Tiada apa yang dapat disembunyikan lagi
Thursday, April 30, 2009
Thursday, April 23, 2009
Kerajaan Zambry serba tak kena?
Zambry Mohon Mahkamah Persekutuan Isytihar Beliau Menteri Besar
PUTRAJAYA, 22 April (Bernama) -- Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menfailkan notis usul di Mahkamah Persekutuan untuk merujuk persoalan undang-undang berhubung tafsiran Fasal 63 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak supaya mahkamah itu memutuskan beliau adalah Menteri Besar yang sah.
Dr Zambry menfailkan notis usul itu di pejabat pendaftar Mahkamah Persekutuan, di sini, Selasa, melalui Tetuan Zul Rafique and Partners. Notis usul itu diedarkan kepada media petang Rabu.
Dalam notis usul itu yang disertakan dengan afidavit sokongannya, Dr Zambry memohon supaya Mahkamah Persekutuan memutuskan dan mentafsir peruntukan Fasal-Fasal 16(2) dan 16(6) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak iaitu;
-- sama ada Sultan Perak mempunyai hak untuk memperkenan permohonan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak (sidang DUN) apabila Mohammad Nizar tidak lagi mendapat kepercayaan sebahagian besar anggota-anggota Dewan;
-- sama ada apabila Sultan Perak tidak berkenan untuk menggunakan prerogatif diraja baginda untuk membubarkan sidang DUN, adakah ia merupakan suatu kehendak peruntukan Fasal 16(6) bahawa Mohammad Nizar harus meletakkan jawatan beliau dan ahli-ahli majlis mesyuarat kerajaan;
-- sama ada berikutan keengganan Mohammad Nizar meletakkan jawatan dan ahli-ahli mesyuarat kerajaan, Sultan Perak mempunyai hak untuk melantik Zambry sebagai menteri besar.
Zambry dalam notis usulnya berkata, sekiranya Mahkamah Persekutuan memutuskan ketiga-tiga persoalan itu memihak kepadanya, maka mahkamah itu perlu mengisytiharkan bahawa pada 6 Feb 2009, beliau telah dilantik dengan sewajarnya sebagai Menteri Besar Perak.
Mahkamah Persekutuan menetapkan Selasa depan untuk mendengar permohonan notis usul itu.
Zambry berkata keputusan mahkamah itu juga nanti akan meleraikan kebuntuan politik yang berlaku di Perak di mana Mohammad Nizar menegaskan beliau masih Menteri Besar yang sah, sidang DUN tidak dapat bersidang dan kerajaan negeri Perak tidak berupaya untuk melaksanakan tugasnya dengan efisyen dan/atau bebas.
-- BERNAMA
Wednesday, April 22, 2009
Nizar: Arahan letak jawatan tak ikut Perlembagaan Negeri
Kuala Lumpur Apr 21, Dato Seri Ir. Nizar dedah perbincangan dengan Sultan Perak Sultan Azlan Shah pada 4 dan 5 Februari lalu dalam satu afidavit yang difailkan oleh Menteri Besar Pakatan itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.
Dalam perkembangan terbaru dalam kemelut politik Perak, Sultan Azlan Shah didakwa tidak menyebut sebarang peruntukan di bawah perlembagaan negeri itu sewaktu menitahkan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin meletakkan jawatan sebagai menteri besar.
Pemimpin Pakatan Rakyat itu memberi butir-butir terperinci mengenai apa yang berlaku ketika menghadap Sultan Perak .
Mohd Nizar juga menafikan dan mempertikaikan versi yang dinyatakan oleh penasihat undang-undang Perak, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid dalam afidavitnya. Menurutnya, versi Ahmad Kamal tidak menggambarkan kebenaran sepenuhnya.
Dalam afidavitnya untuk menyokong menteri besar BN yang baru dilantik, Datuk Zambry Abdul Kadir, Ahmad Kamal mengatakan Sultan menyebut tentang perlembagaan (negeri) apabila mengarahkan Mohd Nizar meletak jawatan.
Mohd Nizar juga mendedahkan bahawa sewaktu menghadap sultan selama 15 minit pada 5 Februari lalu, beliau telah memberitahu baginda mengenai akibat yang akan timbul sekiranya gagal membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Menurut afidavit tersebut, Mohd Nizar berkata ia bermula pada 4 Februari, ketika beliau menghadap baginda Sultan untuk memohon perkenan baginda untuk membubarkan DUN bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak berikutan kehilangan tiga ADUN - Mohd Osman Jailu (Changkat Jering), Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Hee Yit Foong (Jelapang) - yang telah "meletak jawatan".
Bagaimanapun, baginda Sultan memberitahu Mohd Nizar bahawa baginda akan mengkaji permohonan itu dan menyebut ayat al-Quran "Innallaha maa Sobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar).
Mohd Nizar berkata, beliau menghormati keputusan itu dan sewaktu pertemuan tersebut, beliau juga turut menyerahkan draf pembubaran DUN untuk mendapatkan perkenan baginda.
Bagaimanapun, Mohd Nizar menafikan bahawa semasa menghadap baginda Sultan, beliau pernah menyatakan kepada baginda bahawa terdapat kehilangan kepercayaan kepadanya sebagai Menteri Besar oleh majoriti anggota DUN, dan bukan alasan mahu membubarkan DUN.
Tetapi adalah alasan kepincangan dan pengkhianatan dalam rampasan 3 kerusi DUN Pakatan Rakyat itu. -
- malaysiakini

