Wednesday, December 26, 2012

God tidak bermaksud Allah, kerana terjemahan tepat ialah Tuhan

KUALA LUMPUR: PAS hari ini menyatakan pendirian bahawa Bible Bahasa Melayu harus menggantikan istilah ‘God’ dengan 'Tuhan' dan bukannya 'Allah' untuk mencerminkan maksud sebenar daripada teks asal Bible.

Bagaimanapun, PAS boleh menerima bahawa orang Kristian berhak menggunakan nama Allah dalam gereja atau sebarang upacara agama mereka sebagaimana keputusan PAS sebelum ini.

“Memandangkan Bible Bahasa Melayu adalah terjemahan dari teks asal bahasa Inggeris, maka sewajarnya istilah God tidak bermaksud Allah, kerana terjemahan tepat ialah Tuhan. Maka sewajarnya ia diterjemahkan menurut maksud asal,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini.

Hujah Tuan Ibrahim, menterjemahkan God dengan Allah akan mengelirukan penganut Kristian dan menimbulkan rasa kurang senang di kalangan umat Islam serta boleh mengelirukan orang Islam jika digunakan di tempat awam termasuk dalam Bible terjemahan.

“PAS melihat isu penggunaan nama Allah di dalam terjemahan Bible dalam Bahasa Malaysia tidak mencerminkan maksud sebenar dari teks asal serta mengelirukan pelbagai pihak.  Bahkan cadangan tersebut juga telah mengundang pelbagai reaksi di kalangan orang Islam dan penganut Kristian,” kata beliau.

Sunday, December 23, 2012

'Amanat Haji Hadi tak pernah kafirkan Umno'

Petikan ucapan Datuk Seri Hadi Awang yang dinamakan sebagai 'Amanat Haji Hadi' tidak pernah sama sekali mengkafirkan mana-mana ahli-ahli Umno, kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Sebaliknya, Khalid berkata, dakwaan bahawa Hadi mengkafirkan orang Umno menerusi 'amanat' itu adalah "putar-belit media Umno" semata-mata.

"Ia (amanat itu) sebenarnya petikan ucapan Ustaz Hadi yang dinamakan 'amanat' oleh orang yang menyokong PAS dan dijual sebagai poster oleh penyokong atau ahli PAS," kata Khalid.

Beliau kemudian membacakan sedutan penuh amanat tersebut yang dibuat Hadi pada satu ceramah umum di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981.

"Jadi, di mana yang dikatakan Ustaz Hadi menyatakan Umno kafir.

"Inilah yang dikatakan putar belit media Umno," katanya dalam sidang media di pusat khidmat beliau di Shah Alam semalam.

Tegasnya lagi, ucapan Hadi itu pada hakikatnya menggariskan prinsip-prinsip perjuangan PAS yang menentang Umno kerana mereka mempunyai wawasan berbeza yang tidak sama dengan kehendak hati ahli-ahli PAS.

"Dengan itu, tidak boleh dikatakan kita kata Umno kafir," katanya.

Tambahnya lagi, budaya kafir- mengkafir yang didakwa Umno diamalkan PAS sebenarnya adalah dakyah yang direka-reka oleh Umno sendiri.

"Budaya kafir-mengkafir bukan daripada PAS, tetapi Umno yang kata PAS kata Umno kafir," tegasnya.

Friday, December 21, 2012

Nik Aziz jawap fitnah isu tanah 10K ekar

Saya telah diarahkan oleh YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan untuk membuat sedikit penjelasan berkenaan isu sekeping tanah seluas tanah 10,526 hektar milik kerajaan negeri Kelantan yang didakwa sebagai habuan kepada pemimpin DAP Perak agar mereka sudi menyerahkan kerusi Menteri Besar Perak kepada PAS selepas pilihanraya umum 2008. Ia dilaporkan di dalam blog pisau.net yang kemudiannya dijadikan asas kepada laporan polis oleh sebuah badan bukan kerajaan Barisan Bersatu Nambikkai (Nambikkai) pada 19 Mac 2012. Ia juga turut dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada 20 Disember 2012.

Hakikatnya, ini satu lagi fitnah UMNO/Barisan Nasional yang cuba memperdayakan rakyat dengan isu-isu ciptaan mereka khususnya menjelang pilihanraya umum yang ke13. Peluru-peluru terakhir UMNO/BN ini kelihatan berterabur kerana dilancarkan dalam keadaan panik dan kelam kabut ekoran kebimbangan akan terlucut kuasa selepas pilihanraya nanti.

Barangkali UMNO lupa bahawa merekalah yang telah menukar status tanah rizab melayu di bandar Baru Kubang Kerian ketika memerintah Kelantan. Ini boleh dirujuk melalui Warta Kerajaan Kelantan 22 April 1990 (ketika Kelantan masih diperintah oleh Barisan Nasional). Ini hanya sekelumit dari 'jasa baik' UMNO terhadap tanah rezab Melayu.

