Showing posts with label Kenyataan Pemimpin. Show all posts
Showing posts with label Kenyataan Pemimpin. Show all posts

Tuesday, May 8, 2012

NST dan Rahim Noor Biadap

KUALA LUMPUR, 8 Mei: PAS akan menyaman bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor dan News Straits Times (NST) atas kenyataan tidak beradab dan melampau yang dikeluarkan terhadap Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Tuduhan yang dikeluarkan oleh beliau sangat kurang ajar dan melampau batas. Sehubungan itu, PAS Pusat menggesa agar beliau memohon maaf secara terbuka dan menarik balik tuduhan yang dikeluarkan itu kerana ianya tidak berasas dan fitnah semata-mata.

PAS turut akan mempertimbangkan saman terhadap akhbar NST yang sanggup menyiarkan berita fitnah tersebut tanpa usul-periksa,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataan hari ini.

Tuan Ibrahim berkata tindakan NST yang sanggup melaporkan kenyataan Rahim Noor telah merosakkan lagi imej akhbar tersebut yang baru-baru ini tercalar teruk kerana dibukti memutar-belitkan kata-kata Senator Australia Nick Xenophon berdasarkan kata-kata ahli parlimen yang tidak berwibawa.

“Latar belakang dan kisah silam Rahim Noor sudah diketahui umum dan sepatutnya sebagai suratkhabar yang berwibawa, penyelidikan dan semakan terhadap kata-kata beliau perlu dilakukan sebelum dipaparkan terutamanya yang berbentuk fitnah sebegini.

Jika fitnah terang-terang yang bersifat sampah sedemikian boleh dinilai sebagai berharga untuk digunakan sebagai berita utama, apakah nilai kualiti yang ada pada media milik kerajaan?” soal beliau.

Tuan Ibrahim menjelaskan bahawa menuduh seseorang individu sebagai kafir merupakan tuduhan paling berat dalam persoalan aqidah.

“Harus difahami bahawa tuduhan terhadap peribadi tidak sama dengan menuduh kumpulan. Tambahan pula kalau dalam kumpulan tersebut, memang terdapat ahlinya yang terdiri dari kalangan orang kafir.

"Maka kaedah feqah jelas menyebut sesiapa yang mengkafirkan orang mukmin, maka tuduhan kafir itu kembali kepadanya,” terang beliau.

PAS, kata Tuan Ibrahim tidak pernah membuat sebarang tuduhan kepada mana-mana individu sebagai kafir dalam mana-mana ceramah atau ucapan.

“Apa yang PAS jelaskan ialah batas-batas iman dan kufur yang menjadi sebahagian daripada silibus pengajian aqidah.  Oleh itu, fitnah Rahim Noor yang bersifat peribadi kepada Tuan Guru Nik Aziz sebagai seorang ulamak dan Mursyidul Am Parti merupakan tuduhan yang melampaui batas,” tegas Pesuruhjaya PAS Pahang itu.

PAS Pusat melalui Lujnah Guaman, katanya akan mengambil tindakan undang undang kepada Rahim Noor dan NST dalam masa terdekat.

“Ucapan melampau sedemikian tidak boleh disuburkan sebagai budaya di negara kita. Ahli-ahli PAS diseru fokus pada kerja pilihanraya kerana ini sebahagian mainan media untuk mengalihkan fokus utama kita, di saat menjelang PRU ke 13,” nasihat beliau.

Monday, May 7, 2012

Imej polis makin buruk angkara media, blog Umno

KUALA LUMPUR: Tindakan polis menjadikan Khalid Mohd Ismath sebagai orang yang disyaki hanya berdasarkan tuduhan blog-blog Umno memburukkan lagi imej pasukan keselamatan itu, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

"Pasukan polis mempunyai segala kelengkapan yang canggih untuk membuat penyiasatan bagi mengenal pasti siapakah lelaki berbaju belang yang menendang polis itu.