Friday, April 17, 2009
Mahkamah Rakyat: Pungutan Suara kembalikan Hak Rakyat
Putrajaya 16 April 2009 Lepas ni, badan perundangan (DUN dan Parlimen) pun boleh persoalkan keputusan mahkamah sebab pengasingan kuasa dah tak boleh pakai lagi.
Tak lama lagi, mana-mana ahli badan Eksekutif (Kabinet, Exco Negeri) pun boleh terlepas daripada hukuman mahkamah lepas rogol anak orang, bunuh orang, makan suap dan macam-macam lagi.
Doktrin pengasingan kuasa sekadar dalam buku teks sekolah sahaja. Tetapi tak boleh diamalkan.
Kenapa takut kembalikan kepada Mahkamah Rakyat untuk mengembalikan keadilan. Ikuti ulasan dari EXCO kanan Dato Ngeh Koo Ham, Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak berkaitan dengan keputusan mahkamah Persekutuan Putrajaya.
Menurut Datuk Ngeh Koo Ham, Pengerusi DAP Negeri Perak, krisis Perak belum berakhir lagi. Menurutnya, walaupun Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan bahawa tindakan Speaker Perak menggantung Zambry dan kuncu-kuncunya tidak sah, ia tidak membawa apa-apa makna yang mengikat.
Mahkamah juga tidak membuat apa-apa keputusan mengenai 'Persidangan Bawah Pokok' yang dibuat pada 3 Mac 2009. Dalam persidangan itu, keputusan Jawatankuasa Hak & Kebebasan untuk menggantung 7 orang ahli Dewan Negeri itu telah diterima dan diluluskan.
Keputusan Mahkamah Persekutuan menimbulkan lebih banyak keraguan kerana ianya telah campurtangan dalam prosiding Dewan Negeri.
Menurutnya lagi, apa sahaja keputusan yang dibuat pada hari ini boleh diabaikan oleh Dewan Negeri kerana ia hanya merupakan satu deklarasi dan bukannya mandamus atau certiorari. Beliau menegaskan bahawa deklarasi itu hanyalah pendapat yang tidak menguatkuasakan tindakan terhadap mana-mana pihak yang terlibat.
Dewan Negeri mempunyai undang-undang tersendiri. Undang-undang itu hanya boleh ditafsirkan oleh Speaker. Samada Speaker bertindak secara betul ataupun tidak, hanya dewan sahaja yang boleh membincangkan hal ini melalui usul yang dibawa. Keputusan Speaker hanya boleh dicabar dalam Dewan itu sendiri.
Datuk Ngeh juga mengatakan bahawa Mahkamah telah mentafsir kuasa -kuasa Speaker, adalah tidak baik jika Dewan Negeri juga memberi pendapatnya mengenai keputusan-keputusan Mahkamah. Beliau mengatakan bahawa deklarasi yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan adalah 'akademik dan tidak perlu'.

