
Majlis diserikan dengan ucapan peminpin Pakatan Rakyat Negeri Perak antaranya Dato Seri Nizar, Menteri Besar Perak yang disingkirkan, Ahli Parlimen Bruas Ngeh Koo Ham, AP Taiping Nga Kor Ming, AP Gopeng Dr Lee Boon Chai, ADUN Titi Serong Idham Lim, ADUN Tronoh Sivakumar, ADUN Simpang Pulai Chan Ming Kai. Turut bersama Pesuruhjaya PAS Perak Tuan Guru Abu Bakar Hussain dan lain-lain pemimpin. YB Dr Lee Boon Chye dan YB Chan Ming Kai mendapat perhatian ramai yang mengenakan pakaian Melayu lengkap bersongkok.


Majlis Hari Raya anjuran bersama PAS Perak dan Pakatan Rakyat Perak kali ini tidak seperti tahun lalu dengan acara persembahan kebudayaan Melayu, Cina dan India tentunya merapatkan kemesraan antara rakyat berbilang kaum.
Nizar dalam ucapannya menyentuh isu semasa PERKASA yang memainkan sentimen ketuanan Melayu telah menjadi liabiliti (laba) buat UMNO dan ini adalah anugerah Allah yang akan mepecah-belahkan UMNO kelak.