakah ?

Nanti aku akan dedahkan setiap salah laku Hamidah BP ini bila menjelanag PRU nanti. Biarkan dia terjun kedalam Sungai Rapat untuk selamatkan kemaluannya!

Bukti penglibatan Hamidah BP dengan majlis maksiat Karaoke pada malam Jumaat itu adalah jelas.Tidak perlu berselindung disebalik lalang sehelai, bau 'Babi Panggang' tetap dapat dihidu. Berselindung disebalik Rela Taman Maju Rapat sebagai mana dakwaan blog penjliat Hamidah BP sudah kantoi. Korang tengok sendiri.


Sila klik untuk besarkan

Penjilat Hamidah BP ini ingat boleh tipu setiap orang disetiap masa? Apakah kita orang tidak faham baca banner yang terpampang...anjuran Rela....Jam bermula 2.30 Petang. Itulah pembohongan Umno/BN. Sudah terkentut dan terberak masih tidak mahu mengakuinya. Korang tengoklah gambar berikut. Ha! ha! bikin malu diri sendiri!



Mej Jen. Kehormat (RELA)YB Dato Hamidah Osman Adun
Sungai Rapat juga Exco Kanan Kerajaan Negeri Perak.

Betullah anjuran Rela.Blogger penjilat Hamidah BP jangan cabar lebai tua Sungai Rokam ini, dia tahu sedikit sebanyak latar belakang Ketua Rela Tmn Maju Rapat itu kenapa dia kena singkir dari jadi jaga di Kilang Carsem. Ha! ha! ha! Jailani hoi Jailani...aku tahu ko buat apa dalam bilik itu ....ha! ha! ha!

Thursday, June 7, 2012

WWW1: Pemuda PAS Perak Kesal Polis Berat Sebelah


IPOH 6 Jun: Dewan Pemuda PAS Perak mendedahkan akhbar Kosmo sudah lama memainkan isu bidaan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1. Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, sejak 8 April akhbar kepunyaan anak syarikat Utusan Malaysia itu telah mensensasikan isu bidaan ini.

“Saya hairan kenapa dalam banyak-banyak media perdana, Kosmo sahaja yang terlalu teruja memainkan isu ini.

“Umum mengetahui Kosmo adalah merupakan anak syarikat Utusan dan kami melihat seolah-olah ada seseorang di belakangnya yang cuba bermain api,” katanya ketika sidang media selepas Mohammad Nizar selesai memberikan keterangan kepada polis di Pejabat PAS Perak, semalam.

Dalam Kosmo bertarikh 8 April, akhbar itu telah mula menimbulkan isu ini dengan menggambarkan akan berlaku catatan rekod bidaan tertinggi. Seterusnya pada 25 Mei Kosmo telah mendedahkan bahawa Sultan Johor telah memenangi bidaan plat kenderaan WWW 1 dan dalam keluaran itu juga Kosmo secara sinis telah menggambarkan nilai bidaan tersebut.

Pada 28 Mei pula, Kosmo sekali lagi di ruangan karikatur telah membincangkan tentang bidaan plat tersebut dan turut memainkan isu ini pada 30 Mei di mana Dewan Pemuda PAS Perak telah membuat laporan polis berhubung keluaran itu.


Kosmo pada keluaran 31 Mei cuba melagakan Ahli Parlimen Bukit Gantang itu dengan Sultan Johor apabila mengeluarkan berita di muka depan bertajuk Mohammad Nizar kritik Sultan Johor berhubung plat WWW 1 disiasat.

Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia itu mempersoalkan mengapa Kementerian Pengangkutan di bawah menterinya Datuk Seri Kong Cho Ha yang juga Setiausaha Agung MCA mendedahkan isu bidaan ini.

“Kenapa pada 2010 isu bidaan plat ini yang mencecah RM300,000 itu rekod bidaan tertinggi ketika itu tidak tidak didedahkan kepada umum sedangkan isu bidaan plat WWW 1 yang melibatkan Sultan Johor ini didedah dan dihebahkan secara meluas?" soalnya.

Beliau hairan apakah agenda kementerian mendedahkan isu yang membabitkan Sultan Johor ini. Mengulas lanjut, Raja Ahmad Iskandar turut mempersoalkan kenapa Menteri Dalam Negeri,  Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien tidak membuat sebarang tindakan dan kenyataan kepada Kosmo yang terang menjurus kepada Sultan Johor.

“Di mana Pemuda Umno dan Perkasa yang lantang bercakap tentang isu ini. Pemuda PAS kesal dengan situasi yang berlaku dan kami sangat kesal dengan sikap pihak Polis yang terbukti tidak adil dan memilih ‘bulu’ dalam mengenakan sesuatu tindakan.

Turut bersama-sama dalam sidang media itu ialah Mohammad Nizar bersama-sama peguam dan pimpinan Pemuda PAS dan Pakatan Rakyat Perak.