Wednesday, April 15, 2009
MB Nizar berumur seminggu hari ini
My Boy, SOFWAN NIZAR (MB Nizar) telah dilahirkan pada 7 April 2009 jam 9.17 malam sama waktu pengumuman kemenangan calon Parlimen PAS, Dato Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaludin Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang seminggu lalu.
My Boy telah dilahirkan di Pusat Rawatan Islam Ar-Ridzuan, Ipoh seberat 3.4 kg dengan nama timangan NIZAR mendapat perhatian saudara-mara dan sahabat-handai yang memanggil MB merujuk kepada Menteri Besar Perak DS Ir Nizar.
Anak ke-5 ini adalah amanah dari Allah yang ditanggung-jawapkan kepada hambanya supaya menjadi insan yang soleh dan berbakti kepadaNya.

Friday, April 10, 2009
Surat Tuan Guru kepada YB Nga berkenaan Ayat Al-Quran
YB Encik Nga Kor Ming
ADUN Pantai Remis
MP Taiping
Pejabat EXCO Negeri Perak, Ipoh
PERAK DARUL RIDZUAN.
Menemui YB Encik Nga dengan ucapan salam sejahtera
Yang Berhormat,
Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.”
Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati YB. Mudah-mudahan dengan sikap “tidak mesra Umno” dan pemimpin-pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran Non-Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas.
Saya mempunyai sebuah impian. Dalam tempoh tidak berapa lama lagi mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi Qari, Ustaz, Khatib dan Imam di seluruh negara. Kalau Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul menyerang dan memusnahkan hampir seluruh Kerajaan dan tamadun Islam di Kota Baghdad, tetapi sempat ditebus semula keagungan Islam melalui cucunya yang bernama Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya. Maka saya mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara kita melalui kaedah dan insiden yang hampir sama. Mudah-mudahan YB lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih.
Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana. Tajuk-tajuk seperti “dimana tak kenanya Islam” atau “apa mesej al-Quran kepada orang bukan Islam” bolehlah difikirkan. Anggota panel boleh terdiri daripada tokoh-tokoh PAS, Umno, DAP, PKR dan pemimpin-pemimpin NGO, pensyarah serta pendakwah bebas. Ia boleh dijadikan sesi kuliah bersiri yang boleh dianjurkan di PWTC, di masjid-masjid, surau-surau, kuil-kuil dewan-dewan perhimpunan, di universiti-universi ti, baik di IPTS atau IPTA.
Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB. Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini. Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke sana.
* MEMBANGUN BERSAMA ISLAM *
(TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT)
Menteri Besar Kelantan
Merangkap
Mursyidul Am PAS

