Wednesday, August 31, 2011

Kajian semula Pejuang Kemerdekaan

Transkrip ucapan Mat Sabu berkaitan Bukit Kepong yang dipetik dari videonya menjadi isu:
 .....Bukit Kepong, polis itu polis British, hak serang Bukit Kepong tulah pegawai kerajaan, ketuanya   Mat Indera, Melayu, tetapi semua sejarah itu ditutup, Jins Samsuddin buat filem, Jins Samsuddin tu UMNO, cerita bukit Kepong, hak serang balai polis tu penjahat, polis tu polis British, sebelum Merdeka negara kita diperintah oleh British, tapi dia buat filem yang hero hak pertahan balai polis, hak serang tu pengganas, padahal Mat Indera ketua penyerang balai polis tu dan akhirnya dia dihukum gantung di Jering, Taiping. 
Begitulah juga Tok Janggut, Tok Janggut ni lawan British, tapi sebelum British nak..nak bunuh dia, dia menghasut Sultan Kelantan untuk mengishtiharkan Tok Janggut sebagai penderhaka, bila ishtihar Tok Janggut sebagai penderhaka, barulah tok Janggut dihukum gantung di Pasir Puteh, Kelantan. Semua sejarah negara kita bohong....

Maksud keseluruhannya, sepatutnya yang melawan British adalah hero, tetapi sejarah di Malaysia, yang melawan British adalah penderhaka dan yang mempertahankan British adalah hero. Itulah yang dimaksudkan Mat Sabu secara umum. Dia bercerita tentang menentang British tetapi Utusan  Malaysia menambah dengan 'komunis'. Barulah gempak!! UM memang pandai dan itulah kerja Utusan!!

Siapa Ahmad Indera
Seorang Hafiz al-quran, gemar bernasyid, berkasidah dan berzanji. berguru kepada kiyai Haji Fadzil Bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat Sultan Ibrahim. Dilahirkan pada 1920 di kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor. Telah menamatkan persekolahan peringkat darjah enam sekolah agama pada tahun 1937, dan bertugas sebagai seorang guru agama di Parit Setongkat, Muar.

Telah melibatkan diri dalam politik dengan tujuan memerdekakan tahahair daripada penjajahan Inggeris dengan menjadi ahli sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin dr Burhanuddin al-Helmy dan Ishak Haji Mohammad (SAKO), aggota Angkatan Pemuda Insaf (API), atau dikenali sebagai angkatan pembunuh Inggeris oleh golongan pemuda fanatik.

Mat Indera telah masuk ke hutan dan meneruskan perjuangan secara gerila pada bulan Jun 1948, mungkin terpengaruh dengan perjuangan Indonesia menentang pejajah Belanda, dan bergerak di daerah Muar, sekitar kawasan Lenga, Pagoh, Jorak, Bukit Kepong dan Poris. satu2nya gerila di hutan ialah kumpulan orang2 cina dikenali sebagai bintang tiga. nak tak nak Mat Indera perlu membina hubungan dengan mereka sebagai pelindung walaupun hakikatnya matlamat perjuangan berbeza, lalu Mat Indera dicop sebagai komunis yang ganas, berbahaya dan tidak beragama. Mat Indera menjadi ketua komunis melayu bagi daerah Muar, Batu pahat dan Melaka.


Tuesday, August 30, 2011

ADUN cina menyertai takbir Raya rumah ke rumah

IPOH 1 Syawal 1432 ADUN Simpang Pulai YB Chan Ming Kai turut serta dalam majlis ziarah dan bertakbir dari rumah ke rumah di Taman Panglima, Ipoh bersama dengan lebih 50 orang penduduk di sini. Chan Ming Kai berpakaian baju Melayu bersongkok telah bersama dari awal hingga ke 12 rumah terakhir. Tuan rumah menyambut penuh mesra dengan tetamu istimewa wakil rakyat dari Keadilan ini yang turut serta dalam rombongan penduduk. Turut bersama anak-anak yang lebih ceria dengan duit raya yang diterima.