"Amat tidak professional dan zalim jika polis menjadikan Khalid sebagai orang yang disyaki hanya berdasarkan tuduhan blog-blog Umno yang sebelum itu memfitnahkan pelajar itu sebagai lelaki berkenaan.

"Dengan tindakan itu, polis meletakkan dirinya sama taraf dengan Utusan Malaysia dan memburukkan lagi imejnya," kata beliau.

Utusan Malaysia semalam menyiarkan di muka hadapan gambar Khalid dan gambar lelaki yang menendang polis itu untuk memberikan gambaran bahawa Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami) itulah yang menendang polis ketika perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Malah, di bawah gambar lelaki yang menendang polis itu, akhbar tersebut dengan jelas menulis "Khalid Mohd. Ismath menendang anggota polis trafik sewaktu perhimpunan Bersih 3.0".

Mahfuz berkata, polis tidak sepatutnya meletakkan pihaknya sama taraf dengan Utusan dan blog-blog Umno yang sebelum itu menuduh Khalid adalah lelaki berkenaan.

"Polis tidak sepatutnya melakukan perbuatan yang menyebabkan masyarakat semakin hilang kepercayaan terhadapnya dan tidak lagi meyakininya.

"Tindakan polis menahan Khalid hanya berdasarkan gambar itu bukan sahaja menyebabkan masyarakat tidak mempercayainya malah ia dibimbangi boleh mengakibatkan polis menjadi bahan cacian dan ejekan yang dimaki-maki," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mengenai tindakan polis yang mahu menangkap lagi Khalid berikutan tulisannya di dalam laman Facebook, Mahfuz berkata perkara itu berlaku kerana Khalid sangat tertekan setelah ibunya, Faridah Abdul, cedera teruk akibat tindakan polis semasa perhimpunan Bersih 3.0  pada 28 April lalu.

"Perlu juga diambilkira apa yang menyebabkan Khalid menulis luahan kemarahan sedemikian.

"Jangan ketepikan hakikat bahawa ibunya sendiri cedera parah akibat tindakan polis menyerang mereka yang berhimpun," katanya.

Wednesday, August 17, 2011

Perkauman dan Pertembungan Agama : Benteng Terakhir UMNO

Selagi boleh, saya tidak mahu menyemarakkan pertembungan politik sepanjang bulan Ramadhan. Saya kira waktu yang amat bernilai ini amat sesuai digunakan untuk berzikir, membaca al-Quran dan menghayati maknanya sesuai dengan kemuliaan Ramadhan. Namun, mengambil kira bahawa nama saya disebut berulang kali oleh media massa milik UMNO hari ini (16 Ogos 2011), saya ringankan tangan saya untuk menulis sedikit jawapan untuk tatapan masyarakat.

Saya mengira, UMNO sewajarnya tidak memainkan isu larangan bacaan al-Quran melalui pembesar suara ini kerana larangan menggunakan pembesar suara di Pulau Pinang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang dan tidak ada kaitan langsung dengan kerajaan negeri yang dipimpin oleh DAP. Bagi saya, tidak munasabah UMNO mahu ‘mencari balah’ dengan Mufti dalam isu yang tidak ada kepentingan politik. Tapi nampaknya, sangkaan saya agak tersasar. UMNO yang saya lihat sudah sampai saat kejatuhannya barangkali akan cuba berpaut dengan apa jua dahan untuk mengelakkannya daripada jatuh terhempas dan patah tulang. 

Isu yang langsung tiada kaitan dengan kerajaan negeri dipolitikkan. Barangkali, jika tiba-tiba terjaga di tengah malam sekalipun, perkataan yang akan terpancul keluar ialah ‘DAP!’ Dalam isu ini, saya bukan menyokong kerajaan negeri Pulau Pinang, tetapi saya menyokong pandangan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang. Buta maklumatkah golongan ini?

