Tuesday, November 16, 2010

Perak lewat seminggu Hari Raya Qurban

Jika diperhatikan kepada banner diatas, ianya bukanlah buatan Umno cawangan tetapi bertaraf negeri kerana terkandung ucapan hari raya daripada Menteri Besar Zambry serta barisan kepimpinan kerajaan BN mereka.

Jika pada hari raya Aidilfitri yang baru lalu, Umno memperkenalkan kita dengan bulan Islam yang baru, tetapi pada hari raya Aidiladha kali ini, Umno sekali lagi membuat kejutan dengan menyambut raya lewat seminggu daripada yang telah ditetapkan.

Ketika seluruh umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidil Adha pada 10 Zulhijjah 1431H tahun ini, Zambry dan juga Umno Perak membuat suatu kelainan dengan merayakannya pada 17 Zulhijjah 1431H (rujuk banner diatas).

Sekarang ini, Zambry boleh melakukan apa saja kerana pasti mendapat pembelaan daripada Harussani biarpun perkara tersebut jelas melanggar syariat Islam.

Thursday, November 11, 2010

Isu kurafat: DPPN Pk minta penjelasan dari Mufti Perak

Khamis 11 Nov 2010 Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mengesahkan masih belum menerima surat rasmi daripada Tan Sri Dr Haji Harussani Zakaria Mufti Kerajaan Negeri Perak berkaitan upacara meletakkan ancak ke tiang seri program Projek Infra Bina Upaya (IBU) di Kampung Guar,

Manong baru-baru ini walaupun Berita Harian telah mengeluarkan kenyataan Tan Sri Harussani pada hari ini. Berikutan laporan media tersebut, pihak DPPN Pk akan menghantar surat rasmi memohon penjelasan Tan Sri Harussani yang telah berjanji untuk memberikan jawapan setelah berjumpa dengan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Pertamanya, DPPN Pk amat menyokong tindakan Tan Sri Harussani yang telah mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Zambry untuk mendapatkan penjelasan terus dari beliau. Tindakan ini amat tepat bagi mendapatkan kenyataan yang lebih bersifat adil berdasarkan keadaan yang sebenar.

Namun DPPN Pk melihat Tan Sri Harussani seharusnya mendapatkan penjelasan seumpama ini bukan hanya dari pihak Kerajaan Barisan Nasional (BN) tetapi juga melibatkan pihak Pakatan Rakyat (PR) dan lain-lain yang mana perkara ini tidak berlaku sebelum ini.


Yang keduanya, tanpa membahaskan status syirik atau tidaknya Datuk Seri Zambry secara peribadi, syariat Islam secara jelas tidak sesekali membenarkan majlis tersebut untuk diamalkan dalam masyarakat Islam sebagaimana yang ditegaskan sendiri oleh Tan Sri Harussani yang disiarkan di dalam Sinar Harian pada Ahad lepas. Perkara ini amat penting kerana Datuk Seri Zambry,

sebagai seorang Ketua Kerajaan Negeri dan juga seorang EXCO Agama Islam, tidak sepatutnya membenarkan sama sekali amalan tersebut yang jelas boleh merosakkan aqidah umat Islam.
Cumanya, DPPN Pk juga hairan bagaimana aktiviti program tersebut berada di luar pengetahuan Datuk Seri Zambry kerana setiap program-program yang akan dihadiri oleh mana-mana pimpinan kerajaan negeri sudah tentu pegawai-pegawainya mendapatkan maklum balas setiap aturcara yang akan diadakan.

Walaupun Datuk Seri Zambry menafikan penglibatannya pada majlis tersebut, ada gambar yang jelas menunjukkan Datuk Seri Zambry menepung tawar serta mengikat satu daun kepada tiang tersebut dengan kain berwarna merah. Ini juga seolah-olah mencerminkan bahawa majlis khurafat seumpama ini masih subur malah cuba dihidupkan kembali di Negeri Perak ini.

DPPN Pk juga ingin menegaskan, dengan tanpa niat untuk mencari salah mana-mana pihak, bahawa gambar-gambar yang telah diberikan kepada kami jelas menunjukkan perbuatan tersebut adalah amalan khurafat serta syirik yang menjejaskan akidah sebagai seorang yang beragama Islam.

Setelah pihak DPPN Pk menerima satu lagi bahan bukti berbentuk rakaman video, DPPN Pk akan menyerahkan dalam masa terdekat ini kepada Tan Sri Harussani bagi menilai sendiri penjelasan Datuk Seri Zambry. Perkara ini penting agar kekeliruan yang tercetus akibat majlis tersebut akan mendapat penjelasan yang tegas.