Dalam isu tanah seluas 10,526 hektar yang didakwa sebagai habuan kepada pemimpin DAP Perak, suka untuk dinyatakan bahawa kawasan tersebut yang terletak di Hutan Simpan Relai, Gua Musang telah diluluskan kepada Yayasan Islam Kelantan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan yang bersidang pada 13 September 2000. Ia bertujuan untuk menjana pendapatan YIK bagi tujuan menampung urusan pengajaran dan pembelajaran anak-anak di sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan. Perlu diingatkan bahawa pada tahun 2000, Pakatan Rakyat masih belum wujud dan masih belum membentuk kerajaan di Perak.

Pada Disember 2000, Yayasan Islam Kelantan telah bersetuju menawarkan Projek Usahasama memajukan tanah ini kepada sebuah syarikat. Bagaimanapun syarikat tersebut ternyata tidak mampu untuk melaksanakan kerja-kerja memajukan tanah terbabit dan ini menyebabkan Mesyuarat Lembaga Yayasan Islam Kelantan pada 18 Ogos 2004 membuat keputusan agar tawaran projek ladang hutan ini ditarik balik dan dibatalkan.

Tawaran kepada syarikat Upayapadu Sdn Bhd (pada masa itu dipengerusikan oleh Dato Seri Wong Yeon Chai) pula dibuat melalui surat Yayasan Islam Kelantan bertarikh 28 Ogos 2005 manakala perjanjian ditandatangani pada 3 Mei 2006, hampir dua tahun sebelum pilihanraya umum 2008. Ia merupakan usahasama projek melalui konsep pajakan dan perjanjian selama 50 tahun dengan diberikan leasehold dan bukannya hak milik. Ia juga menjana pendapatan YIK melalui kadar sewaan RM100.00 seekar setahun untuk kawasan getah klon dan RM150.00 seekar setahun untuk kawasan kelapa sawit.

Pertukaran komposisi pengarah dan pegangan saham dalam Upayapadu Plantation Sdn Bhd telah dimaklumkan kepada Yayasan Islam Kelantan pada Mei 2012 di mana ekoran pertukaran tersebut, pihak syarikat dikehendaki membayar sumbangan kepada YIK sebanyak RM1.5 juta.

Berasakan kepada kronologi di atas, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa :

1. Dakwaan yang menyatakan YAB Menteri Besar Kelantan telah memberikan 'habuan' kepada pemimpin DAP Perak agar memberikan laluan kepada calon PAS mengisis kerusi Menteri Besar adalah fitnah sama sekali. Tarikh perjanjian dengan Upayapadu Sdn Bhd yang ditandatangani pada 3 Mei 2006 dan pertukaran komposisi pada Mei 2012 adalah tidak relevan dengan tarikh pilihanraya umum 8 Mac 2008 yang menyaksikan Barisan Nasional hilang kuasa di Perak.

2. Dakwaan blog pisau.net bahawa 'sekelip mata mereka memperolehi 10,526 ekar dengan nilai pasaran melebihi 30 juta ringgit' juga adalah dakwaan yang tersasar. Ini kerana tanah tersebut hanya dipajak dan tidak diberikan hak milik. Pajakan pula hanya dalam tempoh 50 tahun sahaja. Blogger terbabit wajib mendatangkan salinan geran tanah sebagai bukti bahawa tanah tersebut telah dipindah milik.

3. Segala urusan perjanjian, pajakan dan transaksi dibuat dan dilaporkan di dalam mesyuarat samada Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kewangan, Tender, Pembangunan dan Pelaburan YIK atau Mesyuarat Lembaga YIK. Ia dilakukan melalui prosedur yang sah dan tidak bertentangan dengan undang-undang.

Saya kira, fitnah terbaru ini tentunya akan menyaksikan satu lagi episod saman yang akan difailkan di mahkamah. Ia jelas merupakan satu fitnah besar terhadap YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan. UMNO hakikatnya sudah hilang punca untuk menonjolkan diri sebagai pejuang Melayu sedangkan pada hakikatnya, merekalah pengkhianat kepada tanah rezab Melayu.

Di Selangor misalnya, UMNO Bahagian Puchong telah cuba menjual sebidang tanah rezab Melayu kepada sebuah syarikat Lagi Gemilang Development Sdn Bhd yang mana pemiliknya adalah 75 peratus bukan bumiputra. Ia disyorkan ditolak oleh Pengarah Tanah dan Galian Selangor Darul Ehsan melalui sepucuk surat kepada Menteri Besar Selangor pada 25 Januari 2010. Inilah dia wajah UMNO yang sebenar!