Sunday, April 5, 2009
Anak ke-5 saya lahir sewaktu dengan kemenangan Nizar di Bukit Gantang
AlhamdulilLah, Isteri saya telah selamat melahirkan anak ke-5 di Pusat Rawatan Islam Ar-Ridzuan, Ipoh pada 7 April 2009 tepat jam 9.17 minit malam sewaktu dengan keputusan rasmi kemenangan calon PAS di Bukit Gantang.
Calon PAS, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menang dengan majoriti 2,789 undi dengan memperolehi 21,860 undi, mengalahkan calon BN, Ismail Saffian mendapat 19,071 undi, dan calon Bebas, Kamarul Ramizu 62 undi.
Anak lelaki saya yang lahir 3.6 KG akan diberi nama Nizar, InsyaAllah
Tolak Calon kepada Parti yang RAKUS - Anwar Ibrahim
BUKIT GANTANG, 4 April: Penasihat Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sanggup menyerahkan Malaysia pada Haji Ir Nizar Jamaluddin jika PR dapat memerintah negara ini ekoran sifat ikhlas, kuat bekerja, amanah dan mampu memberikan khidmat terbaik.
Ini, ujarnya, terbukti bila mana Haji Nizar telah berjaya menjalankan tugas-tugasnya sebagai Menteri Besar Perak dengan baik dan lancar sehinggakan mendatangkan rasa kurang senang pihak BN yang akhirnya melakukan rampasan kuasa.
“Saya mendapati beliau seorang yang tidak mengambil balak, menjaga kepimpinan bersih boleh membantu rakyat miskin dari kalangan Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa yang dicapkan sebagai pengkhianat bangsa sedangkan di kalangan mereka yang mengamalkan rasuah, minum arak, tangkap orang dan sebagainya dianggap sebagai panglima.
“Apa istimewanya BN yang tidak mampu laksanakan perubahan pada masyarakat berbanding PR yang dalam satu tahun sahaja mampu melakukan apa yang tidak dapat dilakukan oleh BN,” tegasnya yang mendapat sambutan hadirin.
Anwar berkata demikian ketika berucap dalam majlis ceramah di UPU Sungai Tinggi dekat sini, baru-baru ini yang turut disertai sama oleh Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan naib Presiden Keadilan, Dr Lee Boon Chye.
Dalam majlis ceramah itu sebanyak lebih RM1500 berjaya dikutip dari ribuan yang hadir sedangkan berhadapan majlis ceramah PR kelihatan majlis forum perdana anjuran BN tidak mendapat sambutan ramai sedangkan kos khemah sahaja melebihi RM10 ribu.
- siasahdaily -

Saturday, April 4, 2009
Nur Insyirah - Cahaya Kegembiraan untuk Nizar dan penyokong di P059
Gambar eksklusif cucu pertama pemimpin kesayangan Pakatan Rakyat Negeri Perak, Dato Seri Ir Nizar Jamuludin untuk tatapan semua penyokong terutama petugas dikempen PRK Bukit Gantang. Cucu pertamanya diberi nama Nuur Insyiraah Binti Hazimin bermaksud 'Cahaya Kegembiraan'.
Semoga jadual ketat DS Nizar sepanjang tempoh berkempen di Bukit Gantang dapat melegakan serta kembali ceria bila terpandang wajah manis cucu tersayang.
Cucu pertama DS Nizar telah selamat dilahirkan di Pusat Rawatan Islam Ar-Ridzuan, Ipoh tepat jam 4.56 petang pada 31 Mac yang lalu. Bayi perempuan seberat 3.1 Kilogram berada dalam keadaan sihat begitu juga ibunya.

Friday, April 3, 2009
Harun Din: Nizar dianiaya, tolak perampas kuasa
KUALA LUMPUR, 3 April- Keluaran akhbar yang terbaru Hujjah akhbar alternatif kepada Harakah, setelah penggantungan permit penerbitan selama 3 bulan oleh KDN memuatkan temubual Dato' Dr Harun Din Timbalan Mursyidul Am PAS.
Dato' harun Din menyeru para pengundi di Parlimen Bukit Gantang untuk terus memberi sokongan kepada pemimpin yang dianiaya yang sekaligus menjadi mangsa kerakusan kuasa Barisan Nasional (BN) - Umno sehingga menjadi suasana di Perak tergugat kestabilannnya.
Timbalan Mursyidul Am PAS Dato' Dr Haron Din berkata undi yang bakal diberikan nanti sudah pasti akan memberi kesan besar kepada masa depan penduduk di negeri itu termasuk membawa kebahagiaan dan keharmonian masyarakat di dunia bahkan di akhirat kelak.
"Kita mesti melihat wadah parti yang disokong, bagi pengundi di Bukit Gantang, Dato' Seri Nizar Jamaluddin mewakili parti Islam yuang mencari keredhaan Allah. Pengundi di Bukit Gantang bukan sekadar pilih calon tetapi untuk masa depan negara dan rakyat".
"Dengan maksud jika wakil kelompok yang memperjuangkan Islam dipilih, ianya satu mesej jelas bahawa masyarakat Malaysia, Islam dan bukan Islam sedang melakukan proses penolakan ke pada parti Barisan Nasional (BN) - Umno dan sekaligus menerima baik Pakatan Rakyat," katanya dalam satu temubual dengan Harakahdaily semalam.
Dr Haron Din berkata bahawa proses penolakan ini mestilah diterjemahkan terus bukan sahaja di Bukit Gantang tetapi di DUN Bukit Selambau dan Batang Ai, yang mewakili satu wadah perjuangan ke arah memartabatkan Islam dan kukuhkan Pakatan Rakyat.
Pilihan raya ini katanya bagi mengubah kemungkaran dan kerosakan Umno-BN dan gantikan dengan sebuah negara berkebajikan yang diperjuangkan PAS dan manifesto Pakatan Rakyat yang dinantikan seluruh masyarakat.
Ditanya tentang kemelut rampasan kuasa yang dilakukan oleh BN tempoh hari, Haron Din menyatakan bahawa yang menjadi mangsa keadaan ialah Nizar yang dijatuhkan dengan cara tidak beretika seterusnya dikecam dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan.
"Dalam kes ini Nizar dianiaya. Ianya dirujuk kepada rakyat untuk buat keputusan..." katanya. - - harakahdaily