Wednesday, August 24, 2011

Istana Gadaffi diselongkar, Pemberontak raikan kejayaan

Stamped out: Rebels trample on a bust of Gaddafi yesterday as they screamed chants claiming that they were going to get himTripoli 15 Ramadhan Libyan rebels have overrun the fortified compound of Muammar Gaddafi in Bab al-Azizya in the capital, Tripoli, following intense fighting with forces loyal to the Libyan leader. The rebels "broke through the gates of Bab al-Azizya [and] some opposition fighters managed to enter the government's stronghold in the Libyan capital," Al Jazeera's correspondent Zeina Khodr said, reporting from the compound on Tuesday.

As celebratory gunfire rang out, there were reports that the compound armoury was being looted. A rebel supporter was seen kicking around a broken sculpture of Gaddafi.

A local Tripoli radio station reported Gaddafi as saying that his withdrawal from his headquarters was a "tactical move after the compound was levelled by 64 NATO air strikes".

What was put out by the radio station was also reported by Al-Orouba TV broadcasting in conjunction with Al-Rai TV. The report said Gaddafi vowed "martyrdom" or victory in his fight against NATO. Moussa Ibrahim, a spokesman for Gaddafi, later said the Libyan leader was ready to resist rebels for months, or even years, and vowed to turn Libya into "volcanoes, lava and fire".

Speaking by telephone to Al-Orouba and al-Rai, Ibrahim said that Gaddafi's forces had captured four "high ranking" Qataris and one United Arab Emirates national, and said that rebel leaders would not enjoy peace if they moved to Tripoli from the eastern city of Benghazi.

Victory in sight: Rebel fighters celebrate near a partially obscured golf buggy belonging to Gaddafi inside the leader's compound
Stamped out: Rebels trample on a bust of Gaddafi yesterday as they screamed chants claiming that they were going to get him

Victory in sight: Rebel fighters celebrate near a partially obscured golf buggy belonging to Gaddafi inside the leader's compound
If the cap fits...: Colonel Gaddafi (left) pictured in military uniform in 2009 and (right), a rebel proudly shows off the same cap after ransacking the dictator's compound earlier today If the cap fits...: Colonel Gaddafi (left) pictured in military uniform in 2009 and (right), a rebel proudly shows off the same cap after ransacking the dictator's compound earlier today
If the cap fits...: Colonel Gaddafi (left) pictured in military uniform in 2009 and (right), a rebel proudly shows off the same cap after ransacking the dictator's compound

Wednesday, August 17, 2011

Perkauman dan Pertembungan Agama : Benteng Terakhir UMNO

Selagi boleh, saya tidak mahu menyemarakkan pertembungan politik sepanjang bulan Ramadhan. Saya kira waktu yang amat bernilai ini amat sesuai digunakan untuk berzikir, membaca al-Quran dan menghayati maknanya sesuai dengan kemuliaan Ramadhan. Namun, mengambil kira bahawa nama saya disebut berulang kali oleh media massa milik UMNO hari ini (16 Ogos 2011), saya ringankan tangan saya untuk menulis sedikit jawapan untuk tatapan masyarakat.

Saya mengira, UMNO sewajarnya tidak memainkan isu larangan bacaan al-Quran melalui pembesar suara ini kerana larangan menggunakan pembesar suara di Pulau Pinang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang dan tidak ada kaitan langsung dengan kerajaan negeri yang dipimpin oleh DAP. Bagi saya, tidak munasabah UMNO mahu ‘mencari balah’ dengan Mufti dalam isu yang tidak ada kepentingan politik. Tapi nampaknya, sangkaan saya agak tersasar. UMNO yang saya lihat sudah sampai saat kejatuhannya barangkali akan cuba berpaut dengan apa jua dahan untuk mengelakkannya daripada jatuh terhempas dan patah tulang. 