DPPN Pk secara tegas tidak mahu budaya khurafat tersebut bakal mengundang ikutan rakyat yang telah lama meninggalkan upacara tersebut kerana ajaran Islam jelas menolak perkara tersebut selama ini.

DPPN Pk secara insaf menyatakan bahawa tindakan ini sedikit pun tidak bertujuan untuk menjatuhkan kedudukan Datuk Seri Zambry tetapi lebih bermatlamat untuk menyelamatkan akidah umat Islam yang selama ini menjadi keliru kembali kerana perbuatan tersebut dilakukan oleh pemimpin nombor satu negeri yang memegang bidang kuasa agama Islam.

DPPN Pk sedar tindakan ini bakal mendatangkan kemarahan banyak pihak, tetapi apa yang penting adalah kebaikan yang akan diperolehi setelah kesamaran selama ini diperjelaskan dan diperbetulkan.

Friday, November 5, 2010

Isu tanah antara faktor PAS terjejas di Galas

GUA MUSANG, 5 Nov: PAS melihat masalah tanah antara faktor utama menyebabkan parti itu gagal mempertahankan Dun Galas pada pilihan raya kecil semalam.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, masalah tanah masih menjadi rungutan sebahagian rakyat dan mereka juga terpengaruh dengan dakyah yang disebarkan pihak lawan.

“Usaha kerajaan negeri menyelesaikan masalah tanah tidak difahami mereka. Sedangkan usaha ke arah menyelesaikan hak milik sedang dilakukan dan tentunya mengambil masa untuk diselesaikan.

“Keadaan menjadi tambah keliru kerana ada pihak membangkitkan pelbagai isu mengenai tanah biar pun penjelasannya mengenainya sudah diberi kerajaan negeri,” katanya di sini, malam tadi.

Selain itu juga faktor beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), tentera dan Rela yang berkampung di penempatan Orang Asal sejak 15 Oktober lalu menyebabkan pergerakan penduduk tempatan terbatas. Malah katanya, agensi kerajaan pusat terbabit mengawal ketat pergerakan pihak lain yang memasuki penempatan berkenaan.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob sebelum ini memberitahu...
ketika kerajaan negeri menganjurkan program penyampaian surat peserta penempatan berkelompok kepada penduduk Orang Asal, agensi kerajaan terbabit membawa keluar sebahagian penduduk mengelakkan mereka hadir ke program terbabit.

Abdul Halim yang juga anggota parlimen Pengkalan Chepa berkata, kemerosotan juga berlaku terhadap pengundi Cina terutamanya di saluran pengundi muda.

Bagaimanapun katanya, pengundi di saluran satu dan dua masih kekal bersama PAS.

Manakala pengundi atas pagar pula dilihat lebih cenderung kepada BN sehingga menyebabkan banyak undi PAS terjejas.

“Isu pembangunan Ladang Rakyat juga menjadi isu di kalangan rakyat di mana ramai yang masih keliru,” katanya.