Sunday, July 24, 2011

Kenyataan Mat Sabu sahih, Polis mengeliru

APA yang boleh disimpulkan di sini, sama ada Polis sengaja mahu memburukkan imej Mat Sabu, atau tindakan Polis yang boleh dianggap sebagai tidak cerdik di dalam menjawab isu dakwaan Mat Sabu dilanggar kenderaan Polis.

Laporan Polis yang dibuat oleh Mat Sabu pada 14 Julai 2011 secara jelas bertulis bahawa beliau telah dirempuh oleh kereta Waja Polis pada 9 Julai 2011. Diulangi, kereta Waja Polis. Diulangi sekali lagi Kereta Waja Polis.

Sudah terang lagi bersuluh Mat Sabu membuat laporan bahawa beliau dilanggar oleh kereta Proton Waja Polis, laporan Polis ini boleh diakses dengan mudah oleh pihak Polis kerana ia tersimpan dalam pangkalan data PDRM (Pemerintahan Diktator Rosmah Mansor).



Namun pada 21 Julai seminggu selepas Mat Sabu membuat Laporan Polis, pihak Polis tampil dengan video pendedahan kononnya Mat Sabu tidak dilanggar oleh Pajero Polis [Utusan].
Jelas sekali di dalam hal ini pihak Polis tidak cerdik di dalam menjawab isu ini. Polis menyatakan video kononnya Mat Sabu tidak dilanggar oleh pajero (Land Rover) Polis. Sedangkan di dalam report 7 hari sebelum itu Mat Sabu mendakwa dirinya dilanggar oleh kereta Waja Polis. Apa kejadah pulak Polis cerita pasal Land Rover?

Di bawah ini pengakuan Mat Sabu semasa temuramah pada 13 Julai 2011 di ibu pejabat Suhakam. Saksikan sendiri pada sela masa 1:38 hingga 1:43 secara jelas Mat Sabu mengatakan bahawa "sebuah kereta lagi datang, kereta Waja merempuh motorsikal yang membawa saya" 

Thursday, June 9, 2011

Individu pertama halang hudud bukan Karpal tapi Mahathir, selar Nik Aziz

KUALA LUMPUR, 8 Jun – Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, individu pertama yang menghalang kerajaan negeri Kelantan daripada melaksanakan hukum hudud adalah Tun Dr Mahathir Mohamad bukan Karpal Singh seperti mana didakwa bekas perdana menteri itu.
Kata Nik Aziz (gambar), kemungkinan Dr Mahathir sudah lupa bahawa beliau telah menghantar surat amaran kepada kerajaan negeri Kelantan di bawah pentadbiran PAS daripada melaksanakan hukum hudud.
Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telah pun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993.
Ini berikutan dengan janji PAS untuk melaksanakan Hukum Hudud pada pilihan raya umum 1990.
Bagaimanapun hasrat untuk melaksanakan hukum hudud tidak dapat dilaksanakan kerana Dr Mahathir telah menyekat pelaksanaannya, ia disekat melalui satu surat amara dihantar kepada Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan.
“Seingat saya orang yang menghantar surat kepada kerajaan negeri Kelantan agar tidak melaksanakan hudud satu ketika dahulu namanya ialah Mahathir Mohamad bukannya Karpal Singh.

Wednesday, June 8, 2011

Negara kebajikan cemaskan Umno-BN

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu melahirkan rasa kasihan terhadap kenyataan Perdana Menteri Najib Razak yang ketinggalan zaman. Najib dalam laporan media dari Astana, Kazakhstan menyifatkan Ucapan Dasar Presiden PAS bertemakan Membangun Negara Berkebajikan hanya untuk hadapi PRU13. Mohamad dalam jawapan balas berkata, konsep Negara Berkebajikan telah diwujudkan sejak zaman Nabi Muhammad SAW lagi ketika Baginda mentadbir Madinah sebagai sebuah Negara Islam.