Barangkali, UMNO meletakkan pihak lain seperti mereka di mana setiap perkara memerlukan habuan dan balasan. Dalam hal ini, menarik juga untuk dibincangkan apakah habuan yang diperolehi oleh UMNO ketika memberikan laluan kepada parti GERAKAN untuk mengisi kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang satu ketika dulu... - 21 Disember 2012

Penulis ialah Setiausaha Akhbar YAB Menteri Besar Kelantan.

Tuesday, December 18, 2012

Raja Rock Melayu Buka Kelab Malam Malai Rock Station Bistro di Ipoh

Dakwaan yang mengatakan artis Malaysia yang seorang ini, Awie buka kelab malam Malai Rock Station Bistro di Ipoh, Perak. Kalau sudah nama kelab malam yang “dipenuhi iblis dan syaitan” tidak sah kalau tidak menawarkan air kencing syaitan iaitu arak dan juga perempuan-perempuan seksi. Benarkah Awie?


Melihat koleksi gambar-gambar di bawah ini, anggapan kami mungkin di Jakarta ataupun di Thailand tetapi sangkaan kami meleset apabila lokasinya sebenarnya bertempat di Ipoh, Perak iaitu di negara kita Malaysia di mana terletak di belakang Jaya Jusco @ “Kinta City”.

Dakwaan artis Malaysia, Awie buka kelab malam di Ipoh Perak muncul apabila fanpage kelab malam Malai Rock Station Bistro, Ipoh sendiri berkongsi gambar di sini. Walaubagaimanapun, gambar-gambar di fanpage tersebut sekarang ini dilihat telah ditarik balik untuk tatapan umum…..

Dalam pada masa yang sama mungkin laporan berita Kosmo seperti di atas ini yang disiarkan pada 9 Disember 2012 yang lalu boleh membantu bagi menjawab persoalan ini….


Thursday, December 13, 2012

Asri: Persaingan PAS dan Umno demi Islam.. eh PKR bagaimana?

Umno dan PAS tidak perlu berhenti bersaing jika persaingan mereka itu bertujuan menawarkan khidmat yang lebih baik kepada rakyat. Persaingan untuk memberikan khidmat adalah persaingan yang sihat dan memberikan kebaikan bukan negara. Tidakkah kita lihat bahawa kewujudan persaingan di pasaran membolehkan orangramai mendapat barangan yang lebih berkualiti. Sementara monopoli tanpa saingan akan merosakkan kualiti khidmat dan merugikan orang awam.Persaingan PAS dan Umno jika atas dasar ingin menawarkan khidmat yang lebih baik, bukan kerana dendam dan permusuhan yang lahir dari politik kepuakan, akan memakmurkan masyarakat muslim secara khusus dan negara secara amnya. Jika persaingan itu atas slogan yang Allah firman (maksudnya) “Bersegeralah kepada kebaikan”(Surah al-Maidah, 48) maka ia menjadi pahala kebajikan untuk semua pihak yang terlibat.
Saingan politik

Monday, December 10, 2012

Laporan 'khalwat', PAS pertimbangkan tindakan undang-undang

KUALA LUMPUR, 9 Dis – PAS menafikan empat orang bukan Islam ditangkap kerana berkhalwat di Kelantan dan mengatakan bahawa kerajaan negeri mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap akhbar The Star kerana laporan yang tidak berasas untuk mewujudkan rasa takut di kalangan orang-orang bukan Islam.
Parti Islam itu turut berkata, akhbar milik MCA itu mengeluarkan laporan sedemikian untuk tuan politik mereka oleh kerana pilihan raya umum (PRU) yang bakal diadakan tahun hadapan.

Setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengecam keras laporan dalam The Star semalam sebagai “tidak berasas” dan “penipuan yang jelas” dengan mendakwa akhbar tersebut hanya bekerja demi tuan politiknya.

“Tanpa sebarang bukti, The Star melaporkan berita membuta tuli dan saya percaya kerajaan negeri Kelantan mempunyai asas untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar tersebut,” kata Mustafa kepada portal rasmi online PAS, Harakahdaily.
Beliau menjelaskan khalwat adalah kesalahan “yang hanya tertakluk dibawah pegawai penguatkuasa Islam dan perlu melalui mahkamah Syariah sebelum hukuman dijatuhkan”, sambil menambah laporan saman dikenakan ke atas orang bukan Islam kerana berkhalwat menunjukkan “kejahilan” pengarang akhbar tersebut mengenai undang-undang di negara ini.

Saturday, December 8, 2012

HEBAT.. Jalan ke Putrajaya semakin terbuka luas

ALOR SETAR: Para pemimpin Pakatan Rakyat yakin, jalan untuk ke Putrajaya semakin terbuka luas ekoran tanda-tanda yang ditunjukkan oleh para pemimpin Umno dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU 12) baru-baru ini.

