Friday, August 28, 2009

Zambry cabut keris dan ajar doa buka posa

Bulan puasa ni kita mesti berhati-hati tidak mengeluarkan kata-kata supaya tidak mencela/mengumpat orang lain. Jangan nak sedap-sedap mengata orang takut puasa kita yang dapat Lapar dan Dahaga sahaja. Pulak tu pahala kita dapat kepada orang yang kita menyakitkan hatinya. Anggaplah ini satu berita baru untuk melariskan barang baik. Yang dimaksudkan adalah Embey Zambry di Negeri Perak ini.

Pada 5 Ramadhan 26 Ogos 2009 terdengar pekikan pahlawan baru silat setelah selesai menerima gelaran ‘Imam Khalifah Negeri’ dari Pertubuhan Silat Gayong Malaysia di kediaman Menteri Besar, Ipoh.

“JANGAN sesekali mencabar kedudukan orang Melayu dan JANGAN anggap dengan berdemontrasi di jalanraya mereka anggap mereka handal, tapi mereka tidak tengok lagi amokan serta kepahlawanan Melayu!” katanya .

Tambahnya, cabaran yang dibuat bukan bermaksud mengajak orang lain bertarung tetapi mengingatkan pihak tertentu (Pakatan Rakyat) jangan sesekali berani mengusik hak dan kepentingan orang Melayu yang telah sedia maklum.

Sesekali cabut keris, terkecut kedu juga dibuatnya

Pada 6 Ramadhan 27 Ogos 2009 dan mungkin sepanjang Ramadhan, terdengar suara Embi Zambry di siaran radio ‘Perak FM’ ucapan selamat beribadat berpuasa dan memimpin bacaan doa buka puasa yang didengari keseluruh Negeri Perak sebelum berkumandang azan Maghrib.

“Saya Dato Seri Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan mengucapkan selamat mengerjakan ibadat puasa di bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam.

Kemudian, “Allahumma lakasomtu…..” dan azan Maghrib pun berkumandang.

Tuan Guru kita dah bertazkirah dan lepas ini pasti laku punya.





Wednesday, August 26, 2009

Rakyat berdemontrasi mengadu kepada Kerajaan Negeri Perak

3 Ramadhan, 25 Ogos 2009 Satu peristiwa yang mengejutkan berlaku hadapan Bangunan Darul Ridzuan yang menempatkan Dewan Undangan Negeri dan Pejabat Menteri Besar. Kehadiran sekumpulan kira-kira 100 penunjuk perasaan dengan sejumlah besar anggota polis bagaimanapun bukannya krisis atau bantahan dari Pakatan Rakyat. Bersama mereka ada yang mendukung anak kecil, beberapa anak-anak sekolah dan warga emas.

Menurut sumber dari Sinar, sekumpulan tunjuk perasaan dari 80 buah keluarga semuanya berketurunan Melayu di penempatan Projek Perumahan Masyarakat Setempat (PPMS) Perlop 1, Sungai Siput U, Daerah Kuala Kangsar dihimpit kemiskinan. Mereka berpindah ke penempatan ini 3 tahun lalu di bawah skim Kerajaan Negeri yang dijanjikan kawasan pertanian namum menghadapi masalah.

Kesempitan hidup yang menyedihkan sehingga tidak dapat hantar anak ke sekolah, tidak mampu membayar bil air dan elektrik dimana ada 14 buah keluarga terpaksa membeli air untuk kegunaan harian mereka. Sumber rezeki yang terhad memaksa ibu-bapa keluar sejauh 25 km mencari kerja di bandar.

Wakil penduduk memberitahu, “Sudah dua kali menghantar memorandum kepada Pejabat Menteri Besar tetapi jawapan yang diterima ialah sedang buat kertas kerja dan berlanjutan 3 tahun. Penduduk juga menuntut DS Zambry untuk turun padang melihat sendiri kesempitan hidup yang ditanggung mereka.”

Sepuluh wakil penduduk telah dibenar masuk ke Pejabat Menteri Besar berbincang dengan wakil DS Zambry dan telah dijanjikan menyelesaikan kesengsaraan penduduk.

