
“Ahli Umno adalah pengkhianat bangsa dan juga Islam kerana pembabitan mereka dengan syarikat yang berkaitan dengan Israel,” katanya.


Menurut Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad, kerajaan tidak wajar mengambil Apco dan Asiasoft Malaysia sebagai penasihat dan perunding.
Kamaruzaman mendakwa Airsoft Malaysia sebuah syarikat yang mempunyai kaitan dengan Israel mempunyai akses ke atas sistem keselamatan Malaysia menerusi projek sistem komputer dengan Polis Diraja Malaysia. “Ini jelas pengkhianatan terhadap kepercayaan rakyat. Malaysia tidak ikhlas membantu Palestin menentang Israel. Bagaimana mereka boleh menggunakan perkhidmatan syarikat yang mempunyai kaitan dengan Israel,” katanya pada ucapannya.
Mereka juga membawa sepanduk yang tertera “Tamatkan Apco” dan “Jahanam Israel”. Turut hadir pada perhimpunan ini Ketua Pemuda PAS, Suhaimi Abdul Aziz dan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Ustaz Shafie.
KEDAH Perhimpunan yang sama juga diadakan di pekan Kulim Bandar-Baru, dengan kehadiran lebih 200 orang.
Demonstrasi ini diketuai oleh Ketua Pemuda PAS Kulim Bandar-Baru Mohamad Khairi Saleh and Ketua Pemuda Padang Serai Abu Tolib Yahaya. Ia berlangsung selama kira-kira 15 minit dan mereka terpaksa bersurai apabila hujan lebat.
Antara kain rentang dan sepanduk yang dibawa berbunyi “Tidak kepada Apco dan Tidak kepada Asiasoft” dan “Bersama Menjaga Kedaulatan Negara”.
Selain itu, ahli-ahli PAS juga mengedarkan seribu risalah kepada orang ramai supaya menyokong tuntutan syarikat berkenaan ditamatkan. Pemimpin mereka kemudiannya menuju ke balai polis untuk membuat laporan supaya kerajaan menyiasat perkara itu dan bertindak.
No comments:
Post a Comment