Thursday, November 4, 2010

Undi Pas berkurang 265 undi di Galas

5.00pm Pusat pengundian ditutup. Pengiraan undi akan bermula lagi sejam setengah. 
5.21pm Seramai 8,980 atau 77.73 peratus keluar mengundi di Galas. Jumlah ini tidak termasuk di peti undi Belatim, Balar dan Bihar.
6pm: Timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata pihaknya menjangkakan keputusan rasmi pilihan raya kecil DUN Galas akan diumumkan sebelum jam 8 malam ini. Bercakap dalam sidang media di Dewan Sivik Gua Musang hari ini, beliau turut menjangkakan peratusan sebenar keluar mengundi sehingga 82 peratus. Katanya, jangkaan itu berdasarkan peratusan yang diterima setakat ini sehingga 78 peratus tanpa jumlah daripada empat peti undi Orang Asli. Beliau menjangkakan peti-peti undi berkenaan mula tiba di pusat penjumlahan menjelang 6.30 petang.
6.27pm BN mendahului di Galas dengan 114 undi di Kampung Batu Papan.
6.45pm Keputusan tidak rasmi: BN mendapat 621 undi manakala PAS memperolehi 584 undi.
6.50pm Keputusan tidak rasmi: BN mendapat 1035 undi manakala PAS memperolehi 982 undi.
6.55pm Keputusan tidak rasmi: BN mendapat 1,250 undi manakala PAS memperolehi 1,258 undi.
6.55pm: Seramai lebih 100 orang pengundi menyerbu Bilik Gerakan BN di Bukit Cekati malam ini bagi menuntut bayaran tambang mereka. Mereka, termasuk kira-kira 30 wanita itu menunggu sejak awal lagi bagi mendapatkan bayaran tersebut. Kumpulan berkenaan didapati beredar dari kawasan itu pada kira-kira jam 7 petang ini selepas mendapat bayaran tersebut.
Dipercayai, bayaran sebanyak RM200 diberikan kepada mereka setiap orang berkenaan. Namun ada juga yang mendakwa tidak mendapat bayaran tersebut. Antaranya ialah Thong Chong Liong, 57, yang menunggu di situ sejak 12 tengahari lagi. "Saja tunggu dari pukul 12, tapi saya tidak dapat bayaran," katanya yang hampa. Mat Yusoff ADUN Nenggeri, dipercayai hadir di situ bagi mengawal keadaan.
7.05pm Keputusan tidak rasmi: BN mendapat 2,359 undi manakala PAS memperolehi 2,212 undi.
7.07pm Keputusan tidak rasmi: BN mendapat 2,834 undi manakala PAS memperolehi 2,270 undi.
7.09pm Keputusan tidak rasmi: BN mendapat 3,258 undi manakala PAS memperolehi 2,348 undi. Majoriti 910 undi.
7.15pm: Keputusan tidak rasmi: BN mendapat 4,273 undi manakala PAS memperolehi 3,744 undi.
7.20pm Peluang BN untuk merampas kerusi DUN Galas semakin cerah. Ini berikutan BN menang semula undi pengundi Cina yang menyokong pembangkang dalam pilihan raya umum lalu. Pakatan kalah di Kampung Baru dengan majoriti 41 undi - yang merupakan kawasan majoriti pengundi Cina yang mereka menang dengan majoriti lebih 200 undi dalam pilihan raya umum lalu.
Pakatan pada mulanya mensasarkan untuk menang di Kampung Baru dengan majoriti besar bagi menampung kemungkinan tewas di Pulai. Dua kawasan majoriti pengundi Cina itu, Pulai merupakan kubu kuat BN. Pakatan kalah 25 undi di Pulai dalam pilihan raya umum lalu.
7.30pm: Sehingga waktu ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan BN mendahului dengan majoriti 1,069 undi. PAS ketinggalan dengan 4,108 undi, berbanding BN yang mendapat 5,177 undi. Jumlah yang keluar mengundi hari ini ialah 82.71 peratus atau 9,555 orang.
8.45pm Keputusan muktamad pengundian di pilihan raya kecil DUN Galas ialah BN menang dengan majoriti 1,190 undi. Calon BN Abdul Aziz Yusof mendapat 5,324 undi manakala calon PAS Dr Zulkefli Mohamad memperolehi 4,,134 undi.

Tuesday, November 2, 2010

Nik Aziz: Sekretariat kursus Ehwal Orang Asli di Galas

Monday 1 Nov 2010  Mentri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengumumkan satu sekretariat kursus bertaraf Exco untuk menjaga segala ehwal orang asli di Negeri Kelantan. Nik Aziz berkata demikian semasa mengadakan lawatan ke penempatan Orang asli di Kg Senrod, Loging dekat Gua Musang Isnin lalu. (STAR - Kelantan Mentri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat has announced a new secretariat to handle all matters pertaining to the Orang Asli in the state. He said this when visiting the Orang Asli settlement in Kg Senrod, Loging, near Gua Musang on Monday

Wednesday, October 27, 2010

Ku Li merajuk dipenamaan calon DUN Galas

Tengku Razaleigh Hamzah, who was appointed BN’s director for the Galas byelection, was nowhere to be seen at the district office-turned-nomination centre. Even as Ab Aziz walked through the gates of the district office, he was not flanked by any Umno stalwart – only Wanita chief Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil and MCA vice-president Datuk Seri Dr Ng Yen Yen. Trailing behind was Umno secretary-general Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor.

While Tengku Razaleigh led the procession to the District Office, he did not complete the journey to accompany Ab Aziz in submitting his nomination papers – opting instead to wait down the hill.

As 10am approached – when nominations closed – Tengku Razaleigh was yet to make his appearance at the nomination centre.  SUN 27 Okt

Monday, September 27, 2010

Sambutan Hari Raya PAS Perak cukup meriah

IPOH 26 Sept 2010 Majlis Jamuan Hari Raya Pakatan Rakyat mendapat sambutan luar jangkaan dengan orang ramai tak kurang 15,000 dari berbilang kaum orang penuh sesak memenuhi 18 buah khemah yang disediakan di hadapan Pejabat PAS Negeri Perak di Medan Istana malam tadi. Majlis bermula jam 8.00 sehingga 11.00 malam namun jam 9.15 malam ada makanan yang habis hingga sebahagiannya terpaksa pulang awal.
Majlis diserikan dengan ucapan peminpin Pakatan Rakyat Negeri Perak antaranya Dato Seri Nizar, Menteri Besar Perak yang disingkirkan, Ahli Parlimen Bruas Ngeh Koo Ham, AP Taiping Nga Kor Ming, AP Gopeng Dr Lee Boon Chai, ADUN Titi Serong Idham Lim, ADUN Tronoh Sivakumar, ADUN Simpang Pulai Chan Ming Kai. Turut bersama Pesuruhjaya PAS Perak Tuan Guru Abu Bakar Hussain dan lain-lain pemimpin. YB Dr Lee Boon Chye dan YB Chan Ming Kai mendapat perhatian ramai yang mengenakan pakaian Melayu lengkap bersongkok.