Amat sukar melihat orang Melayu mengadukan dan menyatakan kesusahan dikalayak ramai. Tentunya pengabaikan dan sikap sambil lewa pihak berkuasa khasnya pemimpin Kerajaan Negeri yang mengabaikan tanggung-jawap mereka. Kepimpinanan Negeri Perak semasa Datuk Seri Ir Nizar Jamaludin dari Pakatan Rakyat tentunya telah mempunyai kaedah berkebajikan membawa pembelaan semua rakyat.



Wednesday, August 19, 2009

Akhbar Utama putar-belit dan cemar kenyataan Nik Aziz

KOTA BAHRU, 18 Ogos: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak media yang memutar belit kenyataannya dengan mendakwa beliau berkata "ahli Umno tidak masuk syurga".
"Saya akan berbincang dengan peguam dan akan mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana media yang telah menokok tambah kenyataan saya," katanya sewaktu sidang media di pejabatnya tadi. Beliau berkata demikian kepada media sebagai menenafikan laporan akhbar hari ini yang melaporkan kenyataannya bahawa "Ahli Umno Tidak Akan Masuk Syurga", di pejabatnya tengahari tadi.
Sebuah akhbar harian menyiarkan di muka depan kononnya Nik Aziz berkata, ahli Umno tidak akan masuk syurga.

Sebelum ini, akhbar yang sama telah memohon maaf kepada Nik Aziz di muka depannya kerana mentyiarkan kenyataan yang salah tentang Nik Aziz.
Nampaknya, Nik Aziz terpaksa sekali lagi mengambil pendekatan saman terhadap akhbar ini.
"Saya biasanya mengunakan perkataan penyokong Umno, saya tidak mengunakan ahli Umno. Penyokong lain, ahli lain.
"Saya tidak pernah menyentuh mengenai ahli-ahli Umno, tetapi saya menyentuh dasar yang dibawa oleh Umno," katanya lagi.
Tambahnya lagi, memang mana-mana orang Islam yang mengasingkan Islam dan iman mustahil akan masuk syurga.
"Mana-mana gerakan orang Islam yang hanya mementingkan Islam sahaja tanpa iman, memang mustahil masuk syurga, itu yang saya sebut, tidak langsung maksudkan anggota parti Umno," tegasnya.
Sambungnya lagi, beliau juga turut menafikan beliau mendakwa parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.
"Saya tidak sebut langsung tentang Palestin waktu tu, ni semua tak lain tak bukan untuk memburukkan saya dan membiarkan saya ni jadi balah (berkelahi) pula dengan Umno,"ujarnya.
Ketika diminta mengulas adakah kenyataan beliau sering diputar belitkan kerana musim pilihan raya kecil, Tuan Guru memberitahu beliau memang sedar tentang perkara itu.
"Kita memang dah tahu dah cara (taktik) parti ni, memang macam tu lah,"ujarnya.
Akhbar perdana sudah jadi akhbar Umno
Menyentuh kenyataan Mufti Negeri Perak, Tan Sri Harussani Zakarian, yang mengulas kenyataannya melalui hanya membaca di akhbar, Nik Aziz berharap agar Harussani mendapat maklumat yang sebenarnya melalui beliau.
"Sebagai seorang mufti kalau nak buat kenyataan kena tanya saya dahulu iaitu tuan punya cakap.
"Beliau tidak boleh turut (baca melalui) surat khabar, surat khabar arus perdana sekarang ni surat akhbar Umno, macam mana dia nak buat ulasan menurut surat khabar," ujarnya.
Nik Aziz juga berharap, agar rakyat di negara ini merdekakan pemikiran dari menurut manusia kepada menurut Nabi Muhamad SAW.
"Manusia kena menukar pemikiran dari mengikut manusia kepada menurut kepada ajaran Nabi Muhamad SAW,"katanya.
-harakah daily


Monday, August 17, 2009

Delegasi Mufti Perak bawa politik UMNO di Mesir

Kelihatan Ketua delegasi Dato’ Dr. Abdul Rahman bin Haji Hashim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Tan Sri Dato’ Seri Haji Harussani bin Haji Zakaria, Mufti Kerajaan Negeri Perak. Delegasi ini juga turut disertai oleh Y.B Kapt. (B) Mohd Osman bin Mohd Jailu, ADUN Changkat Jering, Y.B Jamaluddin bin Mohd Radzi ADUN Behrang serta Pegawai Kanan Kerajaan Negeri.
Dewan Pemuda PAS Perak
Kaherah 5-11 Ogos 2009 Ketika majlis diadakan bersama pelajar di Kaherah, Tan Sri Dato’ Seri Haji Harussani mempertahankan akta ISA dan perlu dikekalkan.