"PAS perjuangkan dasar Negara Berkebajikan yang didirikan oleh Baginda Nabi sejak zaman Madinah lagi dan bukan hanya untuk PRU13 sahaja. "Nampak sangat Najib tidak tahu di dalam hal ini, saya kasihan, lebih baik beliau diam sahaja dalam perkara yang beliau tidak tahu.

"Sebaik beliau bercakap, rakyat tahu bahawa perdana menteri tidak tahu tentang perkara ini," jelasnya menzahirkan rasa kasihan pada Najib. Bercakap lebih lanjut, Mohamad berkata, Negara Berkebajikan itu disebut juga di dalam Al-Quran sebagai baldatun Toyyibatun wa Rabbul-Ghafur iaitu Negara yang baik yang mendapat pengampunan Tuhan.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar: Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di atas  'BN telah laksanakan negara kebajikan' wajar diberikan ucapan tahniah kerana ia memperjelaskan lagi imej sebenar di mata rakyat.

Tuesday, May 10, 2011

Umno pimpin Malaysia hingga kiamat jika PAS keluar Pakatan

KUALA LUMPUR, 10 Mei — Sambil mempertahankan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat, ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu berkata, Umno-Barisan Nasional (BN) semakin terdesak kerana tidak putus-putus menggesa parti Islam itu keluar daripada perikatan tersebut.

Tegas Mohamad, sekiranya PAS bertindak keluar Pakatan Rakyat, secara automatik BN akan terus memerintah negara “sehingga hari kiamat.”

“Kalau PAS keluar Pakatan Rakyat, BN akan memerintah sehingga hari kiamat sebab dia (BN) tahu kalau PAS bersama Pakatan Rakyat ini sahaja yang boleh menggugat BN.

“Sebab itu BN tiada jalan lain, jadi terpaksa mencari apa sahaja jalan bagi memastikan PAS keluar daripada Pakatan Rakyat, ini kerana BN bimbang kekuatan PAS dalam Pakatan Rakyat... tambahan yang boleh kalahkan Umno adalah PAS,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Tuesday, December 22, 2009

DPPPk bimbang UMNO kuasai Masjid dan nafikan pilihan ahli kariah

Firman Allah SWT : "Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk". Surah At-Taubah, ayat 18

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) membantah pendedahan yang telah dilakukan oleh Dato’ Mohd Khusairi Abdul Talib, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Slim yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak berkaitan isu perlantikan Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid yang ditimbulkan olehnya baru-baru ini.

Dengan pendedahan Dato’ Khusairi tersebut jelas bahawa UMNO telah menyusun perlantikan AJK Masjid yang telah diluluskan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Perak (MAIMPk) awal bulan Ogos tahun ini.

UMNO jelas telah menjadikan Masjid sebagai medan politik dengan meletakkan proksi-proksinya sebagai AJK tanpa melihat kelayakan sebagai AJK Masjid dan telah menderhakai titah Raja Dr. Nazrin Shah, Raja Muda Perak supaya Masjid yang sepatutnya menjadi alat penyatuan dan bukannya perpecahan.



Usaha UMNO ini jelas untuk menganjurkan perpecahan di dalam Masjid kerana isu perlantikan AJK Masjid jelas mencampuri bidang kuasa Agama Islam yang Seri Paduka Sultan Perak dan Raja Muda Perak sebagai ketuanya.

DPPN Pk dengan ini membantah perlantikan AJK Masjid yang bersifat kepartian dan mendesak supaya perlantikan ini dikaji semula. DPPN Pk meminta supaya sistem perlantikan AJK Masjid ini diserahkan kepada kariah atau jamaah yang menentukan siapakah yang layak mentadbirnya.