Thursday, April 2, 2009
Remaja patut ikuti Siti Nurhaliza mendekati perjuangan Tuan Guru
KOTA BHARU, 2 April: Tentu ada sesuatu yang 'kagum dan minat' kepada penyanyi nombor satu Negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin terhadap perwatakan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengadakan kunjungan hormat ke atas hari ini . Siti Nurhaliza bertudung kemas beserta suaminya, Datuk Seri Khalid Jiwa mengadakan pertemuan yang diadakan di Pejabat Menteri Besar yang berlangsung kira-kira 30 minit.
Kepada muda-mudi di Bukit Gantang, dekatilah perjuangan yang dibawa oleh Tuan Guru dan nyatakan peminat seni juga redha dengan ketetapan Allah. Nilai diri bukan hanya pada gelaran nama tetapi juga ketinggian keimanan. Siti Nurhaliza yang lebih mesra dengan panggilan ‘Siti’ mengambil peluang bertemu dengan Tuan Guru sempena dengan persembahannya di negeri itu sempena keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra yang ke-59 di sebuah hotel malam tadi.
Sempena dengan kunjungan julungkali itu, Siti Nurhaliza turut menyampaikan cenderahatinya buat Tuan Guru dan begitu juga Tuan Guru turut menyampaikan cenderahati kepada pasangan suami isteri itu.
Datuk K sempat bertanya tentang kesihatan Tuan Guru khususnya berhubung masaalah penyakit yang dihidapi ketua kerajaan itu.
Siti ketika ditemui melahirkan rasa syukur kerana hasrat yang telah lama diidamkannya itu untuk bertemu akhirnya membuahkan hasil walaupun pertemuan itu hanya secara spontan tanpa dirancang awal. Menurutnya, selama ini beliau hanya mengenali Tuan Guru hanya dalam media masa dan televisyen sahaja, tanpa bertemu secara dekat.
“Alhamdulillah Tuan Guru bersedia menerima kunjungan hormat saya dan suami dan pertemuan ini sebenarnya tiada sesuatu yang istimewa sebenarnya, maksudnya tiada agenda apa-apa. “Orang kata sepanjang hidup ni nak juga lah bertemu dengan Tuan Guru kerana saya begitu menghormati beliau secara peribadinya,”ujarnya lagi.
Setelah bertemu dengan Tuan Guru, beliau semakin mengenalinya sambil menyifatkan Tuan Guru seorang yang berpegang pada prinsip serta ajarannya yang tersendiri.
“Saya selalu datang Kelantan, orang kata nak jugalah bertemu dengan Tuan Guru selaku tuan rumah pada negeri ni dan tidak adalah orang kata istimewa ke apa-apa ke," katanya.
Sementara itu kakitangan Pejabat Menteri Besar serta kakitangan awam lain yang berhampiran dengan pejabat itu turut mengambil peluang untuk bertemu dengan salebriti ternama itu sambil bersalam dan bergambar.
siasahdaily

