Dalam cabaran acara menembak di Sukan Olimpik, setiap tumpuan
perlu difokuskan setiap ketika. Begitulah peserta menembak Negara Nur Suryani Mohamed
Taibi perlu mengacukan riflenya dengan tepat pada Sukan Olimpik London kali ini
selain dari perlu menghiraukan sorakan penonton, kicauan burung atau deringan
telefon.
Kali ini tendangan bayi di kandungan dalam perutnya akan menimbulkan
cerita lain padanya.
Nur Suryani 29 dari Negeri Perak, Malaysia bakal melahirkan
anak pertamanya pada 2 September ini kurang dari sebulan selepas berakhirnya
Sukan Olimpik London. Dia mengandung 34 minggu tahkala acara 10 meter rifle
pusingan pertama.
Keadaan perut besarnya nanti dijangka mengemparkan 390
peserta menembak yang akan mengambil bahagian di acara menembak yang akan
berlangsung di Royal Artillery Barracks, Woolwich. Ini bukan kali pertama
perempuan mengandung menyertai acara Sukan ini, tetapi tidaklah terlalu dekat
waktu kelahirannya.
Nur Suryani sampai di lapangan terbang London semalam 25
Julai bersama suaminya Marhazli Mohtar seorang anggota polis.
"Kebanyakan orang beritahu saya kurang waras dan pentingkan
diri sebab mereka fikir saya mengancam kesihatan kandungan saya", tapi saya katakan
“Suami saya kata dapatkannya kerana ia peluang yang jarang muncul dan mungkin
tidak muncul lagi.
Saya seorang ibu, saya tahu apa yang harus saya lakukan. Sememangnya
saya seorang yang degil” ujarnya.
Jawatankuasa Olimpik Negara Malaysia mahukan saya dihantar
ke London lebih awal sebab mereka kuatir, tetapi saya dengar juga dari penerbangan
Malaysia tidak menggalakan penerbangan kepada perempuan mengandung lebih dari
35 minggu.
Selepas Sukan Olimpik Nur Suryani akan menumpu kepada kelahiran
bakal anaknya, perempuan yang akan diberikan nama Dayana Widyan. Ia mungkin
kegembiraan berganda sekiranya dia berjaya di atas podium olimpik.. insyaallah.
Nur Suryani kini berada dalam ranking ke 47 dunia dan
pemenang pingat emas Sukan Commonwealth 2010 di New delhi dalam acara air rifle
berpasangan dengan Farhana Halim. Sukan Asia yang lalu di Qatar, Suryani
memperolehi kelayakan Olimpik ketika itu belum lagi disahkan mengandung.
Keadaan perut besarnya menghadkan penyertaan yang memerlukan
posisi yang berlainan. Biarpun begitu satu acara sudah memadai (acara 10m) dan
sudah menyesuaikan antara rifle dan perutnya.
“Saya agak terkilan kerana perut besar saya tak dapat
menyertai semua 3 acara lain yang memerlukan berbaring dan pergerakan tetapi
difikirkan kembali masih bertuah dengan satu peluang ini” katanya yang telah
terlibat sukan menembak semenjak berusia 15 tahun.
Nur Suryani in action in a competition in Subang, Malaysia
Nur Suryani Mohamed Taibi carries her equipment after a practice session at the Royal Artillery Barracks