Wednesday, December 11, 2013

Zaid: Tanpa Umno, melayu akan lebih bertamadun


Tanpa UMNO, orang Melayu akan menjadi lebih lebih baik dipersada dunia tegas Datuk Zaid Ibrahim di blognya lalu yang disiarkan MalayMail hari ini. Malah ujar Zaid kaum dominan di negara ini bukan sahaja akan lebih berpendidikan dan bebas daripada rasuah dengan nilai bangsa yang merendah diri dan beragama, tanpa perlu sikap untuk menunjuk-nunjuk.

Bagi majoriti orang Melayu , Zaid berkata , terdapat sedikit manfaat untuk diberikan kepada kalangan penyokong Umno keseluruhan, kecuali penciptaan segelintir " hartawan dan jutawan Melayu  segera".

Bekas Menteri Kabinet, dalam tindak balas kepada semangat berapi-api yang retorik pembela Melayu yang diucap pada perhimpunan agung ke-67 Umno  minggu lalu. Biarpun catatan blog sini akan menyerlahkan kepincangan demi kepincangannya, namun beliau berkeyakinannya UMNO tidak akan mengubah belangnya.

"Kebenarannya parti  pelampau biru, perkauman dan peralatkan agama. Presiden Umno boleh membantah dan mengatakan UMNO bukan sebuah parti perkauman , tetapi ia cuma andaian. Ia tidak berbeza daripada pihak yang lain dengan idea-idea haluan kanannya.

"Ia adalah satu parti yang menjurus kepada sentimen agama dan bangsa, dan tidak berasa bangga menyerang pihak lain atas alasan agama dan perasaan dia pihak benar," ujar beliau dengan sinis.

Menyelar parti itu perkauman itu yang menegakkan "idea-idea satu pihak saja yang benar ". Dalam persidangan para perwakilan bagaikan juara menyerang kalangan kaum cina manakala kalangan orang melayu penganut Syiah tetapi itu sekadar wayang merekalah lebih Islamik. Maka isu-isu sebenar yang dihadapi rakyat Malaysia hari ini bagai tidak berlaku.

Kemudian, kita dikejutkan dari Presiden UMNO: “Tanpa Umno ke manakah orang Melayu”,
Bekas menteri undang-undang memberi jawapan ringkasnya adalah bahawa orang Melayu masih Melayu tanpa Umno. Tanpa Umno, tidaklah orang Melayu terlalu merosot segala bidang melainkan  demi kepentingan politik pihak tertentu.

"Pendek kata, tanpa Umno orang Melayu akan menjadi makhluk yang lebih bertamadun, " katanya dalam entri terbarunya yang agak keras.

Persidangan Agong UMNO lalu meletakkan Islam agenda utamanya dengan deklarasi Najib mengumumkan untuk meminda perlembagaan parti untuk menerima pakai peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama persekutuan.

Pindaan ini juga akan termasuk ungkapan " Sunnah wal Jamaah " khusus menentukan Islam anutan oleh parti politik yang paling berkuasa di negara ini.

Nada yang keras Zaid mempersoalkan mengapa Umno tidak buat disepanjang kekuasaannya melakukan perkara yang sama undang-undang tertinggi di negara ini .

"Definisi yang dikatakan boleh menjadikan Islam dan umat Islam yang lebih baik dengan pengubalan pindaan itu adalah pemikiran cetek" katanya.
Selanjutnya dari blog Zaid Ibrahim

Thursday, December 5, 2013

Wajah sayu banjir di Kuantan Pahang

Punca sebenarnya : Kazim tidak diterima oleh ahli Umno sendiri

Menurut Mohammad Kazim atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim, kononnya beliau telah menolak tawaran menjadi MT Umno disebabkan tiga perkara iaitu :
 1) Komitmen luar sebagai penceramah.
 2) Mahu menjaga urusan pentadbiran Pusat Pendidikan Al-Barakah
 3) Ingin menjaga nama baik Umno daripada terus difitnah.

Kah! kah! kah! Alasan kamu 1 dan 2 itu aku tak berapa nak kisah sangat. Tapi alasan yang ke 3 itulah yang aku nak ulas lebih sikit ….