Isu yang langsung tiada kaitan dengan kerajaan negeri dipolitikkan. Barangkali, jika tiba-tiba terjaga di tengah malam sekalipun, perkataan yang akan terpancul keluar ialah ‘DAP!’ Dalam isu ini, saya bukan menyokong kerajaan negeri Pulau Pinang, tetapi saya menyokong pandangan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang. Buta maklumatkah golongan ini?

Sunday, August 14, 2011

Natijah di sebalik isu murtad

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar, merekalah orang-orang yang beruntung". Ali Imran ayat 104:

Ulama-ulama tersohor zaman dahulu menyatakan bahawa dakwah yang paling berkesan adalah melalui kebajikan. Di zaman Rasulullah S.A.W, ramai yang tertarik dengan Islam kerana peribadi atau akhlak Rasulullah itu sendiri. Jelas, bahawa akhlak dan kebajikan adalah dua perkara paling utama dalam berdakwah. Kristian, bolehlah dianggap sebagai agama yang paling dekat dengan Islam dari segi sejarahnya. Semua Nabi-nabi yang diiktiraf oleh Islam juga diiktiraf oleh Kristian kecuali Rasulullah S.A.W. Dan nampaknya, ajaran Islam mengenai kebajikan dan akhlak dalam berdakwah telah dikekalkan dalam ajaran Kristian, dan lebih dari itu mereka mengamalkannya. Malang sekali, Ulama Islam pula memilih untuk mengabaikan kedua-dua perkara ini.

Suka atau tidak kita tidak boleh menafikan bahawa mendiang Mother Theresa adalah lambang manusia mulia zaman ini beragama Kristian yang mengabdikan diri untuk berbuat kebajikan. Selain Mother Theresa, sesiapa saja yang rajin menonton National Geographic atau Discovery Channel pasti pernah melihat bagaimana mubaligh Kristian mengharungi belantara Amazon, Afrika dan serata dunia di mana seruan agama belum benar-benar sampai, semata-mata untuk berbuat kebajikan.  Mereka membuka sekolah dan klinik untuk membantu masyarakat primitif mengenali tamadun dan kemudiannya, Kristian.

Ramai di antara mereka yang rela berkorban nyawa demi masyarakat tersebut.

Selain itu, mubaligh Kristian juga ramai yang menjadi sukaralewan di negara-negara yang menghadapi peperangan. Mereka melindungi anak-anak  yatim mangsa perang di dalam gereja yang mereka bina di sana. Mereka mengabdikan diri kepada masyarakat setempat, meninggalkan keselesaan dunia sehingga mendapat penghormatan sebagai orang yang berilmu dan pelindung, kalaupun tidak penyelamat.

Thursday, August 11, 2011

Penjelasan JAIS mampukah merungkai polemik 'periksa' Gereja?

KUALA LUMPUR, 11 Ogos — Selepas lebih seminggu laporan media, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hari ini tampil membuat penjelasan berhubung kontroversi “serbuan” ke atas Gereja Methodist Damansara Utama dan menegaskan ia hanya “pemeriksaan biasa untuk memastikan kehadiran orang Islam.”

Tegas Pengarah Jais Marzuki Hussin, pemeriksaan itu dilakukan di bawah Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 berdasarkan maklumat majlis makan malam muhibah itu diadakan di sebuah gereja.

“Jais hari ini menegaskan kepada umum bahawa tiada ‘serbuan’ yang dilakukan pegawai penguatkuasa Jais dan polis di Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos lalu sebaliknya hanyalah pemeriksaan untuk memastikan kehadiran orang Islam.

“Pada hari itu pemeriksaan dilakukan berdasarkan maklumat bahawa majlis ibadat berbuka puasa akan diadakan bersama majlis makan malam muhibah di sebuah gereja,” katanya menambah pemeriksaan telah dilakukan kira-kira pukul 9.45 malam.

