Thursday, April 23, 2009

Kerajaan Zambry serba tak kena?


Zambry Mohon Mahkamah Persekutuan Isytihar Beliau Menteri Besar
PUTRAJAYA, 22 April (Bernama) -- Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menfailkan notis usul di Mahkamah Persekutuan untuk merujuk persoalan undang-undang berhubung tafsiran Fasal 63 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak supaya mahkamah itu memutuskan beliau adalah Menteri Besar yang sah.

Dr Zambry menfailkan notis usul itu di pejabat pendaftar Mahkamah Persekutuan, di sini, Selasa, melalui Tetuan Zul Rafique and Partners. Notis usul itu diedarkan kepada media petang Rabu.


Dalam notis usul itu yang disertakan dengan afidavit sokongannya, Dr Zambry memohon supaya Mahkamah Persekutuan memutuskan dan mentafsir peruntukan Fasal-Fasal 16(2) dan 16(6) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak iaitu;

-- sama ada Sultan Perak mempunyai hak untuk memperkenan permohonan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak (sidang DUN) apabila Mohammad Nizar tidak lagi mendapat kepercayaan sebahagian besar anggota-anggota Dewan;

-- sama ada apabila Sultan Perak tidak berkenan untuk menggunakan prerogatif diraja baginda untuk membubarkan sidang DUN, adakah ia merupakan suatu kehendak peruntukan Fasal 16(6) bahawa Mohammad Nizar harus meletakkan jawatan beliau dan ahli-ahli majlis mesyuarat kerajaan;

-- sama ada berikutan keengganan Mohammad Nizar meletakkan jawatan dan ahli-ahli mesyuarat kerajaan, Sultan Perak mempunyai hak untuk melantik Zambry sebagai menteri besar.

Zambry dalam notis usulnya berkata, sekiranya Mahkamah Persekutuan memutuskan ketiga-tiga persoalan itu memihak kepadanya, maka mahkamah itu perlu mengisytiharkan bahawa pada 6 Feb 2009, beliau telah dilantik dengan sewajarnya sebagai Menteri Besar Perak.

Mahkamah Persekutuan menetapkan Selasa depan untuk mendengar permohonan notis usul itu.

Zambry berkata keputusan mahkamah itu juga nanti akan meleraikan kebuntuan politik yang berlaku di Perak di mana Mohammad Nizar menegaskan beliau masih Menteri Besar yang sah, sidang DUN tidak dapat bersidang dan kerajaan negeri Perak tidak berupaya untuk melaksanakan tugasnya dengan efisyen dan/atau bebas.

-- BERNAMA


5 comments:

  1. Kalau konfiden perlantikan tak melanggar undang-undang, sahlah. Kalau tak berapa konfiden tu.. faham-fahamlah; jawatan yang disandang tu halal atau HARAM?

    ReplyDelete
  2. PAS sebenarnya tidak kuat.
    Kekuatan PAS cuma dari sokongan cina dan india.

    Dulu cina dan india ini sokong UMNO, mereka dapat untung banyak.

    Sekarang mereka sokong pula PAS, mereka serupa ugut UMNO, UMNO terpaksa ikut kemahuan mereka. Kena beri banyak bantuan dan kemahuan yang mereka tuntut.

    Kaum cina dan india ini sangat bijak. Bila mereka sudah dapat lagi banyak untung, mereka akan tinggalkan PAS pula, seperti mereka pernah tinggalkan UMNO.

    PAS sangat mudah diperdayakan oleh cina dan india ini. Baca sikit ayat koran dan percaya kunun nya cina nak masuk islam/sokong islam.

    Pada fikiran Bah yang tolol ini, kaum cina sangat penipu.

    PKR semua bekas ahli2 UMNO yang tidak berguna. Dah banyak kali tipu PAS - dua orang PKR lompat keluar parti - kerajaan PAS Perak tumbang.

    ReplyDelete
  3. mamak zambry ni banyak songel betul la.dah la tak ensem buat hl kat perak plak.hantar balik pakistan kan baru tau! marah betul aku ngan dia ni

    ReplyDelete
  4. UMNO must change totally its "rusty image". Even its logo must change.Get rid of the useless "rusty keris" and replace with a symbol that reflects a real ONE MELAYU !! Our cultural, social, educational and political environment have changed drastically and UMNO must "overhaul" its vision and mission to face new challenges. Our needs and aspirations are now totally different from 50 years ago. We are now living in a very complex and sophisticated world and we must adjust accordingly. Our hopes and expectations are very high and we expect UMNO leaders to be more focus and transparent in carrying out their responsibilities. They must be seen at all times to have the highest integrity of the first order or else UMNO will failed miserably to get the respect due from the Malays.

    ReplyDelete
  5. terima kasih kerana menjadi pegikut blog saya.

    V.Sivakumar

    ReplyDelete