Nama baik Umno kepala lutut kaulah Kazim! Duduk perkara sebenarnya bukanlah fitnah sebagaimana yang kamu dakwakan itu. Ianya adalah berkaitan dengan perlembagaan parti Umno.

Ramai ahli-ahli Umno yang berjuang dalam parti itu berebut peluang untuk jadi MT Umno, tiba-tiba Kazim yang baru sahaja mengumumkan dirinya keluar dari PAS boleh dilantik dan diterima menjadi MT Umno? Banyak cantik lu punya muka Kazim? Lihat apa Kuda Kepang kata :

 Ko kena tunggulah sebagai ahli biasa selama 3 tahun baru layak menjawat sebarang jawatan dalam Umno tau! Kah! kah! kah!

 Tengku Adnan dan PM Najib tentu tidak sanggup berdepan dengan tindakan undang-undang yang bakal diambil oleh ahli Umno sendiri jika lantikan Kazim sebagai MT tetap mahu diteruskan kerana perhimpunan Agung Umno itu boleh jadi batal kerana antaranya adalah perlantikan Kazim sebagai ahli MT :

Itulah sebenarnya, Kazim terpaksa buat pengumuman dia tidak terima tawaran sebagai MT.Tetapi sebenarnya, ramai ahli-ahli Umno yang tidak mahu terima Kazim sebagai MT Umno. Kena ikut peraturanlah walau apa pun!

Kata-kata sindiran nakal Zaharin Kuda Kepang itu : "Pembesar Umno buat Umno ini macam emak bapak dia punya!" patut juga diambil ingatan oleh para pemimpin PAS yang duk tinggi diatas singgahsana tu..... Biar aku tambah sedikit asam garamnya : Jangan buat PAS ini macam emak  bapak , anak dan menantu korang punya! Alhusseyn

Monday, December 2, 2013

Jawatankuasa PAS Pusat: 5 Negeri dapat Pesuruhjaya baru

KLumpur 2 Dis: PAS mengekalkan Datuk Mustafa Ali sebagai SETIAUSAHA AGUNG manakala Datuk Mahfuz Omar dilantik sebagai KETUA PENERANGAN yang baharu dalam mesyuarat pertama Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) parti Islam itu, malam tadi. Sumber memberitahu The Malaysian Insider, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dilantik sebagai BENDAHARI manakala Dr Mohd Hatta Ramli dikekalkan sebagai KETUA PENGARAH PILIHANRAYA.
Selain itu, lima negeri mendapat pesuruhjaya baru iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Puteri Wangsa, Aminulhuda Hassan untuk JOHOR, Yang Dipertua PAS Lenggong, Razman Zakaria (PERAK), Adun Sura, Satiful Bahri Mamat (TERENGGANU), Mohd Shukri Ramli (PERLIS)  dan Exco Selangor, Iskandar Samad (SELANGOR).

Semua dilantik dalam mesyuarat pertama selepas muktamar PAS ke-59 berakhir, baru-baru ini.
Mesyuarat yang dipengerusikan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu turut melantik Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang tewas bagi merebut jawatan timbalan presiden sebagai AJK.
Turut dilantik sebagai AJK adalah Datuk Abu Bakar Chik yang tewas bagi jawatan naib presiden. Selain beliau Abang Ahmad Kerdee Abang Masagos, Mohd Hussin, Asmuni Awi, Zulkeflee Mohd Omar dan Dr Muhaimin Sulam turut dilantik sebagai AJK.
Sementara itu, tiga penolong setiausaha agung dan pesuruhjaya PAS PULAU PINANG akan dilantik dalam mesyuarat 17 Disember nanti.
Sementara itu, Pemuda PAS terpaksa bermesyuarat sekali lagi 5 Disember ini selepas mesyuarat mereka pada 28 November gagal mencapai kata sepakat dalam pelantikan setiausaha.
Suhaizat Kaiat yang menang sebagai ketua dalam muktamar PAS baru-baru ini dikatakan gagal melantik calonnya untuk jawatan itu selepas cadangannya ditolak oleh exco. – M-Insider.