Terdapat beberapa maklumat lain yang tak perlu dinyatakan disini menurut saudara AKMAL KAMARUDIN Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Perak

Dewan Pemuda PAS Perak kesal dengan sikap delegasi yang mengheret pelajar ke kancah politik murahan UMNO dan BN yang kian pudar dalam politik tanah air. Diharapkan para penuntut tidak termakan dengan umpan yang lunak dari pihak delegasi.

CD krisis DUN Perak dan Buku Kemelut Politik Perak serta Cenderahati sebuah kotak pencil yang ada lambang umno pada kertas pembalut di edar ketika majlis bersama pelajar di Kaherah.

Sikap Mufti Perak yang terus mempertahankan akta ISA amat dikesali kerana seperti yang sedia maklum, ISA telah menyeksa tahanan dengan siksaan yang kejam tanpa dibicarakan dan hanya mengikut budi bicara Menteri Dalam Negeri samaada dibebaskan atau terus ditahan. ISA juga menyebabkan ramai yang menanggung dosa kerana menyokong akta zalim ini.

Penderitaan keluarga tahanan terus menjadi bahan mainan kerajaan BN. Keluarga tahanan terus diabaikan tanpa pembelaan, malangnya penentang akta kejam ini dilayan dengan gas pemedih mata, gari, dipukul, dinafikan hak Allah untuk menunaikan Solat, dimaki hamun, dan barmacam-macam lagi bentuk hukuman yang dikenakan terhadap penentang akta ISA.

"Mampukah kau ketawa ketika kau di mahligai indah sedangkan fuqara' menangis di lokap yang sempit"

Semoga para pelajar terus tabah dalam menghadapi ujian yang mendatang dalam perjuangan menimba ilmu Allah SWT di bumi Anbiya' .




Thursday, August 13, 2009

Ipoh akan sesak teruk akibat penutupan jalan utama

Bermula 15 Ogos 2009 dan sehingga tempoh satu tahun lagi, Ipoh bakal menyaksikan kesesakan yang melibatkan keseluruhan bandaraya ini akibat penutupan terus jalan penting kerana kerja-kerja pembinaan jambatan baru. Jalan Sultan Iskandar yang dikenali juga Hugh Low Street adalah jalan sehala 5 lorong terletak merentasi bandaraya Ipoh. Jalan alternatif iaitu Jalan Lim Boon Seng dan Jalan Leong Boon Swee adalah jalan yang sememangnya sibuk yang hanya akan menambahkan lagi kesesakannya. Jambatan Bailey yang dibina bersebelahan hanya mampu menyediakan satu lorong untuk kenderaan, sukar melancarkan kerana sibuk pula dengan pejalan kaki.

Akibatnya tentunya cukup memualkan kita samada untuk urusan kerja atau membeli-belah apabila berada dalam kesesakan beberapa jam nanti. Tunggu dan Lihat - bp

Saturday, August 1, 2009

Teater Hadis 'MENUNGGU KATA DARI TUHAN' dapat sambutan

IPOH 31 Julai 09. Program Bulan Dakwah anjuran bersama Persatuan Pegawai JAIPk dan Persatuan Kebajikan Ummah, Trong berjaya mengatur beberapa acara yang hebat dan amat memuaskan penonton yang hadir yang diadakan di Dewan Institut Tadbir Islam (INTIM), Ipoh malam tadi.

Mesej dakwah yang disampaikan melalui persembahan beberapa lagu dari Juara Akademi Nasyid 2009, Azahan Atan. Kemudian diikuti persembahan Teater dari Hadis Nabi bertajuk 'MENUNGGU Kata Dari Tuhan' lakonan dari artis terkenal Sabri Yunus dan Sani Sudin arahan dari Dinsman yang begitu emosional dan menyentuh iman. Seterusnya persembahan multi-media tentang sejarah dan liku-liku hidup pejuang Islam Pattani di Thailand yang disampaikan oleh Pengerusi TERAS Encik Azmi Hamid yang menyentuh jiwa dan keinsafan.

Tahniah diucapkan kepada Al-fadhil Ustaz Nor Azli Musa sebagai Ketua PEKUT yang berjaya mengelolakan program ulung dan sehebat ini. bp