Gadis seksi pancing undi BN?
Kuala Sepetang 1 April 09 Kehadiran Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ismail Saffian di majlis makan malam di Kampung Baru Kuala Sepetang - sebuah perkampungan nelayan di DUN Kuala Sepetang di parlimen Bukit Gantang - kini menjadi bahan perbualan. Majlis tersebut diserikan dengan konsert tiga gadis manis berimej seksi selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dan calon BN selesai menyampai ucapan meminta hadirin menyokong BN dalam pilihanraya kecil parlimen itu. Tiga artis Cina berseluar pendek dan singlet biru itu menari dan menyanyi lagu rancak sewaktu Zahid sedang mengadakan sidang media di depan pentas tersebut. Majlis makan malam perpaduan dihadiri kira-kira 1,500 orang.
Sebelum beredar, para wartawan menemuinya untuk meminta penjelasan berhubung ucapannya sebelum itu. Dalam sidang akhbar, beliau ditanya mengenai keberkesanan pendekatan nyanyian dan tarian bagi menarik pengundi Cina.

Beliau, yang juga ahli parlimen Bagan Datoh, menegaskan bahawa ia "harus dihormati kerana ia sebahagian daripada budaya Cina." "Di kawasan saya, saya bukan memenangi hati orang Cina dengan tarian rancak begini. "Tetapi kita mesti hormat, ini adalah satu kebudayaan orang Cina.
"Di kawasan saya ada 20 peratus pengundi Cina, saya juga pergi ke tokong Cina dan menghadiri majlis pengkebumian orang Cina.

"Saya tahu bagaimana hendak menghormati keluarga orang Cina dan orang mudanya," tegas Zahid, yang juga timbalan pengerusi perhubungan Umno Perak.
Ditanya mengenai sokongan pengundi kaum itu kepada BN, beliau percaya sokongan kepada BN semakin meningkat kerana kerajaaan persekutuan dan kerajaan sudah berusaha untuk menyelesaikan masalah orang mereka. "Sokongan pengundi Cina, mengikut laporan, semakin bertambah sekarang ini. Kerajaan pusat mengambil langkah proaktif untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka.
"(Sokongan bertambah) setelah kita mengangkat semua masalah (mereka) ini kepada menteri berkenaan. Dan tindakan segera sedang dilakukan," katanya.
Beliau turut menafikan undi sesuatu kaum tertentu menjadi faktor penentu keputusan pilihanraya kali ini.
"Semua kaum menjadi penentu. Dan semua undi penting, sama ada undi Cina, India atau Melayu. Dalam keadaan pilihanraya umum, lebih lagi pilihanraya kecil, kita tidak boleh abaikan mana-mana undi, daripada mana-mana kaum.
"Satu undi pun sangat bermakna (kepada BN) dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang ini," katanya.
Sebelum itu dalam ucapannya, kerajaan telah mengenal pasti beberapa masalah utama nelayan di kawasan itu, termasuk gangguan lanun dan tentera Indonesia, masalah subsidi petrol dan operasi bot haram. Tindakan lanjut sedang diusahakan kementerian yang berkaitan, tambahnya.
-malaysiakini- 2 April 2009

Wednesday, April 1, 2009
Gelaran Datuk kedua buat Nizar hari ini dan Lihat keikhlasannya
TAIPING 31 Mac 2009: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah menerima gelaran Datuk keduanya semalam - Mendapat gelaran datuk buat pertama kalinya.
Anak perempuan sulungnya, Fatihah 26, selamat melahirkan seorang puteri di Pusat Perubatan Ar-Ridzuan di Ipoh pada jam 4.00 petang semalam.
Sewaktu berita kelahiran ini diterima, DS Ir. Nizar masih berada ditempat kempen pilihanraya Bukit Gantang yang ditandinginya, berkata " Saya amat bergembira. Ia adalah kebahagiaan besar buat saya, keluarga saya dan kepada rakyat di Bukit Gantang.
Beliau menambah, akan memenuhi tuntutan jadual berkempen terlebih dahulu sebelum kembali ke Ipoh untuk melihat cucunya.

Subscribe to:
Posts (Atom)