Permohonan maaf Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dan tangisan perwakilan mereka yang berucap membayangkan tanda-tanda itu.

"Adakah perwakilan ini menangis kerana takut kehilangan kuasa," tanya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berucap di himpunan itu.

Pemimpin PAS di Kedah pula mengajak rakyatnya agar menjadikan usaha untuk ke Putrajaya sebagai kaedah untuk memudahkan pelaksanaan segala usaha untuk kepentingan negara dan rakyat.

Keyakinan dan harapan ini dikemukakan mereka dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Kedah di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti malam tadi. Lebih 20,000 rakyat Kedah memenuhi stadium terbuka ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak adalah pemimpin utama yang berucap di samping Haji Mohamad Sabu yang menjadi pengarah himpunan ini.
Selain memberikan ucapan, mereka juga mendengar ikrar dari wakil PAS, PKR dan DAP yang berjanji untuk memberikan kesetiaan kepada Pakatan Rakyat dan berjanji untuk bekerja bersungguh-sungguh bagi mempastikan Pakatan ke Putrajaya.

Himpunan kebangkitan rakyat peringkat negeri Kedah ini adalah yang ke empat selepas Seremban, Kota Bharu dan Batu Pahat, Johor. Esok himpunan akan diadakan di Melaka, Ahad ini di Pahang dan 14 dan 15 Disember depan di Paka, Terengganu.

"Saya berjanji akan berbuat apa saja untuk menaikkan martabat Islam dan orang Melayu di negara apabila berada di Putrajaya nanti," kata Anwar sambil menambah, "Saya berkata ini di depan semua pihak termasuk Cina dan India."

Anwar penuh keyakinan adalah tidak mungkin untuk PAS dan PKR untuk meminggirkan Melayu sebagaimana dituduh Umno.

Lim Kit Siang pula berkata, Umno di depan orang Melayu akan berkata, DAP akan memimpin negara ini dan menjadikan Malaysia negara Kristian. Anwar berjanji akan memastikan martabat Islam dan Melayu terjamin di bawah Pakatan. MCA pula di depan orang Cina berkata PAS akan menjadikan Malaysia negara Islam.

"Semua ini adalah cara nak pecah belah," kata Kit Siang.

Kit Siang juga mempersoalkan, apakah sebenarnya yang diminta maaf oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib ketika PAU 12 baru-baru ini.

"Adakah kerana menjadikan Malaysia negara yang paling korup di kalangan perdana menteri Malaysia yang ada," kata beliau mengulas indeks korupsi negara yang sedikit menurun tetapi masih tertinggi berbanding indeks korupsi Malaysia di bawah perdana menteri sebelum ini.

Thursday, December 6, 2012

Mana satu?? UMNO kata DAP anti islam/melayu, MCA kata sebaliknya!

Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow mempersoalkan sama ada kerajaan negeri kini menuju ke arah Islamisasi dengan membangkitkan bahawa peruntukan bagi hal ehwal agama Islam meningkat 300 peratus tetapi tidak banyak diberikan kepada Dewan Perbandaran Cina Pulau Pinang.
 

"Ketua Menteri Lim Guan Eng selalu mengusik pemimpin sebelumnya Koh Tsu Koon takut kepada Umno tetapi semasa pentadbiran (Koh), tidak ada begitu banyak peruntukan untuk majlis agama Islam,| katanya seperti dipetik dalam akhbar berbahasa Cina.

"Lim lebih takut kepada PAS. Mereka hanya menang satu kerusi di Pulau Pinang, kenapa mereka perlu takut (kepada PAS) seperti ini?," katanya dalam satu majlis makan malam anjuran MCA di Bagan – kawasan parlimen yang diwakili Lim – pada Isnin lalu.

Tuesday, December 4, 2012

Kuasa Eksekutif, Legislatif, dan Judisiari mula bergolak

KUALA LUMPUR, 28 Nov — Tan Sri Musa Hassan menuduh menteri Kabinet dan ahli politik sering cuba campur tangan dalam siasatan polis dan membuat penahanan semasa beliau berkhidmat sebagai Ketua Polis Negara dan mendakwa ia masih berlanjutan.

Musa yang bersara pada September 2010 menamakan salah seorang menteri tersebut ialah Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai antara ahli politik itu dalam satu sidang media hari ini dan mendakwa keenggannya mengikut arahan tersebut menyebabkan beliau tidak disambung kontrak.

Beliau turut mengkritik penggantinya, Tan Sri Ismail Omar sebagai seorang pegawai yang hanya mengikut perintah kepada ahli politik yang berpengaruh.

“Terdapat banyak keraguan daripada pegawai polis yang dikatakan menerima arahan bukan daripada (pegawai tertinggi mereka) tetapi daripada Kementerian Dalam Negeri.