Thursday, June 6, 2013

Mirzan Tun Mahathir Miliki 1,000 Saham (Petron Corp) & 5,000 Saham Dalam Syarikat Arak (San Miguel Corp)?

BeritaSemasa: Kami tidak pasti apa tujuan dan asbab, laporan berita Bernama ini dikeluarkan. Mungkin Mirzan yang merupakan anak Tun Mahathir, mantan perdana menteri malaysia keempat acapkali dilemparkan tuduhan menjalankan bisnes arak dan minyak.
Berbelit–belit, mula-mula cuba mempertahankan si empunya badan tiada apa-apa kepentingan dengan satu syarikat minyak dengan sedang meningkat naik sejak akhir-akhir ini apabila berjaya menelan Esso Malaysia. Susunan ayat pada peranggan-perenggan akhir lain pula bunyinya. Yang mana satu?Tidak pegang saham di Malaysia, tetapi ada saham di Filipina? Mirzan dikatakan pula ada saham dengan Petron Corporation Filipina dan juga ada saham dalam San Miguel Corporation yang merupakan syarikat induk bagi Petron Malaysia. Syarikat San Miguel ini ada macam-macam lapangan perniagaan yang diterokai. Tetapi dalam banyak-banyak perniagaan, apa perniagaan teras syarikat San Miguel?
Sehingga dalam pada tempoh yang singkat, Petron malaysia diberikan peranan yang cukup besar apabila mendapat kontrak membekalkan minyak kepada Malaysia Airlines (MAS) sekaligus mengenepikan secara mudah sebuah lagi syarikat multinasional yang lebih besar daripada Petron iaitu Petronas. Hebat…
Gambar Mirzan Tun Mahathir
Agak-agaknya jikalau namanya Mirzan Bin Abu Bakar dapat atau tidak kontrak lumayan daripada Malaysia Airlines? Mungkin……….?
Minyak Petron
“Tahniah!”. Hanya dengan berbekalkan sejumlah 5,000 saham sahaja daripada 3.3 bilion saham tetapi berjaya menjadi pengarah. Hebat anak Tun Mahathir berniaga. Dalam banyak-banyak lapangan perniagaan, syarikat yang merupakan peneraju arak di Asia Tenggara dipilihnya. Tahniah sekali lagi!
Tetapi….tetapi, Mirzan Tun Mahathir tidak berseorangan, ramai juga orang Melayu kita ada kepentingan dalam syarikat judi Genting, Sport Toto. Malaysia yang kami perhatikan agak unik sistemnya, ada kepentingan dalam syarikat judi atau arak tidak mengapa. Tetapi, jangan anda sebagai rakyat biasa minum arak atau bermain judi, anda akan didenda dan dihukum sekeras-kerasnya. Apa respon balas anda pula?

No comments:

Post a Comment