“Pada hari itu pemeriksaan dilakukan berdasarkan maklumat bahawa majlis ibadat berbuka puasa akan diadakan bersama majlis makan malam muhibah di sebuah gereja,” katanya menambah, pemeriksaan telah dilakukan kira-kira pukul 9.45 malam.

Penjelasan komuniti berhubung majlis di Gereja

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. Al Baqarah: 120 

KUALA LUMPUR, 10 Ogos – Penganjur majlis makan malam muhibah di sebuah gereja minggu lalu yang diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menafikan dakwaan terdapat usaha mahu memurtadkan umat Islam, sebaliknya menegasan ia adalah program menyampaikan bantuan kepada golongan miskin tanpa mengira kaum dan agama. 

Pengarah Eksekutif Harapan Komuniti berkata organisasi itu komited untuk membantu golongan miskin dan ‘melarat’ dan penghidap HIV dan Aids melalui pendekatan “kasih sayang, harapan, keamanan dan maruah” sambil menegaskan menyewa premis Gereja Methodist Damansara Utama.

“Harapan Komuniti membantu mereka yang memerlukan terutamanya golongan miskin dan mereka yang ditindas, namun Jais bertindak untuk mengganggu acara amal ini pada 3 Ogos lalu,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan melalui peguamnya Annou Xavier.

Annuo memberitahu The Malaysian Insider bahawa majlis makan malam muhibah itu boleh diadakan di mana-mana seperti Dewan Komuniti Cina tetapi Harapan Komuniti memilih Gereja Methodist Damansara Utama kerana pihak gereja menawarkan lokasi dengan percuma.

Tuesday, August 9, 2011

Mahathir: Menghancurkan Umno

Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa bahawa ada usaha sedang dibuat untuk melemah dan menghancurkan Umno dalam menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke 13. “Kononnya saya di belakang gerakan untuk menaikkan (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) mengganti (Datuk Seri) Najib (Tun Razak),” kata beliau.

Dr Mahathir berkata demikian dalam artikel bertajuk ‘Menghancurkan Umno’ di dalam blognya, chedet.cc/blog sebagai ulasan terhadap laporan FMT minggu lalu. “Strategi pihak tertentu ini ialah dengan membuat tuduhan bahawa perjumpaan NGO ini sebenarnya bertujuan untuk menjatuhkan Najib, dan saya dan Muhyiddin adalah dalang yang bertanggungjawab.

“Tentulah Najib akan mempunyai syak wasangka terhadap kami berdua dan NGO berkenaan,” kata mantan perdana menteri itu merujuk kepada Pertubuhan Bekas Wakil Rakyat Umno (Penawar) yang dilaporkan mahu Najib meletak jawatan.

Kedudukan Najib tergugat

Menurut laporan tersebut, kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Umno tergugat. Sumber dalaman Umno mendakwa bahawa sokongan ahli parti diberikan kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan restu daripada Mahathir.

Mengulas lanjut laporan ini, Dr Mahathir berkata bahawa laporan tersebut akan melemahkan Umno dalam persediaan menghadapi PRU 13.

“Kesan dari laporan ini tentulah kecurigaan Najib terhadap timbalannya.  Apabila Najib mempunyai sangkaan buruk terhadap Muhyiddin maka ahli-ahli UMNO pun akan berpecah dan memihak kepada Presiden atau Timbalan Presiden.

Dr Mahathir berkata dakwaan itu sekaligus menakutkan Penawar dan NGO lain kerana akan disyaki oleh Najib untuk menjatuhkannya. “Mereka juga akan terdedah kepada tuduhan yang mereka adalah orang Mahathir dan Mahathir ingin menjatuhkan Najib,” katanya, menambah laporan sebegitu juga akan menyebabkan orang Melayu takut berpolitik.


Alasan yang diberi beliau: “Mereka akan terdedah kepada dakyah parti lawan yang memang pun ingin melihat mereka berpecah dan menjadi lebih lemah serta tidak dapat mempertahankan kepentingan orang Melayu sama sekali.

