Friday, July 27, 2012

Ibu sarat mengandung peserta menembak negara di Sukan Olimpik

Dalam cabaran acara menembak di Sukan Olimpik, setiap tumpuan perlu difokuskan setiap ketika. Begitulah peserta menembak Negara Nur Suryani Mohamed Taibi perlu mengacukan riflenya dengan tepat pada Sukan Olimpik London kali ini selain dari perlu menghiraukan sorakan penonton, kicauan burung atau deringan telefon. 

Kali ini tendangan bayi di kandungan dalam perutnya akan menimbulkan cerita lain padanya.

Nur Suryani 29 dari Negeri Perak, Malaysia bakal melahirkan anak pertamanya pada 2 September ini kurang dari sebulan selepas berakhirnya Sukan Olimpik London. Dia mengandung 34 minggu tahkala acara 10 meter rifle pusingan pertama.

Keadaan perut besarnya nanti dijangka mengemparkan 390 peserta menembak yang akan mengambil bahagian di acara menembak yang akan berlangsung di Royal Artillery Barracks, Woolwich. Ini bukan kali pertama perempuan mengandung menyertai acara Sukan ini, tetapi tidaklah terlalu dekat waktu kelahirannya.

Nur Suryani sampai di lapangan terbang London semalam 25 Julai bersama suaminya Marhazli Mohtar seorang anggota polis.

"Kebanyakan orang beritahu saya kurang waras dan pentingkan diri sebab mereka fikir saya mengancam kesihatan kandungan saya", tapi saya katakan “Suami saya kata dapatkannya kerana ia peluang yang jarang muncul dan mungkin tidak muncul lagi. 

Saya seorang ibu, saya tahu apa yang harus saya lakukan. Sememangnya saya seorang yang degil” ujarnya.

Jawatankuasa Olimpik Negara Malaysia mahukan saya dihantar ke London lebih awal sebab mereka kuatir, tetapi saya dengar juga dari penerbangan Malaysia tidak menggalakan penerbangan kepada perempuan mengandung lebih dari 35 minggu.

Selepas Sukan Olimpik Nur Suryani akan menumpu kepada kelahiran bakal anaknya, perempuan yang akan diberikan nama Dayana Widyan. Ia mungkin kegembiraan berganda sekiranya dia berjaya di atas podium olimpik.. insyaallah.

Nur Suryani kini berada dalam ranking ke 47 dunia dan pemenang pingat emas Sukan Commonwealth 2010 di New delhi dalam acara air rifle berpasangan dengan Farhana Halim. Sukan Asia yang lalu di Qatar, Suryani memperolehi kelayakan Olimpik ketika itu belum lagi disahkan mengandung.

Keadaan perut besarnya menghadkan penyertaan yang memerlukan posisi yang berlainan. Biarpun begitu satu acara sudah memadai (acara 10m) dan sudah menyesuaikan antara rifle dan perutnya.

“Saya agak terkilan kerana perut besar saya tak dapat menyertai semua 3 acara lain yang memerlukan berbaring dan pergerakan tetapi difikirkan kembali masih bertuah dengan satu peluang ini” katanya yang telah terlibat sukan menembak semenjak berusia 15 tahun.
Malaysian air rifle shooter Nur Suryani Mohamed Taibi in action during a competition in Subang, Malaysia.
Nur Suryani in action in a competition in Subang, Malaysia
The heavily pregnant Malaysian Olympic shooter Nur Suryani Mohamed Taibi carries her equipment after a practice session at the Royal Artillery Barracks
Nur Suryani Mohamed Taibi carries her equipment after a practice session at the Royal Artillery Barracks

1 comment:

  1. Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia
    Sistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat
    Memiliki 9 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
    Link Alternatif :
    arena-domino.club
    arena-domino.vip
    100% Memuaskan ^-^

    ReplyDelete