Tuesday, December 1, 2009

Tun Mahathir: UMNO makin reput dan membusuk

30 Nov 2009 Tulisan Tun Mahathir di blognya mengolahkan pendapatnya tentang luahan dari kata-kata seorang bekas pemimpin kanan UMNO yang mengatakan "UMNO is rotten to the core" (UMNO busuk hingga ke ususnya). Bukan lagi pendapatnya sahaja malah disepakati oleh ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang telah bersara dan sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli UMNO juga.

UMNO yang runtuh itu dilihat bukan lagi disebabkan doa Tuan Guru Nik Aziz tetapi adalah pemimpin-pemimpin UMNO itu sendiri katanya berikut.

1. Ketua cawangan hanya berjuang untuk mengekal dirinya sebagai ketua sahaja. Kerana untuk jadi pengerusi JKKK dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan. Berpeluang juga untuk jadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar bandar.

2. Cawangan tidak akan benarkan sesiapa yang lebih terpelajar daripadanya masuk UMNO cawangannya. Tujuannya ialah supaya cawangannya tidak mempunyai banyak ahli kerana mereka tetap akan menimbulkan masalah dan sukar dikawal, bahkan sukar disogok pun. Orang yang berkepentingan ini berharap mendapat sesuatu kerana menyokong UMNO. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.

3. Tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli UMNO. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen. Oleh itu Ketua Cawangan biasanya tidak memiliki pelajaran yang tinggi dan beliau menentukan ahli lain dalam cawangannya mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih rendah daripadanya.

4. UMNO sekarang dipimpin oleh perasuah. Mereka menjadi ahli Majlis Tertinggi kerana sogokan wang. Orang ramai tidak akan serah nasib mereka kepada perasuah. Mereka ini memburukkan lagi imej UMNO kerana penempatan perasuah dalam Kerajaan dan badan-badan lain juga akan berlaku.

5. Sudah tentu perasuah akan dipilih sebagai calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13. Jika mereka diberi kemenangan maka negara akan dapat Kerajaan perasuah. Sebab itu beliau tidak akan sokong UMNO sebaliknya akan menyertai dan menyokong parti lawan.

6. Rakan-rakan dalam Barisan Nasional semuanya berpecah dan lemah. Mereka tidak mampu menjayakan Barisan Nasional. Masa semakin singkat untuk memperbaiki keadaan ini kerana ahli UMNO semuanya berkepentingan diri.
Begitulah antara lain dalam tulisannya.

Tuesday, October 20, 2009

Pemimpin Pakatan diarah jaga kenyataan masing-masing

KUALA LUMPUR, 20 Okt: Pemimpin Pakatan Rakyat hari ini memutuskan semua perbezaan pendapat antara ketiga-tiga parti harus diselesaikan menurut saluran yang betul sama ada di peringkat negeri ataupun pusat.

Bercakap dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di parlimen petang tadi, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu ianya bagi menjaga hubungan baik antara parti dalam Pakatan Rakyat.

"Kita putusakan dengan tegas bahawa semua pendapat diselesaikan mengikut ruang yang ada sama ada di peringkat negeri ataupun Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di peringkat pusat," katanya yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Langkah lain yang turut dipersetujui pada mesyuarat tersebut adalah supaya pimpinan tertinggi parti mengarahkan kesemua ahli parti masing-masing supaya tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan yang boleh mengeruhkan hubungan ketiga-tiga parti dalam pakatan itu.


"Ketiga-tiga pimpinan parti telah memberikan arahan cukup jelas dan tidak akan bertolak ansur dengan mana mana usaha ataupun kenyataan yang dikeluarkan yang boleh menyebabkan keruhnya hubungan antara parti di peringkat bawah," katanya lagi.

Bagi memperkasakan lagi hubugan ketiga-tiga parti, Pakatan Rakyat juga mengumumkan untuk mengadakan Konvensyen Pimpinan Pakatan Rakyat pada 12 dan 13 Disember ini bertempat di Shah Alam.

Konvensyen tersebut akan disertai 1500 perwakilan masing-masing lima ribu dari setiap parti dalam Pakatan Rakyat.