“Pergolakan akan berlaku secara serius dalam Umno dan ia akan menjadi lebih lemah untuk menghadapi PRU 13.”


Beliau secara sinis mengucapkan tahniah kepada pihak-pihak berkenaan yang “begitu cekap mengguna psikologi untuk menghancurkan Umno dengan menimbulkan keraguan dan syak wasangka antara pemimpin-pemimpin Umno serta ahli-ahlinya sesama sendiri dan terhadap kepimpinan Umno sekarang.

Pesanan Twitter and BlackBerry bagai api marak amukan pemuda di Britain

Young looters were accused of an opportunistic ‘Supermarket Sweep’ motivated by nothing other than greed.
Dozens were filmed as they disappeared into the night with their arms laden with plasma TVs, laptops and sports clothes.
Claims that rampant lawlessness was motivated by the death of Mark Duggan at the hands of police was quickly exposed as a lie.
Some of those involved in attacks on stores in Enfield, Tottenham and Oxford Circus were barely old enough to be arrested.

beat the feds.jpg


Hackney: Smash and grab - A man jump kicks a store front window to get in and loot
Hackney: Smash and grab - A man jump kicks a store front window to get in and loot

Hackney: Looters queue to get in to a convenience store to get hold of its goods
Hackney: Looters queue to get in to a convenience store to get hold of its goods
Hackney: Hooded thieves take what they can from inside the store
Hackney: Hooded thieves take what they can from inside the store

Sunday, August 7, 2011

Samad Said: Masa anak muda lakukan ‘perubahan rejim’

KUALA LUMPUR, 7 Ogos — Datuk A. Samad Said, yang dilihat sebagai ‘ikon baru politik’ negara menegaskan, sudah tiba masa golongan muda melakukan “perubahan rejim” selepas 54 tahun negara ditadbir oleh Barisan Nasional (BN). Sasterawan Negara ini menjadi perhatian di sebalik perhimpunan Bersih 2.0 baru-baru ini.

Bercakap pada pelancaran kempen Jom Baca Media Alternatif anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Samad, 76, berkata, perubahan tampuk pemerintahan negara boleh dilakukan golongan muda pada pilihan raya umum ke-13.

“Sudah tiba waktunya kita adakan ‘regime change’ (perubahan rejim), kita sudah memberi masa kepada orang yang memerintah sekarang ini 54 tahun,” katanya.

“Dan, kita sudah tidak harus lagi memberikannya lebih daripada itu. “Banyak perkara boleh dilakukan anak muda antaranya ‘merubah’, maksudnya sudah tiba masa kita adakan ‘regime change’, ia mungkin terletak di tangan anak-anak muda,” katanya di hadapan kira-kira 60 orang termasuk mahasiswa.

Dalam ucapan perasmian di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor itu, Samad juga berkata, rakyat seharusnya bersikap matang dan tidak lagi memilih “golongan bangsawan” untuk memerintah negara.

Bagaimanapun kata seniman ini, persoalan itu harus ditanya kepada diri sendiri dan perubahan boleh dilakukan dalam pilihan raya umum ke-13.

“Saya nak katakan sudah 54 tahun kita hanya diketuai oleh pemimpin dari kalangan bangsawan, Tun Abdul Rahman (Al-Haj), Tun Hussein (Onn) dan Tun Abdul Razak (Hussein) golongan bangsawan... (Tun Dr) Mahathir Mohamad selepas Tun juga bangsawan, Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) dan sekaran juga sama (Datuk Seri Najib Razak), semua bangsawan, bila pemimpin daripada rakyat akan berada di situ?

“Kalau sudah 54 tahun, kita perlu bertanya adakah ia salah kita, anak-anak muda perlu melakukan perubahan sebab itu anak-anak muda perlu berani bertindak dan menggerakkan ‘regimr change’ ini,” katanya.

Kata Samad, beliau lebih gemar mendengar pandangan bersifat “membangkang” daripada “sokongan.” “Saya gemar mendengar daripada mereka yang ‘oppose’, saya langsung tidak gemar mendengar mereka yang sokong. “Sokong itu maksudnya sokong kerajaan,” katanya.