Majlis Hari Raya anjuran bersama PAS Perak dan Pakatan Rakyat Perak kali ini tidak seperti tahun lalu dengan acara persembahan kebudayaan Melayu, Cina dan India tentunya merapatkan kemesraan antara rakyat berbilang kaum.


Nizar dalam ucapannya menyentuh isu semasa PERKASA yang memainkan sentimen ketuanan Melayu telah menjadi liabiliti (laba) buat UMNO dan ini adalah anugerah Allah yang akan mepecah-belahkan UMNO kelak.





Tuesday, September 14, 2010

Nizar: UMNO dicabar tukar jadi Pekembar

TAIPING Syawal 1431 PAS mencabar Umno agar menukar singkatan namananya dalam bahasa Inggeris 'United Malay National Organisation' kepada bahasa Melayu iaitu Pertubahan Kebangsaan Melayu Bersatu (PekeMbar).

Menurut timbalan pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tindakan itu bagi memastikan orang Melayu memahami agenda politik Umno.

Katanya, di kawasan pedalaman, kebanyakan orang Melayu tidak faham apa itu Umno kerana ia dalam bahasa Inggeris. Malah menurut Nizar, ada juga di kalangan ahli Umno sendiri tidak tahu dan memahami singkatan bagi nama Umno itu.

Menteri besar Perak yang disingkirkan itu berhujah jika Umno ikhlas berjuang untuk masyarakat Melayu termasuk mempertahankan bahasa dan budayanya, adalah amat menghairankan bagi mereka mengekalkan nama dalam bahasa penjajah.

“Tidak perlu malu bagi menggantikan nama Inggeris - Umno dengan versi Melayu - PekeMbar untuk mencerminkan agenda politik mereka,” kata Nizar. Menurut beliau Umno sebenarnya adalah parti perkauman dan juga hiprokit kerana menggunakan nama Inggeris untuk memperkenalkan budaya dan bahasa Melayu.

Dakwanya setelah mencapai kemerdekaan 53 tahun, Umno tetap merupakan sebuah parti rasis kerana hanya memperjuangkan hak Melayu sedangkan PAS bergelut untuk kepentingan Islam dan juga bukan Islam.

Nizar berucap di sebuah ceramah baru-baru ini di Kampung Batu Enam, Selama di Perak.

Pada ucapannya itu, beliau juga membidas tindakan kerajaan dan mepersoalkan mengapa pembelajaran tulisan Jawi dikeluarkan daripada sistem pendidikan di sekolah-sekolah.

Katanya, akibat tindakan itu, sebahagian besar generasi muda tidak boleh membaca dalam tulisan Jawi dan menyukarkan pembelajaran Al-Quran dan agama kerana kebanyakan bahan berkenaan adalah dalam bahasa Arab yang menggunakan tulisan Jawi.

Friday, September 3, 2010

Fitnah PAS: Pas Perak buat laporan polis

IPOH, 3 Sept: Dewan Pemuda PAS Perak (DPPN) hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan fitnah bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin terhadap parti itu.Laporan polis hari ini dibuat oleh Naib Ketua Pemuda PAS Perak, Salman Salleh di Balai Polis Sungai Senam kira-kira jam 3 petang ini.

Ianya ekoran kenyataan Zainuddin sebelum ini yang mendakwa PAS meminta Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ‘merampas’ harta-harta orang Cina semasa Tragedi 13 Mei 1969, manakala ketika Konfrantasi Malaysia-Indonesia, PAS menyebelahi Indonesia supaya ‘mengambil’ Malaysia.

Beliau membuat kenyataan tersebut dalam temuramah bertajuk "Zam Dedah Hasutan Jahat Pas" bersama Umno-online dan kemudiannya disiar akhbar Utusan Malaysia pada 30 Ogos lalu dengan tajuk 'PAS parti ekstrem'.

Salman berkata, DPPN Perak menganggap ini adalah tuduhan liar yang semata-mata inginkan sokongan orang bukan melayu kembali kepada Barisan Nasional.