Selain Anwar, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan kepimpinan tertinggi ketiga-tiga parti termasuk Datuk Zaid Ibrahim hadir pada sidang media tersebut.

Mesyuarat siang tadi antara lain memberi fokus kepada memperkukuh dan memperbaiki kelemahan yang ada di dalam pakatan.

Turut ditanya, desas desus wujud kemelut di antara dua pepimpin PKR membabitkan Datuk Zaid Ibrahim dengan Naib Presiden, Azmin Ali namun Anwar menafikan dakwaan tersebut.

"Zaid Ibrahim ada Azmin ada, tak ada masalah apa pun," jawab Anwar disambut gelak ketawa hadirin.

Perkara lain turut dibincang adalah berkaitan platform dasar bersama Pakatan Rakyat yang akan ditubuhkan.

Turut dimaklumkan mesyuarat itu juga bagi mendengar laporan awal bedah siasat kekalahan pakatan rakyat di Bagan Pinang.

Selain faktor rasuah dan penipuan, mereka turut mengakui kelemahan diperingkat parti masing masing turut menyumbang kepada kekalahan tersebut.


Wednesday, June 17, 2009

Kenyataan Tim.Presiden PAS perjelas tiada Unity Goverment dgn BN


KUALA LUMPUR, 16 Jun. Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa berkata parti itu berpendirian terbuka untuk perbincangan tentang perpaduan dan bukannya kerajaan perpaduan.

Beliau menerangkan kepada pemberita di Parlimen hari ini bahawa PAS melihat ada peluang untuk memberikan cadangan-cadangan baik kepada kerajaan bagi membantu menyelesaikan kemelut politik, ekonomi dan sebagainya.

"Pendirian kita sepertimana tuan-tuan sedia maklum, PAS sentiasa membuka ruang untuk berbincang dengan sesiapa sahaja. Ini adalah keputusan yang dibuat di Muktamar Ipoh pada tahun lepas dan perkara itu disebut sekali oleh Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasar beliau dan saya rasa isu PAS masuk Umno, masuk Barisan Nasional (BN) tidak berbangkit sama sekali.

"Ini pendirian yang kita ambil, sedia berbincang dengan sesiapa pun dan itu pun keputusan muktamar, sudah tentulah kalau kita tutup ruang untuk adakan perbincangan ini, sedangkan kita rasa kita ada peranan yang boleh mainkan untuk bantu bangunkan negara ini," kata Nasharuddin, yang juga Anggota Parlimen Bachok.

Beliau berkata PAS menyambut baik kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga presiden BN, begitu terbuka untuk menerima perbincangan kerajaan perpaduan.

"Respon (kali ini) yang saya rasa pertama kali agak serius daripada Perdana Menteri, dan saya sendiri bawa balik ke Presiden parti sendiri. Saya tidak boleh cakap bagi konteks parti.

"Kita tidak boleh buat keputusan secara individu. Muktamar merupakan pihak berkuasa tertinggi," katanya.

Mengenai pendirian Mursyidul Am PAS Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyatakan bahawa sesiapa yang menyokong kerajaan perpaduan adalah boneka Umno, Nasharuddin menyatakan:

"Saya tidak dapat nak ulas apa yang dimaksudkan oleh Tok Guru Nik Aziz, saya sebutkan tadi, kepada umum kalaulah 'unity talk' ini atau 'unity government ini konon-konon usul untuk bawa PAS masuk BN atau Umno, itu bukanlah niatnya."

Berhubung pendirian berbeza anggota PAS mengenai kerajaan perpaduan, beliau berkata: "Ini merupakan sesuatu yang baru, satu perkara besar dan sesuatu yang perlukan penjelasan dan proses ini sedang berjalan."

Bagi parti-parti lain dalam pakatan parti pembangkang, Nasharuddin berkata perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat pimpinan pakatan itu dalam masa terdekat.
-bernama