Bulan lalu beberapa hari selepas Himpunan Bersih 2.0 di ibu negara, Samad berkata selagi “golongan bangsawan berada di atas, sampai bila-bila saya rasa mereka tidak akan dapat merasakan apa yang dirasai rakyat.”

Justeru beliau percaya akan ada sinar harapan untuk melihat perubahan itu pada pilihan raya umum ke-13. Pada Himpunan Bersih 2.0, 9 Julai lalu di ibu negara, ribuan rakyat telah menyertai perhimpunan menuntut transformasi pilihan raya.

SMM terdiri daripada Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis), Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Kelab Rakan Islah Malaysia (Karisma), Pro Mahasiswa Nasional (Pro M), Kumpulan Anak Muda Independen (Kami) dan Pergerakan Demokrasi Pelajar dan Pemuda Malaysia (Dema). M-Insider

Friday, August 5, 2011

Serbu Gereja: Setujukah Hasan Ali jika JAIS Tangkap Lim Guan Eng?

PPinang 5 Julai -Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bersama pimpinan Pakatan Rakyat berada di dalam majlis berbuka puasa di Masjid Sungai Nibong, Pulau Pinang, petang tadi. Lim dan pengerusi masjid, imam dan kariah masjid tiada masalah memasuki masjid untuk sama-sama berkongsi pengalaman dan suasana umat Islam berbuka puasa.

Akan tetapi di Selangor, Hasan Ali jelas skeptikal apabila umat Islam dilarang memasuki gereja kununnya ada usaha memurtadkan umat Islam, padahal ada majlis sumbangan dan mengutip derma seperti yang dijelaskan bekas pegawai polis terkenal, Zaman Khan.

Apakah sekiranya Lim dan rakan-rakannya yang bukan beragama Islam berbuka puasa di mana-mana masjid di Selangor, mahukah dia mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang sangat cekap menghidu pergerakan dan aktiviti yang mencurigakan, menangkap dan menyiasat??

Inilah padahnya apabila sesuatu maklumat tidak diperhalusi dan disahkan. Umno-APCO mesti mengucapkan "syabas dan tahniah" kerana mereka tidak perlu bersusah payah mencetuskan isu agama dan perkauman.

Cukup dengan dail nombor telefon Hasan Ali dan arahkan JAIS bertindak!

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (harakahdaily): Semua pihak diseru supaya tidak membuat  sebarang kenyataan provokatif mengenai isu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu majlis makan malam muhibah Gereja Methodist Damansara Utama yang didakwa kononnya bertujuan memurtadkan orang Melayu.

Ia juga perlu bagi menghormati bulan Ramadan daripada bercakap bohong dan menimbulkan fitnah, kata Ahli Parlimen PAS Parit Buntar Dr Muhajid Yusof Rawa.

Dalam satu kenyataan hari ini, Muhajid melahirkan rasa bimbang isu Jais ini akan memburukkan keadaan hubungan antara agama di negara ini yang semakin tegang masa kini.

“Kegagalan kerajaan menangani isu kalimah Allah tempoh hari berpotensi menimbulkan satu polemik baru pula.

"Semua pihak turut bimbang dengan adanya pulak pihak yang ingin ambil kesempatan utk kepentingan politik sempit mereka. Memburukkan lagi situasi ialah apabila media diperalatkan untuk menimbulkan provokasi dari kenyataan puak rasis dan fanatik agama,” kata beliau.

Dua hari lepas, kira-kira 30 anggota pihak berkuasa Jais dan polis telah memasuki premis Gereja Methodist Damansara Utama pada jam 10 malam semasa satu majlis makan malan muhibbah diadakan. Majlis itu dihadiri antara 100 hingga 120 orang dari pelbagai kaum yang turut dihadiri 15 orang Melayu Islam.

Setelah menerima kritikan hebat, Exco Kerajaan Negeri Selangor bagi hal ehwal Islam, Datuk Dr Hasan Ali menjelaskan bahawa serbuan itu dibuat kerana pihak Jais menerima maklumat ada usaha mahu memurtadkan umat Islam.

Namun sehingga kini, tidak dapat disahihkan apa bukti yang diterima pihak berkuasa terbabit.

Disebabkan itu, Muhajid, yang juga Pengerusi Jaringan Antara Agama Asia Tenggara turut menyeru Jais untuk memberikan penjelasan secara jujur motif tindakan mereka kerana ini melibatkan premis ibadat agama Kristian yang mesti dihormati.

“Ada beberapa isu yang perlu diberi penjelasan. Atas alasan apakah serbuan dibuat? Adakah waren dikeluarkan? Apakah sebenarnya berlaku dalam gereja tersebut?

"Kekaburan tindakan dan penjelasan yang tidak memuaskan hanya akan memberi ruang hubungan antara agama semakin meruncing dan sekaligus menimbulkan ketegangan kaum,” tambah beliau.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata pihak kerajaan negeri akan mendapatkan nasihat DYMM Sultan Selangor sebelum mengambil tindakan seterusnya setelah menerima laporan Jais.

"Sebaik menerima laporan Jais saya akan mengadap DYMM Tuanku Sultan untuk mendapat nasihat dalam menyelesaikan isu ini serta memastikan perkara sebegini tidak akan berlaku lagi," kata Khalid.

Khalid turut melarang semua ahli Majlis Kerajaan Negeri (Exco)  Selangor dari membuat sebarang kenyataan berkenaan isu ini dan menyeru rakyat meneruskan semangat keharmonian, hormat menghormati dan tolerasi antara  agama yang telah wujud sejak sekian lama di negara ini.

"Seperti yang kami katakan semalam kami kesal dengan kejadian tersebut. Kerajaan Negeri yakin rakyat Selangor tidak rasa terbela dengan kejadian tersebut.

"Niat dan tujuan yang baik tidak menghalalkan perbuatan yang gagal mempamerkan keadilan dan kebijaksanaan dalam memimpin masyarakat," kata beliau lagi.

Isu Ku Li-Anwar: Dalam hidup saya tak pernah rahsia, kata Nik Aziz

KOTA BARU, 5 Ogos — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulangi pendiriannya bahawa beliau tidak pernah mengadakan pertemuan dengan Tengku Razaleigh Hamzah bagi membincangkan idea melantiknya sebagai Ketua Pembangkang menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Nik Aziz berkata, sejarah membuktikan beliau tidak pernah berahsia dalam urusan kehidupan sehariannya. Malah tegas beliau, jika benar pertemuan itu diadakan, tiada sebab ia perlu dirahsiakn daripada pengetahuan umum.

“Saya tidak tahu cerita jumpa Ku Li (timbul) dari mana, tak ada (pertemuan). Kalau ada, buat apa saya rahsia, dalam sejarah hidup saya, tidak ada rahsia, tuan-tuan tahu sendiri, tiada yang rahsia,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku Konsep Negara Berkebajikan tulisan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di sini hari ini.

Kenyataan terbabit sekali gus menjawab cabaran yang dilontarkan oleh Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim yang mahukan Nik Aziz (gambar) membuat kenyataan terbuka dan bukannya melalui Facebook mengenai dakwaan pertemuan rahsia tersebut.

Selasa lalu, dalam laman Facebook rasminya, Nik Aziz menyifatkan khabar angin yang mengaitkan beliau terlibat dalam pertemuan rahsia dengan Tengku Razaleigh sebagai satu “lawak jenaka.”

Ditanya adakah dakwaan itu dibuat kerana mahu menjatuhkan PAS, Nik Aziz berkata, jawapan tersebut hanya boleh diberikan oleh individu yang membuat tuduhan tersebut. “Apa yang jelas ini perkara mengarut, saya nasihat mereka yang sebarkan berita ini, jaga akhlak. Ini bulan Ramadan, jangan sebarkan berita yang tidak benar,” katanya.


Menyentuh mengenai kesihatannya, Nik Aziz mengakui faktor usia kadangkala menyebabkan beliau beberapa kali menerima rawatan hospital, namun ia tidak menjejaskan urusan pentadbiran kerajaan negeri dan parti.

“Saya umur sudah (sekitar) 80, kalau sakit pun munasabahlah, (tetapi) kalau sakit menyebabkan kerja terganggu minta maaf, (sekarang) alhamdulillah, berselera makan, tetapi apabila malam berjaga lebih, timbul letih sikit,” katanya.

Tuesday, August 2, 2011

Tender projek: MCA parti rasis chauvanist Cina?

KUALA LUMPUR, 2 Ogos — Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang mengecam sambil mendakwa MCA memainkan sentimen perkauman dengan melabel Ketua Menteri Lim Guan Eng sebagai anti-Cina hanya kerana kebanyakan projek di bawah sistem tender terbuka diberi kepada kontraktor Bumiputera.

Pemangku Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang Datuk Izham Merican berkata, “nampaknya MCA begitu jahil sekali” kerana tidak faham istilah tender terbuka yang membenarkan semua kontraktor tanpa mengira kaum dan agama bersaing untuk projek kerajaan negeri, termasuk yang melebihi nilai RM200,000 dan memilih yang paling baik dari segi harga dan kualiti.

“Dengan hanya mempertikaikan pemberian kontrak kepada Melayu, adakah MCA bersifat perkauman, dengan memandang rendah keupayaan kontraktor Melayu yang dianggap tidak setaraf atau sebaik dengan kontraktor lain?

Monday, August 1, 2011

Pak Samad pelopor Kempen ‘Jom Baca Media Alternatif’

PETALING JAYA : Kempen ‘Jom Baca Media Alternatif’, anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), yang akan dirasmikan oleh Sasterawan Negara Datuk A Samad Said Ahad ini bertujuan menjadikan "media alternatif sebagai akses utama maklumat rakyat di negara ini".

Selain memberi pendedahan, memberi persepsi terbuka dan mendidik rakyat mengutamakan kesahihan berita, kempen yang bertemakan “Baca dan Banding” ini turut memberi peluang kepada mereka melihat realiti Malaysia melalui dimensi yang berbeza.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Sekretariat Media SMM Ahmad Shukri Kamarudin berkata program serta kempen bermula hari Sabtu 6 Ogos ini.  Selain edaran risalah turut disertakan buah tangan kepada warga kota pada hari tersebut.

Program pada 6 Ogos (Sabtu) bermula jam 3.00 petang menjurus kepada ‘Flash Mob’ sekitar Kuala Lumpur dengan memakai baju khas kempen yang turut tertera alamat laman sesawang media alternatif. Kemuncak kempen pada 7 Ogos (Ahad) akan dirasmikan oleh Samad Said atau lebih dikenali sebagai Pak Samad, di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) bermula jam 2 petang.

“Beliau (Pak Samad) mengesahkan kehadirannya pada perlancaran kempen ‘Jom Baca Media Alternatif’ Ahad ini.

Perlancaran ini dijangka akan diadakan selepas siri wacana ‘Mahasiswa Selamatkan Rakyat’ yang akan memfokuskan kepada isu pembinaan loji Lynas yang turut menjadi isu utama diperjuangkan oleh SMM dan Gerakan Mahasiswa Selamatkan Rakyat (GMSR),” katanya.
SMM merupakan ikatan kerjasama beberapa pertubuhan mahasiswa di seluruh Malaysia seperti Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Kelab Rakan Islah Malaysia (Karisma), Pro Mahasiswa Nasional (Pro-M), Kumpulan Anak Muda Independen (Kami) serta ‘Malaysian Student and Youth Democratic Movement’ (Dema).